Loading...





Share


Kembalikan Hak Rakyat
Bubarkan DUN Perak

Kami Anak Perak Berdiri Teguh Bersama YAB Nizar Dan Memberikan Sokongan Penuh Kepadanya


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!





Share

Sumber: Anil Netto
Terjemahan: GoMalaysian
Tajuk: Wakil Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMMPP) Dalam Dewan MPPP (Malay Chamber represented in MPPP)





Semua orang tidak menyedari bahawa 3 pegawai daripada Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMMPP) telah dijemput untuk menjawat jawatan di dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak 2008 lagi.....


Anil Netto

Semua orang tidak menyedari bahawa 3 pegawai daripada Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMMPP) telah dijemput untuk menjawat jawatan di dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak 2008 lagi.

Apa yang menghairankan ialah ketua DPMMPP telah menglibatkan diri dalam tunjuk perasaan berunsurkan perkauman pada Jumaat, 5 February berikutan tindakan Majlis Perbandaran merobohkan gerai-gerai Melayu di Pulau Pinang.

Kerajaan Pulau Pinang telah menawarkan salah satu jawatan dalam dewan MPPP kepada Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMMPP) dan satu lagi diberikan kepada Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang. Pada tahun 2008 yang lalu, wakil DPMMPP dalam MPPP ialah Rizal Faris Mohideen, iaitu Pengerusi DPMMPP (Rizal ialah salah seorang daripada pemberi ucapan dalam tunjuk perasaan yang berlangsung pada Jumaat yang lepas). Pengantinya pada March 2009 ialah Yasir Hafiz Munawar Ali, timbalan setiausaha DPMMPP. Wakilnya sekarang dalam MPPP ialah Ali Akhbar Mohd Noor, seorang ahli peniagaan dan juga exco DPMMPP.

Ia merupakan bidang kuasa ahli MPPP untuk memutuskan sama ada MPPP akan memberi "peniaga tiada permit" untuk melanjutkan lesen mereka ataupun mengambil tindakan terhadap mereka atau menentukan kategori mana terlebih dulu. Seorang wakil MPPP boleh memanggil para penguatkuasa sekiranya mereka telah menyeleweng daripada tindakannya tetapi dia tidak boleh mengganggu kuasa penguatkuasa seperti mana Jawatankuasa kesihatan dan lesen telah membuat keputusan.

Seorang wakil dalam MPPP mempunyai kuasa untuk membela para penjaja makanan. Beliau juga boleh meminta statistik dari MPPP, dimana MPPP harus mngemukakannya untuk menyangkal sangkaan-sangkaan tersebut, dan beliau juga berhak untuk mempersoalkan statistik itu. Ini jelas menunjukkan wakil DPMMPP mempunyai platform yang baik untuk membincangkan isu-isu ini dalam perjumpaan MPPP.

Rizal bagaimanapun mencabar statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri. "Sebagai kerajaan negeri, mereka boleh mendakwa apa sahaja dan berbohong kerana mereka berusaha untuk menutupi tindakan mereka. Saya mempunyai statistik daripada MPPP yang telah menunjukkan kebenaran disebaliknya. Melainkan kerajaan negeri telah menukar statistik untuk menutupi tindakan mereka, " dia memberikan pandanganya dalam akhbar The Edge.

Dia menambah bahawa dia telah membincangkan masalah ini berkali-kali dalam perjumpaan tetapi telah dituduh sebagai rasis. "Aku bahkan mencadangkan sebuah rancangan atau pendekatan untuk menangani situasi kerana Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan dan Syurga makanan, dimana penguatkuasaan yang diambil terhadap pengusaha ini mungkin akan mencemarkan nama Pulau Pinang."

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Pertanyaannya, adalah perwakilan DPMMPP di MPPP telah mengemukakan isu ini dalam perjumpaan dan tidak berputus asas untuk mengemukakan pandangan mereka dalam Dewan? Mudah sahaja, cari balik semua rekod perjumpaan dan memorandum yang telah dihantarkan oleh wakil DPMMPP kepada Dewan.

Adakah rancangan yang disebut Rizal telah dibincangkan dalam dewan ataupun ia ditentang oleh ahli dewan MPPP lain? Siapakah dalam MPPP yang menentang pendekatan ini? Menarik juga mengetahui siapa dalam MPPP yang membangkang pendekatan yang mematuhi peraturan, kebersihan, kondusif lokasi, mempromosikan Pulau Pinang sebagai syurga makanan, mempromosikan perniagaan kecil dan sederhana, pembangunan kemahiran, kredit mikro dan penciptaan lapangan kerja yang mesra pelbagai etnik ini. Persoalannya, adakah pendekataan ini telah dibawa ke dalam dewan?

Adakah wakil DBMMPP tidak mempunyai jalan alternatif lain lagi sehingga mereka harus melabelkan isu ini sebagai masalah perkauman di tunjuk perasaan jalanan?


Artikel Asal : anilnetto.com
Terjemahan : http://gomalaysian.blogspot.com/






Share

Sumber: Malaysian Insider
Penulis: Bernama
Tajuk: Apakah perbalahan politik Perak akan berlarutan selepas keputusan mahkamah?

“Tidak ada apa yang akan berubah kecuali diadakan pilihan raya baru. Saya tidak nampak mana-mana jalan lain. Apa juga keputusan mahkamah, ia tidak akan mengubah sentimen rakyat,” kata pakar strategi DAP dan MP Bukit Bendera, Liew Chin Tong.....


Ketika para pemerhati di kedua-dua pihak menunggu-nunggu dengan penuh debaran keputusan mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sah esok, persoalan terus berlegar sama ada kedua-dua pihak akan menerima keputusan dan membolehkan isu berakhir.

Perak terjebak dalam situasi politik tidak menentu, dengan Datuk Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masing-masing mendakwa sebagai menteri besar yang sah.

Penganalisis politik berpendapat, tidak kira apa jua keputusan, perbalahan yang berlaku antara kerajaan negeri sekarang di bawah Barisan Nasional (BN) dengan gabungan PAS-DAP-PKR dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan, setidak-tidaknya hingga pilihan raya akan datang.

“Jika Zambry diisytiharkan sebagai MB yang sah, apapun PR akan terus tidak puashati. Ia akan mempersoal kebebasan badan kehakiman manakala pada waktu yang sama meuar-uarkan BN sebagai kerajaan sementara,” kata penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian.

Tetapi jika Nizar diisytiharkan menteri besar yang sah, beliau berkata ahli politik PAS itu mungkin memohon mandat baru tetapi ini akan bergantung pada sama ada dewan negeri boleh dibubarkan atau tidak.

Keputusan Mahkamah Persektuan tidak mungkin memuaskan hati sesiapa. Jika keputusan tidak memihak kepada Nizar, Pembangkang akan terus mempersoalkan kesahihan kerajaan negeri BN.

“Jika Zambry menang, beliau mempunyai kira-kira dua tahun untuk membuktikan bahawa kerajaannya adalah kerajaan sah. Apakah Pembangkang akan menerima hal itu pada sidang dewan akan datang atau akan terus mencetuskan kacau bilau?.

Perak akan terus berada dalam situasi tidak menentu kecuali kedua-dua pihak bertolak ansur selepas keputusan mahkamah,” kata Sivamurugan, dan menegaskan kedua-dua pihak perlu memahami bahawa tidak wajar dibiarkan dilema ini berlanjutan.

“Jika Zambry menang, beliau mungkin mempertimbang untuk berbaik-baik. Jika Nizar kalah, apakah beliau dapat menerima kerajaan negeri yang sah sehingga pilihan raya akan datang?” soal Sivamurugan.

Menurut hasil tinjauan yang disiarkan oleh Merdeka Center, sebuah firma tinjauan pendapat, Jumaat lepas, ulangtahun pertama BN memerintah Perak selepas pilihan raya umum 2008, 46 peratus daripada mereka yang ditinjau pendapat menyokong Nizar sementara Zambry berada di belakang dengan 44 peratus.

Nizar mempunyai kelebihan signifikan daripada Zambry bila melibatkan masyarakat Cina (59 peratus untuk Nizar lawan 16 peratus untuk Zambry) tetapi Zambry mendahului pertandingan bila melibatkan sokongan Melayu, dengan mendapat 67 peratus berbanding Nizar 35 peratus.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Anggota exco negeri Perak Dr Mah Hang Soon berkata BN sedar sokongan daripada rakyat masih begitu berbelah bagi.

“Tetapi keadaan bertambah baik untuk kami, rakyat tidak menaruh sikap terlalu bermusuhan seperti dulu. Kami percaya jika kami terus bekerja keras dan membuktikan rancangan ekonomi kami, mereka akan menyokong kami... buktikan kami adalah kerajaan yang lebih baik,” katanya.

Bagi Pembangkang, ia masih menganggap penyelesaian muktamad terhadap kebuntuan ini ialah menerusi pilihan raya baru.

“Tidak ada apa yang akan berubah kecuali diadakan pilihan raya baru. Saya tidak nampak mana-mana jalan lain. Apa juga keputusan mahkamah, ia tidak akan mengubah sentimen rakyat,” kata pakar strategi DAP dan MP Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Dari themalaysianinsider.com





Share

Sumber: Email
Tajuk: Adakah Lim Guan Eng Menindas Peniaga Melayu?
Ditulis Oleh: Zul Mamak Png






Jika diperhatikan dari statistik rasmi MPPP, peniaga Cina disaman lebih banyak jika dibandingkan dengan bangsa bangsa lain. Malahan ianya meningkat pada 2009 jika dibandingkan dari tahun 2008. Mungkin disebabkan penjaja cina lebih ramai agaknya. Jadi dimana penindasan saperti yang didakwa NGO NGO melayu tu?Lagipun perlu ingat disini kebanyakan dari penguatkuasa MPPP adalah orang orang melayu. Adakah mereka saja nak menganiaya bangsa sendiri ?


Zul Mamak Png



Demonstrasi oleh dua NGO melayu iaitu PERKASA, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, GPMS sert beberapa HGO melayu telah dianjurkan pada 5hb Februari 2010. Walaubagaimanapun mereka gagal menyerahkan berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyerahkan memo protes mereka. Polis FRU yang terkenal dengan ganasnya menghentak demosntrator demosntrator bukan UMNO pula seolah olah terlalu lembik untuk menahan mereka. Poorahh...

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Kita menyorot kembali beberapa peristiwa kebelakangan ini. Yang pertama adalah kritikan keras YB Zahrain kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang dituduh sebagai anti melayu dan mengenepikan kepentingan melayu.

Selepas itu ianya disusuli pula oleh Ustaz Shamsuri didalam satu ceramahnya telah mengeluarkan kenyataan berbentuk politik. Ustaz Shamsuri adalah pendakwah bebas dan juga Pengerusi Rangkaian Restoran Pelita yang mempunyai lapan cawangan di Pulau Pinang. Topik politik jarang jarang disentuh oleh beliau selama ini. Antara isu yang disentuh adalah Anwar Ibrahim dan Paklah adalah bertanggungjawab terhadap penjualan tanah tanah melayu. Mahathir pulak adalah penyelamat tanah melayu. Manakala Najib sedang cuba memperbaiki kerosakan yang dibuat oleh DS Anwar Ibrahim dan Paklah. Lim Guan Eng anti melayu dan Islam. Beliau hanya menumpukan kepada pembinaan tokong sahaja dan mengabaikan Majlis Ugama Islam. Peniaga peniaga melayu ditindas sedangkan peniaga peniaga cina dibiarkan tanpa sebarang tindakan diambil.


Baca selebihnya @ zulmamakpng.blogspot.com





Share

Sumber: Email
Tajuk: Pulau Pinang Adalah Sasaran Seterusnya?
Ditulis Oleh: Zul Mamak Png






Ini merupakan sebilangan kecil program yang telah sedang dan akan diteruskan di Pulau Pinang di bawah PR... yang saya tulis ini adalah berkaitan dengan perkembangan Islam sahaja... Kerja buat kita banyak terbantut mungkin selama 2 tahun sebelum ini apabila MAIPP masih dikuasai oleh UMNO... Insya Allah perkembangan Islam lebih rancak selepas ini apabila terdapat wakil-wakil daripada PR berada dalam MAIPP.....


Zul Mamak Png

Umno kini berada dalam keadaan terdesak dan tertekan.. Apa jua isu diketengahkan oleh UMNO .. dapat dipatahkan oleh Pakatan Rakyat.. Mereka dalam keadaan gelabah `biawak`..Sekarang ini mereka cuba mensasarkan kerajaan Pulau Pinang di kala kerajaan Pulau Pinang sedang bergerak dengan begitu meyakinkan dalam perancangan untuk meneruskan pemerintahan berdasarkan CAT.

Apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang :

1. Peruntukkan untuk Hal Ehwal Islam sewaktu Kerajaan Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang dalam tahun 2008 adalah sebanyak RM12.5 juta. Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Lim Guan Eng mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri peruntukkan tersebut dalam tahun 2009 telah dinaikkan sebanyak RM20.5 juta. Untuk tahun 2010 peruntukkan tersebut dinaikkan lagi sebanyak RM24.3 juta dan sudah melebihi hampir sekali ganda.

2. Mewujudkan majlis Syura sebagai Think Tank kepada hal ehwal pengurusan agama Islam di Pulau Pinang.. Secara tak langsungnya menunjukkan bahawa kerajaan PR Pulau Pinang meraikan semua golongan dari semua lapisan masyarakat Islam Pulau Pinang supaya bersama-sama memberi idea dan pandangan dalam memaju umat Islam Pulau Pinang.

3. Meneruskan perancangan program 1 keluarga 1 hafiz .. yang telah memasuki tahun kedua tahun ini ... Sumbangan diberikan kepada setiap hafiz di antara RM 300 - RM 500 seorang .. dan juga kepada keluarga yang banyak melahirkan huffaz.

4. Setiap masjid diberikan sebanyak RM 1000.00 dalam bulan Ramadhan... masjid daerah RM 3000.00.. Masjid Negeri RM 5000.00.... Sebanyak RM 132,000.00 telah diperuntukkan untuk pembangunan rohani ini.

5. Peruntukan 1.5 juta untuk pembangunan SAR di Pulau Pinang.

6. Mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Pulau Pinang yang bertindak sebagai satu forum pengumpulan maklumat mengenai perkembangan pendidikan di Pulau Pinang.. di mana PASTI yang merupaka pendidikan pra sekolah tajaan PAS telah diserap masuk di bawah jawatankuasa ini.

7. Telah berjaya mewujudkan Halal Hub International yang pertama di malaysia .. walaupun umat Islam di negeri ini adalah minoriti.

Ini merupakan sebilangan kecil program yang telah sedang dan akan diteruskan di Pulau Pinang di bawah PR... yang saya tulis ini adalah berkaitan dengan perkembangan Islam sahaja... Kerja buat kita banyak terbantut mungkin selama 2 tahun sebelum ini apabila MAIPP masih dikuasai oleh UMNO... Insya Allah perkembangan Islam lebih rancak selepas ini apabila terdapat wakil-wakil daripada PR berada dalam MAIPP...

Jadi UMNO cemburu...mereka iri hati...mereka sakit hati melihat terlalu banyak perubahan yang telah berlaku di Pulau Pinang... tak larat saya nak sebut di sini... Lalu mereka mensasarkan Pulau Pinang sebagai target baru mereka untuk menyembunyikan permasalahan yang begitu teruk yang berlaku di kalangan pimpinan UMNO dan BN..

Maka dalam sehari dua ni ..mereka timbulkan mengenai Zaharin bekas Pengerusi PKR PP dan beberapa lagi pimpinan lain yang dikatakan akan lompat parti kerana berbeza pandangan Mr CM.. akan lompat masuk Parti Cinta Malaysia... Lepas tu timbul pulak wakil DAPSY kata... nak lompat lompatlah... Diletakkan pada muka hadapan beberapa paper utama ....

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Dalam hati saya terdetik... hampa ni tak dak kerja lain dah ka.... UMNO dan BN ni... Mereka highlight berita ni melalui media mereka dengan meluas sekali dengan harapan rakyat akan terpengaruh llu mempercayai bahawa PR PP berada dalam masalah besar dan pada masa yang sama kesemua program kerajaan negeri tidak diketahui oleh rakyat Pulau Pinang....

Sudahlah UMNO... macam budak-budaklah hampa semua.. Sekarang ni kita berada dalam suasana era politik baru... yang rakyat mempunyai kecerdikan luar biasa anugerah Ilahi untuk menilai prestasi terbaik PR ....





Share

Sumber: Merdeka Review
Penulis: Qin Lang
Terjemah Oleh: Lim Hong Siang
Tajuk: DUN Perak Bakal Dibubar? PR-BN Mula Gerakkan Jentera

Seandainya Mahkamah Persekutuan menyetujui penghakiman Mahkamah Rayuan, maka Menteri Besar Barisan Nasional, Zambry Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah. Maka, Nizar Jamaluddin gagal memulihkan jawatannya sebagai Menteri Besar melalui saluran kehakiman yang lain. Sebaliknya, seandainya Mahkamah Persekutuan menolak penghakiman Mahkamah Rayuan, Nizar Jamaluddin akan kembali menjadi Menteri Besar.....


Merdeka Review

Politik mula bergolak di negeri Perak berikutan desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri sejak kebelakangan ini. Pada hakikatnya, khabar angin ini tersebar sejak rampasan kuasa pada 6 Februari 2009. Tetapi, pengalaman lalu yang berakhir dengan "satu lagi pembohongan", telah menghakis harapan orang ramai. Namun, kemungkinan khabar angin ini menjadi kenyataan amat tinggi untuk kali ini.

Mahkamah Persekutuan bakal mengumumkan penghakiman terhadap kes "Menteri Besar Perak yang sah" pada 9 Februari yang akan datang. Ini merupakan saluran terakhir Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) di Perak, Mohd. Nizar Jamaluddin untuk merayu melalui sistem kehakiman sejak dilucutkan dari jawatannya.

Seandainya Mahkamah Persekutuan menyetujui penghakiman Mahkamah Rayuan, maka Menteri Besar Barisan Nasional, Zambry Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah. Maka, Nizar Jamaluddin gagal memulihkan jawatannya sebagai Menteri Besar melalui saluran kehakiman yang lain. Sebaliknya, seandainya Mahkamah Persekutuan menolak penghakiman Mahkamah Rayuan, Nizar Jamaluddin akan kembali menjadi Menteri Besar.

Menurut maklumat dari sumber PR, penghakiman oleh lima orang panel ini memihak kepada PR. Oleh itu, PR yakin bahawa mereka akan menang dalam perbicaraan ini, malah berjanji akan menghadap Sultan untuk memohon agar DUN dibubarkan.

Pengumuman langkah BN yang mesra rakyat

BN dikhabarkan tidak mempunyai keyakinan penuh untuk menang dalam kes ini. Lebih-lebih lagi BN dikatakan berniat untuk membubarkan DUN, tetapi menunggu saat-saat yang terbaik. Situasi ini menjurus kepada peningkatan kemungkinan pembubaran DUN.

Oleh kerana niatnya untuk memburu kesempatan terbaik agar mengembalikan sokongan rakyat, BN terpaksa mengakur kepada hasrat rakyat sejak rampasan kuasa. Selain pengumuman langkah-langkah yang "mesra rakyat", kerajaan BN sanggup memberi laluan dalam isu yang dibantah atau diperjuangkan oleh rakyatnya. Setidak-tidaknya, ini jarang berlaku semasa zaman pemerintahan kerajaan negeri BN dahulu.

Kebelakangan ini, pengumuman peruntukan dana, tanah menjadi lebih kerap daripada kerajaan negeri BN, malah memperlihatkan keberkesanan yang tinggi. Segala-gala ini merupakan cubaan untuk menawan hati rakyat.

Bukan itu sahaja, BN yang kini memegang kuasa untuk membubarkan DUN, mengambil sikap yang lain daripada dahulu, ketika berdepan dengan khabar pembubaran DUN kali ini. Ramai pemimpin memberi reaksi secara berasingan, bahawa "khabar angin ini diada-adakan oleh PR", "dakwaan yang menghina mahkamah". Bahkan, EXCO kerajaan negeri BN, Hamidah Osman mengadakan sidang media khas untuk memberi reaksi kepada khabar angin ini.

MCA bersungguh-sungguh mengembalikan kerusi

Satu lagi hujah mendakwa bahawa parti komponen BN mahu membubarkan DUN, tetapi tidak dipersetujui sesetengah pemimpin UMNO. Untuk MCA yang hanya tinggal dengan satu kerusi, Gerakan dan MIC yang tidak mendapat satu kerusi pun dalam PRU ke-12, menganggap hanya dengan pembubaran DUN, barulah mereka berpeluang untuk mendapatkan lebih kerusi.

Khabar angin di atas belum pasti kebenarannya. Yang pastinya, kedua-dua pihak BN dan PR telah mula menggerakkan jentera kempen untuk pilihan raya, sebagai persiapan seandainya PR diputuskan menang oleh Mahkamah Persekutuan, dan pembubaran DUN yang menyusul selepasnya.

Pemimpin BN peringkat pusat akan melawat ke Perak untuk menunjuk kekuatan, setiap kali khabar pembubaran DUN tersebar, terutamanya pemimpin MCA yang akan mengunjungi "kubu" mereka, menunjukkan kesungguhan untuk merampas kembali kerusi yang dimenangi PR dalam PRU ke-12.

Ahli Majlis PBT

Oleh kerana masih memegang kuasa kerajaan negeri, Mah Hang Soon yang memegang portfolio Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam & Hal Ehwal Bukan Islam telah mengarahkan agar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengangkat sumpah jawatan sebelum 5 Februari. Ini mencungkil syak wasangka bahawa langkah ini sebagai persiapan terhadap penghakiman yang bakal diumumkan pada 9 Februari.

Pada tahun lalu, Ahli Majlis Perbandaran Taiping PR telah mengangkat sumpah jawatan sebelum rampasan kuasa pada 6 Februari. Jadi, BN terpaksa memeras otak untuk memaksa Ahli Majlis PBT meletak jawatan selepas itu. Walaupun mungkin ada yang menerima realiti bahawa "tukarnya pemimpin, maka tukarlah anak buahnya", namun tindakan BN kali ini tidak disenangi. BN telah dilihat merampas kerajaan negeri Perak dengan kuasanya di peringkat persekutuan. Paksaan mereka terhadap ahli majlis PBT PR mencerminkan imej gelojohnya mereka terhadap kuasa.

Setelah mengambil pengajaran daripada pengalaman yang lalu, BN kini lebih celik dengan menghabiskan upacara angkat sumpah jawatan di 15 majlis PBT, empat hari sebelum penghakiman diumumkan. Niatnya walaupun tersirat, tetapi disedari umum.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Bilangan kerusi dijangka tak banyak berbeza

Ceramah untuk mendedahkan selok belok rampasan kuasa telah bermula, sejak kerajaan PR ditumbangkan pada tahun lalu. ADUN PR telah membongkarkan penyelewengan BN di kawasan pengundian masing-masing, berjaya menyebarkan mesej bagaimana BN berkomplot untuk merampas kuasa.

Seandaianya DUN Perak dibubarkan dan pilihan raya diadakan, PR dijangka akan menghangatkan sentimen ketidakpuasan komuniti Cina, malah India terhadap BN dengan imej Nizar Jamaluddin yang baik di mata komuniti Cina. Namun demikian, dari kaca mata masyarakat Melayu, Nizar pula digambarkan sebagai pengkhianat Melayu dan boneka DAP. Ini mungkin kelemahan yang ada pada Nizar.

Tidak pelik seandainya Zambry meraih sokongan masyarakat Melayu dengan penguasaan sumber dan kerajinan beliau untuk turun ke kampung Melayu. Di masyarakat Cina pula, tidak kira berapa langkah yang memanfaatkan rakyat, beliau tetap dengan imejnya sebagai ketua rampasan kuasa BN. Beliau dijangka tidak disenangi pengundi Cina.

Namun, setelah tiga orang ADUN keluar dari PR, maka PR telah memiliki 28 kerusi seperti BN, dengan jumlahnya 59 (28vs28+3). Seandainya pemilihan semula mengekalkan perbezaan bilangan kerusi pada satu atau dua, dipercayai rampasan kuasa (peralihan kuasa) mungkin akan berlaku lagi. Ia mungkin tidak terhad kepada tarikh 8 Mac dan 6 Februari.

Baca selebihnya @ http://merdekareview.com/





Share

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Jason
Tajuk: Nasir Safar, "Lelaki Misteri Itu" dan Hari Kematian Altantuya (Nasir Safar, The ‘Mystery Man’ The Day Altantuya Died)




Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar. Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Pegawai Khas Perdana Menteri Najib Tun Razak, Nasir Safar diminta meletakkan jawatan kerana menggelar pendatang awal India ke Malaya sebagai pengemis dan pendatang Cina sebagai pelacur. Tetapi tu bukan ‘cerita panasnya’. ‘Cerita panas’ pada hari ini adalah Nasir Safar adalah orang yang dinyatakan dalam perkara 30, Akuan Bersumpah Bala:

"Azilah bertanya kepada saya adakah wanita itu Aminah dan saya menjawab, 'Ya'. Dia kemudiannya beredar dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit kemudian, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui kawasan itu dengan perlahan-lahan. Tingkap bahagian pemandu terbuka dan pemandu itu memandang ke arah kami.”

Anda boleh membaca teks penuh Akuan Bersumpah Bala di bawah ini.


Baca selebihnya @ http://malaysia-today.net/




[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!




Share


5 Cara Dapatkan Info Terkini Kes Fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim:
5 Fastest Ways to follow Conspiracy Case on Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1. FaceBook Fan Page DSAI
http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?ref=search&sid=1050280454.1225754697..1

2. Twitter @AnwarIbrahim
http://twitter.com/anwaribrahim

3. TV Selangor
http://tvselangor.com/v2/

4. Sistem SMS Parti Keadilan Rakyat
How to subscribe?
Type: ON ADIL
sms to: 32300

5. Blog DSAI
http://anwaribrahimblog.com/


Email from

Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
State Assemblyman of Penang
12-J-2 Jalan Rumbia
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Tel: +6019 472 8099
Fax: 04-2260633
Website: www.pantaijerejak.com
Blog: www.simformalaysia.com
facebook: simtzetzin@gmail.com
twitter: simtzetzin@gmail.com


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!




Share

Sumber: Around Newspaper
Tajuk: Ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Akan Keluar Parti Menjelang Tahun Baru Cina






Bagi saya, MP sebegini harus dihalau secepat mungkin untuk membersihkan Pakatan Rakyat. Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat tidak perlu bersusah payah untuk menasihati mereka, biar mereka keluar, supaya mereka tidak akan mengigit Pakatan Rakyat semula pada pilihan raya akan datang.....



Hari ini Jeff Ooi, MP Jelutong (DAP) telah memberitahu SinChew Daily (sebuah surat akhbar Cina) bahawa mungkin berlaku MP Pakatan Rakyat melompat parti ke Barisan Nasional menjelang Tahun Baru Cina. Beliau telah memberitahu bahawa 2 orang daripadanya ialah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari negeri Pulau Pinang.

Beliau memberitahu SinChew Daily bahawa tindakan mereka adalah untuk menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat. Tetapi beliau tidak mahu memberitahu pemberita siapakah yang akan menjadi katak yang akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa 2 orang lagi MP Pakatan Rakyat turut akan melompat parti tetapi MP tersebut bukan dari Pulau Pinang.

Beliau dengan yakinnya, seorang daripada katak politik akan mengumumkan tindakannya dalam masa 20 hari dari sekarang.

Petikan itu diterjemahkan dari SinChew Daily

(檳城)檳州首長幕僚長黃泉安預測,在農歷新年期間將會發生跳槽事件,其中2人是來自檳州民聯的國會議員,而這類跳槽陰謀是為圖打擊民聯兌現人民委托的努力。

他不願說明這2人來自哪一個政黨,只說是親國陣者,而除了這2人,還有另外2名非來自檳州的國會議員也會蟬過別枝。

他強調,上述現象將在20天內便有1個定局。 more @ sinchew.com.my


Selain itu, secara terangnya, Pengerusi badan perhubungan parti negeri, Mansor Othman juga memberi kenyataan iaitu PKR tidak terjejas jika ada wakil rakyat mahu keluar parti.

Malaysian Insider

PULAU PINANG, Feb 3 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang tidak akan terjejas jika ada seorang dua anggotanya mahu keluar daripada parti, kata Pengerusi badan perhubungan parti negeri Mansor Othman.

Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata kedudukan PKR dalam pakatan pembangkang juga tidak akan tergugat dengan tindakan itu.

“Kami tidak akan menangis hanya kerana ada dua orang anggota mahu keluar parti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, ketika mengulas laporan media bahawa terdapat segelintir anggota PKR khususnya di negeri itu berhasrat keluar parti berikutan krisis kepimpinan. more @ themalaysianinsider.com



Raja Petra juga menjangkakan kebelakangan ini akan ada MP Pakatan Rakyat yang akan keluar Parti, tetapi jumlahnya kurang daripada 10. Beliau memberitahu 2 orang daripadanya adalah Orang Cina yang telah menghutang wang yang banyak dengan along dan menyimpan seorang perempuan simpanan di TTDI, KL. Terdapat juga beberapa orang MP Melayu dan India akan melompat menurutnya.

Malaysia Today

Ahli Parlimen untuk Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim, telah mengumumkan bahawa terdapat sepuluh orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersedia bersamanya untuk menyertai Barisan Nasional.

Ok, dia mungkin mempunyai bilangan dua atau tiga; mungkin empat, tapi masih tidak sampai sepuluh, seperti yang dituntu olehnya.

Salah seorang daripada Ahli Parlimen Cina itu adalah orang yang mempunyai banyak hutang judi. Untuk membayar hutang judi ini dia terpaksa meminjam wang daripada along dan kini mereka memaksanya untuk mengembalikan wang tersebut. Dia ditekan sekarang malah takut untuk kembali ke rumah sebab takut akan bertemu dengan along itu.

Ahli Parlimen Cina lain yang akan melompat parti ialah orang yang memiliki dua orang perempuan simpanan. Ya, itu benar. Dua perempuan simpanan! Dan salah satu perempuan simpanan ini - yang tinggal di Taman Tun Dr Ismail - baru saja melahirkan seorang anak. Jadi Ahli Parlimen Cina ini yang baru saja menjadi ayah dan mempunyai anak haram telah membawa masalah kepada dirinya. read more @ gomalaysian.blogspot.com


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

*************************************************************************************************

Bagi saya, MP sebegini harus dihalau secepat mungkin untuk membersihkan Pakatan Rakyat. Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat tidak perlu bersusah payah untuk menasihati mereka, biar mereka keluar, supaya mereka tidak akan mengigit Pakatan Rakyat semula pada pilihan raya akan datang.

Satu sistem merit dan sistem pemilihan harus dibangunkan oleh Parti Pakatan Rakyat untuk memilih pemimpin yang betul-betul mahu menolong Rakyat.

Bahagain tindakan tatatertib Pakatan Rakyat juga harus diaktifkan untuk menjaga imej Pakatan Rakyat.





Share

Sumber: Sin Chew Daily
Terjemahan: GoMalaysian
Tajuk: Biar Dibicarakan Dengan Data, Kerajaan Pulau Pinang Tidak Menindas Orang Melayu





Menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), kadar kontraktor Melayu yang berjaya memperoleh tender ialah sebanyak 67% dan 70%. Hal ini telah membuktikan kebolehan orang Melayu lalu menagkis tanggapan ramai terhadap orang Melayu......


Sin Chew Daily

(Pulau Pinang) "Kami tidak pernah menindas orang Melayu, semuanya boleh dibuktikan dengan menggunakan data!"


Mengumpulkan pegawai atasan kerajaan menjelang larut malam

Setelah menerima tuduhan menindas kaum Melayu daripada Ahli Parlimen PKR Zahrain dan juga "Utusan Melayu", Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu En. Lim Guan Eng telah mengumpulkan kesemua pegawai kerajaan dan juga Ahli Parlimen dan Ahli DUN Pakatan Rakyat untuk menghadiri satu mesyuarat penjelasan sebelum Lim Guan Eng berlepas ke Korea untuk urusan kerajaan. Lim Guan Eng telah mengemukakan pelbagai data, maklumat dan video untuk menangkis tuduhan daripada pihak berkaitan supaya membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak menyebelahi mana-mana pihak, dan menindas kaum Melayu yang berada di Pulau Pinang.

Tindakan Lim Guan Eng ini telah disifatkan sebagai menenangkan pegawai kerajaan dan menambahkan keyakinan mereka terhadap kerajaan negeri untuk menangkis cabaran daripada pihak lawan.

Beliau telah menyebut bahawa UTUSAN sering kali menggunakan isu merobohkan gerai-gerai penjaja Melayu yang tidak mempunyai permit sah untuk menfitnah kerajaan negeri, tetapi sebenarnya tujuan utama kerajaan negeri mengambil tindakan adalah kerana mereka merupakan penjaja yang tidak mempunyai permit sah, dan itu bukan disebabkan warna kulit. Sejak dua tahun ini, penangkapan juga dilakukan terhadap kaum lain, secara ringkasnya, bukan saja penjaja Melayu, tetapi penjaja orang Cina dan India juga ditahan.


Tindakan diambil terhadap penjaja orang Cina yang tidak mempunyai permit sah

Untuk membuktikan penjelasan Lim, Lim telah menayangkan video dimana pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap penjaja Cina yang tidak sah di Kek Lok Shi, tindakan penjaja Cina memarahi DAP juga ditayangkan dalam video itu. Hal ini telah membuktikan majlis tempatan tidak menindas sesetengah kaum sahaja.

"Perutunkan Barisan Nasional pada tahun 2008 ialah RM12.50 juta manakala setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan, peruntukan telah meningkat menjadi RM24.30 juta. Adakah kita masih dianggap menindas sekiranya angka ini meningkat dengan mendadak?"

Lim Guan Eng juga berkata, banyak pihak merasakan kaum Melayu akan dipinggirkan sekiranya Dasar Tender Terbuka dilancarkan, tetapi apa yang membanggakan ialah kontraktor Melayu telah mendapat lebih daripada separuh daripada tender yang ditawarkan.

Menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), kadar kontraktor Melayu yang berjaya memperoleh tender ialah sebanyak 67% dan 70%.

Hal ini telah membuktikan kebolehan orang Melayu lalu menagkis tanggapan ramai terhadap orang Melayu.


Pegawai Kerajaan Pulau Pinang bekerjasama dan menyokong Anwar menghadapi tuduhan sodomi

Mereka yang hadir di Mesyuarat Penjelasan ini adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor, Ahli Exco, Chow Kon Yeow, ketua daerah dan sebagainya. Mereka telah mengemukakan pelbagai data dan maklumat untuk membuktikan Kerajaan Pulau Pinang bukan merupakan kerajaan yang rasis.

Untuk menujukkan pegawai Pulau Pinang bersatu padu maka sebelum mesyuarat bermula, para pegawai Pakatan Rakyat telah berganding tangan dan melaungkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim untuk menghadapi tuduhan sodomi beliau.


Tetapi ketika pegawai Pakatan Rakyat sibuk menjelaskan pendirian kerajaan negeri, terdapat hampir 30 orang ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMM) telah berdemontrasi diluar dan melaungkan Kerajaan Negeri tidak membenarkan mereka untuk berniaga di Tanjung Bunggah dan tidak menangkap penjaja haram Cina, ini menyebabkan keadaan yang memalukan bagi kerajaan negeri.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Pakatan Rakyat Pulau Pinang berdiri teguh dibelakang Lim

Kebelakangan ini, Lim telah menjadi tuduhan pelbagai pihak, bukan sahaja serangan daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seperti Zahrain (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal), tetapi juga serangan daripada UMNO dan UTUSAN.

Untuk menangkis serangan tersebut dan menjaga kepentingan kerajaan negeri, DAP dan juga parti kawannya telah menyatakan sokongan mereka terhadap Lim dengan mengadakan sidang media mulai malam 31 Januari.


Mereka yang menyatakan sokongan terhadap Lim adalah kedua-dua timbalan ketua Menteri iaitu Mansor dan Ramasamy, Jeff Oii, Chow Kuan Yow, Abdul Malik, dan sebagainya. Pasukan yang dianggap besar ini telah menunjukkan betapa seriousnya serangan kali ini terhadap Pakatan Rakyat Pulau Pinang.


Berkaitan:
1) Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Senarai Tender Berjaya)
http://ep.penang.gov.my/shop/penender_berjaya.php

2) Sistem ePerolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Senarai Tender & Sebut Harga)
http://ep.penang.gov.my/

3) Blog YAB Lim Guan Eng
Kenyataan Akhbar YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang di George Town Pada 31.01.2010
http://cm.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=700:kenyataan-akhbar-yab-tuan-lim-guan-eng-ketua-menteri-pulau-pinang-di-george-town-pada-31012010&catid=25:dari-meja-ketua-menteri&Itemid=482


Terjemahan ini dilakukan atas permintaan daripada pembaca lai

*************************************************************************************************

Petikan Asal

(槟城) “我们从未欺压马来人,一切由数据来说话!”

漏夜传召高官

连日面对公正党国会议员拿督斯里再林及《马来西亚前锋报》“打压槟马来人”的强势攻击,槟州首席部长林冠英先安内再攘外,周日(1月31日)晚上赶在赴韩国出差前,火速传召全体槟州政府官员及民联国州议员到槟岛市政局出席汇报会,并以各种数据及短片晓以大义,证明槟州民联政府从未偏颇一方,刻意边缘化槟州的马来人。

林冠英此举可解读为安抚公务员、巩固信心,避免在敌对阵营的穷追猛打之下,让民联政府面对内忧外患的窘境。

他在这场汇报会上强调,《前锋报》三番四次借槟州政府拆除马来非法小贩档口的事件抹黑他们,但事实上,槟州政府对付的目标是“非法小贩”,与肤色并未有任何关系,这两年来被拆除的档口概括了所有种族;简言之,不止马来人,也有华人、印度人的非法小贩被抓。

也对付华裔非法小贩

为了证明所言不假,林冠英亦对现场百余人播放了极乐寺临近的华裔非法小贩臭骂行动党的短片,显示市政局绝对不是针对马来非法小贩。

“2008年国阵的拨款是1250万令吉,翌年,我们执政后的第一次拨款为2050万令吉,今年,我们更上一层楼,拨出2430万令吉。拨款数字直线上升,难道这还算是被打压、被歧视?”

林冠英说,很多人都说公开招标后马来人会被边缘化,可是事实的真相是在州内各项工程的竞标中,马来人获标的巴仙率仍超过一半。

“根据槟州供水机构及发展机构提供的数据,获标的马来承包商分别占67%及70%。

这除了证明马来人本身的能力外,更打破马来人缺乏竞争力的刻板印象。 ”

槟官员联手灭火 手牵手高喊挺安华

为林冠英站台背书者还包括了槟第一副首长曼梳、州行政议员曹观友、槟岛两县县长等等,他们提出种种论述,说服在场的公务员,林冠英政府绝非种族主义的团队。

为了展示民联的大团结,不会因为外在的流言蜚语而四分五裂,汇报会结束前,民联全体官员也手牵手,高喊支持即将面对肛交案审讯的安华!

这边厢槟政府举行汇报会忙着灭火,那边厢约30余名的半岛马来学生联盟代表却在外头“放火”,高喊槟政府打压马来人,不让他们在丹绒武雅海边摆档,同时却不打击华裔非法小贩,场面十分尴尬。

槟民联大出动“护主”

林冠英最近频频成为箭靶,除了面对民联内部两位国会议员拿督斯里再林和陈智铭猛烈攻击以外,还要应付来自巫统及《前锋报》的大肆批评。

为了扭转劣势,避免政权受到动摇,行动党党内和民联盟友等“护主”行动周日(1月31日)晚上开始,纷纷召开记者会力挺林冠英。

这些出面为林冠英辩护者包括槟州两位副首长曼梳及拉玛沙米、槟首席部长幕僚长黄泉安、州行政议员曹观友、阿都马烈、林峰成、州议员黄伟益、刘敬亿、郑雨周等等,队伍之庞大,也间接凸显出槟州民联政府的压力该有多大、问题有多棘手。

http://www.sinchew.com.my/node/148225?tid=1




Share



Adakah Zulkifli Nordin (MP Kulim Bandar Baharu) harus dipecat dari PKR?

Ya 605 (84%)
Tidak 110 (15%)


Poll Period : 25 January 2010 to 01 February 2010

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!


Pandangan Raka Petra terhadap kes ini...

Orang-orang yang bermasalah telah menjadi masalah besar kerana Anwar tidak melakukan apa-apa terhadap mereka. Tidak diragukan lagi, semua orang ini sudah bermasalah sejak awal lagi dan sejak 'kehidupan sebelumnya' dalam UMNO atau Barisan Nasional. Tetapi mereka hanya mampu menjadi masalah sekiranya Anwar yang membenarkan mereka menjadi masalah.

Anwar mula menjadi beban kepada pembangkang. Anwar boleh memberikan pembangkang lebih selesa sekiranya beliau masuk ke dalam penjara. Setidak-tidaknya kita boleh menggunakan Anwar dalam penjara sebagai ikon ketidakadilan. Kini pembangkang tidak mendapat apa-apa walaupun Anwar kini bebas diluar.

Apa gunanya Anwar yang kini berada di luar kalau dia tidak melakukan apa-apa? Lebih baik dia pergi ke penjara. Setidaknya pembangkang boleh mendapat manfaat daripada itu. Anwar merupakan aset mati daripada hidup.

Bolehkah Zahrain meyakinkan Anwar untuk menyertai geng sepuluh orang yang akan akan meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional? Itu merupakan satu batu dapat membunuh dua ekor burung. Masalahnya selesai dan orang yang membiarkan masalah juga dapat diselesaikan pada waktu yang sama.

Baca Selebihnya @ http://gomalaysian.blogspot.com/2010/01/raja-petra-bercakap-tentang-arahan-baru.html





Share

Sumber: The Malaysian Insider
Tajuk: Guan Eng: 70 Peratus Tender Terbuka Dikuasai Bumiputera







Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu. Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.....


The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Jan 31 — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak dakwaan kontraktor Melayu dipinggirkan dari memperoleh kontrak menerusi sistem tender terbuka yang diamalkan negeri itu sejak Mac 2008.

Kata beliau, tanggapan bahawa orang Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.

“Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dalam semua kontrak dan pembelian kerajaan melalui internet.

Lim mengatakan demikian sebagai mengulas pandangan beliau gagal memberikan kepimpinan baik di Pulau Pinang.

Rabu lalu bekas pengerusi PKR negeri Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Lim sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan Bumiputera sahaja, buat pertama kali memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni Umno untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang.

Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni Umno dan mereka dari luar Pulau Pinang.

Lim berkata adalah jelas persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih telus serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus kerajaan BN kepada kroni-kroninya.

Apa yang amat menarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum, katanya.

Tambah beliau sistem tender terbuka telah membuktikan kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperoleh kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.

“Jelaslah kepada kita bukan kebolehan sesuatu kaum yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ia membantu kerajaan BN mengekalkan kuasa yang dimilikinya.

“Contoh terbaik adalah negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak.

“Walau bagaimanapun, semenjak negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah negara yang “sakit di rantau Asia” dalam tahun 1960-an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011,” katanya.

Lim berkata, BN telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ia hanya memberi faedah kepada segelintir kroni mereka.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Contohnya, kata Lim, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham atau pulangan daripada kerajaan persekutuan.

Oleh itu menurut Lim, kerajaan negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT.

“Kita mestilah terus teguh bersama kerana apa yang dilaksanakan adalah berlandaskan pencapaian dan prestasi,” katanya.


Daripada themalaysianinsider.com

*************************************************************************************************

Siapa kata Melayu tidak dapat bersaing dalam Tender Terbuka (Open Tender)?

Siapa kata DAP mengamalkan dasar yang tidak akan menguntungkan orang Melayu? DEB hanya menguntungkan orang-orang yang ada hubungan dan atasan sahaja, lihat saja mereka yang miskin di kampung.

Rakyat kini berada dalam keadaan yang gelisah kerana kenaikan pelbagai barangan. Kredit Kad, Gula, Roti dan yang akan datang seperti GST dan Minyak...

Kerajaan harus menimbangkan cara untuk menaikan gaji RAKYAT dan mendapat tax daripadanya bukannya menambahkan Tax hanya untuk menambahkan wang kerajaan.




Share



More video inside...





[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!




Recent Posts