
Sebelum ini rakyat tidak pernah merasai hasil sumber alam ketika BN memerintah Selangor selama lebih 50 tahun. Kami yakin rakyat menyokong usaha-usaha kerajaan negeri ini kerana lebih baik berbanding BN dan kerana UMNO cuba memutar belitkan isu pasir ini bagi memperbodohkan rakyat...
Merdeka Review
Faekah Husin
Saya kesal dengan sikap pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang berterusan memberikan kenyataan salah berhubung operasi perlombongan pasir serta kejadian curi pasir di negeri Selangor.
Tohmahan melulu, silap fakta dan buta undang-undang jelas menggambarkan niat sebenar mereka bukannya untuk menyelesaikan masalah kecurian pasir tetapi hanya mahu menonjolkan diri sebagai jaguh politik kampung.
Tindakan Adun Sementa, Abdul Rahman Palil yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri menyelar Menteri Besar kerana meminta campur tangan Kerajaan Persekutuan untuk membantu Selangor membanteras pencurian pasir adalah contoh nyata.
Kita maklum sememangnya budaya politik UMNO sentiasa mengikut rentak pimpinan meskipun kenyataan yang diberikan menyimpang dari fakta sebenar dan di luar peruntukan undang-undang. Namun kenyataan Adun Sementa itu menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau mengenai undang-undang negara ini.
Beliau seolah-olah tidak tahu bahawa kuasa pendakwaan terletak di tangan Kerajaan Persekutuan dan arahan penguatkuasaan hanya boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa Persekutuan tanpa perlu merujuk kepada kerajaan negeri.
Kita juga kesal dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang cuba cuci tangan dalam isu jenayah curi pasir kerana ini jelas bertentangan dengan konsep federalisme. Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan tanggungjawab khusus kepada kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang pihak berkuasa di negeri-negeri di bawahnya.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Kami yakin kritikan yang tidak berasas ini hanyalah untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kejayaan Kerajaan Negeri mengendalikan perlombongan pasir melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Kerajaan Negeri telah menunjukkan data bahawa melalui KSSB, operasi perlombongan pasir di Selangor dilakukan secara lebih sistematik dengan adanya kawalan pengeluaran pasir serta memastikan pelombong pasir mematuhi peraturan alam sekitar.
Hasilnya, pendapatan pasir telah meningkat beberapa kali ganda seperti berikut:
Hasil pasir juga digunakan untuk membantu kerajaan negeri membiayai program kebajikan di bawah agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor" seperti Tabung Warisan Anak Selangor, Hadian Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang.
Sebelum ini rakyat tidak pernah merasai hasil sumber alam ketika BN memerintah Selangor selama lebih 50 tahun. Kami yakin rakyat menyokong usaha-usaha kerajaan negeri ini kerana lebih baik berbanding BN dan kerana UMNO cuba memutar belitkan isu pasir ini bagi memperbodohkan rakyat.
*Kenyataan media daripada Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10961
Isu Pasir: Pemimpin UMNO Cuba Perbodohkan Rakyat, Kerajaan Selangor
7:09 PM | Barisan Nasional, MerdekaReview, Pakatan Rakyat, PKR, Selangor, Translation, UMNO | 2 comments »Share
[Merdeka Review] Yang Miskin Subsidi Yang Kaya
8:14 AM | Corruption, MerdekaReview, Pakatan Rakyat, Translation | 0 comments »Share

Akhirnya, cukaikan rakyat secara langsung dengan mengurangkan subsidi kepada pelbagai keperluan asas. Polisi monetari yang sekian lama ini kekal pada kadar faedah rendah, dinaikkan baru-baru ini, menyebabkan harga barang melambung tinggi. Kadar faedah simpanan lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya. Maksudnya, nilai "wang simpanan ditambah faedah" menjadi kurang berikutan kadar inflasi yang lebih tinggi. Maka, ia seolah-olah cukai yang dikenakan ke atas rakyat jelata, atau dengan kata lain, yang miskin men-subsidi yang kaya...
Merdeka Review
Lim Chun Piao
Kenaikan harga, atau "penyelarasan" sebagaimana yang disebut dalam akhbar menjadi tumpuan ramai baru-baru ini. Kerajaaan masing-masing mengetengahkan pakej ransangan ekonomi sebagai reaksi kepada tsunami ekonomi global pada tahun 2008, seolah-oleh pengikut setia John Maynard Keynes, pakar ekonomi yang terkemuka.
Dalam tempoh dua tahun sahaja, masing-masing terasa sesuatu yang tidak kena pada tempatnya, segera menjauhkan diri daripada roh John Maynard Keynes, dan mula membincangkan pengetatan fiskal (fiscal tightening). Seiring dengan pola global ini, kerajaan Malaysia juga beralih daripada dua pakej ransangan ekonomi, kepada formula naik harga pada hari ini.
Sememangnya kita sedar bahawa subsidi berlebihan akan menjejaskan keseimbangan bekalan-keperluan dalam pasaran. Kini, kita ingin tahu, ke manakah wang yang dijimatkan selepas kerajaan BN mengurangkan subsidi?
DAP yang sentiasa "mendampingi rakyat" semestinya akan bersuara untuk rakyat. Bermula daripada pemberian dana kepada warga emas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, sehinggalah adik-beradik Nga-Ngeh yang mempertikaikan ke mana perginya wang petroleum sejumlah RM592 bilion... yang semestinya akan meredakan kemarahan warga emas.
Defisit meningkat; Hutang melambak
Pada hakikatnya, "sudsidi" yang mampu dibiayai kerajaan sekian lama ini, bertukar menjadi dosa yang dituding jari selepas kenyataan "bankrap" oleh Idris Jala, Menteri Jabatan Perdana Menteri. Jika dilihat dari sekarang, kenyataan tersebut lebih merupakan hujah memanaskan badan untuk memberi laluan kepada kenaikan harga pada hari ini.
Selepas kemelut ekonomi pada tahun 1998, Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad melaksanakan langkah seperti "capital control" (kawalan modal) dan sebagainya. Tetapi, apakah harga yang kita bayar? Jawapannya boleh dibaca dari kenyataan Idris Jala, defisit negara telah bertambah dari RM5 bilion pada tahun 1998, kepada RM47 bilion pada tahun 2009. Hutang negara kita pula meningkat daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM 362 bilion pada tahun 2009, menyaksikan pertumbuhan pada kadar 12% mengikut tahun.
Seandainya dihitung mengikut populasi yang mencecah 27.5 juta orang, maka secara puratanya setiap warga Malaysia memikul beban hutang sebanyak RM13,164 seorang. Dengan kata lain, kerajaan kita menjadikan daya produk rakyat pada masa depan sebagai "jaminan", untuk meminjam hutang dari negara asing melalui bon kerajaan, yang akhirnya menjurus kepada lambakan hutang. Akibatnya, kerajaan dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang masa depan rakyat, yang wujud dalam bentuk "pinjaman hutang" pada masa sekarang. Kini, Najib pula menasihatkan rakyat bahawa subsidi akan dikurangkan, ubahlah cara hidup kamu!
Pada hakikatnya, beliau harus lebih jujur untuk mendedahkan kepada rakyat: perbelanjaan yang ditampung dengan defisit oleh kerajaan telah dihabiskan melalui projek mega sejak zaman Mahathir. Wang masa depan yang dimiliki rakyat, kebanyakannya bukan digunakan sebagai subsidi, tetapi untuk men-subsidi kroni yang menyembunyi di sebalik projek gajah putih.
Kita semuanya tahu bahawa sumber ada hadnya. Gerombolan BN telah menghabiskan sumber negara secara melampau, dan penipuan ini bakal terburai pada suatu hari nanti. Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu, lebih banyak buih yang bakal berpecah. Kumpulan berkepentingan yang berada di gelanggang mula gelisah, kerana mereka mungkin kehilangan segala-galanya sebaik sahaja permainan ini tamat.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Yang miskin subsidi yang kaya
Mungkin tiada orang yang menemui kekotoran yang ada di dalamnya, semasa ekonomi mengalami pertumbuhan pesat, seperti zaman akhir 1980-an dan awal 1990-an. Selagi keluaran negara kasar (KNK) melambung, maka keghairahan untuk menjana pembangunan ekonomi dengan pinjaman hutang boleh diteruskan.
Persoalannya, kroni dan kelas politik-ekonomi ini mula menyedari bahawa formula ini tidak dapat beroperasi apabila ekonomi diperlahankan, malah gagal menampung keperluan kumpulan berkepentingan yang semakin berkembang. Jadi, macam mana?
Akhirnya, cukaikan rakyat secara langsung dengan mengurangkan subsidi kepada pelbagai keperluan asas. Polisi monetari yang sekian lama ini kekal pada kadar faedah rendah, dinaikkan baru-baru ini, menyebabkan harga barang melambung tinggi. Kadar faedah simpanan lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya. Maksudnya, nilai "wang simpanan ditambah faedah" menjadi kurang berikutan kadar inflasi yang lebih tinggi. Maka, ia seolah-olah cukai yang dikenakan ke atas rakyat jelata, atau dengan kata lain, yang miskin men-subsidi yang kaya.
Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilewatkan pelaksanaannya, bakal mencekik lebih ketat leher rakyat. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh UMNO sebagai pengagihan yang adil, apabila kerajaan mengagihkan "faedah pinjaman" yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum dan kelas.
"Pengagihan yang adil" ini mungkin boleh melegakan kumpulan berkepentingan pada jangka pendek, tetapi bakal menamatkan hayat mereka untuk jangka panjang. Menyembuyikan pertentangan dalaman dengan inflasi bakal mengundang malapetaka kepada dirinya. Ini masalah sebenar yang dihadapi kerajaan BN, dan juga dilema Najib.
http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10960
[VIDEO] Dr. Tan Kee Kwong: Najib, Show Us The Truth About Petronas
11:27 PM | Najib, Petronas, Video | 0 comments »Share

Dr. Tan Kee Kwong: Najib, Show Us The Truth About Petronas (Part 1)
Dr. Tan Kee Kwong: Najib, Show Us The Truth About Petronas (Part 2)
Dr. Tan Kee Kwong: Najib, Show Us The Truth About Petronas (Part 3)
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[Malaysia Today] Real Politik Dikemaskini
11:47 PM | Anwar, Malaysia Today, Pakatan Rakyat, UMNO | 0 comments »Share

Dalam realpolitik ada yang lebih real. Yang lebih real ialah kuasa rakyat. Kerajaan Selangor mungkin goyang tetapi tidak akan runtuh kerana akarnya semakin kukuh. Kuasa rakyat ini jugalah yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada Anwar Ibrahim...
DARI JELEBU
Hishamuddin Rais
Ada tiga pekara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib Rosmah. Tiga pekara ini wajib dilakukan untuk menyelamat harta kekayaan dan kuasa mereka dari di rampas kembali oleh kuasa orang ramai.
Tiga pekara ini bukan terlalu susah untuk difikirkan. Malah ianya tidak memerlukan batuan penasehat zionis APCO untuk memunculkan perancangan. Kita sendiri boleh memikirkan tiga pekara ini tanpa memerlukan ijazah PPE dari Oxford. Tahap jaguh kampong dan gedebe politik seperti Ibrahim Ali pun sedar hal ini.
Tiga pekara ini ialah :
1 - Anwar Ibrahim mesti di ketepikan
2 - Parti Pas wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat
3 - Propaganda untuk menghuru harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan
Ketiga-tiga pekara ini wajib berjalan sarentak. Untuk kerajaan Najib Rosmah tiga pekara ini lebih penting dari dasar ekonomi baru atau model ekonomi baru. Lebih penting dari dasar luar negara. Lebih penting dari Rancangan Malaysia ke 10. Kerana rancangan ini bagitu penting sekali maka kerajaan Najib Rosmah akan menjanjikan apa saja untuk memastikan tiga pekara ini dapat direalisasikan. [Baca selebihnya @ malaysia-today.net]
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Selepas Suara Keadilan, Kemudian Harakah Dan Terbaru DAP Rocket
11:39 PM | Current Issues, DAP, Malaysia Kini, Rakyat | 0 comments »Share

Selepas Suara Keadilan, kemudian Harakah dan terbaru DAP Rocket...
Malaysia Kini
Rocket pula diberi surat tunjuk sebab
Akhbar DAP The Rocket menjadi mangsa terbaru Kementerian Dalam Negeri yang memantau ketat penerbitan parti-parti pembangkang.
Petang tadi, dua pegawai KDN melawat ibupejabat DAP di Petaling Jaya dan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada editor Rocket - versi bahasa Cina.
Surat itu menuntut penjelasan mengapa parti itu meneruskan penerbitannya meskipun tempoh permitnya telah berakhir.
Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak memuaskan, Rocket besar kemungkinan juga menghadapi tindakan digantung.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Malaysiakini juga difahamkan akhbar DAP versi Inggeris berakhir bulan lalu manakala lesen untuk edisi versi Melayu dan Cina, masing-masing berakhir pada September dan November, tahun lalu.
Sabtu lalu, setiausaha publisiti DAP Tony Pua ketika dihubungi berkata permohonan untuk memperbaharui permit berkenaan telahpun dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Namun, katanya KDN biasanya lambat memberikan jawapan sehingga memaksa mereka mencetak nombor permit lama pada keluaran baru Rocket.
Sebelum ini, dua lagi organ parti pembangkang, Suara Keadilan yang dimiliki PKR digantung manakala Harakah yang dimiliki oleh PAS diberi dua surat tunjuk sebab.
Usaha mendapatkan ulasan daripada pemimpin DAP juga tidak berjaya.
"DAP akan membuat kenyataan rasmi berhubung 'surat' daripada KDN, esok,” kata Pua dalam Tweeter.
http://www1.malaysiakini.com/news/137215
UMNO Bahagian Sungai Petani Berlaku Kekecohan
10:45 PM | Penang, SinChew Daily, Translation, UMNO | 0 comments »Share

Seramai kira kira 100 orang ahli yang tidak berpuas hati akhirnya meletup di Perhimpunan UMNO tersebut dan meminta supaya pengerusi bahagian tersebut untuk meletak jawatan...
Sin Chew Daily
UMNO bahagian Sungai Petani berlaku kekecohan.
Seramai kira kira 100 orang ahli yang tidak berpuas hati akhirnya meletup di Perhimpunan UMNO tersebut dan meminta supaya pengerusi bahagian tersebut untuk meletak jawatan.
Mesyuarat tersebut dijalankan secara tertutup di Hotel SP Inn. Wartawan adalah dilarang untuk mengikuti mesyuarat tersebut. Para ahli MIC turut dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut tetapi telah beredar ketika kekecohan tersebut berlaku.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Berita ini telah dilaporkan di Sin Chew Daily disini sinchew.com.my.近百代表要主席下台‧大年巫統大會上演鬧劇
(吉打‧雙溪大年)巫統雙溪大年區部代表大會上演鬧劇!
近百名代表累積1年的不滿情緒,今日(週日,7月11日)在大會上爆發,公開要求主席下台,並打算在大會上投他不信任票。
Namum saya cuma nak tahu sama ada berita ini akan dilaporkan di Utusan atau Berita Harian?
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) Menolak Cadangan Donald Lim Untuk Menubuhkan Perkasa Cina
2:50 PM | China Press, Current Issues, Perkasa, Racist, Translation | 0 comments »Share

Mengenai cadangan Donald Lim Siang Chai agar kumpulan NGO diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) untuk menubuhkan Perkasa Cina. Hari ini Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) telah menolak cadangan Donald Lim.
Pengerusi KLSCAH berpendapat cadangan itu hanya boleh memburukan lagi pemikiran perkauman di negara ini...
China Press
Mengenai cadangan Donald Lim Siang Chai agar kumpulan NGO diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) untuk menubuhkan Perkasa Cina. Hari ini Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) telah menolak cadangan Donald Lim.
Pengerusi KLSCAH berpendapat cadangan itu hanya boleh memburukan lagi pemikiran perkauman di negara ini.
Pengerusi KLSCAH juga berpendapat walaupun KLSCAH diwakili oleh orang Cina tetapi NGO itu mengutamakan kepelbagaian kaum di negara ini dan ini bertentangan dengan pendirian Perkasa yang mengutamakan satu kaum sahaja.
Beliau juga menyatakan Perkasa tidak harus ditentang dengan mengutamakan satu satu kaum sahaja tetapi harus ditentang dengan kepelbagaian kaum di negara ini.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Berikut adalah laporan China Press:(吉隆坡10日訊)讓隆雪華堂與土著權威組織(PERKASA)直接對著干?隆雪華堂不同意!
隆雪華堂會長陳友信不贊成成立華社土權組織,與土著權威組織抗衡,以免鼓吹單一種族思維。
“我相信提出建議的馬華副總會長拿督林祥才出自一片好意,點名隆雪華堂扮演‘華社土權’角色,與土權相互制衡,但我認為此建議不見得可行。”
陳友信今日接受《中國報》電詢時透露,隆雪華堂雖然扎根在華社,但以多元種族思維為先,與土權的單一思維立埸完全不同。read more @ www.chinapress.com.my
GoMalaysian:
Nampaknya MCA masih tidak sedar dengan kekalahannya ketika Pilihan raya 308 dimana rakyat telah menolak politik yang berdasarkan perkauman tetapi lebih mengutamakan isu rakyat.
Dan MCA masih tidak sedar kenapa mereka kalah di kerusi majoriti Cina walaupun calon lawannya adalah dari PKR kerana rakyat sedar isu Perkauman tidak akan membawa sebarang manfaat kepada negara ini.
Kemiskinan tidak mengenang kaum begitu juga dengan kesusahan rakyat.
PERKASA Cina? Betulkah Kenyataan Ini Dari Seorang Timbalan Menteri?
6:13 PM | China Press, Current Issues, Malaysia, MCA, Racist, Translation | 4 comments »Share

Donald Lim Siang Chai (MCA) berkata, adalah tidak sesuai dengan menggunakan MCA untuk melawan Perkasa tetapi biarlah persatuan-persatuan yang berbuat peranan demikian.
Dia menambah, tugas MCA, UMNO atau MIC adalah berdepan dengan DAP, PKR dan lain-lain, jadi NGO yang berperanan untuk berdepan dengan NGO...
China Press
Hari ini Donald Lim Siang Chai (MCA) telah mengesah supaya persatuan-persatuan orang Cina untuk menubuhkan persatuan yang berbentuk PERKASA.
Beliau berkata, adalah tidak sesuai dengan menggunakan MCA untuk melawan Perkasa tetapi biarlah persatuan-persatuan yang berbuat peranan demikian.
Dia menambah, tugas MCA, UMNO atau MIC adalah berdepan dengan DAP, PKR dan lain-lain, jadi NGO yang berperanan untuk berdepan dengan NGO.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Berikut adalah kenyataannya dalam China Press (Dalam Bahasa Cina):林祥才:華社應聯成一線 設組織 制衡土權
(吉隆坡9日訊)馬華副總會長拿督林祥才建議華社及華團,成立類似土著權威組織(PERKASA)的團體,以制衡對方。他說,由馬華來應付土著權威組織並不太適合,相反的,華社應該以相同方式,成立類似土著權威組織的團體,以扮演制衡角色。他指出,應由同一性質組織來互相制衡,馬華是一個政黨,不可能對應土著權威組織。馬華、巫統、國大黨等應該對應民主行動黨、人民公正黨等政黨,至于非政府組織,則應該由非政府組織來對應。”他指出,華社應該有些敢說話的代表,而不是一直靠馬華來發言。他今日接受中文媒體的聯合訪問時,這麼指出。詢及華社成立類似土著權威組織的團體來向對方“嗆聲”,是否與“以暴易暴”的方式雷同時,他否定這項說法。“這並不是以暴易暴,我們是要向他們講道理……我們不應該太緊張,這種小插曲在每個國家都發生。” copy from chinapress.com.my
Beginikah pemimpin negara yang mengutamakan perpaduan kaum?
Beginikah kenyataan yang diberikan oleh seorang timbalan menteri dari Kerajaan Pusat?
Kami mahu Malaysia yang hidup aman damai, kami mahu Malaysia yang menjadi contoh kepada negara lain dimana pelbagai kaum di Malaysia dapat hidup secara berganding bahu!
Gubal undang-undang untuk mengharamkan penubuhan parti berdasarkan kaum!
Tolak Perkauman! Tolak Perkauman! Tolak Perkauman!
[SinChew] Kerajaan Melaka Berhasrat Membeli Eye Of Malaysia Dengan RM 7 Juta!
11:36 PM | Current Issues, GoMalaysian, Politic News In Photo, SinChew Daily, Translation | 0 comments »Share

SinChew Daily hari ini melaporkan Kerajaan Melaka berhasrat menggunakan wang sebanyak RM 7 juta untuk membeli Eye of Malaysia yang terletak di Melaka, sekiranya syarikatnya tidak mahu menjualkan Eye of Malaysia maka mereka berhasrat untuk membina Eye of Malaysia yang lebih besar dan lebih tinggi di sekitarnya...
Sin Chew Daily
SinChew Daily hari ini melaporkan Kerajaan Melaka berhasrat menggunakan wang sebanyak RM 7 juta untuk membeli Eye of Malaysia yang terletak di Melaka, sekiranya syarikatnya tidak mahu menjualkan Eye of Malaysia maka mereka berhasrat untuk membina Eye of Malaysia yang lebih besar dan lebih tinggi di sekitarnya.
Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam berkata kerajaan Melaka sebelum ini berhasrat untuk membeli Eye of Malaysia itu dengan RM 20 juta tetapi tidak mendapat respon daripada syarikat tersebut maka kini harganya telah menurun menjadi RM 7 juta sahaja.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Original News @ sinchew-i.com
GoMalaysian:
Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional Melaka? Wang sebegini harus digunakan untuk membantu rakyat miskin atau membangunkan sistem pengangkutan negara atau menyediakan sistem pelajaran yang lebih baik kerana ia dapat memberikan manfaat kepada Malaysia! bukan membazirkan wang tersebut dengan tujuan sebegini...
[Amin Iskandar] Misteri Tarikh Pilihanraya
12:45 AM | Around Blogsphere, Election, Najib, TheMalaysianInsider, Translation | 0 comments »Share

Hak mutlak inilah yang telah memberikan kelebihan Perdana Menteri yang mengetuai parti memerintah berbanding dengan parti pembangkang.
Ini adalah kerana Perdana Menteri boleh memanggil pilihanraya pada ketika parti yang dipimpinnya apabila berada dalam keadaan kuat...
Amin Iskandar
Sejak akhir-akhir ini heboh mengenai desas-desus bahawa pilihanraya umum ke 13 yang dikatakan bakal diadakan pada tahun 2011.
Ramai penganalisa politik berpendapat bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengadakan pilihanraya pada 2011 diatas berberapa faktor seperti:
1. Serentak dengan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Jika pilihanraya DUN Sarawak tidak diadakan serentak dengan pilihanraya umum, maka Pakatan Rakyat (PR) mempunyai peluang untuk memberi tumpuan berkempen pada pilihanraya DUN negeri tersebut.
Kekalahan Barisan Nasional (BN) di kerusi tradisi mereka sewaktu pilihanraya kecil (PRK) di Sibu baru-baru ini, memperkuatkan lagi faktor mengapa perlunya pilihanraya umum dijalankan secara serentak dengan pilihanraya negeri “Bujang Senang” tersebut.
2. Perlukan mandat segera dari rakyat sebagai Perdana Menteri kerana mandat sekarang adalah mandat yang diperolehi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selagi Najib tidak memperolehi mandatnya sendiri, selagi itulah sukar bagi Perdana Menteri untuk melaksanakan program, visi dan misinya.
3. Perlaksanaan Goods and Services Tax (GST). Kerajaan tidak akan memperkenalkan GST sebelum pilihanraya umum ke 13 berlangsung. Oleh kerana GST mahu diperkenalkan pada tahun 2012 diatas sebab duit negara yang semain berkurangan, maka pilihanraya umum perlu diadakan seawal 2011.
Faktor-faktor diatas adalah diantara sebab mengapa ramai yang yakin bahawa Perdana Menteri akan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan parlimen pada tahun hadapan.
Akan tetapi, semuanya masih berstatus “andaian”. Penganalisa dan pemerhati politik hanya boleh melakukan andaian.
Yang benar-benar tahu bila pilihanraya umum ke 13 akan dilaksanakan adalah Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Hak menentukan tarikh pilihanraya umum adalah hak mutlak Perdana Menteri yang telah diwarisi semenjak turun-temurun.
Hak mutlak inilah yang telah memberikan kelebihan Perdana Menteri yang mengetuai parti memerintah berbanding dengan parti pembangkang.
Ini adalah kerana Perdana Menteri boleh memanggil pilihanraya pada ketika parti yang dipimpinnya apabila berada dalam keadaan kuat.
Selain dari itu, Perdana Menteri boleh melihat terlebih dahulu bagaimanakah keadaan ekonomi dan politik negara sebelum membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya.
Disatu sisi yang lain, parti pembangkang di Malaysia terpaksa hidup dalam keadaan berteka-teki. Mereka terpaksa menganalisa faktor ekonomi, politik dan sosial untuk mengagak mengenai bilakah kemungkinan pilihanraya akan diadakan.
Sistem hak mutlak Perdana Menteri untuk menentukan tarikh pilihanraya yang memberikan kelebihan kepada parti yang memerintah ini diwarisi daripada penjajah British.
Reformasi pilihanraya di United Kingdom
Pilihanraya 2010 di United Kingdom (UK) telah menyaksikan parlimen tergantung atau “Hung Parliament”. Parlimen tergantung berlaku kerana tidak ada parti yang benar-benar mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan. Oleh yang demikian, parti-parti besar seperti parti Konservatif (Conservative) dan parti Buruh (Labour) perlu mencari parti untuk bergabung bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan.
Ini telah menyebabkan parti Liberal Demokrat (Liberal Democrat) yang dipimpin oleh Nick Clegg mempunyai kuasa penentu kepada penubuhan kerajaan. Parti Liberal Demokrat adalah diantara yang paling lantang memperjuangkan reformasi pilihanraya di United Kingdom.
Oleh itu, jika mana-mana parti seperti parti Konservatif dan parti Buruh mahu berkerjasama dengan parti Liberal Demokrat, reformasi pilihanraya adalah diantara isu yang perlu dipersetujui untuk gabungan diadakan.
Ketika masih belum ditentukan siapakah yang bakal dipilih oleh parti Liberal Demokrat untuk berkerjasama bagi membentuk kerajaan, Gordon Brown yang pada ketika itu masih memimpin parti Buruh berkata bahawa beliau bersedia untuk melepaskan hak tradisi Perdana Menteri menentukan tarikh pilihanraya bagi merealisasikan gabungan dengan parti yang dipimpin oleh Nick Clegg.
Ertinya, jika ini diperkenalkan, UK akan mempunyai tarikh tetap pilihanraya setiap lima tahun selain daripada parlimen yang mempunyai usia tetap selama lima tahun setiap kali selepas pilihanraya.
Parti Liberal Demokrat akhirnya memilih untuk bergabung dengan parti Konservatif dan ini menyaksikan David Cameron menjadi Perdana Menteri dan Nick Clegg menjadi timbalan Perdana Menteri.
Masuknya parti Liberal Demokrat kedalam pemerintahan UK menyaksikan reformasi pilihanraya mula dilaksanakan. Diantaranya adalah penetapan tarikh pilihanraya.
Pada 12 Mei 2010, Wiliam Hague, Setiausaha Luar Negeri yang baru, mengumumkan bahawa kerajaan Konservatif-Liberal Demokrat akan meluluskan undang-undang untuk menetapkan tarikh pilihanraya akan datang di UK. Sekaligus ini akan menetapkan usia kerajaan Konservatif-Liberal Demokrat selama lima tahun sebelum pilihanraya akan datang.
Reformasi pilihanraya di Malaysia
Di Malaysia tidak pernah kedengaran rungutan yang serius daripada parti-parti pembangkang yang menjadi “mangsa” kepada ketidakdilan tradisi hak mutlak penetapan tarikh pilihanraya oleh Perdana Menteri — memberi kelebihan kepada parti yang memerintah.
Malahan selepas 8 Mac 2008 yang menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia parti pembangkang mempunyai ahli parlimen yang sebegitu ramai sehingga menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN), tidak kelihatan mereka (baca: ahli parlimen pembangkang) berusaha untuk memperjuangkan reformasi pilihanraya di Dewan Rakyat atau sekurang-kurangnya merancakkan perdebatannya.
Yang ada hanyalah satu dua soalan-soalan daripada berberapa ahli parlimen pembangkang mengenai isu dakwat kekal, perbelanjaan kempen dan pendaftaran automatik.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Tidak salahlah jika ada pihak yang beranggapan bahawa parti pembangkang di Malaysia hanya bising mengenai ketidakadilan pilihanraya pada ketika mereka kalah pilihanraya dan senyap apabila mereka menang.
Jika tidak ada usaha yang kuat untuk melobi bagi reformasi pilihanraya diadakan terutamanya dalam isu hak mutlak Perdana Menteri menentukan tarikh pilihanraya, kita akan sentiasa hidup dalam keadaan berteka-teki mengenai bilakah pilihanraya umum akan diadakan.
Sistem ini akan sentiasa memberikan kelebihan kepada parti yang memerintah berbanding dengan pembangkang. Akan tetapi jika parti pembangkang di Malaysia selesa dengan sistem sebegini, tidak ada apa yang boleh dikatakan.
Kelebihan ini akan sentiasa digunakan oleh parti yang memerintah bagi memastikan peluang mereka lebih besar untuk mengekalkan kuasa.
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
Original Post: www.themalaysianinsider.com
Share

Hari ini GoMalaysian menampakkan satu statistik yang menarik iaitu kebanyakkan pengunjung blog hari ini datang dari Google Search dan mencari tentang perkataan "GoMalaysian".
Kepada pembaca blog ini, sanggupkah anda berkongsi maklumat dengan saya iaitu bagaimana anda mengetahui blog ini? dari mulut? youtube? blog lain? Supaya kualiti blog ini dapat ditingkatkan.
Sila hantarkan maklumat anda iaitu mengenai bagaimana anda mengetahui blog ini kepada gomalaysian@gmail.com atau tinggalkan komen anda dibawah? Boleh?
Sekian terima kasih... ;)
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
FIFA 2010 : Katakan Tidak Kepada Perkauman!
10:19 AM | Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, Politic News In Photo, Racist, Rakyat | 2 comments »Share

Gambar ini muncul ketika Perlawanan Antara Jerman dan Argentina!
Mesej ini amat jelas ditujukan kepada Segelintir Pemimpin Malaysia yang suka bermaun dengan isu Perkauman untuk mendapatkan sokongan murahan!
Bila Rakyat Malaysia mahu bersatu padu dan menghadapi cabaran global? ataupun masih sama seperti sekarang? bersaing antara sendiri?
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Photo adopted from www.fifa.com
[Merdeka Review] Kuasa Ketiga, Atau Sistem Dua Parti?
8:45 AM | Barisan Nasional, Democracy, MerdekaReview, Pakatan Rakyat, Rakyat, Translation | 0 comments »Share

Tidak dinafikan, prestasi PR bukannya sempurna. Tetapi, di bawah pemerintahan authoritarian BN, pendirian PR untuk anti-autokratik adalah sesuatu yang progresif, meskipun banyak lagi kekurangan dalam pencapaiannya. Dalam senario yang sedemikian, sistem dua parti antara BN dan PR bukan sekadar peralihan kuasa antara dua parti politik yang konservatif seperti yang berlaku di UK, US atau negara lain, tetapi pergelutan antara kuasa progesif dengan kuasa yang menghalang perubahan. Memperkuatkan PR, memperkukuhkan sistem dua parti jauh lebih penting daripada membina "kuasa ketiga"...
Merdeka Review
Memperkukuhkan sistem dua parti, atau membina kuasa ketiga - persoalan yang semakin diperbincangkan dua tahun kebelakangan ini. Aktivis hak asasi manusia, Kua Kia Soong dalam tulisannya Frogs, Dongkeys & Moronic Oxen: A Third Force in Malaysian Politics? menyenaraikan apa yang buruknya dalam peralihan kuasa antara dua parti, malah menyatakan bahawa model sistem dua parti tidak memberi pilihan yang sebenarnya kepada rakyat, sebaliknya menyekat pilihan rakyat. Beliau memberi peringatan agar politik negara kita tidak menyusuli landasan ini.
Tulisan Kua Kia Soong ini menyenaraikan masalah-masalah dalam Pakatan Rakyat, mencadangkan agar kuasa ketiga diwujudkan untuk mengimbangi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Apa yang harus diberi perhatian, kuasa ketiga yang disaran dalam tulisan tersebut bukan "perjuangan dalam dewan perundangan" semata-mata, tetapi kuasa rakyat yang sedikit banyak memberi tekanan di luar dewan perundangan.
Namun demikian, dalam sistem perlembagaan yang sedia ada, peralihan kuasa kerajaan hanya berlaku di dalam dewan perundangan. Seandainya "kuasa ketiga" mahu melakukan sesuatu, maka mereka terpaksa mengikut jalan dewan perundangan (iaitu politik parti), melainkan kalau ia sanggup melihat diri sebagai kumpulan pendesak semata-mata.
Oleh yang demikian, "kuasa ketiga" tidak dapat terelak daripada bersaing secara terus dengan BN dan PR. Saya tidak berniat untuk membincangkan sistem pilihan raya negara kita yang menyekat "kuasa ketiga" di sini, tetapi cuba membincangkan secara ringkas dari perspektif strategi.
PSM tidak bina kuasa ketiga
Dalam keadaan parti politik yang melambak di negara kita, percubaan membina satu parti yang baru untuk dijadikan lambang "kuasa ketiga" kemungkinan berakhir dengan "melemahkan parti sekutu (yang berpotensi) sebelum diri menjadi kuat". Jadi, kalau "kuasa ketiga" hendak dibina, pilihan yang lebih baik adalah mencari gelanggang di luar kedua-dua BN dan PR.
Namun demikian, parti politik yang mempunyai kemampuan untuk membina "kuasa ketiga" sebenarnya tidak banyak. Pilihannya lebih terbatas lantaran daripada faktor ideologi, apabila mereka yang mahu membina kuasa ketiga kebanyakannya adalah orang "kiri". Di Malaysia Barat, mungkin hanya Parti Hak Asasi Rakyat Malaysia (PAHAM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berpotensi melakukan sesuatu.
Hindraf yang memainkan peranan penting dalam PRU ke-12 kini telah meretak kepada beberapa sekta. Sebahagiannya telah dipikat BN, misalnya Parti Makkal Sakthi. Anggota Hindraf yang berada dalam PR masih kekal dalam PR, sementara sekumpulan yang tegas menentang BN tetapi tidak menaruh harapan kepada PR pula menubuhkan PAHAM.
Daripada saf pimpinan PAHAM, ia seolah-olahnya Hindraf yang lebih "tulen". PAHAM mempunyai pengaruh di kalangan komuniti India, kerana mewarisi kewibawaan Hindraf. PRK Hulu Selangor baru-baru ini menyaksikan bagaimana PAHAM mengambil pendirian untuk tidak menyebelahi mana-mana parti, dan ingin membentuk kuasa ketiga dengan kumpulan berkepentingan yang sama dari Malaysia Timur. Walaupun PAHAM tidak masuk bertanding dalam PRK ini, tetapi mereka telah mengumumkan bahawa mereka akan bertanding untuk beberapa kerusi, dan menentang BN dan PR dalam PRU yang akan datang.
PSM pula memutuskan untuk tidak membina "kuasa ketiga" selepas perbincangan dalam Kongres Nasional mereka baru-baru ini. Mereka akan bekerjasama dengan lebih erat bersama PR untuk berdepan dengan musuh bersama, malah sudi menggunakan bendera dan manifesto PR dalam PRU yang akan datang.
Kedua-dua kerusi dewan rakyat dan DUN yang dimiliki PSM kini, ditanding di bawah tiket PKR dalam PRU ke-12. PSM menjalin hubungan yang baik dengan PR. Tulisan ahli parlimen PSM, Jeyakumar Devaraj Two-party system – and a ‘third force’? mengulas dengan baik pendirian PSM untuk cenderung kepada PR, tetapi bukan menyertai PR.
Sama dengan Kua Kia Soong, Jeyakumar Devaraj menyatakan kekurangan sistem dua parti, malah mengakui bahawa PSM mempunyai pendirian yang berbeza dengan PR dalam banyak isu ekonomi. Namun demikian, PSM menganggap sistem dua parti adalah satu langkah ke depan dalam demokrasi berbanding dominasi BN.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Menyatukan kuasa anti-autokratik
Jika dibandingkan pendirian kedua-dua parti politik ini, saya menganggap pendirian dan keputusan PSM adalah tepat. PAHAM mengadu kedua-dua barisan dan pakatan mengabaikan golongan minoriti (kaum India), lantas menentang kedua-duanya. Namun, jika dilihat dari sudut yang lebih luas, persoalan siapakah "musuh utama" telah dikelirukan dalam hal ini.
Untuk saya, pimpinan PSM lebih masak dengan karya klasikal Marx, Engels dan Lenin, maka lebih jelas dalam pencaturan strategi politiknya. Misalnya, Marx dan Engels talah banyak kali menyatakan dalam karyanya, "menyatukan segala kuasa anti-autokratik, termasuk bekerjasama dengan 'musuh kelas' yang berpotensi. Mereka menyeru agar komunis di serata dunia menyokong pergerakan revolusi untuk menentang sistem sosial dan sistem politik yang sedia ada." (Deklarasi Komunis)
Dalam revolusi kelas kapitalis di Eropah pada tahun 1848, Marx dan Engels menggalakkan buruh untuk menyertai pergerakan ini. "Selagi kelas kapitalis mengambil tindakan revolusi, Parti Komunis akan bersamanya untuk membantah sistem raja yang autokratik, feudalisme dan rakyat yang menghalang perubahan."
Lenin yang memimpin revolusi sosialis pertama juga pernah berkata, "Mengambil segala kesempatan, tak kira peluang yang terlalu kecil pun, untuk mengerah sokongan sekutu yang maksima."
Saya bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk di sini dengan memetik Marx, Engels dan Lenin. Saya juga bukan bermaksud untuk mengaplikasikan teori mereka dalam konteks yang kini sudah banyak berbeza. Tetapi, saya ingin mengatakan bahawa dalam senario yang ada sekarang, menarik sokongan segala rakan seperjuangan yang boleh untuk menyerang musuh bersama yang utama adalah pilihan yang lebih tepat.
Tidak dinafikan, prestasi PR bukannya sempurna. Tetapi, di bawah pemerintahan authoritarian BN, pendirian PR untuk anti-autokratik adalah sesuatu yang progresif, meskipun banyak lagi kekurangan dalam pencapaiannya. Dalam senario yang sedemikian, sistem dua parti antara BN dan PR bukan sekadar peralihan kuasa antara dua parti politik yang konservatif seperti yang berlaku di UK, US atau negara lain, tetapi pergelutan antara kuasa progesif dengan kuasa yang menghalang perubahan. Memperkuatkan PR, memperkukuhkan sistem dua parti jauh lebih penting daripada membina "kuasa ketiga".
*Ngeow Chow Bing ialah pengkaji politik dan kolumnis di MerdekaReview. Artikel ini disiarkan dalam bahasa Cina pada 19 Jun 2010, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.
P Balasubramaniam, MACC, Raja Petra, London
12:12 AM | Current Issues, MACC, Raja Petra, TheMalaysianInsider | 0 comments »Share

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan rancangan untuk menemui detektif persendirian P Balasubramaniam di London minggu depan bagi mengambil keterangan ekoran pendedahan terbaru kes pembunuhan wanita Mongolia empat tahun lalu.
Bagaimanapun peguam Americk Sidhu memberitahu, peguam-peguamnya akan tetap menunggu kemunculan pegawai-pegawai SPRM di London, Isnin ini sebagaimana telah dijanjikan sebelum ini...
SPRM batal jumpa Bala di London
PUTRAJAYA, 30 Jun — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan rancangan untuk menemui detektif persendirian P Balasubramaniam di London minggu depan bagi mengambil keterangan ekoran pendedahan terbaru kes pembunuhan wanita Mongolia empat tahun lalu.
Agensi itu memutuskan demikian bagi mengelakkan implikasi perundangan sebagaimana dialami dalam kes Tan Sri Eric Chia sebelum ini.
Sebaliknya Balasubramniam boleh jelaskan atau beri maklum balas dalam bentuk afidavit berdasarkan soalan bertulis yang akan dikirimkan oleh SPRM kelak.
[malaysianinsider]
Peguam Bala: Kami kecewa tapi tetap tunggu SPRM di London
KUALA LUMPUR, 30 Jun — Peguam P Balasubramaniam mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan pertemuan dengan detektif persendirian bagi mengambil keterangan saksi utama itu berhubung pendedahan terbaru dalam kes pembunuhan wanita Mongolia.
Bagaimanapun peguam Americk Sidhu memberitahu, peguam-peguamnya akan tetap menunggu kemunculan pegawai-pegawai SPRM di London, Isnin ini sebagaimana telah dijanjikan sebelum ini.
Americk menyifatkan perkembangan terbaru hari ini sebagai satu tindakan tidak lebih daripada usaha SPRM mahu melindungi kepentingan pihak-pihak atasan yang terlibat dalam kes ini.
Katanya, Balasubramaniam dengan mudah boleh berada dalam buangan kendiri bersama wang RM5 juta yang ditawarkan demi menikmati kehidupan lebih baik lagi selesa.
[malaysianinsider]
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Raja Petra: Pegawai MACC Mungkin Ditangkap Di London
British juga mempunyai Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act) jadi MACC tidak boleh menggunapakai Akta Rahsia Rasmi untuk mencabar Akta Kebebasan Maklumat di British, tambah Peguam British.
Sekiranya MACC ingin melakukan operasi haram di London maka kita harus menujukan isu ini kepada perhatian polis Inggeris dan pegawai MACC akan ditahan dan didakwa, kata Peguam British.
[gomalaysian]

















