Loading...





Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Utusan Malaysia Kata : Bersedia Untuk Satu Lagi 13 Mei





Bayangkan apa akan berlaku jika orang Melayu bangkit dan bertindak memijak pula gambar atau poster pemimpin-pemimpin Cina di negara ini. Tidak mustahil peristiwa berdarah 13 Mei yang menjadi sejarah hitam negara akan berulang (Utusan Malaysia).....


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


Ini adalah intipati daripada apa yang dituliskan oleh Utusan Malaysia hari ini:

Tindakan beberapa pemimpin DAP meminjak gambar 3 ADUN melompat Perak bagaikan orang Cina memijak Melayu.

Dua daripada tiga ADUN PKR adalah Melayu -- maka ini bererti Cina itu telah memijak gambar Melayu.

Bayangkan jika Melayu juga memijak gambar-gambar pemimpin Cina. Tidak mustahil peristiwa berdarah 13 Mei akan berulang.

PAS dan PKR adalah alat Cina. DAP sangat bijak dengan menggunakan orang lain, khususnya Melayu. DAP telah memijak orang Melayu buat masa yang lama.

Dan seterusnya. Artikel lengkap boleh dibaca di bawah ini. (Anda juga boleh membaca 'Stepping on the DAP' oleh The Nut Graph disini: http://www.thenutgraph.com/stepping-on-dap).

Menurut Utusan Malaysia, ini adalah tentang Melayu menentang Cina. Ini adalah tentang Cina menghina Melayu. Ini adalah tentang Cina telah memijak Melayu. Ini adalah tentang Cina telah mengetepikan Melayu. Ini adalah tentang Cina terus menguji kesabaran Melayu dan jangan hairan sekiranya rusuhan antara kaum seperti 13 Mei meletus.

Itu, pada dasarnya, menurut Utusan Malaysia, ini adalah maksudnya - orang Cina berjuang dan mereka tidak mempedulikannya.

Tetapi itu bukan yang mengelikan saya di sini. Adakah anda tahu apa yang mengelikan saya? Yang mengelikan saya adalah orang Cina telah memberitahu kepada saya bahawa Najib telah melakukan perkara yang betul dan Barisan Nasional mungkin akan mendapatkan semula majoriti 2/3 di Parlimen ditambahkan dengan semua negeri yang mereka kalah dalam pilihanraya umum Mac 2008.

Apa lagi yang boleh saya katakan selain daripada orang Cina akan menghadapi senario ini dan saya berharap agar Utusan Malaysia terus memainkan sentimen orang Melayu dengan rusuhan kaum 13 Mei. Mungkin ini adalah satu-satunya cara yang dapat mengejutkan orang Cina iaitu sekiranyanya rusuhan kaum benar-benar tercetus dan ratusan ribu mayat cina akan dikuburkan bersama dalam satu lubang besar seperti masa dulu.

Sheesh! Aku tidak mahu lagi bercerita panjang kerana apabila saya mula menceritakan saya akan menyesal kemudian.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!


**********************************************
DAP pamer sikap sebenar

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
APAKAH yang dapat disimpulkan oleh kebanyakan kita apabila melihat sikap 'kurang ajar' pemimpin-pemimpin DAP yang sengaja memijak gambar atau poster tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak Bebas seperti yang berlaku pada konvensyen parti peringkat negeri yang diadakan di Ipoh, Ahad lalu?

Bagi yang faham tentang erti ketamadunan dan kesopanan, tentunya tidak akan sanggup melakukan apa yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terbabit.

Memijak gambar atau poster tiga ADUN yang dahulunya merupakan sahabat mereka di dalam pakatan pembangkang tetapi kini memilih menjadi wakil rakyat bebas, memperlihatkan DAP bukanlah jenis rakan yang baik.

Tetapi inilah sikap pemimpin-pemimpin DAP. Tanpa wujud perasaan bersalah, mereka melakukan tindakan di luar kematangan seorang ahli politik.

Merestui gambar atau poster ketiga-tiga wakil rakyat terbabit diletakkan di ruang masuk dewan untuk dipijak, jelas menunjukkan tahap pemikiran mereka.

Mungkin benar, DAP tidak dapat menerima hakikat kehilangan kuasa apabila Perak yang pernah jatuh ke tangan pembangkang, diserahkan kembali kepada Barisan Nasional (BN) berikutan sokongan tiga wakil rakyat itu kepada BN.

Sokongan itu menyebabkan kedudukan pembangkang yang sebelum ini mempunyai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan BN (28 kerusi) berubah sebaliknya.

Namun, ini bukan alasan untuk mereka bebas melakukan apa sahaja. Pemimpin yang mahu dihormati rakyat, mereka perlu terlebih dahulu tahu adap-adap menghormati orang lain, walaupun orang itu bukan daripada partinya sendiri.

Timbul juga persoalan, mengapa DAP sanggup menghina ADUN Jelapang, Hee Yit Foong, Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) sebegitu rupa, sedangkan selama ini mereka mendakwa sebagai pejuang demokrasi yang menuntut keadilan bagi setiap rakyat?

"Nampak jelas yang paling terasa (kehilangan kuasa) bukan Pas tetapi DAP. Mereka kecewa dengan apa yang berlaku kerana mereka melihat kerajaan itu adalah kerajaan mereka (DAP) bukan kerajaan Pas atau kerajaan pakatan pembangkang.

"Sebab itu mereka paling beremosi," kata Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Dalam sistem demokrasi, seseorang individu berhak menentukan arah perjuangan politik mereka selagi wujud kepercayaan mereka terhadap sesuatu parti itu dan melakukan sebaliknya jika kepercayaan tersebut hilang.

"Mereka sudah lama pijak kami, tiada demokrasi dalam budaya mereka. Sebab itu kami memilih keluar daripada pakatan pembangkang," ujar Jamaluddin.

Secara tersiratnya, sukar untuk meneka apa yang sedang dirancang oleh parti pimpinan Lim Kit Siang ini. Mereka tentu sedar melakukan perkara seumpama itu pasti akan mengundang kontroversi.

Di saat-saat pakatan pembangkang dilihat semakin hilang keyakinan rakyat terutama di kalangan orang Melayu, adakah 'drama' itu sengaja ditonjolkan untuk mengalihkan isu tertentu?

Atau mungkinkah juga ini adalah realiti DAP. Kerana kerakusan untuk memiliki kuasa, menjadikan mereka alpa untuk terus melakukan kesilapan?

"Saya percaya tindakan mereka (DAP) adalah untuk memastikan tiada ahli-ahli mereka terus melompat parti. Ini menunjukkan kemarahan amat sangat.

"Mereka sedar di Selangor dan Pulau Pinang, perkara ini (lompat parti) mungkin boleh berlaku menyebabkan mereka bimbang," ujar Mohamed Mustafa lagi.

Secara mudah, kata profesor politik ini, tindakan itu adalah satu perang psikologi DAP untuk menghantar mesej dan menakut-nakutkan ahli-ahli lain biar pun menyedari langkah yang diambil adalah kebudak-budakkan.

Jika ini adalah realiti DAP, bermakna rakyat terutama orang Melayu harus sedar akan kedudukan mereka kelak sekiranya membenarkan parti itu kembali berkuasa.

Tempoh 11 bulan pembangkang sebagai kerajaan negeri, sewajarnya menjadi pengajaran paling berharga kepada orang Melayu tentang erti kuasa.

Orang Melayu terutama di Perak tidak boleh mengharapkan Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kedua-dua parti ini adalah tunggangan DAP.

Menjawab persoalan ini, Mohamed Mustafa berkata, sesuatu yang pasti tentang DAP ialah mereka bijak 'bermain wayang'.

"DAP pandai menggunakan orang lain. Mereka menggunakan Nizar (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) dan penyokong Pas untuk mengganggu-gugat kerajaan baru (BN).

"Kalau dilihat, mengapa mereka terlalu marah sedangkan dua daripada ADUN yang keluar parti bukan pun DAP. Mengapa DAP yang marah, bukan Pas atau PKR?

"Ini adalah satu percaturan politik murahan dan merupakan pertunjukkan 'drama' kelas ketiga sekali gus mengiktiraf Nizar sebagai boneka," katanya.

Demi mencapai agenda politik peribadi, mereka sanggup bertindak tidak populis dan dalam masa sama, membelakangkan soal sahabat bagi memastikan perjuangan yang dirintis sejak kepimpinan terdahulu tercapai.

Sikap tidak dapat menerima hakikat, memperlihatkan parti yang mewakili kaum Cina itu sukar bekerjasama dengan parti-parti politik lain lebih-lebih lagi Pas terutama usaha ke arah membina sebuah kerajaan yang adil untuk rakyat.

Malangnya pemimpin Pas lebih rela menjadikan diri mereka sebagai 'pak sanggup' yang sanggup memikul setiap kesalahan yang dilakukan oleh DAP biar pun ada di kalangan orang Melayu sendiri mengharapkan Pas bertindak lebih berani apabila menyentuh soal maruah agama, bangsa dan tanah air.

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha keras menerapkan semangat dan gagasan 1Malaysia, DAP pula seolah-olah berusaha menjarakkan jurang perpaduan di antara kaum menerusi tindakan begitu.

ADUN Behrang, Jamaluddin dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman adalah orang Melayu. Mereka 'dipijak' oleh orang Cina yang hadir pada konvensyen itu.

Bayangkan apa akan berlaku jika orang Melayu bangkit dan bertindak memijak pula gambar atau poster pemimpin-pemimpin Cina di negara ini. Tidak mustahil peristiwa berdarah 13 Mei yang menjadi sejarah hitam negara akan berulang.





You can copy my articles but please link it back to my blog. Thanks ;)
Share this page with your friends? Tweet it or share it...! ;)



I'm reading: [Raja Petra] Utusan Malaysia Kata : Bersedia Untuk Satu Lagi 13 MeiTweet this!

Share



Submit your articles? Want to become one of the translators? or even sponsor me? please email to gomalaysian@gmail.com

http://www.emailcashpro.com


Sponsor Links


0 comments

Recent Posts