Loading...





Share

Sumber: Malaysian Insider
Penulis: Amin Iskandar
Tajuk: Disebalik Kesesakan Manila


Kita seringkali terdengar segelintir pihak menyalahkan “demokrasi” sebagai salah satu sebab negara seperti Filipina mundur. Tetapi tahukah kita, kemunduran Filipina bukan kerana negara tersebut merayakan demokrasi akan tetapi ia adalah legasi peninggalan Marcos.....

Disebalik Kesesakan Manila

Sudah lebih sebulan saya berada di Manila, Filipina. Berada disini untuk menyelesaikan tugas sebagai seorang fellow kepada Asian Public Intellectual (API) bagi tahun 2009-2010 untuk mengkaji sejarah pemantauan pilihanraya di Filipina di zaman diktator Marcos.

Banyak perkara-perkara yang menarik dan tidak menarik ditemui di bumi Jose Rizal ini. Disini saya menetap di Quezon City, sebuah bandar yang terbesar di dalam Metro Manila.

Manila dilaporkan mempunyai 20 juta penduduk, sudah hampir dengan keseluruhan populasi penduduk di Malaysia. Sudah pastilah bandar Manila padat dengan manusia. Manila diibarat sebagai “gula yang diharungi oleh semut” dimana bandar ini dipenuhi dengan warga berasal dari luar kota kerana peluang pekerjaan yang terdapat di Manila.

Walaupun ramai warga Filipina kerja di luar Negara — dikatakan jumlahnya sekitar 8.7-11 juta (11 % daripada keseluruhan populasi Filipina, statistik pada tahun 2007) — Manila tetap padat dengan penduduk dan tidak terasa kehilangan 11 % warga yang berada di luar negara.

Sempat juga melawat ke universiti yang utama di negara ini iaitu University of the Philippines (UP) cawangan Diliman, Queson City. Kampus ini dipenuhi dengan pokok-pokok rendang yang meredupkan suasana dari kebahangan cahaya matahari.

Yang menariknya di UP ini adalah bangunan-bangunan lama masih lagi kelihatan dan suasana “klasik” dapat dirasakan di kampus ini.

Sambil berjalan di kampus ini saya terlihat sebuah sepanduk yang bertajuk “Never Again To Martial Law! Ousts GMA!” daripada University Student Council. GMA adalah singkatan kepada nama presiden Gloria Macapagal Arroyo.

Pemerintahan GMA dikatakan mirip kepada pemerintahan Marcos cuma bezanya ialah GMA belum lagi mendeklarasikan “Martial Law” sepertimana yang dilakukan oleh Marcos sehingga tercetusnya “People Power” pada tahun 1986.

Begitu terbukanya universiti di Filipina dimana sepanduk anti presiden dibiarkan tergantung tanpa gangguan dari mana-mana pihak. Mahasiswa di Filipina tidak mempunyai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sepertimana yang dipunyai oleh mahasiswa di Malaysia. Oleh itu, mahasiswa disini bebas untuk menyuarakan pandangan politik mereka.

Kalau sepanduk seperti ini digantung di Universiti Malaya (UM) oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), sudah pasti tindakan diambil kepada persatuan tersebut.

Baru-baru ini, seorang mahasiswa UM telah bermalam di lokap untuk disiasat polis dalam kes menconteng “bini puaka”, “C4”, dan “pembunuh Altantuya” di bangunan Akademi Pengajian Islam (API). Muhammad Saufi Jelani ditahan di kampus tersebut sebaik sahaja menduduki kertas akhir peperiksaan hujung semester pada 19 November bagi melengkapkan siasatan polis terhadap insiden pada awal pagi 24 Jun lalu.

Perlukah seorang mahasiswa dilayan sebegini hanya kerana beliau mengekspresikan pandangan politiknya? Mengapa perlu polis dilibatkan dalam kes sebegini sedangkan mahasiswa ini boleh diambil tindakan Jawatankuasa Disiplin Universiti.

Beberapa orang rakan-rakan beliau telahpun dituduh di mahkamah dan Muhammad Saufi dijangkakan akan mengalami nasib yang sama.

Pada pandangan saya, kalau nak hukum mereka sekalipun, cukuplah dengan menyuruh mereka mengecat kembali tempat yang diconteng tidak perlulah sampai dibawa ke mahkamah.

Kes pembunuhan Altantuya Shariibu, seorang warga Mongolia dikaitkan dengan pemimpin tertinggi negara. Sehingga kini, pemimpin tersebut hanya bersumpah menafikan yang beliau mengenali warga Mongolia tersebut sewaktu kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008. Persoalannya sekarang, apakah cukup dengan bersumpah untuk membersihkan diri? Seharusnya beliau mengambil tindakan terhadap akhbar-akhbar antarabangsa yang menyiarkan laporan negatif ini jika iainya tidak benar.

Kita seharusnya bertanya mengapakah mahasiswa-mahasiswa tersebut mempunyai persepsi yang berkenaan mengenai pemimpin tertinggi negara dan bukannya bertindak menghukum mereka.

Tambahan lagi, Malaysia sebagai sebah negara demokrasi (walaupun tidak nampak dimana demokrasinya selain daripada pilihanraya dijalankan setiap lima tahun sekali) seharusnya menghormati pandangan warganya apabila mahasiswa universiti yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Kita seringkali terdengar segelintir pihak menyalahkan “demokrasi” sebagai salah satu sebab negara seperti Filipina mundur. Tetapi tahukah kita, kemunduran Filipina bukan kerana negara tersebut merayakan demokrasi akan tetapi ia adalah legasi peninggalan Marcos.

Sewaktu Marcos diangkat menjadi presiden pada tahun 1966, hutang luar negara Filipina hanya berjumlah US$1 billion. Selepas Marcos ditendang keluar pada tahun 1986, hutang luar negara Filipina telah meningkat kepada US$28 billion.

Sewaktu pemerintahannya, wang negara telah dibelanjakan oleh beliau dan isterinya Imelda Marcos dan hanya diagih-agihkan kepada kroni-kroni terdekatnya. Pinjaman luar negara bertambah oleh kerana Marcos mahu memuaskan isteri dan kroni-kroninya.

Presiden-presiden Filipina selepas Marcos mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menyelesaikan hutang-hutang negara peninggalan Marcos. Apakah adil kita mengatakan Filipina mundur oleh kerana terlalu banyak demokrasi?

Bagaimana pula dengan negara-negara yang maju oleh kerana mengamalkan demokrasi seperti Taiwan dan Korea Selatan? Jepun masih lagi kukuh walaupun rakyat negara tersebut baru sahaja mengundi keluar sebuah regim yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Malaysia sebagai sebuah negara yang boleh dibanggakan prestasi ekonominya tidak seharusnya dibandingkan dengan Bangladesh atau Pakistan. Bandingkanlah Malaysia dengan negara seperti Korea Selatan oleh kerana satu ketika dahulu, ekonomi Korea Selatan tidak ada bezanya dengan Malaysia.

Begitu juga dengan prestasi sukan. Malaysia pada satu ketika dahulu pernah menumpaskan pasukan bolasepak Korea Selatan dalam Sukan Olimpik. Sekarang jika dibandingkan, dimanakah letaknya taraf bolasepak Korea Selatan? Pasukan bolasepak negara tersebut telahpun bertaraf dunia.

Ruang demokrasi di Malaysia harus dibuka kembali seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Jangan sampai semakin ramai rakyat berfikir seperti seorang teman lama saya yang mengatakan bahawa, “jika rakyat Malaysia masih tidak dapat menikmati nikmat kemerdekaan dan kebebasan dirampas seperti zaman penjajah, lebih baik negara terus dijajah. Sekurang-kurangnya, kita tidak memerlukan passport untuk ke England.”

Sumber Asal : Malaysian Insider




Share

Sumber: Merdeka Review
Penulis: Yang Pei Keng
Terjemah Oleh: Yang Pei Keng
Tajuk: Kematian Dalam Tahanan



Ia berakhir dengan sokongan 127 buah negara dan bantahan 4 buah negara. Sementara itu, 42 buah negara memilih untuk berkecuali, dan Malaysia tersenarai dalam golongan ini.Dengan kata lain, Malaysia enggan membuka pintu untuk menyambut kunjungan pakar hak asasi, malah tidak bersedia untuk mempertahankan hak asasi rakyat Malaysia mengikut piawaian Optional Protocol to the UN Convention Against Torture and Other Cruel and Unusual Treatment.....

Kematian Dalam Tahanan

Pada 18 Disember 2002, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan Optional Protocol to the UN Convention Against Torture and Other Cruel and Unusual Treatment.

Negara yang menandatanganinya mesti membenarkan pakar hak asasi manusia, sama ada dari global mahupun lokal, untuk memeriksa situasi dan layanan terhadap tahanan dalam negara itu. Malah, pakar hak asasi manusia tersebut juga boleh mencadangkan langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan penahanan, agar selaras dengan Optional Protocol dan lebih memperlihatkan perikemanusiaan.

Ia berakhir dengan sokongan 127 buah negara dan bantahan 4 buah negara. Sementara itu, 42 buah negara memilih untuk berkecuali, dan Malaysia tersenarai dalam golongan ini. Dengan kata lain, Malaysia enggan membuka pintu untuk menyambut kunjungan pakar hak asasi, malah tidak bersedia untuk mempertahankan hak asasi rakyat Malaysia mengikut piawaian Optional Protocol.

Keadaan hak asasi yang buruk di Malaysia

Untuk Asian Human Rights Commission, pendirian Malaysia dalam isu ini tidak di luar dugaan. Antara alasannya, proses penangkapan dan penyiasatan sama ada terhadap suspek mahupun saksi, sering berlaku dengan penggunaan keganasan yang melampau.

Penilaian terhadap keadaan hak asasi manusia di Malaysia agak negatif, antara kenyataan Asian Human Rights Commission adalah:

1. Perlembagaan Persekutuan walaupun menjamin hak pembelaan peguam, tetapi pihak polis menganggap bahawa diri mereka berhak untuk menolak pemohonan suspek agar berjumpa dengan peguam, atas alasan perlembagaan tidak menyatakan masa untuk bertemu dengan peguam. Kuasa mutlak ini dianggap tidak wajar.

2. Banyak suspek berasal dari keluarga yang miskin dan taraf pendidikan yang rendah. Mereka gagal "menjalin hubungan yang baik" dengan polis untuk mengelakkan diri daripada diseksa.

3. Insiden tingkahlaku polis yang kasar, amalan rasuah sering didengar. Kuasa mereka seolah-olah mengatasi undang-undang. Kadang-kala, polis menangkap kerana "mengesyaki", maka "tangkap dahulu, siasat kemudian". Amalan ini menentang prosedur normal, iaitu "siasat dahulu, tangkap kemudian".

4. Kematian dalam tahanan polis sering dijelaskan sebagai "bunuh diri", "sakit jantung", "kematian semulajadi" dsbnya.

5. Apabila polis yang terlibat dalam salah laku didakwa, tuduhan itu biasanya ringan. Malah, polis yang berpangkat rendah sahaja dituduh, dan polis berpangkat tinggi terlepas.

Statistik kematian dalam tahanan

Statistik yang tepat mengenai bilangan kematian dalam tahanan nampaknya gagal ditemui. Wujudnya perbezaaan antara laporan rasmi dengan perangkaan yang dikemukakan oleh badan bukan kerajaan (NGO). Misalnya,

1. Menurut Laporan Hak Asasi Manusia 2008 yang dikemukakan SUARAM pada 23 Julai 2009, sejumlah 1,535 orang tahanan mati antara tahun 2003 hingga 2007 (tempoh empat tahun). 255 orang mati dalam penjara dan 13 orang mati dalam lokap pada tahun 2008 (tempoh setahun).

2. Pada Mac 2009, ketika Menteri Dalam Negeri menjawab soalan daripada ahli parlimen DAP, Liew Chin Tong, jawapan berbunyi 2,571 orang mati dalam penjara, pusat pemulihan, depot tahanan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) antara tahun 1999 hingga 2009 (10 tahun). Antaranya, 2,563 (98.7%) mati ketika rawatan di hospital, 22 mati dalam perjalanan ke hospital dan 13 mati dalam penjara.

Malah, menurut Menteri Dalam Negeri, 108 orang mati dalam tahanan polis dari tahun 2000 hingga 2006; dan 95 orang mati di Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor, dari tahun 2000 hingga 2007.

13 tahun sebelum ini, NGO telah mengemukakan laporan hak asasi manusia yang pertama, dan membangkitkan isu kematian dalam tahanan. Pada 18 Julai 1991, perangkaan rasmi dari parlimen menunjukkan 151 orang tahanan mati antara tahun 1980 hingga 1990 (10 tahun).

Kes-kes yang menonjol

Kerajaan tidak memaklumkan secara terperinci, butiran faktor kematian dan tindakan selanjutnya. Jelas, kerajaan tidak memantau dengan baik berhubung isu kematian dalam tahanan polis.

Dari tahun 1995 hingga 1997, media massa pernah melaporkan beberapa kes kematian dalam tahanan. Yang berikut adalah kes-kes yang mendapat perhatian media, dan memperlihatkan sejauh manakah penyalahgunaan kuasa oleh polis:

1.Kes Lee Quat Leong, tahun 1995

Lee Quat Leong, 42, seorang technician. Ditangkap kerana disyaki merompak bank. Beliau dipukul mati pada 12 Mei 1995. Penyiasatan Mahkamah Koroner mendapati 11 orang pegawai polis terlibat, termasuk empat orang pengawai tinggi yang perlu bertanggungjawab dalam jenayah ini. Namun, pada 14 Disember 1995, Far Eastern Economic Review melaporkan bahawa terdapat 45 luka luaran pada mayat, dan 7 tulang rusuk yang dipatahkan. Bagaimanapun, daripada 11 orang, hanya 2 orang pegawai polis yang didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan sahaja.

2. Kes M.Ragupathy, tahun 2002

Pada Julai 2002, sekumpulan orang muda bertembung dengan polis yang sedang meronda. Polis mengesyaki bahawa mereka terlibat dalam satu kes jenayah, maka kesemua mereka ditangkap. Antaranya, M.Ragupathy pernah menjalani pembedahan jantung. Dadanya kesakitan semasa dalam tahanan. Polis tidak mengendahkannya, walaupun Ragupathy tidak dapat makan untuk tiga hari, malah muntah.

Selepas beberapa hari, barulah polis membawanya ke klinik kerajaan, tetapi doktor tidak ada di situ. Maka, seorang jururawat memberikannya ubat penyakit asma.

Keadaannya semakin parah selepas beberapa hari. Polis menghantarnya ke hospital Putrajaya. Pada hari keesokan, doktor mengesahkan kematian Ragupathy. Dua bulan kemudiannya, Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata dalam parlimen bahawa polis tidak perlu memikul apa-apa tanggungjawab jenayah.

3. Kes Vivasanu Pillay

Vivasanu Pillay yang ditahan oleh polis, telah ditemui mayatnya dalam satu sungai. Polis mendakwa Vivasanu terjatuh ke dalam sungai ketika melarikan diri dari balai polis Dang Wangi. Walau bagaimanapun, keluarganya pula mendakwa Vivasanu telah mati dalam tahanan, dan dibuang ke dalam sungai. Timbalan Menteri Dalam Negeri kemudiannya berkata di parlimen bahawa kematiannya tiada kena-mengena dengan polis.

4. Kes Sudan a/l Lolam, tahun 1995

Pada 4 Mac 1996, satu NGO orang asli di Semenanjung Malaysia mengadu kepada pengarah polis Negeri Pahang, bahawa seorang kaum asli telah meninggal dunia 9 bulan yang lalu, ketika dalam tahanan polis. Polis pula mendakwa bahawa Sudan membunuh diri dengan menggantung dirinya menggunakan singlet.
Buy Apple® Computer Buy a new iMac, MacBook and more direct from Apple.

5. Kes kematian 46 orang PATI, tahun 1995

Setelah laporan penyiasatan Tenaganita diumumkan pada tahun 1995, Timbalan Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa sejumlah 46 orang PATI mati di beberapa pusat tahanan, antaranya pusat tahanan di Semenyih telah mencatatkan kematian 42 orang pendatang asing.

Mereka dikatakan mati kerana penyakit biasa, seperti sakit perut. Tiada laporan bedah siasat mayat. Malaysian Medical Association berkata penyakit sedemikian boleh diubati segera. Sehingga hari, tiada orang disabitkan kesalahan jenayah.

6. Kes A.Kugan, Tahun 2009

Pada 15 Januari 2009, A.Kugan, 22, ditangkap dan ditahan di balai polis Taipan, Subang, mati secara tiba-tiba dalam tempoh lima hari tahanan polis. Beliau yang dituduh mencuri kereta, tidak sedar diri ketika soal siasat polis, dan kemudian dihantar ke hospital Serdang.

Laporan bedah siasat pertama menunjukkan Kugan mati kerana paru-paru berair. Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan laporan itu menuntut bedah siasat kali kedua. Hasilnya, Kugan didapati dipukul dengan benda seperti paip getah.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Daripada 11 orang polis yang ditukar jawatan kerana kes ini, hanya seorang yang didakwa atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeraskan pengakuan bersalah dari Kugan.

7. Kes Teoh Beng Hock, tahun 2009

Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor (DAP) dipanggil sebagai saksi oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk soal siasat satu kes rasuah yang melibatkan wang kira-kira RM2000. Beliau didapati mati di tingkat lima bangunan sebelah pejabat SPRM.

Kes ini mencetus kemarahan orang awam, malah PM terpaksa mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Di-Raja setelah didesak oleh masyarakat umum. Walau bagaimanapun, kes ini masih dalam penyiasatan di Mahkamah Koroner.

*Yang Pei Keng ialah seorang peguam, dan kolumnis di MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Sumber Asal: MerdekaReview




Share

Sumber: Merdeka Review
Penulis: Lim Hong Siang
Terjemah Oleh: Lim Hong Siang
Tajuk: Lembaran Baru Pergelutan Politik : Saiful vs Altantuya? Lingam!

Inilah masalah persepsi yang menghantui Najib. Walaupun populariti Najib menampakkan lonjakan kebelakangan ini, bahkan tindakan undang-undang terhadap Anwar mungkin boleh mencelarukan langkah PR sendiri, tetapi jikalau inilah kesudahannya, maka ia hanya akan memperkukuhkan persepsi bahawa sistem kehakiman negara kita terus diperkudakan.....

Lembaran Baru Pergelutan Politik : Saiful vs Altantuya? Lingam!


Suasana politik tidak kembali tenang sejak dilanda tsunami pada 8 Mac 2008. Presiden UMNO ketika itu yang diasak dari dalam dan luar, semakin hilang kawal. Sebaliknya, Pakatan Rakyat dilambung pada kemuncak keghairahannya untuk menuju ke Putrajaya.

Bulan Jun 2008 menyaksikan pertembungan langsung antara dua orang "bakal Perdana Menteri". TPM Najib Razak bersama isterinya dikaitkan sekali lagi dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, oleh Raja Petra Kamaruddin. Blogger yang berpengaruh ini membuat akuan sumpah pada 18 Jun, menuduh Rosmah Mansor, isteri TPM berada di tempat kejadian pembunuhan Altantuya.

10 hari kemudian, seluruh Malaysia digemparkan sekali lagi, apabila "kes liwat Anwar Ibrahim II" ditayangkan. Kali ini, pembantunya Mohd. Saiful Bukhari tampil membuat tuduhan, disusuli kemudiannya dengan angkat sumpah di masjid, sebagai cubaannya untuk memperkukuhkan tuduhan tersebut, terutamanya di kalangan masyarakat muslim.

Anwar vs Najib 1:0

Cubaan meludah ke arah Anwar Ibrahim kali ini berakhir dengan pengaiban pada dirinya. Survey Merdeka Center yang diumumkan pada awal Julai memperlihatkan hanya 10% responden mempercayai bahawa Anwar melakukan liwat. Seterusnya, survey yang diumumkan pada awal Ogos 2008, menunjukkan bahawa sokongan terhadap Najib Razak hanya berada pada paras 34%, satu tamparan sengit terhadap bakal PM UMNO-BN ketika itu.

Malah, reputasi UMNO-BN jatuh merudum dalam PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos, hampir terkubur dalam undi majoriti Anwar Ibrahim yang tertimbun. UMNO-BN yang menayangkan "Kes Liwat II" ini nyata lebih tertekan pada waktu itu, walaupun menguasai segala jentera negara.

Meskipun begitu, "Kes liwat II" tidak melabuh tirai begitu sahaja. Isu ini masih diungkit, secara tersurat mahupun tersirat dalam PRK yang berlangsung selepas PRK Permatang Pauh. Malah, Saiful Bukhari cuba memastikan "ketidakadilan yang menimpa dirinya" tidak hilang dari ingatan khalayak, mengingatkan orang ramai melalui blognya bahawa "Justice delayed Is Justice denied".

Kes liwat Anwar II diungkit lagi

Senario politik berubah dari masa ke masa, khususnya selepas Anwar Ibrahim gagal menyempurnakan rancangan 16 September. PR mula hilang fokus, perbalahan dalaman mula timbul, dan lebih ketara, jurang antara hasil kerja PR dan harapan rakyat kian melebar.

Sementara UMNO-BN yang diterajui Najib Razak, semakin kembali ke landasannya, apatah lagi setelah teruja dengan kemenangan PRK Bagan Pinang. Melainkan beberapa parti komponen BN yang masih bergelut dalam kemelut, BN kini dilihat berada dalam keadaan terbaiknya selepas tsunami 8 Mac 2008.

Senario sedemikian memberi nafas baru kepada UMNO-BN, bukan sahaja memantapkan dirinya, tetapi bersiap sedia untuk meneruskan "serangan yang belum selesai" itu. Maka dalam konteks inilah, mula wujudnya pertikaian "mengapa Anwar cuba melengah-lengahkan perbicaraan".

Awang Selamat, dalam kolumnya di Mingguan Malaysia pada 6 September 2009, mengusik Anwar dengan mengubahsuai laungan slogannya "lawan tetap lawan" kepada "tangguh tetap tangguh". Pada hari keesokannya, Utusan Malaysia menonjolkan isu liwat ini di muka surat depannya, dengan memetik hujah Chandra Muzaffar, "Kenapa mahu yangguh perbicaraan kalau tidak salah -- Anwar tidak perlu takut".

Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz, malah Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Rosnah Abdul Rashid Shirlin dipetik untuk mengulas pandangan yang diketengahkan oleh Awang Selamat. Tidak cukup dengan itu, isu liwat ini berlanjutan untuk hari-hari seterusnya, apabila mereka yang keluar parti dari PKR seperti Lokman Nor Adam, Roslan Kassim, S.Nallakaruppan beratur di atas lidah parti untuk mencabar dan menyelar Anwar.

Lebih-lebih lagi, ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang keluar dari PKR pada 29 Oktober 2009, menyebut "soal moral" Anwar antara sebabnya meninggalkan PKR. Bekas Ketua AMK, Mohd Ezam Mohd Nor tidak melepaskan kesempatan ini untuk mendesak agar Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim untuk menjawab persoalan moral suaminya.

Bala pula muncul kembali

Serangan bertubi-tubi ini semestinya disedari PR, yang juga tidak akan berpeluk tubuh begitu sahaja. Maka, secara "kebetulannya", mereka yang "hilang" kerana kes Altantuya mula timbul semula untuk menggilap ingatan ramai. Raja Petra Kamaruddin misalnya, melalui Malaysia Today mendakwa bahawa kebenaran di sebalik kes pembunuhan Altantuya akan terbongkar sebelum hari Krismas tahun ini.

Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang "hilang" selepas akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Razak dengan Altantuya, dan kemudian ditarik balik keesokannya, kini muncul dalam klip video yang tersiar di Malaysia Today. Apa yang berlaku sebelum dan selepas kehilangan diri dan keluarganya itu terdedah sedikit demi sedikit mulai 13 November.

PKR pula, melalui lidah partinya mendakwa bahawa gambar yang boleh menunjukkan hubungan antara Najib dengan Altantuya kini disorok oleh polis. Suara Keadilan Bil 206 (10-17 November 2009), memetik dari Free Malaysia Today yang menemuramah wartawan penyiasatan Perancis Arnaud Dubus, berkata gambar "yang tidak dibuat salinan" itu telah diberikan kepada Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, dan diserah kepada polis kemudiannya.

Kenyataan tersebut sememangnya tidak perlu disokong dengan bukti. Ia bertujuan untuk mencalit imej Najib Razak yang pernah "bersumpah" bahawa dirinya tidak mengenali Altantuya. Apa pun kemungkinan di sebaliknya, yang sudah pasti, Saiful dan "Altantuya" kini telah masuk semula ke gelanggang politik.

Lingam jawapannya

Ramai akan bersetuju bahawa yang dibicarakan itu bukan Anwar atau Najib, tetapi sistem kehakiman negara Malaysia. Biarpun mahkamah memutuskan sama ada Anwar bersalah atau Najib tidak terlibat, dalam kes yang menyebut nama masing-masing, gagal mengubah persepsi awam.

Buktinya, Anwar telah dijatuhkan hukuman 10 tahun yang lalu, diulangi tuduhan yang sama sepanjang satu dekad ini, gagal menghalang sokongan rakyat terhadapnya. Sebaliknya, walaupun media arus perdana terus mendakwa tuduhan terhadap Najib bersama isterinya dalam isu Altantuya adalah fitnah semata-mata, gagal membersihkan nama PM dalam pandangan umum.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Inilah masalah persepsi yang menghantui Najib. Walaupun populariti Najib menampakkan lonjakan kebelakangan ini, bahkan tindakan undang-undang terhadap Anwar mungkin boleh mencelarukan langkah PR sendiri, tetapi jikalau inilah kesudahannya, maka ia hanya akan memperkukuhkan persepsi bahawa sistem kehakiman negara kita terus diperkudakan.

Dengan kata lain, walaupun kuasa berada dalam tangan Najib, tetapi beliau sebenarnya tersepit di dalam dilema ini. Dalam kes liwat mahupun Altantuya, sebarang keputusan mahkamah yang bercanggah dengan persepsi rakyat, walaupun mungkin benar, tidak akan diterima.

Perlu dinyatakan bahawa persepsi ini bukan sekadar persepsi, tetapi berasas, kerana kerajaan tidak memperlihatkan tekad untuk memperbetulkan sistem kehakiman. Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz boleh mempertahankan Lingam dengan seribu satu alasan dalam Dewan Rakyat, tetapi rakyat telah memberi jawapan dengan mengundi Loh Gwo Burne sebagai wakil rakyat Kelana Jaya.

Akhir kata, Najib Razak yang jelas lebih tangkas dan tegas dalam langkah politiknya, berbanding Abdullah Ahmad Badawi, boleh mengambil jalan singkat atau langkah "drastik" untuk menamatkan igauan yang menghantuinya selama ini, iaitu Anwar dan Altantuya. Anak Abdul Razak yang mewarisi corak pemerintahan Mahathir Mohamad ini, dipercayai akan melakukan segala-galanya untuk mengekalkan kuasa dirinya.

Cuma, sekeras Mahathir pun gagal mengubah persepsi rakyat dalam kes liwat Anwar. Apatah lagi, Najib kini berdepan dengan masyarakat Malaysia yang telah melalui zaman "Reformasi" dan "tsunami politik".

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.


Sumber Asal: http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10449




Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysia
Tajuk: Bahagian 5: Saya Cuma Berharap Menamatkan Segala Gangguan (Part 5: I Just Want The Harassment to end)





Bala telah dibayar sebanyak RM 750,000 sehingga kini namun penderaan keatasnya menyebabkan dia seolah-olah seorang yang dipenjarakan. Dia mengatakan dia akan keluar dari keadaan tersebut untuk menamatkan penderaan yang berlaku terhadapnya dan supaya dia boleh hidup sebagai orang biasa. Dia hanya mahukan kehidupannya semula.....

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Q 69. Berapa lamakah anda mengenali ASP Suresh sebelum peristiwa ini?

A. Saya mengenali beliau selama 10 tahun yang lepas. Ketika saya bertemu dengannya, dia adalah seorang pegawai senior Pejabat Siasatan di IPK Kuala Lumpur. Saya adalah seorang penyiasat persendirian. ASP Suresh menggunakan saya untuk membantu dia dalam mengesan sumber dan maklumat penting sesebuah panggilan kerana saya mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat telekomunikasi dan pantas untuk mendapatkan maklumat berbanding dengan pihak polis kerana mereka terpaksa mengikut jalan yang dikatakan rasmi.

Pada satu ketika, saya pernah bekerja untuk ASP suresh sebagai pengawalnya di sebuah pub di Jalan Imbi.

Dia telah digantung perkhidmatannya sebagai pegawai polis pada tahun 2006 kerana disiasat oleh SPRM dalam kes rasuah.

Q 70. Pernahkah anda berjumpa dengan Deeppak sebelum peristiwa ini?

A. Tidak. Namun saya pernah memberikan perkhidmatan kepada Dinesh pada hari yang lepas. Saya tahu Deepak adalah abang kepada Dinesh.


Q 71. Anda pernah menyatakan anda pernah berjumpa dengan seorang Datuk VIP yang berbangsa Melayu diluar pameran Volkswagen di The Curve pada malam 3 Julai 2008. Siapakah lelaki tersebut? .

A. Beliau ialah Datuk Nazim Razak, adik bongsu kepada Najib. Dia berada disitu bersama isterinya yang sedang mengandung. Bagaimana pun saya tidak berbual dengan isterinya, saya megenalinya kerana dia adalah seorang personality TV. Saya rasa dia adalah seorang hos program 'Nona'.

Deepak adalah orang yang membawa saya bertemu meraka.

Sebab itulah ASP Suresh tidak mahu kami berjuma di tempat yang mempunyai kamera CCTV.

Q 72. Semasa anda berada di Hotel Hilton di KL Sentral bersama Deepak, Dinesh dan ASP dan selepas anda menandatangani surat sumpah yang kedua, adakah sesuatu yang bermakna dikatakan kepada anda?

A. Ya. Ada dua perkara yang Deepak memberitahu saya.

Dia memberitahu saya bahawa Rosmah gembira kerana saya menarik balik surat sumpah saya yang pertama dan ingin bersarapan dengan saya.

Bila saya bertanyakan kepada Deepak, berapa lama saya harus meninggalkan negara ini, dia berkata kepada saya bahawa saya harus tunggu sehingga Najib menjadi Perdana Menteri yang seterusnya dan saya boleh kembali selepas itu.

Q 73. Bila anda menghubungi peguam anda Americk Sidhu?

A. Saya menghubungi beliau pada pertengahan Julai 2009. Pada masa itu saya masih berada di India. Saya mahu mengadakan perjumpaan dengannya untuk memberitahu apa yang berlaku ke atas saya dan meohon maaf atas masalah yang disebabkan oleh saya. Americk berada di UK semasa saya mengubunginya supaya kami boleh berjumpa di Kuala Lumpur apabila dia pulang pada permulaan Ogos.

Q 74. Adakah anda bertemunya?

A. Ya. Kami bertemu pada awal Ogos. Americk telah memangil 2 lagi peguam untuk hadir. Saya telah memberitahu mereka apa yang telah terjadi ke atas saya sejak saya meninggalkan pejabat Americk pada petang 3 julai 2008.

Q 75. Adakah anda sedar bahawa perbualan anda telah dirakam secara sembuyi?

A. Saya tidak sedar saya sedang difilemkan. Bagaimanapun saya telah dimaklumkan kemudian dan semua rakaman yang di buat akan disimpan dengan selamat. Saya sedar bahawa ianya dilakukan untuk melindungi keselmatan saya sekiranya sesuatu berlaku ke atas saya.

Q 76. Bagaiman anda berupaya untuk membayar kehidupan anda semasa berada diluar negara?

A. Deepak telah membayar secara ansuran kepada saya. Sebahagian daripada bayaran dibuat terus ke akaun isteri saya melalui EON Bank di KL.

Yang lain dibayar kepada ASP Suresh dimana dia akan membayar kepada saya atau melalui seorang kawan saya di Malaysia.

Saya ada salinan cek yang dibayar oleh Deepak Jaikishan dan dibayar atas nama syarikatnya Carpet Raya Sdn Bhd.

Saya juga memmpunyai salinan slip bank isteri saya yang membuktikan bagaimana wang didepositkan.

Saya juga memuyai salinan akaun HSBC saya di Chennai.

Q 77. Berapa banyak wang yang diterima sejak anda meninggalkan Malaysia pada Julai 2008 sehingga sekarang?

A. Semuanya kira-kira RM750,000.

Q 78. Berapakah yang masih tinggal?

A. Ya, saya telah melaburkan sebanyak RM 250,000 untuk masa depan saya kerana saya tidak tahu apa akan bakal berlaku ke atas saya.

Saya juga membelanjakan sedikit untuk membaikpulih rumah saya di Rawang dimana isteri dan anak saya berada di sana. Semua ini di buat atas tujuan keselamatan rumah saya.

Selebihnya untuk keperluan saya ketika di Chennai dan wang pendidikan anak-anak saya dan perbelanjaan harian.

Q 79. Bukankah Deepak menjanjikan RM5juta kepada anda?

A. Semua perbincangan ini diaturkan oleh ASP Suresh di Kedai Bak Kut Teh di Rawang pada 3 julai 2008. Saya tidak terlibat dalam perbincangan tersebut kerana saya lebih merisaukan keselamatan keluarga saya daripada wang itu.

Saya kemudianya menyedari bahawa ASP Suresh berminat dengan hal ini dan dia akan menerima bayaran yang sama sperti mana yang diperolehi saya. Tugasnya ialah memastikan saya dikawal. Sebab itulah dia rasa tidak senang kerana saya tidak mengikut arahannya kerana pendapatannya yang datang dari Deepak akan terjejas.

Q 80. Kenapa anda menunggu untuk tempoh yang begitu panjang untuk menjelaskan semua ini?

A. Semasa saya berada di Hotel hilton di KL Sentral, saya bertanya kepada Deepak berapa lama saya harus berada di luar negara. Dia memberitahu saya sehinga Najib menjadi Perdana menteri.

Saya tidak dapat kembali ke Malaysia sebelum Februari 2009 kerana Kumar memegang pasport saya selama 5 bulan di India.

Saya hanya mendapatkan semula pasport saya selepas saya mengadu kepada Deepak ketika dia melawat saya di India dengan ASP Suresh. Deepak kemudiannya memanggil adiknya Rajesh untuk mengetahui apakah yang terjadi terhadap paasport saya dan selepas 2 hari Kumar meminta saya untuk mengambil darinya.

Saya sebenarnya berada di India secara haram kerana visa saya telah tamat pada 5 september 2008.

Dalam usaha memanjangkan tempoh visa, saya terpaksa mendapatkan bantuan dari bapa saudara isteri saya yang menjadi exco melanjutkan tempoh selama setahun. Selepas itu barulah saya dapat pulang ke Malaysia.

Q 81. Apakah yang berlaku apabila anda kembali ke Malaysia pada Februari 2009?

A. Apabila saya tiba di KL, saya telah menghubungi Dinesh untuk meberitahu bahawa saya telah kembali ke Malaysia. Saya dipanggil ke pejabat Deepak di Sungai Besi pada pukul 11:45 pm pada malam yang sama dan memberitahu beliau bahawa saya tidak mahu meninggalkan negara ini lagi secara tergesa-gesa, sebaliknya saya mahu bersama dengan anak isteri saya dengan lebih lama. Mereka tidak tahu saya tidak akan meniggalkan negara ini.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Q 82. Kenapa anda kembali ke Malaysia pada April 2009?

A. Hanya kerana mahu bertemu dengan isteri dan anak saya. Tetapi kali ini saya tidak meberitahu sesiapa pun saya kembalik kerana tidak mahu diganggu.

Q 83. Kenapa sekarang ini anda mahu menjelaskan segalanya?

A. Sebab saya mahu menghentikan segala gangguan keatas saya dan kembali ke kehidupan yang normal.


Q 84. Adakah surat sumpah anda yang pertama itu benar?

A. Ya.

Q 85. Adakah anda dipaksa untuk mengeluarkan surat sumpah yang pertama?

A. Sememangnya tidak. (Lihat Video di sini: Was PI intimidated or induced?)

Q 86. Adakah anda dipaksa untuk mengeluarkan surat sumpah ke 2?

A. Ya, sebab saya risau akan keselamatan saya dan keluarga saya dan saya tidak membaca isi kandungan surat sumpah ke 2 sebelum saya menandatanganinya .


Bahagian 1: Misteri Terbongkar
Bahagian 2: Penjara Bala Yang Tanpa Besi
Bahagian 3 : Pihak Polis Telah Berjumpa Dengan Bala
Bahagian 4: BALA Merasakan Kehidupannya Semakin Bertukar


Sumer Asal: http://malaysia-today.net/
Terjemahan: http://gomalaysian.blogspot.com/




Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Bahagian 4: BALA Merasakan Kehidupannya Semakin Bertukar (Part 4: Bala Finds His Life Turned Upside Down)





Kesusahan kehidupan adalah susah untuk dibayangkan terutamanya apabila kehidupan keluarga ditima kesusahan. Bala mula merasakan wang tidak bermakna sekiranya kehidupan keluarga dan pendidiakan anak-anak diabai. Dia mengambil keputusan untuk mengubah kesemua penderitaannya dan kembali ke kehidupan yang asal, namun ada pengarah mempunyai perancangan yang berlainan. Dia sedar, dia harus menjauhkan diri daripada mereka sekiranya dia inginkan kebebasan.....


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Q 55. Kenapa anda tidak memberitahu kebenaran bagaimana surat sumpah kedua dibuat apabila keluarga anda telahpun berada dalam keadaan yang selamat?

A. Saya masih keliru dan merasakan keselamatan keluarga saya masih terancam. Saya merasa Deepak merupakan seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat, terutamanya selepas berjumpa dengan seorang Datuk VIP berbangsa Melayu di The Curve pada malam itu dan nasihatnya masih dalam ingatan saya.

Saya juga hairan kenapa Deepak mempunyai pengaruh yang begitu kuat sehingga dapat melakukan sesuatu walaupun berada diluar negara termasuk mengaturkan seorang wanita berbangsa Thai untuk meguruskan visa kami ke India di Bangkok.

Pada masa itu saya merasakan adalah lebih baik saya menuruti kata-kata mereka sehinggalah saya sehingga saya tersedar kerana saya perlu mengambil kira keluarga saya kerana saya tidak mahu keselamatan mereka terancam.

Saya dan keluarga saya berada di luar negara dan kami tidak punya sebarang sumber kewangan.

Q 56. Adakah anda berbual dengan sesiapa selepas ini?

A. Ya. ASP Suresh telah menguhubungi saya dari Kuala Lumpur dan menasihati saya agar menukar hotel supaya pihak polis dari Malaysia tidak akan dapat menemui saya sekiranya mereka mahukan sebarang maklumat lanjut daripada saya.

Dia juga memberitahu saya supaya memaklumkan anak saudara saya di KL untuk berhenti mengeluarkan kenyataan kepada wartawan dan menghentikan acara menyalakan lilin (light vigils) kerana ini telah menyusahkan Deepak. Saya kemudiannya menghubungi anak saudara saya supaya menghentikan segala acara dan dia bersetuju. (Lihat video di sini: Stop the campaign, PI tells nephew)


Q 57. Adakah anda berpindah hotel?

A. Ya ,kami berpindah ke Hotel Beverly Hills. Kami dihubungi oleh Rajesh di hotel baru itu bahawa visa yang dipohon tidak dapat diselesaikan segera dan memerlukan sekurang-kurangnya 5 hari bekerja.

Deepak kemudian mengaturkan seorang Penukar wang (moneychanger), seseorang yang dikenalinya, untuk membayar kami 100,000 Bath untuk perbelanjaan kami. Saya kemudiannya menunggu arahan selanjutnya di hotel itu.

Q 58. Apa yang terjadi selepas itu?

A. Pada pukul 2.30 pm 11 Julai Rajesh telah menghubungi saya untuk menolak ke lapangan terbang supaya mengmbil tiket penerbangan yang ditempah olehnya supaya saya dan keluarga saya dapat terbang ke Katmandhu, jadi kami telah mengemaskan barangan kami dan bertolak ke lapangan terbang.

Bagaimana sebaik saja tiba di sana Rejesh menghubungi saya dan menyatakan bahawa penerbangan itu hanya akan bertolak pada jam 10 pagi esok. Kami kemudiannya mengambil teksi balik ke bandar dan menginap di hotel yang lain.

Keesokan pagi kami pulang semula ke lapangan terbang dan mengambil penerbangan Thai Airways dan terus ke Kathmanhu.

Q 59. Apa yang berlaku setelah mendarat di Kathmandhu?

A. Kami kemudiannya dijemput oleh pegawai dari Hotel Yak & Yeti untuk membawa kami ke hotel.

Q 60. Kenapa anda perlu pergi ke Kathmandu?

A. Sebelum kami memasuki India, kami perlu mendapatkan visa negara tersebut, dimana kami telah gagal memperolehinya semasa di Bangkok.

ASP Suresh memberitahu saya Deepak tidak mahu kami tinggal Bangkok lagi kerana pihak polis Malaysia berjaya menemui kami di situ dan sebab itulah dia mahukan kami ke Kathmandhu untuk memohon visa kami di sana.

Q 61. Berapa lama anda berada di Kathmandu?

A. Kami memohon visa dari Kedutaan India di Katmandhu. Selepas mendapat visa selama sebulan, kami meninggalkan Katmandhu untuk bertolak ke New Delhli. Iaitu pada 22 Julai . Kami berada di Katmandhu selama 10 hari.

Q 62. Berapa lama anda berada di Delhi?

A. Kami tinggal di sebuah hotel di Delhi selama 2 malam sebelum ke Madras melalui Madurai.

Q 63. Bagaimana anda dapat memanjangkan tempoh visa anda selama sebulan?

A. Visa kami tamat pada 21 Ogos 2008. Orang Deepak berjanji kepada saya untuk menyambung tempoh visa saya selama setahun tetapi ia tidak berlaku. Saya terpaksa mendapatkan tambahan selama 1 bulan lagi untuk saya dan keluarga saya sehingga 20 september 2008.

Saya kemudiannya menghantar isteri dan anak saya balik ke kuala lumpur untuk tinggal bersama ibu mertua saya di Segambut tanpa pengetahuan Deepak.

Saya tinggal di Madras untuk mendapatkan penambahan tempoh visa saya. Ejen Deepak kemudiannya menghubungi Kumar untuk membantu saya namun ia tidak berlaku. Saya mengadu kepada Deepak dan ASP Suresh ketika mereka datang melawat saya di Chennai. Deepak kemudiannya meminta Kumar memberikan semula passport saya dan sijil sakit supaya mengatakan saya tidak akan dapat meninggalkan Chennai atas faktor saya menghidapi penyakit. Saya telah berada di India dengan tempoh visa saya yang sudah luput.

Saya kemudiannya menghubungi saudara isteri saya dimana beliau merupakan Exco di daerah Karaikal. Dia berjaya memanjangkan tempoh visa saya sehingga ke 5 september.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Q 64. Adakah anda kembali ke Malaysia semasa tempoh ini?

A. Ya, saya kembali untuk beberapa kali untuk menguruskan masalah peribadi saya. Setiap kali saya pulang ke Malaysia melalui Thailand iaitu sempadan Malaysia-Thai di Bukit Kayu Hitam. Saya tidak pernah melalui imigresen Malaysia.

Saya tidak menghubungi sesiapa pun setiap kali saya kembali kerana takut Deepak mengetahuinya. Hanya seoarang sahaja yang tahu saya kembali ke Malaysia ialah ASP Suresh, tetapi beliau tidak memberitahu Deepak. Beliau kecewa kerana saya menghantar anak dan isteri saya ke Malaysia namun saya menjelaskan kepadanya bahawa anak saya perlu mendapat pendidikan dan mereka tidak dapat bersekolah di Chennai.

Bila sahaja saya kembali ke Malaysia, saya akan tinggal bersama dengan isteri saya di rumah ibu mertua saya di Segambut.

Q 65. Dimana tempat tinggal isteri anda semasa berada di Malaysia?

A. Isteri saya tinggal bersama ibu mertua saya di Segambut dan anak-anak saya pula bersekolah di Sentul. Dia pernah datang ke Chennai beberapa kali bersama anak-anak untuk melawat saya.

Q 66. Dimana anak dan isteri anda berada sekarang?

A. Mereka kini berada di Chennai. Saya berjaya mendaftarkan kedua-dua anak saya di sekolah di sana. Isteri saya akan pulang ke Malaysia supaya anak bongsu saya ydapat bersekolah disini. Saya pula akan bersama kedua-dua anak sulung saya di Chennai.

Q 67. Bolehkah anda mengimbas kembali tarihkh anda kembali ke Malaysia?

A. Ya, saya berada di KL dari 16.02.2009 hingga 05.03.2009. Sepanjang tempoh ini saya bertemu dengan Deepak di pejabat beliau di Sungai Besi. Dia begitu bimbang kerana saya kembali ke Malaysia dan mengarahkan saya kembali semula ke Chennai segela. Dia memberikan amaran kepada saya bahawa nyawa saya terancam jika saya berada di sini.

Kali kedua saya kembali ke Malaysia adalah dari 11.04.2009 hingga 02.05.2009.

Kali ketiga saya kembali ke Malaysia ialah akhir bulan Julai 2009.

Q 68. Apa yang anda lakukan semasa kembali pada akhir bulan Julai?

A. Saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan peguam saya Americk Siddhu dan menerangkan kepadanya apa yang telah berlaku keatas saya selama lebih setahun lalu dan saya merasa tidak selesa dengan keadaan sekarang.


BERSAMBUNG

Bahagian 1: Misteri Terbongkar
Bahagian 2: Penjara Bala Yang Tanpa Besi
Bahagian 3 : Pihak Polis Telah Berjumpa Dengan Bala



Sumer Asal: http://malaysia-today.net/
Terjemahan: http://gomalaysian.blogspot.com/




Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Bahagian 3 : Pihak Polis Telah Berjumpa Dengan Bala (Part 3: The Malaysian Police Catch Up With Bala)





Pihak polis Malaysia telah berjumpa dengan Bala di Bangkok. Tetapi mereka hanya berminat untuk menyoalsiasat tentang Surat Sumpah yang pertama dan mereka tidak pernah menyoalsiasat langsung tentang Surat Sumpah yang kedua. Pihak polis Malaysia mengetahui perkara yang benar tetapi memilih untuk menguburinya daripada mengambil tindakan....

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Q 41. Kemanakah anda pergi selepas tiba di Bangkok?

A. Deepak sepatutnya telah mengaturkan saya berjumpa dengan seseorang di lapangan terbang Bangkok, tetapi tiada sesiapa pun berada di situ. Dalam keadaan yang semakin meletihkan, saya telah mengambil taxi utnuk menghantar keluarga saya ke Hotel Shangri La. Kami berdaftar di hotel tersebut dan kemudian tidur di sana.

Q 42. Adakah sesiapa telah menghubungi anda semasa anda berada di Hotel Shangri La?

A. Tidak, sebab tidak sesiapa pun yang mengetahui dimana kita berada kerana saya tidak mempunyai SIM Kad Thai oleh itu saya tidak dapat menghubungi sesiapapun dengan telefon bimbit saya.

Q 43. Apakah yang anda lakukan pada keesokan hari? (5 Julai)

A. Saya telah membawa keluarga dan anak saya untuk membeli sedikit pakaian kerana kami tidak mempunyai pakaian yang mencukupi. Saya juga membeli SIM kad Thail supaya dapat menghubungi ASP Suresh dan memberitahunya dimana kami berada.

Deepak telah memberitahu saya bahawa segala perhubungan hendak dibuat dengan ASP Suresh dan adiknya, Rajesh yang akan menyediakan segala keperluan untuk kami.

Q 44. Apakah yang anda lakukan pada hari berikutnya? (6 Julai)

A. Pihak pengurusan Shangri La memberitahu saya bahawa hotel itu telah penuh ditempah berikutan acara perkahwinan yang akan diadakan dan kami terpaksa meninggalkan hotel. Saya kemudiannya menempah bilik di Hotel Hilton yang berdekatan dengan isteri dan anak saya.

Rajesh telah menguruskan sesorang untuk berhubung dengan kami supaya membantu kami untuk memperolehi visa ke India. Orang berkenaan adalah seorang warga thai yang kemudiannya datang ke bilik kami untuk mengutip pasport kami dan yuran visa dari saya.

Q 45. Apakah yang berlaku pada 7 Julai?

A. Saya menerima panggilan dari seorang pegawai Bahagian Unit Khas (Special Branch) di bilik saya. Dia berada di hotel lobi dan mahu bertemu dengan saya. Saya kemudian turun untuk berjumpa denganya. Saya mengenalinya kerana pegawai tersebut pernah bekerja dengan saya sesuatu saya dalam Bahagian Unit Khas. Pegawai tersebut adalah seorang pegawai di pejabat kedutaan Malaysia di Bangkok.

Q 46. Apakah yang kamu membincangkan?

A. Dia menanyakan kepada saya bahawa adakah saya akan membenarkan pihak polis Malaysia mendapatkan kenyataan dari saya dan sekiranya saya bersetuju, mereka akan menghubungi pihak polis di Kuala Lumpur. Saya kemudian memintanya beliau tunggu sementara saya menghubungi ASP Suresh untuk memberitahunya perkembangan ini.

Q 47. Adakah anda menghubungi ASP Suresh?

A. Ya. ASP Suresh memberitahu saya apa yang harus saya memberitahu kepada mereka. Dia juga meminta saya agar tidak menyebut penglibatan Deepak, Dinesh dan dia.

Q 48. Apakah arahan daripadanya kepada anda?

A. Secara ringkasnya, dia memberitahu saya supaya memberitahu polis bahawa selepas membuat Surat Sumpah yang pertama, saya terasa bersalah dan mahu ia ditarik balik, jadi saya telah memanggil seorang peguam yang bernama Arunapalam, dimana saya pernah berjumpa dengannya ketika saya menjalankan tugas dahulu dan mengatur untuk berjumpanya di sebuah restoran yang bernama Lotus bersebelahan dengan Hotel Nikko di jalan Binjai.

Ketika saya bertemu dengannya, dia telah menasihatkan saya supaya menarik balik surat sumpah saya yang pertama dan dia akan merangka surat sumpah yang kedua untuk saya. Saya juga di arahkan untuk berkata bahawa saya pergi ke pejabatnya dimana dia telah merangka surat sumpah yang kedua yang saya tandatangan, dan saya kemudiannya saya pergi ke Hotel Prince keseseokannya untuk mengadakan sidang akhbar.

Inilah yang harus saya katakan kepada polis ketika mereka merekodkan kenyataan saya, arahan daripada ASP Suresh.

Q 49. Apakah yang anda lakukan kemudiannya?

A. Selepas berbincang dengan ASP Suresh, saya memberitahu memberitahu pegawai cawangan khas tersebut dari kedutaan Malaysia iaitu saya bersetuju untuk merekodkan kenyataan saya dan dia telah memaklumkan kepada Kuala Lumpur dan akan datang menjemput saya pada keseesokan pagi dan membawa saya ke kedutaan Malaysia. Sebenarnya kami telah keluar untuk makan bersama pada petang tersebut.

Q 50. Adakah anda dijemput pada keesokan pagi?

A. Ya, pegwai cawangan khas itu telah datang ke hotel saya keesokan pagi dan membawa saya ke kedutaan Malaysia di mana kami sampai sekitar jam 9.00 am. Sekitar pukul 9.30 am, 3 orang pagawai polis pun sampai. Mereka baru sahaja sampai dari Kuala Lumpur sebelah petang semalam selepas saya bersetuju untuk merakamkan kenyataan saya.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Q 51. Adakah anda mengenali pegawai polis tersebut?

A. Ya, mereka ialah ACP Muniandy dari Jabatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, seorang pagawai berbangsa India dan seorang lagi pegawai berbangsa Melayu, dimana saya lupa pada ketika itu.

Q 52. Baagaimanakah layanan mereka terhadap anda?

A. Mereka memberikan layanan baik kepada saya. ACP Muniandy bertanya kepada saya yang mana satukah akuan bersumpah itu benar dan saya menjawab akuan yang pertama. Dia kemudinnya memegang tangan saya dan berkata saya adalah seorang yang berani.

Q 53. Adakah mereka merakam kenyataan anda?

A. Ya. Mereka menyoal saya selama 6 jam. Mereka nampaknya tidak berminat dengan surat sumpah saya yang ke 2 dan bertanyakan berdasarkan surat sumpah yang pertama.

Mereka mahu mengetahui sesiapa yang terlibat dan bagaimana saya diarah untuk melakukan perkara itu.

Saya menjelaskan segalanya kepada mereka iaitu sejak saya menemui peguam saya Americk Siddhu di sebuah pub pada satu malam bersama dengan ASP Suresh, M Puravalen dan Sivarasah Rasiah pada bulan April atau Mei 2008 dimana pengumuman surat sumpah saya yang pertama.

ACP Muniandy yang menanyakan semua soalan, manakala rakannya merakamkan kenyataan saya.

Q 54. Adakah mereka memberikan komen mengenai apa yang anda memberitahu mereka?

A. Tidak. Saya cuma mengulangi apa yang ASP Suresh mengarahkan saya memberitahu mereka iaitu situasi yang membawa saya kepada membuat Surat Sumpah kedua dan merakamkan semua itu.


BERSAMBUNG

Bahagian 1: Misteri Terbongkar
Bahagian 2: Penjara Bala Yang Tanpa Besi


Sumer Asal: http://malaysia-today.net/
Terjemahan: http://gomalaysian.blogspot.com/




Share

Sumber: Tukar Tiub
Penulis: Tukar Tiub
Tajuk: Projek Pembodohan Orang Melayu




Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strateji politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.....

Projek Pembodohan Orang Melayu

United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili Orang Melayu. Ini sebenarnya satu dongeng. Kesah dongeng ini sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strateji politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Kalau di zaman fedual dahulu – orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Ini semuanya dongeng. Semua ini adalah sebahagian dari projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara Pertama:

Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan ialah orang China. Orang-orang China akan dijadikan ‘hantu’ untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang China. Racun bencikan China ini telah memandulkan fikrah orang Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan yang maha intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong China.

Para cukong China yang membuat harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation. Kerjasama mereka seperti Abang dengan Adik.

Cuba kita kembali kepada kes Bank Bumiputera yang lingkup pada tahun 80’an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul. Ini akan diikuti dengan nama George Tan. Siapakah Loraine Osman ini? Maloan ini tidak lain dan tidak bukan ialah bendahari gerombolan sendiri.

Ini hanyalah satu contoh dari bejuta juta contoh yang lain. Ini belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun , Pewaja, Formula 1, Moonson Cup, KLCC – dimana wujud kerjasama antara gerombolan dengan ‘orang asing’ untuk menjarah negara.

Cara kedua:

Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang-orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan/menentang/mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab banyak raja-raja dalam telah dichampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja dari Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa : menjunjung ke bawah duli itu ertinya menjunjung tapak kaki. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa : pacal itu ertinya anak anjing.

Patek pacal yang hina menyembah duli tuanku bermakna : saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu. Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri. Kenapa orang Melayu dibodohkan sebagini. Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan.

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion di katakan menentang Islam. Ini juga adalah projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkut pautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam telah wujud 1500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988 dahulu. Manusia Melayu telah menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malauys National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini adalah wakil tuhan di atas bumi ini. Ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan diatas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang Tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organistion untuk menjadi wakil. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik Pope, Sami, Dalai, Ayahtollah, Padri, Rabbai – untuk menjadi wakil.

Apa yang terjadi ialah para agamawan ini adalah orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci. Semua mereka adalah manusia yang sama seperti Mak Cik dan Pak Cik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh befikir dan berilmu.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Ahkirnya:

Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ini bererti ianya telah menjadi sebahagian dari proses budaya pemikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud telah diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media adalah dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu amat ketara bezanya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Bagitu kaedah permbelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru kerana itu ibu bapa dalam masyarakat China tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama , makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran China. Di sekolah aliran bukan Melayu masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar untuk berfikir bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil dari projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu.

Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh ini gagal melihat pembunuh, pencolek, pengambil rasuah – bukan satu pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu baik dan suci kerana ianya dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.

Sumber: tukartiub.blogspot.com




Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Bahagian 2: Penjara Bala Yang Tanpa Besi (Part 2: Bala’s Prison Without Bars)





Bala telah dipaksa untuk menandatangani Surat Sumpah Kedua dan diikat untuk dihantar ke luar negeri. Sejak itu mereka telah "mengikatnya" dengan ketat dan mengawal segara kenyataannya. Dia mengetahui kini dia bagai hidup dalam penjara; meskinpun penjara itu tanpa besi dan mangga, namun hidupnya bagai dipenjarakan.....

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Q 23. Apa yang terjadi selanjutnya?

A. Deepak telah memberi arahan kepada Dinesh supaya menempah sebuah bilik di Hotel Hilton, KL Sentral. Saya telah pergi dengan ASP Suresh ke rumah saya di Rawang untuk menemui isteri saya dan menjelaskan kepadanya apa yang telah berlaku. Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya. Deepak telah memberitahu saya bahawa saya perlu untuk menarik kembali surat sumpah pertama saya dan kemudian meninggalkan negara ini bersama dengan keluarga saya. Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Saya sudah menjangka bahawa saya akan ditangkap dan diinterogasi selepas menyatakan surat sumpah pertama saya tapi saya tidak menjangka keluarga saya akan terancam jadi saya belum sedia untuk semua ini. Disebabkan penglibatan Datuk VIP ini, saya menyedari situasinya sangat serius.

Q 24. Pukul berapakah anda tiba di rumah selepas meninggalkan The Curve?

A. ASP Suresh dan saya tiba di rumah saya sekitar pukul 2:00 pagi itu. Saya menjelaskan kesemua kejadian kepada isteri saya dan berkata kepadanya bahawa kami harus berkemas dan berangkat dari Malaysia pada hari itu juga, kerana saya telah diperintahkan untuk berbuat demikian. Saya juga memberitahunya untuk menolak ke jabatan imigresen pagi itu supaya memohon pasport untuk anak saya dan mengemaskini pasportnya. Saya telah menyuruh seorang teman saya yang bernama Christopher untuk menjemput mereka pada pukul 8:30 am dan menghantar mereka ke jabatan imigresen Pusat Damansara pagi itu dengan barangan mereka.

Q 25. Ke mana kau pergi selepas ini?

A. ASP Suresh kemudian mengantar saya ke tempat di mana dia telah "membakar kabel" supaya dia dapat menyuruh para pekerjanya untuk memindahkan barangan tersebut ke dalam lori 3-tan. Kami kemudian pergi ke Hilton Hotel di KL Sentral.

Q 26. Pukul berapakah anda tiba di Hotel Hilton?

A. Kami sampai di Hotel itu sekitar 3:00 am. ASP Suresh telah menanya Dinesh tentang nombor bilik. Deepak dan Dinesh berjumpa dengan kami di lobi dan kemudia kami semua pergi ke bilik itu. Saya telah diberitahu sebelum ini bahawa saya dan keluarga saya akan dihantar ke Hong Kong. Saya memberitahu mereka bahawa saya tidak mahu dihantar ke Hong Kong malah saya lebih suka jika dihantar ke Chennai. Deepak bersetuju. Dia kemudian cuba untuk menyediakan sebuah jet peribadi untuk saya. Hal ini terpaksa dibatalkan ketika kami menyedari kami akan harus melalui jabatan imigresen di lapangan terbang. Deepak kemudian mencadangkan kami pergi ke Singapura dengan jalan darat, kemudian terbang ke Bangkok dan kemudian ke Chennai. Aku bersetuju. Mereka kemudian terus memberitahu saya tentang betapa seriusnya surat sumpah pertama saya dan saya harus menarik balik kerana mereka tidak dapat menjamin apa-apa yang mungkin berlaku jika kata sepakat kami telah gagal. Dinesh akhirnya pulang untuk rehat.

Q 27. Apa lagi yang anda membincangkan ketika dalam bilik hotel?

A. Deepak menceritakan bagaimana beliau telah menjadi teman baik dengan Rosmah sejak dia mengunjungi kedainya di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Dia tidak membenarkan saya tidur ketika dia sedang mencerita.

Q 28. Apa lagi yang berlaku pagi itu?

A. Dinesh kembali ke hotelnya. Sekitar 7:45 am seseorang telah menghantar salinan surat sumpah ke-2 ke hotel. Deepak pergi ke lobi untuk menerima surat sumpah itu selepas menerima panggilan telefon. Beberapa ketika kemudian seorang Pesuruhjaya Sumpah tiba. Dia adalah seorang lelaki berbangsa Melayu. Saya diminta untuk menandatangani surat sumpah itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah ini dan dia mengesahkan tanda tangan saya. Dia bertanya adakah saya tahu di mana pejabatnya dan saya menafikan. Dia kemudian memberitahu Deepak supaya memberitahu di mana pejabatnya kepada saya ketika dalam perjalanan ke Prince Hotel. Aku tidak diberi kesempatan untuk membaca isi kandungan surat sumpah tersebut.

Q 29. Adakah anda tahu bahawa anda akan dibawa ke Prince Hotel?

A. Ya. Deepak telah memberitahu saya bahawa dia akan mengadakan sidang akhbar di Prince Hotel pagi itu dan dia akan memastikan saya diwakili oleh seorang peguam. Dia memberitahu saya supaya tidak perlu bimbang dan saya tidak perlu mengatakan apa-apa saja, biarlah peguam menjelaskannya dalam sidang akhbar itu.

Q 30. Pukul berapa anda meninggalkan Hilton Hotel?

A. Kira-kira 8:45 am. Deepak, Dinesh dan aku meninggal bersama-sama. Saya dan Dinesh meninggalkan tempat itu dengan kereta BMW Dinesh sementara Deepak pula meninggalkan tempat itu perseorangan. Dinesh tidak memberitahu saya di mana terletaknya pejabat Pesuruhjaya Sumpah itu.

Q 31. Pukul berapa anda tiba di Prince Hotel?

A. Kami tiba di Prince Hotel sekitar pukul 9:15 am dan memandu menuju ke tempat letak kereta di mana kami akan menerima arahan yang lebih lanjut dari Deepak dimana dia telah tiba di tingkat bawah saat itu. Akhirnya Dinesh menerima panggilan telefon dan dia telah menemani saya ke lif yang akan membawa kami ke satu tempat yang kelihatan seperti lobi di tingkat atas.

Q 32. Adakah anda berjumpa dengan sesiapa di kawasan lobi itu?

A. Ya. Deepak sedang menunggu di lobi ini dengan seoranga lelaki berbangsa India. Lelaki India ini bernama Mr Arunampalam, seorang peguam. Peguam tersebut memberitahu saya supaya saya hanya mendiamkan diri ketika dalam sidang akhbar yang telah diatur di lobi utama. Dia menyuruh saya supaya tidak bercakap dengan wartawan walau apapun situasi pada masa itu kerana dia akan menjawab kepada wartawan. Deepak kemudian memberitahu Arunampalam supaya tidak menjawab lebih daripada 3 soalan daripada wartawan yang sedang menunggu di bawah dan menyerahkan beberapa salinan surat sumpah ke-2 kepada para wartawan.

Q 33. Apa yang terjadi selanjutnya?

A. Pada pukul 10:00 am Mr Arunampalam dan saya telah turun ke lobi utama dengan lif di mana kami akan bertemu dengan kira-kira 4 atau 5 wartawan. Mr Arunampalam bercakap dengan mereka dan mengedarkan salinan surat sumah ke-2 kepda mereka. Dia memberitahu wartawan bahawa saya telah dipaksa untuk menandatangani surat sumpah yang pertama dan saya sekarang ingin menarik balik surat sumpah pertama. Dia tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada para wartawan.

Q 34. Dimanakah Deepak dan Dinesh ketika sidang akhbar?

A. Saya fikir mereka telah meninggalkan hotel kerana mereka tidak menyertai sidang akhbar dengan kami.

Q 35. Apa yang berlaku selepas sidang akhbar?

A. Mr. Arunampalam kemudian menghantar saya kembali ke hotel Hilton dengan keretanya. Dia menurunkan saya di lobi bawah dan saya tidak pernah melihatnya lagi.

Q 36. Adakah anda bersetuju Mr Arunampalam sebagai peguam anda dalam sidang akhbar?

J. Tidak. Aku belum pernah bertemu dengan peguam ini sebelum ini. Deepak-lah yang mengupah peguam itu untuk mewakili saya di sidang akhbar. Aku tidak pernah memberitahu kepadanya apa yang harus dikatakan. Semua ini dikawal oleh Deepak dan bukan saya.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Q 37. Apa yang anda lakukan sebaik saja tiba di Hilton Hotel?

A. Saya kembali ke bilik dan mengetuk pintu. Deepak dan ASP Suresh ada di sana. Aku menunggu di dalam bilik sementara Deepak sedang membuat panggilan telefon kepada Ms Wong yang saya rasa setiausahanya. Rupa-rupanya dia yang menemani isteri dan anak-anak saya di pusat imigresen Pusat Damansara untuk membantu isteri saya dengan aplikasi dan pembaharuan pasport. Deepak memberikan RM20, 000.00 dalam Hong Kong dolar kepada saya. Dia memberitahu saya bahawa dia telah menyediakan sebuah van pelancong untuk menghantarkan saya dan keluarga saya ke Singapura dan menaiki pesawat ke Bangkok.

Q 38. Pukul berapa anda meninggalkan Hilton Hotel?

A. Pada pukul 1:00 pm Deepak menerima telefon dari Ms Wong memberitahu kepadanya pasport telahpun selesai jadi saya meninggalkan Hotel Hilton dengan van yang dibawa oleh seorang pemandu berbangsa India. Van ini kemudian menghantar saya ke pusat imigresen Pusat Damansara. Pemandu itu bercakap dengan Ms Wong ketika dalam perjalanan dan menerima arahan dimana saya akan bertemu dengan isteri dan anak-anak saya. Ketika kami tiba di pusat imigresen Pusat Damansara, saya bertemu dengan isteri dan anak-anak saya dan kami memasukkan semua barangan ke dalam van dan meneruskan perjalanan kami ke Singapura.

Q 39. Apa yang terjadi ketika anda tiba di Singapura?

A. Pemandu berhenti di imigresen Malaysia di tambak dan kita semua terpaksa keluar daripada van untuk memberikan pasport kami di kaunter. Tidak satu pun daripada pasport kami dicap. Kami kemudian meneruskan perjalanan melintasi tambak ke imigresen Singapura yang telah mengecap pasport kami. Selepas selesai di imigresen, kami dihantarkan ke Lapangan Terbang Changi.

Q 40. Apa yang berlaku di Lapangan Terbang Changi?

A. Saya menukarkan sedikit wang Singapura supaya saya boleh menelefon Deepak untuk mengetahui penerbangan kami ke Bangkok. Deepak mengatakan tiket kami di kaunter SilkAir. Saya pergi ke kaunter tiket dan menerima tiket kami. Kita semua kemudia dalam penerbangan ke Bangkok yang meninggalkan Singapura pada sekitar 8:00 pm.


Bersambung

Bahagian 1: Misteri Terbongkar


Sumber: http://www.malaysia-today.net/

Terjemahan: http://gomalaysian.blogspot.com/




Share



Previous Video:
[Episod 1] RPK Speaks His Mind : Surat Sumpah Altantuya
[Episod 2] RPK Speaks His Mind : Menghina Islam? Tolonglah!
[Episod 3] tr


==============================================

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!




Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Part 1 : Misteri Terbongkar (Part 1: The Mystery Unveiled)






Apa yang berlaku dalam masa 48 jam setelah PI Bala membuat Surat Sumpahnya pada 3 Julai 2008? Kenapa selepas beberapa jam kemudia dia menandatangani Surat Sumpah kedua dimana kandungannya jelas bertentangan dengan Surat Sumpah yang pertama? Kenapa dia menghilangkan diri selama 1 tahun selepas menandatangani Surat Sumpah yang kedua? Mana satu surat sumpah yang ditandatangani secara paksa, yang pertama atau yang kedua? Hari ini Malaysia Today akan menjawab semua soalan ini yang ditanya-tanya oleh semua Rakyat Malaysia.....


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Q1: Selepas sidang akhbar yang diadakan di Pejabat PKR pada 3 Julai 2008, adakah anda pulang ke pejabat peguam anda sehingga 4.30pm?

A: Ya, itu betul.

Q2: Siapakah yang bersama dengan anda di pejabat peguam anda?

A: Peguam saya Americk Sidhu, ASP Suresh dan pembantu saya Suras Kumar.

Q3: Pada pukul berapakah anda meninggalkan pejabat peguam anda?

A: Kira-kira jam 4.45 pm. Saya meninggalkan tempat itu bersama dengan ASP Suresh dan Suras Kumar. ASP Suresh membawa keretanya yang diletak dibawah pejabat. Suras pergi dengan motolnya.

Q4: Anda kemudian berhasrat untuk pergi kemana?

A. Saya pernah berbual melalui telefon dengan ASP Tonny daripada Pejabat Polis Brickfields. Dia ingin bertemu dengan saya untuk membincangkan isi kandaungan surat sumpah pertama saya yang saya telah mengumumkanya dalam sidang akhbar pagi itu. Dia memberitahu saya dimana dia rehat (habis kerja) pada pukul 6:30 pm dan menyarankan supaya kami bertemu secara tidak formal di sebuah warung 'ikan bakar' yang berdekatan dengan balai polis. Saya bersetuju. ASP Suresh telah menghantar saya ke sana selepas saya meninggalkan pejabat peguam saya.

Q 5. Apa yang ASP Tonny ingin berbincang dengan anda?

A. Dia rasa senang setelah saya mengeluarkan surat sumpah pertama saya kerana dia adalah pegawai yang ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan Altantuya. Saya fikir dia ingin berbual secara tidak rasmi dengan saya.

Q 6. Jadi, anda pernah bertemu denganya sebelum ini?

A. Ya, dia pernah mempersoalkan saya kerana kes pembunuhan Altantuya (semasa penyiasatan kes pembunuhan itu).

Q 7. Adakah anda bertemu dengan ASP Tonny?

J. Tidak. Selepas meninggalkan pejabat peguam saya, ASP Suresh menyarankan agar kami pergi ke Cheras sahaja. Aku memberitahu ASP Tonny bahawa saya tidak boleh hadir malam itu dan saya akan bertemu dengannya keesokan hari.

Q 8. Mengapa ASP Suresh ingin pergi ke Cheras?

A. Dia mempunyai beberapa urusan perniagaan yang berkaitan dengan kabel tembaga dan dia perlu menyiapkan sedikit kerja di sana.

Q 9. Adakah ASP Suresh seorang pegawai polis pada waktu itu?

A. Dia adalah seorang pegawai dengan IPK D9 division CID tetapi telah digantung kerana beberapa penyiasatan dalaman terhadapnya yang dilakukan oleh ACA.

Q 10. Ke mana anda pergi setelah meninggalkan Cheras?

A. ASP Suresh perlu pergi ke Rawang untuk membakar sebahagian daripada potongan kabel. Kami meninggalkan Cheras sekitar pukul 7:30 pm dan menuju ke Rawang. Kami masih dalam kereta ASP Suresh.

Q 11. Apa yang terjadi dalam perjalanan dari Cheras ke Rawang?

A. ASP Suresh menerima beberapa panggilan telefon daripada Dinesh dan Deepak dimana saya bertemu dengan mereka selepas ini. Mereka mengharapkan ASP Suresh supaya boleh menemukan saya dengan mereka. Pada permulaan, ASP Suresh tidak bersetuju dengan pertemuan tapi akhirnya bersetuju untuk bertemu di sebuah Kedai Bak Kut Teh di Rawang.

Q 12. Adakah anda pergi terus ke Kedai Bak Kut Teh?

A. Tidak, kita pergi ke Kuala Garing untuk membakar sedikit kabel dan wayar. Selepas itu kami pergi ke Kedai Bak Kut Teh dimana Deepak dan Dinesh sedang menunggu kami disana.

Q 13. Apa yang kalian berbual?

A. Deepak mula berbual dengan saya supaya cuba memujuk saya untuk menarik balik surat sumpah pertama saya. Dia memberitahu kepada saya bahawa terdapat sebuah kereta merah di luar rumah saya di Rawang dengan pegawai perisikan tentera di dalamnya, dan mereka tahu bahawa isteri dan anak-anak saya berada di rumah.

Q 14. Apa reaksi anda selepas maklumat ini?

A. Aku sangat bimbang tentang hal ini kerana isteri saya telah menelefon saya ketika saya dalam perjalanan menuju Rawang dengan ASP Suresh dan diberitahu bahawa ada sebuah kereta merah yang mencurigakan telah berhenti dihadapan rumah saya dan orang-orang di dalamnya asyik memerhatikan rumah saya. Dia diberitahu oleh jiranya mengenai kehadiran kereta ini. Aku menyuruhnya untuk mengunci pintu dan berada dalam rumah.

Q 15. Apa lagi yang Deepak katakan?

A. Dia memberitahu saya tentang kebaikan kerajaan sekarang dan kebaikan yang ada dengan wanita Rosmah itu. Dia memberitahu saya bahawa dia sangat rapat dengan Rosmah dan bagaimana dia pernah melawat kedainya sepanjang masa. Dia kemudian menawarkan saya dengan ganjaran RM4 juta untuk menarik balik surat sumpah pertama saya. Saya agak terkejut tetapi sebelum aku sempat berkata apa-apa ASP Suresh telah memberikan isyarat kepada saya untuk menolak tawaran ini. Saya kata saya tidak tertarik pada wang ini dan kemudian Deepak berkata, dia boleh membebaskan 5 pemimpin Hindraf yang berada di Kamunting, dia boleh menolong 528 buah sekolah tamil untuk bertukar menjadi sekolah yang ditaja penuh oleh kerajaan, dia juga boleh mendapatkan pekerjaan ASP Suresh semula dan memberikannya RM4 juta juga. Dia ingin membawa saya ke Putrajaya tetapi saya menolaknya.

Q 16. Apa yang terjadi selanjutnya?

A. ASP Suresh meminta Deepak untuk menaikkan tawaran menjadi RM5 juta dan dia terus bersetuju. Dia juga mengatakan dia bersedia untuk mengatur bayaran bulanan RM20, 000.00 sekiranya saya boleh melakukan hal ini secara bertulis. Dia kemudian membuat beberapa panggilan telefon dan kemudian memberitahu ASP Suresh untuk mengantarkan saya ke The Curve yang berhampiran One Damansara Utama.

Q 17. Adakah anda berbincang dengan Deepak?

A. Tidak, aku tidak mengatakan apa-apa. ASP Suresh yang melakukan semua perbincangan itu. Aku lebih prihatin dengan keselamatan keluarga saya kerana saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada mereka.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Q 18. Apa yang terjadi selanjutnya?

A. Deepak meninggalkan saudaranya, Dinesh yang kemudian bersama dengan kami. Setelah setengah jam, kami semua meninggalkan tempat itu dengan kereta ASP Suresh. Dinesh duduk di kerusi depan kereta dan saya duduk di kerusi belakang kereta. Kami sampai di The Curve setengah jam kemudian. Masanya ialah 11.45 pm.

Q 19. Mengapa anda pergi ke The Curve?

A. ASP Suresh mengatakan kepada saya bahawa kita akan bertemu dengan seorang VIP di sana. Ketika kami tiba di curve saya bercadang agar kami pergi ke Restoran McDonald tetapi ASP Suresh mengatakan bahawa itu bukan idea yang bagus kerana terdapat kamera CCTV di sana. Kami kemudian pergi ke showroom Volkswagen di mana seorang lelaki Melayu datang dengan isterinya yang menghamil dan Deepak.

Q 20. Siapa lelaki Melayu itu?

A. Saya tidak mengenalinya. Saya hanya diberitahu bahawa dia adalah seorang Datuk VIP. Namun saya mengenali isterinya.

Q 21. Adakah anda bercakap dengan Datuk Melayu ini?

A. Ya, saya diperkenalkan kepadanya oleh Deepak. Saya sangat terkejut ketika saya sedar siapa dia sebenarnya.

Q 22. Apakah yang Datuk Melayu ini bercakap kepada anda?

A. Dia memberitahu kepada saya bahawa dia tahu saya mempunyai sebuah keluarga dan bertanya adakah saya sayangkan mereka. Aku menjawab sudah tentu saya sayangkan keluarga saya. Dia kemudian mengatakan bahawa aku harus menjaga mereka kerana apapun boleh terjadi keatas mereka. Dia kemudian mengatakan kepada saya bahawa jika saya ingin mengelakkan sebarang masalah keatas keluarga saya, saya harus mengikuti arahan daripada Deepak dan semuanya akan OK. Dia mengatakan bahawa aku harus menarikbalik surat sumpah pertama saya. Datuk Melayu ini kemudian meninggal bersama dengan isterinya.

BERSAMBUNG

Sumber Asal: http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=28537:part-1-the-mystery-unveiled&catid=22:the-corridors-of-power&Itemid=100085

Terjemahan: http://gomalaysian.blogspot.com/




Share

Sumber: Merdeka Review
Penulis: S.Arutchelvan
Terjemah Oleh: Merdeka Review
Tajuk: Kuasa Ketiga?



Dalam sistem dua parti, rakyat hanya disajikan dua pilihan dalam menu seperti samada hendak minum Coke atau Pepsi manakala parti-parti lain tidak relevan. Politik Amerika Syarikat sebenarnya persaingan dua parti politik yang mendukung sistem kapitalis iaitu Parti Republican dan Parti Demokrat.....



Kuasa Ketiga?

"Third Force Often Ends Up Third". Isu adalah mengapa bina kuasa ketiga jika sistem politik yang sedia ada dapat menangani permasalahan rakyat.

Adakah PSM dilihat hari ini sebagai kuasa ketiga? Jawapan yang ikhlas untuk soalan ini adalah tidak. PSM masih belum memainkan peranan yang cukup untuk menonjol dirinya sebagai kuasa ketiga. PSM masih dalam proses dual iaitu membina parti dan membina kuasa rakyat melalui pendidikan idelogi dan aksi massa.

Adakah PSM sebuah parti pak turut kepada Pakatan Rakyat? Jawapannya juga adalah tidak. PSM sering dan sentiasa menonjolkan ide berbeza, membina kuasa rakyat berlandaskan perjuangan kelas dan menjalankan program-program baik kerja pilihan raya mahupun membina gerakan rakyat dengan matlamat memperkasakan rakyat untuk membawa perubahan dari bawah. Pemimpin PSM di Parlimen, DUN dan Kerajaan tempatan telah membawa agenda lain dan berbeza.

Persoalan Pokok mengenai Sistem Dua Parti

Sistem Dua Parti bukan bererti dua sistem. Jika ia membawa dua sistem berbeza maka ia mungkin boleh diterima oleh sebuah parti sosialis seperti PSM tetapi ia hanya bermaksud dalam erti realiti politik umpama pinang dibelah dua, ada pula orang berkata bahawa ia adalah umpama "Coke dengan pepsi".

Namun Sistem Dua Parti diagungkan dan ditonjolkan sebagai sistem politik yang paling demokratik dan paling berkesan dalam sistem politik hari ini. Propaganda ini memang memberi gambaran bahawa sistem Politik mirip Amerika Syarikat seolah-olah yang terbaik di dunia, Media kawalan kapitalis dunia yang dikonkong oleh kaum kapitalis terus mengibaratkan sistem dua parti sebagai sistem yang perfect.

Ini adalah kerana mereka faham bahawa mana-mana pihak yang menang dalam pilihanraya, hanya akan menukar parti politik tetapi bukan sistem pentadbiran negara tersebut. Kepentingan kaum kapitalis tidak tergugat dengan sistem dua parti malah kaum kapitalis terus cuba mewujudkan persaingan tipu dan dari masa ke masa menukar parti demi untuk menjaga kepentingan mereka.

Dalam sistem dua parti, rakyat hanya disajikan dua pilihan dalam menu seperti samada hendak minum Coke atau Pepsi manakala parti-parti lain tidak relevan. Politik Amerika Syarikat sebenarnya persaingan dua parti politik yang mendukung sistem kapitalis iaitu Parti Republican dan Parti Demokrat. Semasa Republikan memerintah , Polisi Bush adalah menambah tentera dan menyerang Iraq. Manakala Obama pula membantah dan mengutarakan pandangan untuk membawa pulang tentera dari Iraq tetapi strategi beliau pula adalah serang Afganisthan dengan strategi menambahkan jumlah tentera. Perang yang kedua-dua mereka pimpin adalah dikatakan perang menentang penganas "War against terrorism".

Di Britain, pilihan adalah antara Parti Buruh dan Parti Konservatif. Ada pandangan bahawa yang membezakan dua parti ini hanyalah nama sahaja. Seperti liga bolasepak Inggeris yang semakin membosankan di mana ia didominasi oleh satu dua kelab, politik Britain sejak dulu memang sama.

Satu lagi kelemahan ketara sistem dua parti, ia hanya mengatakan bahawa kuasa itu ditentukan oleh pilihan raya. Setelah rakyat membuat pilihan sekali dalam lima tahun, mereka tidak perlu dirujuk balik atau mereka tidak lagi menjadi penentu sebarang polisi.

Selain itu, tidak boleh dinafikan bahawa perubahan boleh juga berlaku melalui kuasa revolusi di mana rakyat massa mengambil alih kuasa. Ini juga adalah demokratik. Inilah inti sistem dua parti. Sistem yang sama tetapi parti yang berbeza.

Dalam konteks itu, secara terus terang jika PSM menerima sistem dua parti maka ini bererti PSM akan membelakangan idelogi perjuangannya. Maka PSM tidak boleh pada dasarnya menyokong sistem dua parti kerana ia bererti membelakangkan dasar perjuangan PSM.

Jika persoalan ditujukan kepada kami, adakah anda mempromosi satu sistem sosialis. Jawapan adalah cukup jelas iaitu "Ya". Dan untuk mengutarakan satu sistem alternatif sosialis, ia hanya boleh dilakukan apabila kita dapat keluar dari konteks konkongan sistem dua parti.

Sama seperti PAS. Jika wakil PAS ditanya adakah mereka memperjuangkan satu sistem Islam dan jawapannya mesti Ya dan jika jawapan adalah tidak maka pemimpin PAS itu akan dituduh tersimpang dari dasarnya. PSM sebagai parti berlandaskan idelogi Sosialis juga akan berhujah PSM untuk semua tetapi berlandaskan idelogi Sosialis.

PSM berpendirian bahawa kedua-dua parti dalam konteks ini iaitu BN dan PR menyokong sistem pasaran bebas sebagai sistem ekonomi yang dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia. PSM berpendirian bahawa sistem pasaran bebas mewujudkan dan melebarkan jurang antara kaya dan miskin dan merupakan sistem yang memastikan golongan majoriti yang bekerja tidak akan memerintah manakala minoriti kaum kapitalis akan terus memerintah.

Seluruh sistem ini berlandaskan keuntungan dan membawa padah kepada bukan sahaja kepada kesejahteraan rakyat tetapi membawa kemudaratan kepada alam sekitar kita. Oleh yang demikian, kita memajukan sistem sosialis sebagai alternatif. Untuk membina alternatif dalam konteks ini adalah samada kita boleh menjadikan PR lebih sosialis atau membina kuasa ketiga seperti topic hari ini.

Adakah idelogi sosialis masih relevan dalam abad ini dan pada abad yang akan datang? Adakah idelogi sosialis sudah ketinggalan dan tiada harapan? Jika tiada harapan, mengapa kita bercakap mengenai kuasa ketiga? Soalan samada sosialis ini masih relevan atau tidak sepatutnya ditanya kepada Pemerintah Kerajaan Malaysia mengapa mereka masih tidak mahu membenarkan Chin Peng yang berusia 90 tahun pulang ke tahahair? Soalan harus ditanya mengapa mereka mengambil 11 tahun untuk mendaftarkan PSM padahal parti lain boleh didaftar dalam masa seminggu? Soalan ini harus ditanya kepada FAKI di Indonesia yang sentiasa gerun apabila golongan kiri mengadakan program. Soalan ini harus ditanya kepada Lee Kuan Yew mengapa kaum kiri masih menghantui beliau dan ia masih bercakap mengenainya. Soalan ini harus ditanya kepada Menteri Dalam Negeri mengapa dokumentari "The last Communist" dilarang.

Soalan ini harus diajukan kepada Obama yang baru-baru ini dimahkotakan pemenang hadiah novel untuk keamanan. Obama terus meneruskan polisi sekatan ekonomi ke atas Cuba dan sedang cuba memainkan peranan untuk menggulingkan kerajaan-kerajaan yang pro-Latin Amerika kepada progam ALBA yang diketuai oleh Venezuela, Cuba dan Bolivar.

Mereka semua tahu bahawa kaum kiri tidak boleh dipatahkan dengan begitu mudah. Mereka semua faham bahawa sistem sosialis bermatlamatkan menukar sistem kapitalis yang sedia ada dan bukan untuk membuat ubahsuai kosmetik. Inilah sebabnya idelogi Sosialis hari ini masih amat relevan.

Dari segi teori Marx pula, ia menjadi bahan rujukan setiap kali ada krisis ekonomi. Namun kepada mereka yang skeptic tentang masa depan sosialis, kami ingin menegaskan bahawa kami, PSM adalah golongan yang lahir setelah keruntuhan tembok Berlin, kami lahir pada pertengahan tahun 1990an, apabila dunia mendendangkan lagu bahawa puak kiri hanyalah peninggalan sejarah.

Bersenjatakan idelogi dan jiwa perjuangan, PSM telah menentang arus dan membina parti politik sosialis. Kami mendapat inspirasi dari kata-kata Che Guevara iaitu Let’s be realistic and do the impossible. Biar relistik dan Buat Keajaiban.

Sejak penubuhan, kini PSM mempunyai 14 Pejabat dan pusat khidmat di seluruh negara. Ini menunjukkan satu perkembangan mengalakkan memandangkan 70% keahlian PSM terdiri dari golongan muda iaitu 40 tahun ke bawah. Perkara yang sama tidak berlaku untuk banyak parti sosialis di dunia hari ini kecuali mungkin di Latin Amerika di mana semangat sosialis membara.

Maka dari segi teori dan prinsip, PSM memang menentang sistem dua parti apabila dua sistem itu sebenarnya adalah satu dan tak berubah.

[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!
[ADS] Earn $$$ From Twitter & FaceBook!

Pertimbangan Rumit

Namun persoalan yang lebih rumit dan lebih susah adalah persoalan taktikal. Kaum kiri biasanya lebih banyak berpecah kerana menangani isu taktikal ini di mana ia akan dilihat sebagai antara mencairkan idelogi dan fahaman berbanding dengan meluaskan pengaruh dengan cara tidak memencilkan diri.

Dalam persoalan ini, adalah amat penting untuk kita membaca keadaan objektif sesebuah Negara. Jika kita tidak memhami keadaan objektif ini, maka kita mungkin akan membuat penilaian yang salah dan ini akan membawa padah kepada keseluruhan gerakan.

PSM percaya bahawa tidak ada "template" untuk membuat revolusi atau untuk mengambil kuasa. Kita terus belajar dari pengalaman negara lain baik dari Latin Amerika, Nepal dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa ada parti kiri yang mempunyai formula dan template tertentu dan jika seseorang tidak mengikutnya, maka mereka akan dituduh pengkhianat atau revisionist.

Untuk 53 tahun, Malaysia di bawah sistem satu parti atau satu rejim di bawah UMNO. Ramai yang merasakan bahawa ini adalah hakikat hidup yang perlu diterima sepanjang hayat. Parti pembangkang sebelum ini merasakan mereka hanya boleh menjadi pembangkang yang kuat untuk "check and balance" dan tidak termimpi untuk memerintah.

Mac 8 mengubah ini semua dan buat kali pertama dalam sejarah, ia memberi harapan untuk gabungan Pakatan Rakyat (PR) memerintah di peringkat Persekutuan. Ini ditambah pula dengan setiap pilihanraya kecil kecuali di Bagan Pinang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia begitu ghairah dengan perkembangan Politik ini. BN pula begitu gerun dengan prospek ini dan membuat segala-galanya untuk kekal memerintah. Najib sanggup memberi kewarganegaraan, meliberalisasi ekonomi dengan mengugurkan 30% ekuiti bumiputera dan lain-lain hanya sekadar untuk menang dalam pilihanraya depan. Kekalahan parti LDP di Jepun dan berakhirnya metos "RAHMAN" mungkin membawa alamat berakhirnya pemerintahan BN.

Dalam suasana ini, wujud satu persengketaan politik yang begitu sengkit antara BN dan PR. Ini adalah masa dan peluang yang paling cerah dan baik untuk mengakhiri hegemoni UMNO-BN dalam politik Malaysia. Walaupun ada perbezaan ketara antara parti-parti dikalangan PR, namun faktor yang mengekalkan perpaduan ini adalah untuk menumpaskan BN.

Dalam suasana ini, semasa rakyat Malaysia semua mahu melihat BN tumbang buat kali pertama, adakah wajar PSM membuka satu lembaran baru menuntut kuasa ketiga atau bekerjasama menumpaskan musuh yang dominan hari ini. Mungkin kawan-kawan saya di Asia Tenggara tersenyum sinis dengan kertas ini dan mungkin mereka telah melalui peringkat ini dalam perjuangan mereka.

Pada realitinya, adalah benar bahawa PSM tidak mempunyai pegangan yang sama dengan PR. Namun demikian, PSM merasakan PR boleh memajukan perjuangan ke tahap yang sedikit lebih tinggi dan justeru itu PSM membuat program minima dengan parti-parti PR. Selain dari perjuangan menentang ISA, terdapat banyak program PSM yang diterajui oleh PSM dan fronnya seperti Perjuangan menentang pengswastaan hospital, program menentang GST, menentang FTA, menuntut akta gaji minima di mana PSM bekerjasama dengan parti-parti PR.

Penglibatan dan input dan kempen berterusan ini juga sedikit sebanyak menyebabkan PR umpamanya di negeri Selangor membuat polisi mengenai Akta gaji minima RM 1,500 dan pelaksanaan cuti bersalin 90 hari. Tindakan ini semestinya memberi kesan positive kepada perjuangan kelas pekerja di tempat lain. Kemenangan ini walaupun kemenangan ekonomi tetapi ia adalah baik kerana ia bercanggah dengan polisi neo-liberal.

Walaupun Kongres PSM ke-10 telah mengambil keputusan untuk berjuang bersama PR untuk menumpaskan BN tetapi tidak sekali, Kongres itu meminta PSM berkompromi dengan mana-mana pihak apabila hak dan kepentingan kaum pekerja tercabar. Selain daripada itu, adalah tanggungjawab dan misi PSM untuk terus membentuk ke arah membina jaringan-jaringan berlandaskan kelas untuk menumpaskan musuh-musuh kelas pekerja dan rakyat marhaen.

Kuasa ketiga pada hakikat hari ini memang tidak ada malah Kuasa kedua pun semakin tercabar hari ini sehingga Lim Kit Siang sendiri berkata ini mungkin kemenangan "one off" bagi PR jika gabungan ini gagal menangani masalah dalaman. Parti baru Uthayakumar berkata mengenai kuasa ketiga. Walaupun bagi kita, kita berpendapat kuasa ketiga harus berlandaskan persamaan idelogi dan penyatuan kelas untuk membawa perubahan sistem bukan sekadar mengubah parti.

Masalah yang kita hadapi adalah kuasa kedua itu sendiri masih dalam proses pembentukan. Oleh yang demikian mungkin adalah tidak masuk akal untuk PSM dalam konteks politik hari ini untuk menuntut kuasa ketiga kerana keadaan objektif belum matang. Jika PSM berbuat pendirian yang janggal dari pandangan umum, maka pendirian mungkin "isolated" dan terasing dari politik massa.

Namun cabaran adalah adakah PSM mahu memberi ilusi kepada rakyat tentang sistem dua parti dan jika PSM bekerjasama dengan PR, maka ia dituduh sebagai politik opportunist (ambil kesempatan) dan jika ia tidak bekerjasama dengan PR, ia dituduh sebagai pendirian yang utopian. Maka apakah pertimbangan yang ada pada kita. Bagaimana kita hendak mengimbangi keadaan yang cukup mencabar ini.

Pendirian PSM pada hari ini adalah berkerjasama dengan PR tetapi mengkritik dengan bertanggungjawab apabila polisi PR membawa padah kepada rakyat. Pada masa yang sama, PSM harus membuat kerja-kerja akar umbi dengan kuat dan tekun dan membina satu gerakan rakyat yang kuat. Kita tidak boleh sekadar menumpang dan "infiltrate" kerja parti lain seperti yang biasa dilakukan oleh banyak parti di Eropah. Kita harus membuat kerja di kalangan kaum pekerja dan marhaen untuk membina kuasa ketiga pada masa depan.

Pendirian ini adalah kritikal memandangkan hampir semua parti politik di Asia tenggara telah berpecah kerana perbezaan ini dan tidak dapat menangani persoalan ini, iaitu persoalan politik koalisi, kerjasama pilihanraya dan lain-lain yang ada kaitannya. Terbukti parti kiri di Filipina berpecah lebih teruk setelah Marcos digulingkan dan begitu juga parti kiri di Indonesia berpecah melipat kali ganda setelah Suharto ditumpaskan.

Maka adakah PSM akan menerima nasib yang sama. Buat masa ini, pendirian "Demokratik Centralism" yang dipegang oleh parti berjaya memajukan perjuangan kita langkah demi langkah.

Namun demikian, pengalaman di Philippines dan Indonesia memberi kita pespektif bahawa teori "stages" berperingkat tidak berjaya kerana rejim baru menjadi lebih ganas mengikut masa dan perjuangan kiri menentang rejim baru menjadi lebih lesu dan berpecah kerana persoalan antara ilusi dan realiti. Persoalan antara bilakah masa yang baik untuk bertindak dan sebagainya.

Isu ini di Malaysia adalah sedikit lebih rumit kerana komposisi perkauman ini yang menjadi darah daging politik Malaysia dan keadaan menjadi lebih teruk setelah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk. Politik parti selepas 1970-an pula lebih menumpu kepada isu agama dan perkauman daripada isu kelas. Ini juga adalah zaman selepas crackdown terhadap Fron Sosialis. Cabaran PSM untuk sekian lama adalah untuk membentuk satu kumpulan kuat berlandaskan kelas. Matlamat ini bercanggah dengan pendirian banyak parti politik lain yang menggunakan isu kaum dan agama untuk mendapat undi popular.

James Puthuchery pernah berkata bahawa pengalaman sosialis di Malaysia berbeza dengan negara lain. Beliau berpendapat kaum sosialis perlu menangani persoalan Nasional dahulu sebelum menangani persoalan kelas. Tanpa menangani persoalan nasional maka tidak boleh maju perjuangan kelas ke depan.

Untuk memperdalamkan isu ini, saya ingin membuat perbandingan PSM dengan negara lain di Asia Tenggara. Di Filipina, 80% populasi adalah Roman katholik, 10 % kristian protestan manakala hanya 5% adalah Islam.

Di Indonesia, perangkaan 2000 adalah 86.1% adalah beragama Islam manakala 8.7% adalah kritian, 3% Hindu dan 1.8% Buddhist. Di Thailand, 94.7% populasi adalah Buddhist manakala 4.6% adalah Islam.

Sekarang keadaan di Malaysia pula adalah, 60 % beragama Islam, 19% Buddhist, 9% kristian dan 6% Hindu. Ratio golongan Majoriti dengan lain hanyalah 1.5:1 dan ini berbeza dengan negara lain di Asia Tenggara. Insecurity kebimbangan ini terus dimanupulasi untuk memastikan rakyat tidak bersatu mengikut kelas. Maka cabaran di Malaysia pada pandangan saya adalah jauh lebih rumit dari negara lain di Asia Tenggara kerana pertama kita kena menyatukan rakyat yang berpecah kerana kaum dan agama yang begitu dalam.

Oleh yang demikian pandangan Anwar Ibrahim untuk menukar polisi perkauman dalam DEB kepada satu polisi memberi keutamaan berdasarkan keperluan dan bukan perkauman dan slogan Najib 1Malaysia membawa kita ke satu babak baru politik Malaysia. Ramai yang berpendapat tindakan-tindakan Najib meniru agenda dan politik PR. Ini bermakna sistem dua parti yang kita lihat hari ini semakin hari membawa agenda yang hampir serupa. Ini juga bermakna, perjuangan menentang polisi Neo-liberal dan kapitalisma harus didokong oleh PSM dan parti-parti lain yang bersehaluan.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Rumusan

PSM tidak mempunyai ilusi mengenai sistem dua parti. PSM harus memantapkan kerjanya untuk membina kuasa pekerja. Namun keadaan objektif masih belum matang dan kuasa kedua masih dalam pembentukan dan belum lagi menjadi realiti.

Keadaan yang cukup dinamik dalam politik Malaysia tidak harus digunakan untuk memberi "hand-out" kepada rakyat kerana ini adalah yang cuba dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Masa ini harus digunakan untuk meradikilasi rakyat dan memantapkan barisan parti dan fron-fron parti. Hegemoni UMNO-BN tidak boleh diperang dengan wang. Ia hanya boleh diperang dengan idelogi dan gerakan massa dari bawah.

*Kertas yang dibentangkan S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia dalam forum "Sistem Dua Parti di Malaysia: Suatu Analisa Kritikal".


Sumber: http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10444

Recent Posts