Loading...





Share


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar pemimpin Barisan Nasional (BN)khususnya anggota Kabinet dan Exco Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta peribadi mereka seperti dilakukan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, kelmarin...


Pakatan cabar BN isytihar harta secara terbuka

sinarharian.com.my

ALOR SETAR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar pemimpin Barisan Nasional (BN)khususnya anggota Kabinet dan Exco Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta peribadi mereka seperti dilakukan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, kelmarin.

Menurutnya, pengisytiharan harta itu membuktikan PR berani dan selaras dengan janji mereka yang mahu membuktikannya kepada rakyat.

"Kita tidak takut istihar harta sebab kita bersih, pemimpin BN berani atau tidak seperti kita?

"Jika pemimpin BN isytiharkan harta pasti lebih firaun dari firaun, itu perbezaannya," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di sini malam tadi.

Perisytiharan harta, yang dibuat kelmarin, membabitkan tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011, dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Selain itu, Guan Eng turut berjanji tiga perkara iaitu menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan, pemberian RM1,000 setahun kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas dan menurunkan kos sara hidup seluruh negara.
Katanya, janji ini boleh dicapai kerana menurutunya PR berjaya membuktikan pentadbiran yang bersih, sebagaimana dapat disaksikan di Pulau Pinang.

"Kos pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan adalah sebanyak RM6 bilion tetapi sekarang syarikat yang menyelianya sudah mengutip RM24.3 bilion, apa lagi yang mereka mahu kutip?

"Oleh itu, saya berjanji tol lebuh raya ini akan dihapuskan sejurus kita menawan Putrajaya," katanya.

Ceramah ini turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik serta dihadiri kira-kira 1,000 orang.




You can copy my articles but please link it back to my blog. Thanks ;)
Share this page with your friends? Tweet it or share it...! ;)

I'm reading: Lim Guan ENg Cabar Kabinet BN Umum Harta Peribadi? Adakah Mereka Berani?Tweet this!

Share



Submit your articles? Want to become one of the translators? or even sponsor me? please email to gomalaysian@gmail.com

http://www.emailcashpro.com


Sponsor Links


1 comments

  1. Hafifi Borhan El Said // January 14, 2012 4:04 PM  

    bagus tindakan LIm Guang Eng ini....

Recent Posts