Loading...





Share


Aku tidak faham mengapa Pemuda PAS mengajak Arman Azha Abu Hanifah (Bekas Pemuda PERKASA) menjadi ahli PAS...

The Malaysian Insider

Pemuda PAS sedia terima Arman Azha jika sedia tinggalkan Perkasa

UALA LUMPUR, 30 Mac — Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi bersedia untuk “menerima” bekas ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menyertai partinya jika beliau sanggup meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu itu.

Semalam, Arman Azha yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara melepaskan jawatan tersebut yang disandangnya sejak awal 2009 kerana mahu aktif dalam politik.

Menurut Arman Azha, tindakan beliau melepaskan jawatan itu tiada kaitan dengan desakan atau masalah dengan kepimpinan dalam Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali.

“Saya cuba menghubungi beliau (Arman Azha) tapi tidak dapat sebab kita nak tahu apa asas beliau meletakkan jawatan itu, apa yang saya tahu beliau mahu terlibat aktif dalam politik dan sekarang beliau adalah ahli Umno.

“Saya nak tahu sama ada beliau mahu kekal (dalam Umno) atau akan sertai parti lain, sebab itu kita nak bincang dengan beliau dan kita bersedia untuk terima dan undang beliau dalam PAS dan Pakatan Rakyat,” kata Nasrudin.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Nasrudin berkata jika Arman Azha bersedia tinggalkan Perkasa dan Umno untuk sertai PAS dan Pakatan Rakyat, “saya mengalu-alukan.”

Bagaimanapun, jelas Nasrudin, pihaknya tidak akan memaksa Arman Azha untuk menyertai PAS dan keputusan itu harus dibuat dengan rela hati.

Beliau juga menafikan pernah mempelawa Arman Azha untuk menyertai PAS.

“Saya tidak pernah (pelawa), mungkin ada pihak lain tapi bukan saya dan saya difahamkan beliau ada menghadiri program ceramah kita (Pakatan Rakyat) di Stadium Melawati (Shah Alam) kelmarin dan mungkin beliau ada buat penilaian tersendiri.

“Kalau ikut slogan kita, ‘PAS Untuk Semua’ dan kita bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk Arman Azha,” katanya.

Ketika mengumumkan peletakan jawatan itu, Arman Azha juga mendedahkan beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu bila menerima pelawaan itu dan masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Jelas Nasrudin, beliau sedia menerima Arman Azha dalam parti Islam itu kerana bekas ketua Wira Perkasa itu merupakan seorang individu yang berprinsip dan rasional.

“Saya pernah kenali beliau dan pernah bersemuka... saya lihat beliau seorang yang boleh berfikir secara matang, terbuka dan rasional selain boleh dibawa berbincang dan mudah mesra.

“Beliau juga tidak sombong dan mudah didekati,” katanya.

Sebelum ini PAS turut menerima pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman untuk menyertai parti Islam itu malah turut membantu berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau bulan lalu.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-sedia-terima-arman-azha-jika-sedia-tinggalkan-perkasa/




You can copy my articles but please link it back to my blog. Thanks ;)
Share this page with your friends? Tweet it or share it...! ;)

I'm reading: Aku Tidak Faham Mengapa Pemuda PAS Berbuat DemikianTweet this!

Share



Submit your articles? Want to become one of the translators? or even sponsor me? please email to gomalaysian@gmail.com

http://www.emailcashpro.com


Sponsor Links


7 comments

  1. Ishak // March 30, 2011 8:26 PM  

    Berhati2 dgn gelagat katak lompat!!

  2. Anonymous // March 30, 2011 10:04 PM  

    Pas untuk semua...
    kenapa tak paham?
    Parti Islam semalaysia?
    bukankah disebut :
    terima dia jika:
    1-tinggalkan perkasa
    2-tinggalkan umno.

  3. sim_2096 // March 30, 2011 10:21 PM  

    dalam pas pun ada yang pendek akal rupanya... macam ketua pemudanya...x pikir baik buruk akibat amik org camni..cuba la jadi org yg cerdik sikit kalo nak bt sesuatu tu..camni kena tukar ketua pemuda ni pd muktamar akan dtg ni..cari org yg boleh bg cdgn dan idea yg bernas..

  4. sim_2096 // March 30, 2011 10:24 PM  

    cdgn yg x cerdik dr ketua pemuda pas

  5. Malaysian // March 30, 2011 11:14 PM  

    Kepada Anon, PR tidak harus menerima apa saja orang yang tinggalkan UMNO dan mahu menyertai PR.

    Sekiranya ia berlaku berterusan, ia akan menimbulkan imej buruk kepada PR bahawa PR tidak tahu menilai kualiti seseorang.

    Bayangkan apa yang dilakukannya olehnya sebelum meninggalkan Perkasa...

  6. azmie // March 31, 2011 12:28 AM  

    kalau mamat ni mp ka, adun ka, orang kuat bn ka, bila sebut nak lompat ke pr je haram tak dak sapa pun persoal. kalau tak mau terima ex ameno, 3/4 ahli pkr kena tendang keluar termasuk anwar.
    "bayangkan apa yg dia buat masa dlm perkasa"? bayangkan pulak apa yg dah dibuat oleh anwar masa dlm ameno? chua jui meng masa dlm mca. dua2 dah mintak maaf. pr ni exclusive club ke apa?

  7. Malaysian // March 31, 2011 8:14 AM  

    Dear azmie, sebab 3/4 ahli PKR tu ex ameno maka setiap kali dekat pilihan raya pasti wujud ahli keluar parti. Kami tidak mahu parti yang mempunyai bilangan ramai tetapi parti yang mempunyai individu yang berdisiplin tinggi.

    Sebab mereka terima saja siapa yang masuk parti walaupun terus lompat dari ameno kerana mahu menjadi parti dengan bilangan ahli yang ramai supaya mempunyai kuasa untuk berbincang dalam PR. Namum kekerapan ahli keluar parti telah menyebabkan ramai orang hilang kepercayaan mereka.

    Ahli PKR juga pernah bantah ex MCA yang mahu join PKR seperti ketua cawangan MCA Bukit Bintang dulu...

Recent Posts