Loading...





Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Hari 3 - 26 MAC 2003 (Bahagian 2) (DAY 3 – 26 MARCH 2003 (Part 2))





Berdasarkan keterangan ini, maka jelaslah bahawa bukan hanya Cawangan Khas yang mendatangi Anwar, dan bukan Anwar yang memanggil mereka (dan kerana itu, "menyalahgunakan kuasa"), tetapi mereka juga tahu bahawa dalang di sebalik dakwaan itu adalah Ummi, bahkan ia adalah dakwaan palsu.....


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Siasatan Cawangan Khas membuktikan bahawa Anwar tidak bersalah

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur diberitahu bahawa Pengarah Cawangan Khas ketika itu, Said Awang telah mendatangi Ketua Setiausaha Sulit Anwar, Azmin Ali, dengan tujuan untuk menemui Anwar.

Dalam pertemuan dengan Azmin, Said Awang meminta bantuan Azmin untuk memujuk adiknya, Ummi Hafilda untuk menarik balik dakwaan liwat terhadap Anwar.

Berdasarkan keterangan ini, maka jelaslah bahawa bukan hanya Cawangan Khas yang mendatangi Anwar, dan bukan Anwar yang memanggil mereka (dan kerana itu "menyalahgunakan kuasa"), tetapi mereka juga tahu bahawa dalang di sebalik dakwaan itu adalah Ummi, bahkan ia adalah dakwaan palsu.

Pada hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur, Fernando memberitahu mahkamah bahawa Said Awang memberikan keterangan bahawa dia menulis surat kepada Perdana Menteri pada 5 Ogos 1997. Dalam surat itu, dia mengesahkan bahawa Anwar bukan hanya tidak bersalah atas tuduhan liwat, malah terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkannya.

"Said Awang mengesahkan bahawa Tun Daim dan Rahim Thambi Chik turut serta dalam konspirasi itu," kata Fernando.

"Dia juga mengesahkan bahawa Dato’ Seri Anwar tidak bersalah dan adalah mangsa konspirasi."

"Said memberitahu PM bahawa berdasarkan risikan mereka, dakwaan-dakwaan itu tiada asasnya. Dalam kata lain, dakwaan-dakwaan ini tidak berasas."

"Surat Said itu juga menjelaskan tentang konspirasi yang direncanakan oleh pihak tertentu dengan agenda mereka sendiri bagi memperalatkan Ummi dan Azizan untuk memburuk-burukkan Dato’ Seri Anwar."

"Selepas siasatan yang menyeluruh dilakukan, mereka menyerahkan laporan mereka kepada PM."

Keterangan ini menunjukkan bahawa konspirasi bagi menjatuhkan Dato’ Seri Anwar sudah wujud sejak 1997 lagi. Malah Perdana Menteri sendiri mempertahankan Anwar dengan mengatakan bahawa tuduhan itu adalah tuduhan palsu dan diada-adakan oleh pihak tertentu yang tidak mahu Anwar menjadi PM. Bahkan Ketua Polis pada masa itu juga bersetuju dengan pandangan ini dan meluahkannya.

"PM mengeluarkan kenyataan yang lebih tegas, iaitu bahawa mereka yang mempercayai khabar angin ini sudah semestinya bodoh dan harus ditembak," kata Fernando.

"Para pengkomplot mahu menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri kerana dalam usahanya untuk membersihkan kerajaan, dia (Anwar) memperkenalkan pindaan drastik ke atas Akta Pencegahan Rasuah."

"Jika pindaan itu diluluskan, semua pengkomplot berkenaan akan kehilangan sesuatu, dan mereka berasa bimbang."

"(Misalnya) dalam satu transaksi sahaja, Tun Daim mengaut RM600 juta (secara haram)."

"Rahim Thambi Chik memiliki RM39 juta dalam satu akaun bank. Itu pun yang kita tahu. Dengan gaji Ketua Menteri, bagaimanakah dia mempu mengumpulkan sebegitu banyak wang?"

"Rafidah Aziz menghadapi empat pertuduhan rasuah. Peguam Negara, Abdul Gani Patail, telah menandatangani kertas pertuduhan yang mengesyorkan pendakwaan (terhadap Rafidah)."

Namun begitu, hakim perbicaraan menolak untuk membenarkan semua ini ditimbulkan semasa perbicaraan.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

"Hakim berkali-kali memberikan manfaat keraguan kepada Pendakwaan, sedangkan ia seharusnya diberikan kepada Pembelaan," keluh Fernando.

"Hakim mengabaikan prinsip-prinsip asas undang-undang. Dia sebenarnya bersalah atas salah laku kehakiman.

"Dia akan menyekat semua keterangan yang menyebelahi Dato’ Seri Anwar."

"Ini berlaku bagi semua saksi, tanpa kekecualian."

"Sama ada mahkamah yakin bahawa tertuduh bersalah ataupun tidak, keputusan harus dibuat berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan dan bukan lain-lain perkara.”

"Hakikat sama ada hakim bersetuju bahawa sesuatu jenayah telah ataupun tidak pernah dilakukan adalah tidak relevan. Keputusan harus didasarkan hanya pada bukti."

Walau bagaimanapun, dalam kes Anwar, Hakim secara konsisten dan terang-terangan menyekat semua bukti yang menguntungkan (tertuduh) dan menghalang saksi dari dipanggil. Bahkan ketika saksi memberikan keterangan dan keterangannya seakan menyebelahi Anwar, dia akan menyuruh saksi berhenti memberikan keterangan, tanpa membenarkannya untuk menyudahkan keterangannya.

Artikel Asal: malaysia-today.net
Terjemahan: gomalaysian.blogspot.com




Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Pusingan 2: Pendakwaan Meminta Penangguhan (Round 2: Prosecution Asks For Timeout)





Meskipun demikian, mereka memutuskan untuk menyiasat Ramli bagi kes yang kononnya melibatkan rasuah berjumlah RM25,000. Tetapi mereka tidak pula menyiasat dua kes pembunuhan yang berkenaan ataupun pegawai polis yang menerima rasuah bagi menutup kedua-dua pembunuhan itu.....


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


Malaysia ADALAH Zimbabwe, kata Zaid

Datuk Zaid Ibrahim memuji pakar undang-undang perlembagaan, Abdul Aziz Bari kerana bersuara tentang kebobrokan dalam kedaulatan undang-undang dan demokrasi di Malaysia. "Tidak ada apa yang akan berubah, kecuali apabila mereka yang sedar bangkit untuk mendedahkan para perosak (yang sedang) memamah dan menghancurkan institusi-institusi nasional dan nilai-nilai demokrasi kita," kata Zaid yang pernah dilantik sebagai menteri undang-undang.

Penganalisis politik, Khoo Kay Peng mengisyaratkan tentang ketidakseimbangan dalam urus tadbir, yang mana Eksekutif mampu memanipulasikan Kehakiman dan Badan Perundangan dengan mudah. Dia tidak terkejut dengan dakwaan bahawa BN melanggar perlembagaan, malah menyatakan bahawa ada banyak contoh di mana dalam membuat keputusan., kerajaan Persekutuan telah melanggar undang-undang tertinggi negara.

Pensyarah sains sosial Universiti Malaya, Noor Sulastry Ahmad mengakui akan situasi itu. "Ini adalah hegemoni politik. Kebanyakan ahli politik, terutama dari parti pemerintah memanipulasi dan memperalatkan (pelbagai) institusi bagi mengekalkan status quo dan kuasa mereka," katanya. Dia memetik pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1988 sebagai contoh yang akhirnya menghancurkan kebebasan institusi kehakiman.

Inilah yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada hari ini. Pendek kata, parti pemerintah memperkudakan sistem undang-undang dan kehakiman bagi tujuan politik. Menurut laporan ini, perkara itu sudah begitu lama berlarutan (http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=29207:not-all-judges-are-slime-balls-and-scumbags&catid=22:the-corridors-of-power&Itemid=100085).

Sekarang, mari kita mengingat kembali akan peristiwa yang berlaku sepuluh tahun yang lalu. Sepuluh tahun yang lalu, Anwar Ibrahim menghadapi dua perbicaraan; yang pertama adalah bagi jenayah rasuah dan yang kedua adalah bagi jenayah liwat.

'Bukti' utama dalam kedua-dua perbicaraan tersebut adalah keterangan 'Saksi Bintang’ Pendakwaan. Tiada bukti lain yang diutarakan selain keterangan tunggal ‘si mangsa’.

Tetapi saksi utama pihak Pendakwaan tidak konsisten. Dia sentiasa menukar keterangannya, yang mana keterangannya berubah dari satu perbicaraan ke perbicaraan yang berikutnya. Bahkan, dia akhirnya mengaku sebanyak tiga kali (semasa terikat dengan sumpah) bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah meliwatnya.

Malah hakim juga berasa jengkel dengannya. Hakim dengan tiba-tiba berkata bahawa saksi itu tidak dapat dipercayai. "Hari ni dia kata lain, besok dia kata lain," ujar hakim. Namun demikian, dalam penghakiman bertulisnya, hakim mengatakan bahawa saksi boleh jadi tidak konsisten, malah mungkin berbohong, tetapi itu tidak bererti bahawa keterangannya perlu ditolak. Dia mendapati bahawa keterangan saksi itu adalah "sekuat Rock of Gibraltar".

Memang sahlah bahawa hakim itu mendapat ijazah undang-undangnya dari belakang kotak bertih jagung.

Sepuluh tahun kemudian, kita masih dapat menyaksikan perkara yang sama berlaku dalam perbicaraan Rosli Dahlan. Dalam kes ini, ‘Saksi Bintang’ Pendakwaan adalah Timbalan Pendakwaraya, Anthony Kevin Morais - yang juga adalah Timbalan Pengarah Undang-undang dan Pendakwaan SPRM.

Sebenarnya, dua perbicaraan berlangsung pada masa yang hampir sama. Perbicaraan pertama adalah perbicaraan Ramli Yusuff, bekas Pengarah Jabatan Jenayah Komersil. Perbicaraan itu baru sahaja berakhir. Perbicaraan kedua pula adalah perbicaraan Rosli Dahlan, iaitu peguam Ramli sendiri. Perbicaraan ini baru sahaja bermula.

Walau bagaimanapun, meskipun perbicaraan baru sahaja bermula, Pendakwaan sudah pun meminta penangguhan. Nampaknya, sempena Krismas, Kevin Anthony Morais ingin ke London. Mungkinkah dia ingin mencari pangsapuri di Bayswater, iaitu lokasi di mana RPK bersembunyi, sebagaimana yang didakwa oleh akhbar arus perdana?

Sebenarnya, Pendakwaan menghadapi dilema. Nampaknya, 'Saksi Bintang' mereka tidak konsisten. Semasa perbicaraan Ramli, dia mengatakan satu perkara dan semasa perbicaraan Rosli pula, dia menyatakan perkara yang bertentangan.

Ya, kini, Anthony Kevin Morais, seorang Kristian, mahu menangguhkan perbicaraan supaya dia dapat pergi ke London untuk menyambut Krismas. Mungkin dia sedar bahawa dia telah melanggar dua dari Sepuluh Rukun (Ten Commandments), dan oleh itu, dia patut berhenti melakukannya semasa Krismas. Yalah, orang Kristian tidak boleh melakukan perkara yang bertentangan dengan agama mereka semasa Krismas. Realitinya adalah berbohong dan menjadi saksi palsu sudah semestinya adalah perkara yang bertentangan dengan agama Kristian (begitu juga dengan tabiat mengunjungi kelab-kelab gay di London – sedarlah wahai Anthony Kevin Morais).

Akhirnya, kebenaran makin terbongkar. Sebenarnya, Ramli tidak pernah menjadi subjek mana-mana laporan ataupun siasatan rasuah. Bahkan, ketika jenayah itu dikatakan berlaku, Ramli berada di tempat lain.

Dalam pada itu, orang yang membuat dakwaan tersebut adalah seorang penjenayah yang ketika itu ditahan polis. Dia bersetuju untuk memberikan keterangan bahawa dia merasuah beberapa orang pegawai polis dengan tujuan menutup dua kes pembunuhan. Namun begitu, dia tidak pernah menyebut nama Ramli sebagai salah seorang daripada pegawai polis yang terbabit. Malah dia menyebut nama Ramli secara khusus bagi satu kes lain, dan bukannya bagi kes pembunuhan itu.

Meskipun demikian, mereka memutuskan untuk menyiasat Ramli bagi kes yang kononnya melibatkan rasuah berjumlah RM25,000. Tetapi mereka tidak pula menyiasat dua kes pembunuhan yang berkenaan ataupun pegawai polis yang menerima rasuah bagi menutup kedua-dua pembunuhan itu.

Perumpamaannya adalah seperti yang berikut: Seseorang menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah, dan merogol dan membunuh seorang wanita. Pada masa yang sama, seorang individu lain yang melalui rumah itu mengambil kesempatan untuk mencuri jam bernilai RM100 milik wanita itu. Selepas itu, anda berusaha bagai nak rak untuk menangkap si pencuri, tetapi langsung tidak kisah tentang si pembunuh. Malah anda tidak pun membuka fail siasatan mengenai pembunuhan itu. Bagi anda, kes kecurian jam RM100 itu lebih penting.

Inilah sebenarnya yang diberitahu kepada mahkamah.

Satu ciri penting kes ini adalah ianya adalah berdasarkan keterangan seorang penjenayah yang ditahan polis, iaitu Moo Sai Chin. Dia bersetuju untuk memberikan keterangan dengan syarat dia dilepaskan lebih awal daripada yang sepatutnya. Jadi, penahanan yang sepatutnya berlanjutan selama setahun berakhir selepas hanya sebulan. Jelaslah bahawa Moo bertindak berdasarkan kepentingan peribadi. Bagi memendekken tempoh penahanannya, dia pasti sanggup berkata apa sahaja, termasuklah mengaku bahawa dia merasuah pegawai polis bagi menutup dua pembunuhan.

Jadi, Moo mengaku terlibat dalam dua pembunuhan. Dia juga mengaku merasuah beberapa orang pegawai polis untuk 'menutup' kes pembunuhan berkenaan. Malah dia menyebut nama mereka dan Ramli bukanlah salah seorang daripadanya. Jadi, mengapakah Ramli pula yang disiasat? Mengapa pembunuhan dan pegawai polis yang menerima rasuah untuk menutup pembunuhan itu tidak disiasat?

Ah, hairan bin ajaib.

Lalu, Anthony Kevin Morais mengatakan bahawa dia melancarkan siasatan terhadap Rosli kerana dia mempunyai 'kaitan' dengan Ramli. Tetapi apakah kaitannya dengan Ramli? Mmm… kedua-duanya mengambil jurusan undang-undang di universiti yang sama. Menurut Anthony Kevin Morais, ini bererti bahawa terdapat kaitan antara mereka berdua. Tambahan pula, Rosli telah bertindak bagi pihak Ramli bagi beberapa urusan perundangan.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Nah, disebabkan inilah Rosli disiasat. Jika inilah logiknya, maka Tan Sri Sanusi Junid juga belajar di sekolah yang sama seperti Anwar Ibrahim. Jadi, seperti Anwar, adakah Sanusi juga perisik Amerika dan alat orang Yahudi, dan sebagainya (seperti kata orang BTN)? Dengan demikian, maka adakah Sanusi juga perlu disiasat kerana meliwat Saiful?

Mereka kini sedar bahawa hujah mereka tentang ‘kaitan’ Rosli dengan Ramli adalah sangat lemah, dan mereka sekarang terpaksa mengubahnya. Jadi, hujah baru mereka adalah bahawa Rosli bukanlah kenalan Ramli, tetapi hanyalah saksi dalam kes Ramli.

Banyak lagi hal-hal aneh yang terjadi semasa perbicaraan. Pokoknya adalah tembelang Anthony Kevin Morais sudah pecah dan dia benar-benar dimalukan di mahkamah. Sekarang, mereka terpaksa mengubah hujah mereka yang tak masuk akal dan begitu bertentangan itu.

Nampaknya, perbicaraan hanya akan bersambung selepas Krismas. Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Krismas kepada Anthony Kevin Morais. Oh ya, jangan lupa untuk mengaku dosa-dosa anda. Mana tidaknya, begitu banyak dosa besar yang seharusnya merunsingkan anda.


Artikel Asal: malaysia-today.net
Terjemahan: gomalaysian.blogspot.com




Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Hari 3 - 26 MAC 2003 (Bahagian 1) (DAY 3 – 26 MARCH 2003 (Part 1))





Fernando kemudiannya membacakan keterangan daripada Raja Kamaruddin Raja Raja Wahid (Raja Komando), yang mana saksi itu mendedahkan secara terperinci tentang permulaan konspirasi terhadap Anwar dan peranan yang diberikan kepadanya dalam konspirasi itu.....


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


"Ummi Hafilda adalah seorang pelacur," kata Aziz Samsuddin.

Hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan pendedahan yang besar dibuat, iaitu apabila Christopher Fernando membacakan transkrip dari perbicaraan sebelumnya, yang memetik Aziz Samsuddin sebagai berkata bahawa Ummi Hafilda Ali adalah seorang pelacur.

Fernando bermula dengan mengikhtisarkan prosiding hari sebelumnya, yang mana dia memberitahu mahkamah bahawa ayah Ummi tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya selepas dia mengaku menulis surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam rangka menuduh Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, iaitu pemandu isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi yang merupakan seorang guru agama menulis surat terbuka kepada Harakah. Dalam surat itu, dia menjelaskan sebab dia tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya, malah mengatakan dengan tegas bahawa Ummi adalah dalang utama di sebalik (dakwaan liwat oleh) Azizan.

"Ayah Ummi meninggal dalam keadaan patah hati tanpa pernah mengampunkan anaknya itu atas peranan yang dimainkannya dalam memerangkap Anwar dalam tuduhan liwat," kata Fernando.

Sebelum itu, Fernando membacakan keterangan Azmin Ali (abang Ummi) di mahkamah yang membuktikan bahawa dia (Ummi) memainkan peranan yang aktif dalam konspirasi itu.

Pendakwaan tidak pernah memanggilnya (Ummi) untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menafikan dakwaan itu, tambah Fernando. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada Pembelaan untuk memanggilnya. Malah hakim perbicaraan menyebut tentang perkara ini dalam penghakiman bertulisnya.

"Tetapi Ummi pasti menjadi saksi yang ‘liat’. Jadi, pihak Pendakwaanlah yang sepatutnya memanggilnya, dan bukannya pihak Pembelaan,” Fernando berhujah.

Fernando berhujah bahawa mahkamah sepatutnya menggunakan Seksyen 114 (g) Akta Bukti bagi menangani kegagalan Pendakwaan memanggil saksi yang paling penting untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Fernando kemudiannya membacakan keterangan daripada Raja Kamaruddin Raja Raja Wahid (Raja Komando), yang mana saksi itu mendedahkan secara terperinci tentang permulaan konspirasi terhadap Anwar dan peranan yang diberikan kepadanya dalam konspirasi itu.

"Keterangan saksi ini akan menunjukkan bahawa dia diminta untuk bersekongkol dalam konspirasi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri," kata Fernando.

"Mesyuarat itu diadakan di pejabat Aziz Samsuddin, iaitu Setiausaha Politik Perdana Menteri, pada 26 Jun 1998."

Fernando mendedahkan bahawa dalam mesyuarat tersebut, Aziz menegaskan bahawa Ummi dan Azizan tidak akan menimbulkan masalah kerana "Ummi adalah seorang pelacur".

Raja Komando kemudiannya bertanya kepada Aziz tentang kemungkinan menggunakan cara lain bagi menjatuhkan Anwar.

Menurut Raja Komando, "Aziz menjawab bahawa (tuduhan) liwat adalah cara yang terbaik. Lain-lain cara tidak akan memberikan kesan."

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

"Peranan Raja Komando adalah bagi menguruskan pembunuhan kerjaya politik (Anwar)," tambah Fernando. "Dakwaan liwat pula ‘ditugaskan’ kepada Ummi dan Azizan."

"(Tugas) Raja Komando adalah mencanangkan dakwaan itu ke segenap ceruk. Dia juga bertanggung jawab untuk menyebarkan tuduhan bahawa Anwar adalah ejen CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat)."

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Fernando kepada mahkamah pada hari ini, adalah jelas bahawa berdasarkan pertemuan antara Raja Komando dan Aziz Samsuddin, dia (Aziz) adalah Kepala Pengkomplot. Sementara itu, walaupun Ummi yang menulis ‘surat Azizan’ kepada Perdana Menteri, yakni yang menuduh Anwar meliwatnya, Azizlah yang menyunting dan menulis kembali surat berkenaan.

Menurut Fernando, surat itu adalah berdasarkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" – buku yang sekonyong-konyong dimasukkan ke dalam beg hampir 2,000 delegasi ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun itu.

"Hakim tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini," Fernando berhujah. "Dia melakukan kesilapan yang besar."

"Adakah dia akan mengeluarkan penghakiman yang sama seandainya dia memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini?”


Artikel Asal: malaysia-today.net
Terjemahan: gomalaysian.blogspot.com




Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Pusingan Pertama: Kebenaran Terbongkar (Round One: The Truth Surfaces)




Semasa pemeriksaan balas, Kevin mengakui bahawa Ramli dan Ketua Polis Negara (KPN) bermusuh. KPN telah menghalang penganugerahan Pingat Polis kepada Ramli atas alasan bahawa dia sedang disiasat. Maka dia tidak layak menjadi Timbalan KPN dan seterusnya tidak layak untuk menggantikannya sebagai KPN.....


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


Perbicaraan Rosli Dahlan bermula di Mahkamah Sesyen Jenayah 10 di Jalan Duta, Kuala Lumpur, dengan pemeriksaan balas oleh Dato' Kumaraendran ke atas saksi pertama Pendakwaan, iaitu pegawai SPRM yang bernama Azmi Ismail.

Azmi memberitahu mahkamah bahawa Rosli diberikan notis untuk mengisytiharkan asetnya, walaupun dia bukan subjek siasatan SPRM. Subjek siasatan yang sebenarnya adalah bekas Pengarah CCID, Ramli Yusuff.

Azmi seterusnya menyatakan bahawa Ramli disiasat disebabkan laporan (Laporan Nombor 098/2007), yang dibuat olehnya (Azmi) terhadapnya (Ramli). Asas laporan itu adalah maklumat yang diterimanya (Azmi) melalui laporan lain, yang mana Ramli dikatakan terlibat dalam rasuah.

Azmi mengakui bahawa dia tidak mempunyai sebarang maklumat tentang sama ada Ramli telah melakukan jenayah ataupun tidak. Namun demikian, dia tetap membuat laporan terhadap Ramli dan melancarkan penyiasatan atas arahan pihak atasan, yakni bertitik tolak dari satu laporan lain (Laporan Nombor O75/2007) yang dibuat oleh seorang pegawai lain, Saiful Ezral.

Bahkan, laporan yang dibuat oleh Saiful (laporan pertama) tidak pun menyebut nama Ramli. Walau bagaimanapun, Azmi menyebut nama Ramli dalam laporannya (laporan kedua), meskipun laporannya adalah berdasarkan laporan lain yang tidak pun menyebut nama Ramli.

Dalam perbicaraan Ramli yang diadakan secara serentak di Mahkamah Sesyen Jenayah 2, Jalan Duta, Kuala Lumpur, peguam Ramli, Dato' Shafie Abdullah memeriksa balas DPP Kevin Morais yang mengakui bahawa Laporan Nombor 075/2007 yang dibuat oleh Saiful Ezral adalah berdasarkan aduan yang dibuat oleh seorang penjenayah yang bernama Moo Sai Chin.

Perbicaraan turut mendedahkan bahawa:

1) Pada 9 September 2006, Musa Hassan menjadi KPN.

2) Pada 9 Oktober 2006, Moo ditahan di bawah Ordinan Darurat.

3) Pada 9 Disember 2006, penahanan Moo di bawah Ordinan Darurat diubah menjadi Penempatan Terhad di bawah RR0, dan dia tidak dibenarkan keluar dari Tampin, Negeri Sembilan, yakni untuk satu tahun (hingga Disember 2007).

4) Pada 23 Januari 2006, Moo dibebaskan.

Bagi memastikan dirinya dibebaskan, Moo berpakat dengan KPN untuk melibatkan Ramli dalam dakwaan palsu ini.

5) Pada 7 Mac 2007, polis membawa Moo ke pejabat BPR (kini SPRM), di mana dia memberikan kenyataan yang membabitkan Ramli. Menurut Moo, dia merasuah beberapa orang pegawai polis untuk menutup dua kes pembunuhan.

6) Kevin mengakui bahawa kenyataan Moo tidak cukup untuk membabitkan Ramli kerana pembunuhan berkenaan terjadi pada tahun 2002, sedangkan Ramli telah ditukar ke Sabah, yakni sebagai Pesuruhjaya Polis sejak November 2001.

7) Kevin juga mengakui bahawa kenyataan Moo yang membabitkan Ramli hanya berkaitan dengan wang perlindungan yang didakwa diberikan pada tahun 1999. Namun begitu, kenyataan Moo itu hanya dibuat lapan tahun kemudian, iaitu pada 7 Mac 2007 – ini bermakna bahawa ia dibuat selepas KPN membebaskannya dari Penempatan Terhad pada 23 Januari 2007.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Ini bertentangan dengan keseluruhan kes kerana notis yang diberikan kepada Ramli adalah bagi mengisytiharkan asetnya antara 2000 dan 2007, dan bukannya untuk dakwaan rasuah pada tahun 1999.

Sebenarnya, Kevin mengeluarkan notis itu pada 17 Julai 2007. Beberapa hari kemudian, iaitu pada 27 Julai 2007, New Straits Times menyiarkan cerita ‘bocor’ tentang seorang pegawai polis senior yang sedang disiasat kerana tidak mengisytiharkan aset yang bernilai RM27 juta. Nampaknya, segala-galanya mengarah pada Kevin sebagai sumber cerita bocor ini.

Semasa pemeriksaan balas, Kevin mengakui bahawa Ramli dan Ketua Polis Negara (KPN) bermusuh. KPN telah menghalang penganugerahan Pingat Polis kepada Ramli atas alasan bahawa dia sedang disiasat. Maka dia tidak layak menjadi Timbalan KPN dan seterusnya tidak layak untuk menggantikannya sebagai KPN. Keterangan Kevin nampaknya menunjukkan bahawa pokok pangkal siasatan itu adalah bagi menghalang Ramli dari menjadi KPN yang seterusnya.

Mari kita saksikan apa lagi yang akan terbongkar semasa perbicaraan bersambung pada hari ini. Namun demikian, setakat ini, perkara yang diutarakan oleh Malaysia Today sudah mula terungkap. Nah, sekarang tahulah anda mengapa KPN mencari saya di seluruh dunia, bukan? Dia bimbang bahawa Malaysia Today akan mendedahkan peribadinya yang sebenarnya, iaitu seorang manusia yang terkutuk.


Artikel Asal: malaysia-today.net
Terjemahan: gomalaysian.blogspot.com




Share

Sumber: Sinar Harian
Penulis: Profesor Dr Abdul Aziz Bari
Tajuk: BN Pucat, PR Gigit Jari



Kalau rang undang-undang itu ditolak ia boleh menyebabkan kerajaan terpaksa meletakjawatan dan sebuah kerajaan baru perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Memang Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebutnya, tetapi itulah tindakan yang perlu dilakukan jika Barisan Nasional (BN) gagal mendapat wang daripada Parlimen.....

BN pucat, PR gigit jari

Profesor Dr Abdul Aziz Bari


Apa yang berlaku di Dewan Rakyat Isnin lalu adalah sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam insiden mencemaskan itu rang undang-undang perbekalan 2010 atau bajet (belanjawan) tahunan untuk tahun hadapan lulus dengan majoriti tipis tiga undi.

Kalau rang undang-undang itu ditolak ia boleh menyebabkan kerajaan terpaksa meletakjawatan dan sebuah kerajaan baru perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Memang Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebutnya, tetapi itulah tindakan yang perlu dilakukan jika Barisan Nasional (BN) gagal mendapat wang daripada Parlimen.

Dalam undian yang dibuat BN mendapat 66 undi sementara Pakatan Rakyat (PR) dengan 63 undi menentang rang undang-undang berkenaan. Buat masa ini BN mempunyai 140 kerusi manakala PR mempunyai 82 kerusi.

Kalau diumpamakan sebuah perlawanan bola sepak, pintu gol BN telah digegarkan sebuah sepakan kencang daripada PR. Bagaimanapun sepakan itu terkena palang dan bola muntah ke tengah padang. PR yang dalam perbahasan mengawal permainan, nyaris menjaringkan gol kemenangan. Bagaimanapun kerana BN adalah juara bertahan ia masih mampu menjaringkan gol meskipun tidak cantik. Tetapi cukup untuk menyambung nyawanya dalam liga. Ini cukup baik untuk meneruskan permainan mempertahankan kejuaraan sehingga permainan tamat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.

Runcing

Walau apa pun yang berlaku dalam PRU itu kedudukan BN sekarang memang runcing. Pada petang Isnin itu ahli Parlimennya hilang entah ke mana, dan sebenarnya ketika perbahasan pun mereka jelas kelihatan tenggelam punca. Ahli-ahli Parlimen BN, berbanding kebanyakan Ahli Parlimen PR, jelas terlalu biasa dengan keadaan selesa yang mereka nikmati sejak merdeka. Buat pertama kali Perdana Menteri dan Timbalannya terpaksa bergegas ke Parlimen untuk memastikan bajet mereka, yang dihentam kiri dan kanan sejak dibentangkan dua bulan lalu, selamat.

Dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia nyawa kerajaan terletak di tangan parlimen, khususnya Dewan Rakyat. Jika mereka gagal mengekalkan sokongan majoriti di situ, kerajaan itu wajib meletakkan jawatan. Salah satu keadaan di mana sokongan itu perlu ditunjukkan ialah dalam pembentangan belanjawan atau bajet tahunan. Sebab itu di kebanyakan negara kesemua anggota kerajaan dan penyokongnya datang ke Parlimen.

Fenomena yang berlaku di Malaysia memang pelik. Bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyebut betapa berbanding dengan negara-negara 'Westminster' yang lain, kita dilihat ganjil kerana selepas belanjawan dibentangkan Perdana Menteri, Kabinetnya tak kisah. Mereka malah membuat lawatan – baik rasmi mahupun kerja ke luar negara. Dalam kata lain tidak pernah timbul kebimbangan yang bajet itu akan ditolak oleh Parlimen.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Tetapi dalam insiden di Dewan Rakyat Isnin lalu, apa yang bagi saya lucu ialah betapa pembangkang sendiri semacam tidak sedar tentang pentingnya peluang itu digunakan dengan sebaik-baiknya. Jadi sepakan yang terkena palang tadi sebenarnya bukanlah perancangan rapi, sekadar satu cubaan.

Sehingga kini saya belum dengar apa-apa komen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai insiden bersejarah itu. Khabarnya Ahli Parlimen PKR yang paling ramai tidak hadir. Ada yang memberitahu Ahli Parlimen Pas kebanyakannya hadir. Tetapi, saya berasa aneh juga kerana ada dalam kalangan mereka yang membuat lawatan ke luar negara, sakit dan sebagainya.

Saya fikir sebagai parti yang melaung-laungkan negara Islam dan jihad perkara-perkara seperti ini tak sepatutnya menjadi alasan. Mati dalam Dewan pun tak mengapa. Tetapi BN lebih teruk lagi sebab dalam keadaan mereka bergelut dengan hidup dan mati itu ada pula Ahli Parlimen mereka yang sedang bermain cinta dan dilanda gosip!


Artikel Asal: sinarharian.com.my




Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Berdebat Dengan Bahlul (Debating With Idiots)





Jadi, menghapuskan sesuatu atas alasan ia membazirkan wang pembayar cukai adalah hujah yang tidak kukuh. Ini kerana hujah yang sama dapat dipanjangkan kepada banyak perkara lain yang memakan belanja lebih besar daripada sistem monarki.....


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


Saya sudah bertahun-tahun memantau retorik anti-monarki di bahagian ulasan Malaysia Today. Komen yang paling biasa dibuat adalah bahawa sistem monarki hanya membazirkan wang pembayar cukai. Jadi, ia harus dihapuskan kerana ia tidak memenuhi apa-apa matlamat, malah raja-raja hanya makan gaji buta.

Nampaknya, inilah yang menjadi keluhan utama mereka terhadap monarki – kos yang besar bagi meneruskannya. Jika itulah hujahnya, maka bukankah banyak lagi agensi lain yang perlu dihapuskan? Cuba teka berapa ramaikah dalam kalangan satu juta pegawai perkhidmatan awam (termasuk tentera, polis, dll.) yang benar-benar bekerja? Kebanyakan daripada mereka hanya duduk melangu. Ah, kita dah aman dari peperangan selama lebih daripada 50 tahun. Jadi, apa perlunya sebuah angkatan tentera? Betul tak?

Masuklah ke dalam mana-mana pejabat polis di seluruh negara dan beritahu saya berapa ramai pegawai poliskah yang benar-benar bekerja? Kebanyakannya hanya melenggang. Nah, bukankah duit cukai kita yang membayar gaji mereka? Mereka hanya bekerja apabila mereka sedang mengisi poket mereka (rasuah) ataupun ketika mereka bertindak terhadap pembangkang. Kos untuk menampung pasukan polis mungkin lebih tinggi daripada kos sebuah monarki, yakni apabila kita mengambil kira jumlah wang haram yang terlibat.

Percayalah cakap saya, jumlah wang haram yang disalurkan kepada pasukan polis adalah sangat besar… hingga mencecah angka bilion. Bacalah siri yang terdiri dari 12 episod (bermula dengan ‘All roads lead to Putrajaya’), yang mana saya menulis tentang polis dan Ketua Polis Negara.

Jadi, apakah yang perlu kita lakukan? Adakah kita perlu menghapuskan pasukan polis kerana kos untuk menampungnya adalah lebih tinggi daripada kos untuk menampung sistem monarki kita?

Anda akan berkata, “Oh, tak… kita tak boleh hapuskan polis. Kita memerlukan polis. Sistem monarki boleh jalan tetapi pasukan polis mesti dikekalkan. Kita memerlukannya untuk memerangi jenayah.”

Perangi jenayah? Perangi apanya? Makin lama, jenayah di Malaysia makin menjadi-jadi. Bahkan ketika anda artikel ini, seseorang di Malaysia sedang dirompak ataupun dibelasah. Perangi jenayah apa? Kalau beginilah caranya, baik tak payah ada pasukan polis. Lebih baik kita semua bawa pistol seperti zaman koboi dahulu. Sebenarnya, polislah dalang di sebalik sebahagian besar jenayah-jenayah berat. Pasukan polis adalah dalang di sebalik jenayah terancang – ah long, pelacuran, perdagangan manusia, pengedaran dadah, perjudian dan sebagainya.

Jadi, jika anda benar-benar ingin mendebat hujah ini, cubalah: dengan menghapuskan pasukan polis, kita akan menjimatkan banyak wang dan juga menghapuskan jenayah terancang. Selepas itu, kita boleh sahaja menubuhkan skuad ala vigilante dan menembak mati semua kepala jenayah terancang, yakni sebagaimana yang dilakukan semasa revolusi di Iran pada 1979 (mmm… zaman revolusi - betapa rindunya saya pada zaman tu).

Jadi, menghapuskan sesuatu atas alasan ia membazirkan wang pembayar cukai adalah hujah yang tidak kukuh. Ini kerana hujah yang sama dapat dipanjangkan kepada banyak perkara lain yang memakan belanja lebih besar daripada sistem monarki.

Jangan salah faham. Saya bukannya membela raja-raja kita. Mungkin idea untuk menghapuskan sistem raja berperlembagaan dan menukar Malaysia menjadi Republik bukanlah idea yang buruk. Lagipun, tempat/keadaan lain selalunya tampak lebih elok daripada tempat/keadaan kita sekarang (greener pastures). Saya bersedia untuk mencubanya dan jika ia tidak berjaya, kita boleh menimbangkan untuk kembali kepada sistem raja berperlembagaan. Malah inilah yang dimahukan oleh kebanyakan pembaca Malaysia Today. Jadi, apa salahnya kita mencubanya untuk menilai betapa pintarnya para pembaca laman ini?

30 tahun yang lalu (1979) Iran melakukan perkara yang sama. Mereka menghapuskan sistem monarki dan menukar negara mereka menjadi sebuah Republik. Ya, banyak betul wang yang dapat mereka jimatkan, bukan? Di bawah Syah, banyak wang yang terbuang. Sekarang, Iran sudah menjimatkan begitu banyak wang… banyak sungguh.

Okeylah, mungkin benar bahawa keadaan hak asasi manusia di Iran lebih kurang seperti dahulu juga. Mungkin juga ia semakin parah. Tetapi apa yang penting adalah dengan menghapuskan sistem monarki, mereka berjaya menjimatkan begitu banyak wang.

Inggeris melakukan hal yang sama lama dahulu, iaitu ketika mereka memancung kepala Raja Charles I. Mereka kemudiannya menukar negara mereka menjadi Republik. Apabila percubaan itu gagal dan mereka mendapati bahawa Republican lebih teruk daripada raja yang terdahulu, mereka memenggal kepala Oliver Cromwell pula dan membawa anak bekas raja mereka (yang kepalanya dipancung dahulu) pulang dari Perancis. Mereka lantas menabalkannya sebagai raja baru mereka, iaitu Charles II.

Ya, percubaan untuk menjadikan Inggeris sebuah Republik menemui kegagalan dan mereka memutuskan untuk kembali kepada sistem monarki. Iran pula masih sebuah Republik dan mungkin akan kekal sebagai Republik, seperti Perancis dan lain-lain negara yang menghapuskan sistem monarki bagi menubuhkan sebuah Republik.

Negara-negara terburuk di dunia adalah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan - Antigua and Barbuda, Australia, Bahrain, Belgium, Kemboja, Kanada, Denmark, Grenada, Jepun, Jordan, Kuwait, Lesotho, Liechtenstein, Luxembourg, Malaysia, Monaco, Maghribi, Belanda, Norway, Oman, Papua New Guinea, Saint Kitts and Nevis, Samoa, Sweden, Thailand, Tonga, Tuvalu dan United Kingdom. (Bhutan, Brunei, Qatar, Arab Saudi dan Swaziland mengamalkan sistem monarki mutlak).

Negara terbaik di dunia pula adalah Republik - Indonesia, Filipina, Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Singapura, Nepal, Congo, Cuba, El Salvador, Ghana, Iraq, Iran, China, Russia, Korea Utara, Serbia, Somalia… eh, tunggu… saya fikir hujah saya ni tak ‘mengena’ seperti yang saya rancang. Mmm… mungkin saya perlu perkukuhkan hujah saya.

Ah, tak apalah. Hujah yang dibincangkan di sini adalah bahawa kos bagi menampung sistem monarki membazirkan banyak wang dan tidak memenuhi apa-apa matlamat, dan segala sesuatu yang tergolong di bawah kategori yang sama perlu dihapuskan (rasanya ini merangkumi hampir semua perkara di Malaysia). Namun begitu, sebelum kita menggunakan hujah 'hapuskan ia kerana ia membazirkan banyak wang dan tidak memenuhi apa-apa matlamat’, pastikan bahawa anda membaca Perlembagaan Persekutuan. Kalau tidak, orang mungkin mengatakan bahawa kita sedang berdebat dengan si bahlul.

Perkara 35(1): Parlimen hendaklah melalui undang-undang memperuntukkan suatu Peruntukan Diraja bagi Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah termasuk peruntukan untuk membayar anuiti kepada Raja Permaisuri Agong, dan Peruntukan Diraja itu hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan dan tidak boleh dikurangkan semasa Yang di-Pertuan Agong memegang jawatannya.

Perkara 38(4): Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Jadi, sudah termaktub dalam undang-undang bahawa Parlimen perlu membiayai sistem monarki. Hanya Majlis Raja-Raja yang boleh mengubahnya. Maka tiada apa yang mampu saya ataupun anda lakukan. Selain itu, bukankah kita juga yang terjerit-jerit mendesak UMNO dan Barisan Nasional untuk menghormati Perlembagaan dan sentiasa bertindak berdasarkan undang-undang? Jadi, adakah kita kini ingin menjadi hipokrit dengan mengabaikan undang-undang dan Perlembagaan dengan mendesak supaya sistem monarki dihapuskan, yakni dengan tujuan menubuhkan Republik Malaysia?

Ya, saya tahu bahawa ada antara anda yang akan menuduh saya mempertahankan sistem monarki kerana saya adalah seorang kerabat diraja. Tetapi orang yang sama juga menggesa supaya Perlembagaan didaulatkan ketika ia menguntungkan mereka dan sebaliknya melanggar Perlembagaan ketika ia bertentangan dengan kepentingan mereka. Saya tiada masa untuk melayan golongan seperti ini yang sebenarnya adalah golongan yang hipokrit, yakni sepertimana golongan yang dikutuk mereka. Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Kawan-kawan, kita tak patut bercakap tentang penghapusan sistem monarki. Itu mungkin menyebabkan kita keluar dari mulut buaya, masuk mulut harimau. Jika mana-mana raja menimbulkan masalah, maka gantikanlah sahaja dengan orang yang lebih baik. Hal seperti ini pernah dilakukan sebelum ini. Raja yang kurang baik pernah digantikan dengan raja yang lain. Caranya adalah dengan memanfaatkan peranan Majlis Diraja (tidak sama dengan Majlis Raja-raja).

Tetapi jika anda benar-benar mahu Malaysia menjadi Republik, maka itu juga boleh dilakukan. Saya tidak menghalang sama sekali. Namun itu bermakna bahawa kita perlu menggantung Perlembagaan. Tetapi oleh sebab Perlembagaan tidak mengizinkannya, maka kita terpaksa menghapuskan Perlembagaan. Ini cukup mudah dilakukan, iaitu hanya dengan menubuhkan kediktatoran tentera di Malaysia… tiada Perlembagaan… tiada Parlimen… tiada raja-raja – hanya seorang jeneral sebagai Presiden pertama Malaysia.


Artikel Asal: malaysia-today.net
Terjemahan: gomalaysian.blogspot.com




Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Apa Ni, Pakatan Rakyat; Bangunlah (Come On Pakatan Rakyat; Wake Up Please)




Saya mahu anda menjadikan ini sebagai azam tahun baru anda. Menjelang 1 Januari 2010, pastikan anda membantu sekurang-kurangya satu orang untuk mendaftar sebagai pengundi – lebih ramai, lebih bagus. Melalui usaha anda, kita akan dapat memastikan bahawa sekurang-kurangnya separuh daripada mereka yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi menjadi pengundi berdaftar.....


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


Setengah juta penduduk Perak belum mendaftar sebagai pengundi

Ada sekitar 500,000 pengundi yang layak mengundi di Perak yang belum mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Pengarah SPR Perak, Ahmad Adli Abdullah berkata bahawa kebanyakan daripadanya terdiri daripada mereka yang baru sahaja melepasi usia majoriti 21 tahun.

"Kami menggunakan pelbagai saluran bagi memastikan generasi muda mendaftarkan diri," katanya selepas upacara penyerahan sepanduk di Pejabat Pos Ipoh pada hari Rabu.

"Kami juga meminta ahli politik untuk membantu penduduk kawasan mereka untuk mendaftar," katanya, sambil menambah bahawa adalah menjadi kewajipan setiap warganegara untuk mendaftar sebagai pengundi.

Dia menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 1.2 juta pengundi berdaftar di Perak. Mereka terdiri daripada 1.1 juta pengundi biasa dan sekitar 29,000 pengundi pos.

Ahmad Adli mengatakan bahawa pejabat pos adalah pilihan pertama bagi para pengundi muda untuk mendaftarkan diri.

Namun begitu, menurutnya, masih ramai orang yang tidak menyedari bahawa mereka boleh mendaftar ataupun menukar alamat mengundi di pejabat pos di seluruh negara.

"Kami akan mengambil lebih ramai kakitangan untuk mengendalikan kaunter di pejabat pos, selain pergi ke kawasan luar bandar bagi menggesa ketua kampung untuk membantu kami," katanya.

Menurutnya, SPR juga akan mendapatkan senarai kakitangan dari jabatan-jabatan kerajaan bagi memeriksa status pendaftaran kakitangan jabatan-jabatan yang berkenaan - The Star

*****************************************************

Itulah yang dilaporkan oleh The Star hari ini. Setengah juta itu pula hanya melibatkan Perak. Bagaimana pula dengan lain-lain negeri? Adalah dianggarkan bahawa 4 - 5 juta individu yang berhak mengundi belum mendaftar sebagai pengundi.

Sebenarnya, analisis ke atas keputusan pilihanraya umum Mac 2008 menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat hanya memerlukan 300,000 undi tambahan bagi membentuk kerajaan persekutuan. Ya, hanya 300,000 undi tambahan, iaitu apabila kita menjumlahkan undi bagi 30 kerusi dengan jumlah undi terendah yang dimenangi Barisan Nasional. Jika Pakatan Rakyat berjaya mendapatkan 300,000 undi tambahan itu, ia pasti memenangi 112 kerusi parlimen berbanding dengan 110 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (bukan 82 kerusi berbalas 130 kerusi, seperti yang berlaku pada tahun lalu).

Dari segi menyampaikan ceramah, Pakatan Rakyat memang hebat. Tetapi berapa kalikah perlu kami ingatkan mereka bahawa mereka berceramah kepada pengundi yang sudah pun menyokong mereka? Sebaliknya, mereka perlu meyakinkan golongan yang masih ‘jahil’. Dalam pada itu, jika golongan yang terbabit tidak pun mendaftar sebagai pengundi, maka apa gunanya Pakatan Rakyat meyakinkan mereka untuk mengundi pembangkang?

Mulut kami sudah berbuih menyarankan supaya Pakatan Rakyat memastikan bahawa jutaan pengundi tidak berdaftar itu menjadi pengundi berdaftar. Kemudian, pastikan mereka memberikan komitmen untuk keluar mengundi semasa pilihanraya. Mengikut trend lalu, hanya 70% hingga 75% daripada pengundi berdaftar yang mengundi. Inilah trend sejak kita mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu. Ini bermakna bahawa hanya separuh daripada pengundi yang mengambil berat tentang pelaksanaan hak mereka. Jadi, peluang bagaimanakah yang dimiliki Pakatan Rakyat jika hanya separuh daripada pengundi yang benar-benar keluar mengundi?

Ini harus menjadi keutamaan bagi tahun 2010. Pakatan Rakyat mesti memulakan kempen pendaftaran pengundi secara besar-besaran. Saya mengenali ramai orang yang membebel, menggerutu dan mengeluh tentang kerajaan, tetapi tidak pernah sekali pun mengundi seumur hidup mereka ataupun tidak mendaftar pun sebagai pengundi. Anda dapat melihat ramai orang macam ni ‘menonggang’ bir di Long Bar di Kelab Selangor sambil menyuarakan pendapat mereka tentang kebobrokan negara dan perkara yang harus dilakukan. Mereka kemudiannya pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan menyangka bahawa mereka telah menyumbang demi Tuhan, Raja dan Negara.

Ya, kita boleh terus menulis di blog dan di Internet tentang kebobrokan negara kita dan sentiasa membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan. Para politikus pula dipersilakan untuk terus berceramah kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengakses Internet. Namun, jika usaha ini tidak diterjemahkan kepada undi, maka segala-galanya sia-sia belaka.

Mesej kita sememangnya diterima. Penduduk luar bandar yang mendengar ceramah dan pengguna Internet yang membaca blog tahu tentang kebobrokan yang berlaku di negara ini. Mereka sedar bahawa perubahan memang diperlukan dan bahawa satu-satunya cara bagi menyaksikan perubahan adalah dengan memilih kerajaan yang tepat. Tetapi jika mereka tidak mengundi dalam pilihanraya, maka apa gunanya?

Mungkin sudah tiba waktunya bagi rakyat mengambil tindakan sendiri. Mungkin sudah sampai masanya rakyat melancarkan kempen pengundi-dapatkan-pengundi. Jika setiap pengundi berdaftar berjaya meyakinkan seorang ahli keluarga, jiran, kawan, rakan kerja atau sesiapa jua untuk mendaftar sebagai pengundi, maka empat ataupun lima juta rakyat Malaysia yang belum merdaftar sebagai pengundi akan dapat didaftarkan dalam masa singkat.

Saya mahu anda menjadikan ini sebagai azam tahun baru anda. Menjelang 1 Januari 2010, pastikan anda membantu sekurang-kurangya satu orang untuk mendaftar sebagai pengundi – lebih ramai, lebih bagus. Melalui usaha anda, kita akan dapat memastikan bahawa sekurang-kurangnya separuh daripada mereka yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi menjadi pengundi berdaftar.

Rancangan kita adalah:

1. Pastikan mereka mendaftar sebagai pengundi.

2. Pastikan mereka mengundi pada pilihanraya.

3. Adalah menjadi hak mereka untuk memilih sesiapa sahaja yang mereka kehendaki - tetapi bimbinglah mereka tentang ciri-ciri yang perlu ada pada wakil rakyat.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Kita sesungguhnya hanya mampu meyakinkan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi dan untuk mengundi. Terpulanglah kepada mereka untuk memilih calon pilihan hati. Jadi, tugas yang sangat penting selepas itu (selepas mendaftar sebagai pengundi) adalah bagi memastikan mereka menjadi PENGUNDI YANG BERMAKLUMAT. Ini adalah supaya apabila tiba masanya untuk mengundi, mereka tahu akan perkara yang paling tepat untuk dilakukan.

Inilah peranan yang perlu dimainkan oleh blog, Internet dan ceramah. Tetapi jika mereka memainkan peranan ini, namun pengundi yang ‘sudah yakin’ itu tidak mengundi, maka apa gunanya?

Azam 2010 Saya: Kempen pengundi-dapatkan-pengundi. Pastikan ia juga menjadi azam tahun baru anda.


Artikel Asal: malaysia-today.net
Terjemahan: gomalaysian.blogspot.com

Chinese Translation (中文): xtremeapril.blogspot.com




Share

Sumber: Malaysian Insider
Penulis: Amin Iskandar
Tajuk: Di Antara Zionisme dan Ketuanan Melayu



Di antara kebaikan yang berlaku di Malaysia selepas tsunami politik 8 Mac 2008 ialah banyak isu-isu yang selama ini diklasifikasikan sebagai “sensitif” telah menjadi perbincangan umum.

Perbincangan dan perdebatan secara terbuka akan menghilangkan “misteri” isu-isu sensitif tersebut. Diantara perdebatan yang belum berakhir semenjak kuasa majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) hilang di parlimen adalah isu mengenai konsep ketuanan Melayu.....


Amin Iskandar


Di antara kebaikan yang berlaku di Malaysia selepas tsunami politik 8 Mac 2008 ialah banyak isu-isu yang selama ini diklasifikasikan sebagai “sensitif” telah menjadi perbincangan umum.

Perbincangan dan perdebatan secara terbuka akan menghilangkan “misteri” isu-isu sensitif tersebut. Diantara perdebatan yang belum berakhir semenjak kuasa majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) hilang di parlimen adalah isu mengenai konsep ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu adalah satu konsep yang telah menyebabkan BN yang dipimpin oleh United Malays National Organisation (Umno) tidak pernah kalah dalam pilihanraya umum semenjak pakatan tersebut ditubuhkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein bagi menggantikan Perikatan.

Yang lebih hebat lagi, ketuanan Melayu telah menyebabkan BN menguasai majoriti dua pertiga di parlimen Malaysia daripada pilihanraya tahun 1974 sehinggalah pilihanraya 2004. Tiga puluh tahun lamanya BN memimpin Malaysia dengan mandat yang begitu besar. Sebab itu konsep ketuanan Melayu begitu penting bagi BN terutamanya Umno.

Oleh kerana orang Melayu merupakan penduduk yang teramai di Malaysia iaitu sebanyak 14,494,900 orang (50.9 peratus) daripada 28,457,600 orang penduduk Malaysia (sumber Jabatan Statistik Negara, suku ketiga 2009), konsep ketuanan Melayu begitu penting bagi Umno dan dipercayai boleh meraih sokongan daripada penduduk majoriti ini.

Ketuanan Melayu

Konsep ini hangat diperkatakan selepas pilihanraya umum ke 10 pada tahun 1999. Dalam pilihanraya tersebut trend pengundian orang-orang Melayu condong kearah pembangkang. Umno hanya memenangi 72 kerusi parlimen pada ketika itu.

Perubahan trend pengundian orang-orang Melayu pada ketika itu berkait rapat dengan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Kehilngan sokongan daripada orang-orang Melayu telah menyebabkan isu ketuanan Melayu dimainkan semula untuk menakut-nakutkan orang Melayu akan kembali menyokong Umno.

Dalam konsep ketuanan Melayu, orang-orang Melayu adalah tuan kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia. Bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India dianggap sebagai pendatang di Malaysia.

Ertinya kekuasaan negara perlu berada ditangan bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India hanya perlu mengikut kepimpinan Melayu.

Dalam erti kata lain, konsep ini mengajar orang-orang Melayu bahawa mereka lebih suci daripada bangsa-bangsa lain di negara ini.

Di dalam konsep ini juga, orang-orang Cina dan India perlu berterima kasih kepada orang-orang Melayu kerana kewarganegaraan diberikan kepada mereka dengan bantuan orang-orang Melayu.

Sebab itu ada pemimpin Umno seperti Datuk Ahmad Ismail dalam kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh untuk membantu calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah mengatakan bahawa orang-orang Cina adalah kaum pendatang, oleh yang demikian, mereka tidak boleh mendapatkan hak samarata di Malaysia.

Kenyataan beliau yang turut menyebabkan kemarahan parti komponen BN seperti Parti Gerakan, telah menyebabkan dirinya digantung daripada Umno selama tiga tahun.

Akan tetapi baru-baru ini hukuman penggantungan Ahmad Ismail telah ditamatkan berikutan dengan pengampunan yang diberikan oleh Majlis Tertinggi Umno.

Zionisme

Malaysia adalah diantara negara yang tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Ini adalah kerana, Malaysia menganggap penubuhan negara Israel adalah tidak sah kerana telah merampas hak dan menindas rakyat Palestin.

Malahan di mukasurat kedua pasport Malaysia, tertulis “PASPORT INI SAH DIGUNAKAN UNTUK SEMUA NEGARA KECUALI: ISRAEL”. Begitulah setianya Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin sehinggakan sesiapa sahaja yang menjadi warga Malaysia tidak akan berpeluang untuk masuk ke negara Israel dengan menggunakan passport Malaysia.

Negara Israel dikuasai oleh fahaman Zionisme. Apakah yang dimaksudkan dengan fahaman Zionisme? Di dalam fahaman ini, bangsa Yahudi dianggap sebagai bangsa yang terpilih. Bangsa-bangsa lain dianggap sebagai kelas kedua.

Fahaman Zionisme memberikan keistimewaan kepada bangsa Yahudi di negara Israel. Penduduk berbangsa Arab di negara Israel tidak mendapat keistimewaan yang sama dengan rakyat berbangsa Yahudi di Israel.

Terdapat persamaan diantara konsep ketuanan Melayu dan fahaman Zionisme. Konsep ketuanan Melayu mengutarakan bahawa orang-orang Melayu adalah tuan di Malaysia sementara fahaman Zionisme juga berpendapat bahawa bangsa Yahudi adalah tuan di negara Israel.

Jika Malaysia menentang dan tidak mengiktiraf negara Israel, Malaysia juga harus menentang amalan yang sama dalam negara. Jika tidak, apa yang dilakukan oleh Malaysia adalah sama dengan pepatah Melayu yang mengatakan, “kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tidak nampak”.

Sumbangan bukan Melayu terhadap konsep ketuanan Melayu

Saya tidak bersetuju jika kesalahan diletakkan terhadap Umno dan orang-orang Melayu semata-mata terhadap “kepanjangan umur” konsep ketuanan Melayu di Malaysia.

Seperti yang dikatakan oleh editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, tanpa sokongan daripada parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PBB, UPKO, SUPP, PBDS dan lain-lain lagi yang mewakili kaum Cina, India, Iban dan Kadazan, tidak mungkin konsep ketuanan Melayu akan dapat bertapak dengan begitu lama di Malaysia.

Perlu diingat, pada ketika orang-orang Melayu menolak konsep ketuanan Melayu pada pilihanraya umum ke 10 pada tahun 1999, bangsa-bangsa lain seperti Cina, India, Iban dan Kadazan lah yang memenangkan Barisan Nasional.

Kebanyakkan calon parti-parti pembangkang di bawah Barisan Alternatif (BA) tewas dikawasan yang mempunyai penduduk campuran dari pelbagai bangsa. Manakala di kawasan-kawasan yang mana orang-orang Melayu menjadi undi penentu terutamanya di Pantai Timur dan Utara tanah air, calon-calon parti pembangkang menang.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Orang-orang Cina menolak DAP pada ketika itu dan memilih MCA dan Gerakan. Jaguh-jaguh DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas dalam pilihanraya tersebut.

Ini telah mendorong persempadanan semula dilakukan dimana banyak kawasan-kawasan yang undi Melayu menjadi penentu dicampurkan dengan bangsa-bangsa lain agar undi Melayu tidak menjadi penentu.

Persempadanan semula yang mencampurkan penduduk pelbagai bangsa dalam sesebuah kerusi parlimen atau Dun telah menyebabkan BN menang besar dalam pilihanraya tahun 2004.

Akan tetapi, formula ini akhirnya “memakan BN” dalam PRU 8 Mac dimana calon parti pembangkang menang dikawasan yang mempunyai campuran penduduk.

Jangka hayat ketuanan Melayu di Malaysia

Jangka hayat ketuanan Melayu di Malaysia adalah ditangan rakyat Malaysia. Jika rakyat Malaysia terdiri dari bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain mahukan ia terus hidup, ianya akan terus hidup. Jika rakyat di negara ini tidak menyokong konsep ini, maka matilah ia.

Di Israel terdapat juga orang-orang Yahudi yang menentang Zionisme. Begitu juga di Malaysia. Ramai juga orang-orang Melayu yang menentang konsep ketuanan Melayu.

Malahan terdapat juga orang Umno seperti Datuk Seri Nazri Aziz yang menentang konsep ketuanan Melayu.

Mahukah kita satu hari nanti terdapat negara yang meletakkan di passport antarabangsa mereka klausa yang berbunyi: “PASPORT INI SAH DIGUNAKAN UNTUK SEMUA NEGARA KECUALI: Malaysia”. Tepuk dada, tanyalah selera.


Amin Iskandar
http://www.aminiskandar.com/
Pengarah Eksekutif National Institute for Electoral Integrity (NIEI), sebuah badan bukan kerajaan yang aktif dalam program pendidikan pengundi dan pemantauan pilihanraya.


Artikel Asal: themalaysianinsider.com




Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Akhirnya, Harapan Menjelma (Finally, Light at the End of the Tunnel)





Anwar Ibrahim baru sahaja mengumumkan 'perjanjian damai' bagi Sabah. Ini adalah sesuatu yang baik, terutama sekali apabila 'perjanjian damai' ini juga merangkumi Sarawak. Mereka kini berada di atas landasan yang betul. Syabas!


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin


Saya sudah banyak kali mengatakan sesiapa yang ingin membentuk kerajaan persekutuan perlu terlebih dahulu memenangi kerusi parlimen yang mencukupi di Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak mengawal 56 daripada 222 kerusi di parlimen. Ini adalah signifikan dan dengan demikian, kedua-dua negeri Malaysia Timur itu berada pada kedudukan yang unik sebagai penentu landskap politik Malaysia.

Hakikat ini tidak akan berubah kerana Sabah dan Sarawak akan sentiasa menguasai 25% dari kerusi di parlimen. Setiap kali kerajaan menambah jumlah kerusi di Semenanjung Malaysia, mereka juga perlu meningkatkan jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak secara berkadar. Ini adalah bagi memastikan bahawa kedua-dua negeri Malaysia Timur itu akan terus menguasai 25% dari kerusi parlimen.

Nah, ini tidak bermakna bahawa jumlah penduduk Sabah dan Sarawak adalah 25% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Jadi, ada banyak contoh di mana jumlah pengundi bagi kerusi luar bandar begitu kecil berbanding dengan jumlah pengundi bagi kerusi bandar besar. 100,000 pengundi bagi kerusi bandar besar adalah perkara biasa. Empat ataupun lima kerusi luar bandar diperlukan bagi menyamai satu kerusi bandar besar.

Jadi, jika pihak pembangkang mengabaikan kerusi luar bandar, khususnya kerusi parlimen Sabah dan Sarawak, mereka sememangnya menempah maut. Pembangkang memang mampu memenangi separuh dari kerusi di Semenanjung Malaysia, tetapi selagi mereka tidak memenangi kerusi yang mencukupi di Sabah dan Sarawak, mereka takkan menjejakkan kaki di Putrajaya.

Saya sudah berkali-kali mengatakan bahawa penduduk Malaysia Timur membenci dominasi politik oleh pihak Malaysia Barat. Sabah untuk orang Sabah dan Sarawak untuk orang Sarawak adalah kata-kata keramat di Malaysia Timur. Kita perlu memberikan peluang kepada pemimpin Malaysia Timur untuk memimpin Sabah dan Sarawak. Tindakan menghantar pemimpin dari Kuala Lumpur setiap beberapa bulan ke sana untuk menggerakkan agenda perjuangan adalah tindakan yang tidak tepat.

Parti Keadilan Rakyat menyangka bahawa mereka mampu menggerakkan agenda perjuangan dan membuat segala keputusan untuk Malaysia Timur dari Kuala Lumpur. Ini adalah sangkaan yang meleset sama sekali. Tindakan mengenepikan penduduk tempatan dan melantik pemimpin dari Kuala Lumpur untuk mengepalai operasi di Sabah dan Sarawak adalah tindakan yang akan menjahanamkan masa depan politik mereka di situ.

Sehingga semalam, saya menolak kemungkinan Pakatan Rakyat mampu membentuk kerajaan persekutuan. Ini kerana saya sudah pun menolak kemungkinan kehadiran signifikan Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak. Dengan mengenepikan penduduk tempatan dan melantik pemimpin dari Kuala Lumpur untuk mengepalai operasi di Sabah dan Sarawak, maka era penguasaan Barisan Nasional akan terus bertahan.

Tetapi nampaknya, perubahan sudah pun berlaku. Nampaknya, ada orang yang telah mengejutkan para pemimpin Parti Keadilan Rakyat dari terus terlena diulit mimpi – mimpi bagi mereka tetapi igauan buruk bagi kita.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Anwar Ibrahim baru sahaja mengumumkan 'perjanjian damai' bagi Sabah. Ini adalah sesuatu yang baik, terutama sekali apabila 'perjanjian damai' ini juga merangkumi Sarawak. Mereka kini berada di atas landasan yang betul. Syabas! Akhirnya, Anwar sedar akan realiti semasa. Ini adalah berita yang baik dalam konteks memperjuangkan perubahan.

Dr. Jeffrey Kitingan kini diberi tanggung jawab mengepalai Sabah dan Sarawak, sementara Thamrin Jaini dikekalkan sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah, dengan Christina Liew sebagai timbalannya. Kompromi ini meredakan konfrontasi berkenaan kepimpinan di Sabah; konfrontasi yang berlanjutan sejak dua bulan yang lalu, yang hampir-hampir memecah-belahkan parti.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan Dr. Jeffrey sebagai Naib Presiden PKR yang bertanggung jawab ke atas Sabah dan Sarawak, dengan tanggung jawab merangka pelan induk bagi membangunkan kedua-dua negeri itu, dan untuk menggerakkan persiapan bagi pilihanraya umum akan datang.

Anwar berkata bahawa dia mengakui akan situasi unik penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan. "Sebagai sebuah negara, adalah mengecewakan apabila kita adakalanya gagal menghayati semangat dan prinsip Perjanjian Malaysia 1963, yang menggariskan hak-hak Sabah dan Sarawak. Ini adalah salah satu objektif utama Keadilan untuk memulihkan martabat dan kedudukan Sabah dan Sarawak dan membawa penduduknya yang pelbagai itu keluar dari lembah kemiskinan. Oleh itu, saya menggesa semua pihak untuk melupakan segala titik perpecahan dan keremehan, dan bekerja sama dengan komitmen yang segar, demi perpaduan dan keadilan," terang Anwar.

Dr. Jeffrey amat mengalu-alukan pengumuman Anwar dan mengatakan bahawa dia (Anwar) telah berusaha sedaya mungkin untuk mencapai kesepakatan bagi menyatukan puak-puak yang berbalah di Sabah. "Dia menyatukan pembangkang bagi menghadapi pilihanraya lalu dan sekarang, dia melakukan perkara yang sama dalam satu sayap kritikal partinya; sayap yang diancam perpecahan titik bengik," kata Dr. Jeffrey.

Adakah terlalu awal bagi saya untuk mengatakan bahawa saya akhirnya melihat harapan menjelma di balik igauan semalam? Saya hanya berharap bahawa harapan itu bukanlah harapan palsu. Walau bagaimanapun, marilah kita bersikap positif pada perkara ini, meskipun saya masih belum bersedia untuk melonjak kegembiraan. Sungguhpun begitu, bagi saya, berita ini tetap berita yang baik dan saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Anwar!


Artikel Asal: malaysia-today.net
Terjemahan: gomalaysian.blogspot.com




Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Pakatan Rakyat Masih Tidur





Sejak Mac 2008 lagi, saya telah mendesak Pakatan Rakyat untuk memperkenalkan perkhidmatan Internet tanpa wayar secara percuma di negeri-negeri yang mereka kuasai. Namun begitu, keadaan masih di takuk lama. Tidak lama lagi, kita akan merayakan ulang tahun kedua Pilihan Raya Umum ke-12 dan sehingga kini, perkhidmatan Internet tanpa wayar secara percuma masih belum diperkenalkan.....

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


Pakatan Rakyat sedang tidur dan mereka fikir bahawa mereka mampu memenangi pilihan raya berikutnya tanpa melakukan apa-apa. Saya dah bosan cuba meyakinkan mereka tentang kepentingan Internet bagi perjuangan pihak pembangkang. Kalau Pakatan Rakyat memang nak cari nahas, biarkanlah si Luncai dengan labu-labunya.

Tontonilah pembentangan video di bawah ini untuk memahami mengapa saya begitu marah dengan Pakatan Rakyat. Yalah, jangan terhantuk baru terngadah. Jangan dah kalah, baru nak berubah. Nah, pada masa tu, saya akan berkata kepada Pakatan Rakyat, “Padan muka dengan kamu semua.”

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Pakatan Rakyat nampaknya masih tidak faham-faham bahawa mereka berada di kedudukan yang kurang menguntungkan dalam konteks media arus perdana dan elektronik. Jadi, mereka memerlukan Internet untuk menyampaikan mesej kepada para pengundi. Sepuluh tahun yang lalu, terdapat hanya 280,000 pengguna Internet berbanding dengan lapan juta pengundi. Hari ini, nisbahnya adalah satu ke satu. Pada masa depan, jumlah pengguna Internet akan melebihi jumlah pengundi.

Maka, pihak yang mengawal maklumat di Internet mampu mempengaruhi pemikiran para pengundi. Pada kemuncak Perang Vietnam, empat daripada lima orang rakyat Amerika membeli akhbar. Hari ini, hanya dua daripada lima orang rakyat Amerika yang membelinya kerana kerana mereka dapat memperoleh maklumat dari Internet.

Meskipun jumlah penduduk Indonesia meningkat, bilangan surat khabar yang dijual di Indonesia pada ketika ini adalah separuh dari bilangan yang dijual semasa era Reformasi dahulu - di kemuncak era anti-Soeharto. Ini kerana pada masa kini, rakyat Indonesia juga bergantung pada Internet sebagai sumber berita dan maklumat.

Rupert Murdock meramalkan bahawa menjelang 2030, akhbar cetak akan digantikan sepenuhnya oleh Internet. Jadi, tindakan Pakatan Rakyat mengabaikan Internet hanya mengundang padah pada diri mereka sendiri. Marilah kita sama-sama berharap bahawa pada 19 Disember 2009, delegasi ke Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat akan membincangkan mengenai masalah ini dan melakukan sesuatu bagi menanganinya.

LIHAT VIDEO YOUTUBE DISINI


Artikel Asal: malaysia-today.net
Terjemahan: gomalaysian.blogspot.com




Share


Bill BN boleh lepas sebab mereka, mana perginya mereka masa itu?
Baca selebihnya di dalam!


Note: * Dilarang untuk menghadiri Parlimen


Sumber: ccliew.blogspot.com

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Kawasan Kerusi Parti
Nama
P008 Pokok Sena PAS Mahfuz Omar
P016 Baling PAS Taib Azamudden Md Taib
P022 Pasir Mas PAS Ibrahim Ali
P043 Bagan DAP Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan DAP P. Ramasamy
P049 Tanjong DAP Chow Kon Yeow
P050 Jelutong DAP Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor DAP Karpal Singh
P052 Bayan Baru PKR Zahrain Mohamed Hashim
P057 Parit Buntar PAS Mujahid Yusof Rawa
P058 Bagan Serai PKR Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor PKR Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak PKR Mohamed Azmin Ali
P101 Hulu Langat PAS Che Rosli Che Mat
P103 Puchong DAP Gobind Singh Deo *
P109 Kapar PKR Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
P122 Seputeh DAP Teresa Kok Suh Sim
P124 Bandar Tun Razak PKR Abd Khalid Ibrahim
P171 Sepanggar SAPP Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau SAPP Chua Soon Bui


Alasan MP Yang Tidak Hadir (MalaysiaKini Chinese News)

回教党波各先那区国会议员马夫兹:
昨晚刚从印尼雅加达回国,预算案的表决时是临时安排的,因此在预料之外。

Pokok Sena (PAS) Mahfuz Omar:
Baru balik dari Indonesia, beliau tidak menduga kerana pengundian MP tentang Bajet tidak ditetapkan sebelum ini.

行动党峇眼区国会议员林冠英
参与大马工业发展局(MIDA)主催的赴美招商团。

Bagan (DAP) Lim Guan Eng:
Menyertai rombongan MIDA ke Amerika untuk tujuan mencari pelaburan disana.

行动党蒲种区国会议员哥宾星:
遭禁足国会一年。

Puchong (DAP) Gobind Singh:
Dilarang untuk menghadiri sidang Parlimen.

行动党士布爹区国会议员兼雪州高级行政议员郭素沁:
我与雪州大臣兼敦拉萨镇区国会议员卡立当时出席雪州苏丹诞辰的晚宴,而无法分身。
当我们获得通知国会下议院要表决时,苏丹曾御准我们离席,但是当我们还没来得及离开皇宫,国会就已经完成投票,让国阵以1票之差通过预算案了。

Seputeh (DAP) Teresa Kok:
Saya telah menghadiri Majlis Makan Malam bersama dengan Sultan Selangor bersama-sama dengan TS Khalid. Telah mendapat persetujuan daripada Sultan Selangor untuk meninggalkan majlis kerana mengetahui pengundian dijalankan di Parlimen. Tetapi belum sempat meninggalkan Istana, pengundian telah habis dijalankan dan BN menang dengan majoriti 1 undi.

公正党加埔区国会议员马尼卡:
我在早上有出席国会会议。不过在下午两点后,我就离开了,当时警方突然传召我录供,我必须赶往警局。但是几经波折,才在晚上9点正式录供。
玛尼卡是早前针对反贪污委员会主席阿末赛益涉嫌官员制服订购贪腐案件,向警方报案。

Kapar (PKR)
Manikavasagam:
Saya telah menghadiri sidang Parlimen sebelah pagi tetapi meninggalkan Parlimen pada jam pukul 2 petang kerana dipanggil oleh polis untuk menjalankan siasatan. Tetapi hanya bermula selepas pukul 9 malam.

公正党鹅唛国会议员阿兹敏:
我刚到麦加朝圣回国,不小心患上重感冒,因此无法出席国会会议。

Gombak (PKR) Azmin:
Baru saja balik dari Mekah, dan menghidapi selsema, maka tidak dapat menghadiri sidang Parlimen.

沙巴进步党斗湖区国会议员蔡顺梅:
我与昔邦加区国会议员依力马贞文昨日在亚庇出席党的理事会会议,今日才回来吉隆坡。

Tawau (SAPP)
Chua Soon Bui
Saya dan MP
Sepanggar, Enchin Majimbun telah menghadiri perjumpaan parti di Kapit, hanya tiba di Kuala Lumpur pada 15 Dec.

Najib’s budget passed by a narrow 66-63 vote


KUALA LUMPUR, Dec 15 — Datuk Seri Najib Razak’s debut Budget 2010 was nearly scuttled by the Pakatan Rakyat late last night when it barely got through by a 66-63 vote margin at the third reading in the Dewan Rakyat.

Najib and Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat saved Barisan Nasional the blushes when they turned up to tilt support to the ruling coalition which lost its customary two-third parliamentary majority in Election 2008.

It is understood that this is the first time that the national budget was approved with such a narrow margin, where a rejection would have a negative implication for the Barisan Nasional government which has been in power since independence in 1957 when it was called the Alliance.

Parliamentary democracy practices consider a rejected budget as a no-confidence move towards a sitting government and indirectly opens the way for the formation of a new government.

Several Pakatan Rakyat leaders, including Parliamentary Opposition chief Datuk Seri Anwar Ibrahim, crowed about their near success in a rapid sequence of tweets.

They considered the vote a “major success” to nearly defeat Barisan Nasional in rejecting the Budget.

The Malaysian Insider understands that the top leadership in the rival blocs have directed for strict action against their lawmakers who were missing in last night’s vote. The Dewan Rakyat has had extended its sessions in the past few weeks to finish its business by this Thursday before it takes the year-end recess.

Before the crucial third reading, the Budget was approved with just one vote at the committee-stage debate for the Home Ministry - which was the last ministry to have its allocation approved.

Pakatan had considered a similar move to derail the Budget 2009 during debates last year after Anwar’s “Sept 16” project to take over Putrajaya failed. But that too came to naught.

However, they nearly succeeded to bloody Barisan Nasional’s nose for a second time in as many years with the Budget 2010, even forcing Najib to rush back to Parliament to cast his vote from the Chong Hwa Independent School’s 95th anniversary celebrations. He was accompanied from the dinner by Ong and also Tan Sri Koh Tsu Koon, the Minister in the Prime Minister’s Department who cannot vote as he is a senator.

Barisan Nasional has 137 of the 222 seats in the Dewan Rakyat, followed by Pakatan Rakyat’s 82 and three independents.

The Dewan Rakyat ended its annual Budget session at 11.15pm after the third reading concluded. Najib had tabled the Budget 2010 worth RM191.5 billion on Oct 23 with three strategic thrusts of moving the nation to a high-income economy, ensuring a holistic development and prioritising the people’s wellbeing.

[Ong Tee Keat comes late, but early enough to save the Najib budget. - Picture by Choo Choy May]

Ong Tee Keat comes late, but early enough to save the Najib budget. - Picture by Choo Choy May
It was his first Budget as Prime Minister and themed 1 Malaysia, Prosperity for All that allocated RM138.3 bilion or 72.2 per cent for operational expenditure and RM53.2 billion or 27.8 per cent for development expenditure.

The Budget 2010 was 11.2 per cent lower than the RM215.7 billion Budget 2009, which was aided later by two economic stimulus packages.

Kubang Kerian MP Salahuddin Ayub commented that Pakatan Rakyat has flexed its muscles in the key Budget vote.

“Our prsence was felt... We have shown an important indicator tonight,” the PAS vice-president told The Malaysian Insider after the vote last night.

“The one-majority vote at the committee stage and three votes at the third reading has given us the confidence that we can do something significant in Parliament... that Pakatan Rakyat can be a serious alternative

“According to House of Commons practices, rejecting the Budget would mean a no-confidence vote against the government of the day,” he added.

It is understood the government bench realised its peril after DAP Segambut MP Lim Lip Eng asked for a vote by division after Deputy Home Minister Datuk Wira Abu Seman Yusop wound up the debate at the committee stage.

Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia acceded to the request and the vote went 64-63 in Barisan Nasional’s favour.

The situaton recurred during the vote at the end of the Budget’s third reading when DAP Ipoh Barat MP M. Kulasegaran asked for a vote by division.

By this time, Najib and Ong had taken their seats and the Budget 2010 was approved with 66 votes for and 63 votes against.

News adopted from themalaysianinsider.com







Recent Posts