
Jadi inilah masalahnya. Para pegawai MACC, PI Bala, dan ketiga-tiga peguam Bala akan bertemu di London minggu depan. Biar kita lihat sama ada kenyataan Bala akan dirakam atau melihat pegawai MACC akan dibawa ke penjara?
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Pada hari Isnin (5 Julai 2010) dan Selasa (6 Julai 2010), MACC akan merakamkan kenyataan dengan Penyiasat Peribadi P. Balasubramaniam. Tempat ditetapkan di Holiday Villa yang terletak di London. Menurut laporan Berita Harian dan The Star, pertemuan itu telah disahkan oleh Bala dan ketiga-tiga peguamnya dan telah dijadualkan berlangsung di London.
Situasi terbaru ialah MACC telah menghantarkan surat kepada Bala dan memberitahunya bahawa peguamnya tidak boleh hadir ketika rakaman dengan Bala. Namum peguam Bala berkeras untuk menghadiri pertemuan itu dan sekiranya MACC enggan membenarkan penglibatan mereka maka pertemuan tersebut akan dibatalkan serta-merta.
Mungkin ini harapan mereka. Mereka sebenarnya tidak mahu merakamkan kenyataan Bala kerana risau dengan pembongkaran Bala kelak. Bala akan membawa bersama kesemua dokumen yang diperlukan, termasuklah bukti yang menglibatkan pemberian wang kepadanya supaya mengeluarkan Surat Akuannya Kedua yang bertentangan dengan Surat Akuan Pertama.
Saya telah berbincang dengan sekumpulan peguam British dan mereka bercadang untuk menghadiri pertemuan itu di Holiday Villa yang dijadualkan pada hari Isnin pagi iaitu 5 Julai untuk mencabar tingkah laku MACC dari segi undang-undang.
MACC tidak boleh menggunakan Akta Anti Rasuah atau Akta Rahsia Rasmi untuk digunapakai di Tanah British. Peguam British yang memberitahu saya kesemua ini. Di British, adalah menjadi hak setiap orang bahkan saksi untuk ditemani oleh seorang peguam. Adalah bertentangan dengan undang-undang British sekiranya seseorang itu dilarang untuk ditemani oleh seorang peguam sekiranya rakaman kenyataan hendak dijalankan.
Walaubagaimanapun, Bala melakukannya secara sukarela. Tiada saman atau waran yang dieluarkan terhadapnya. Bala juga tidak dipaksa untuk memberitakan kenyataan yang enggan diberitahunya. "Jadi kenapa MACC keberatan untuk berbuat demikan?" tanya peguam British.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
British juga mempunyai Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act) jadi MACC tidak boleh menggunapakai Akta Rahsia Rasmi untuk mencabar Akta Kebebasan Maklumat di British, tambah Peguam British.
Sekiranya MACC ingin melakukan operasi haram di London maka kita harus menujukan isu ini kepada perhatian polis Inggeris dan pegawai MACC akan ditahan dan didakwa, kata Peguam British.
Sini adalah British dan bukan Malaysia, yang mempraktikkan undang-undang rimba, tambah para peguam. Para pegawai MACC tidak boleh mengabaikan undang-undang British seperti yang mereka lakukan di Malaysia. Mereka akan menghadapi masalah sekiranya mereka cuba untuk melakukannya.
Jadi inilah masalahnya. Para pegawai MACC, PI Bala, dan ketiga-tiga peguam Bala akan bertemu di London minggu depan. Biar kita lihat sama ada kenyataan Bala akan dirakam atau melihat pegawai MACC akan dibawa ke penjara?
Saya akan berkunjung ke Holiday Villa dengan kamera saya Isnin depan dan menyaksi kesemua ini dengan hati yang bergembira. Dan saya yakin banyak Pegawai Cawangan Khas (Special Branch) dari Bukit Aman juga akan berada di sana dengan kamera mereka untuk mengambil gambar saya. Saya akan memakai topi Perancis, seluar jeans Amerika, kemeja Polo, memegang kamera Jepun dengan cerut Cuba di mulut saya.
Itulah yang disebut oleh saya pasal globalisasi.
Original Post www.malaysia-today.net
Pegawai MACC Mungkin Ditangkap Di London
12:06 AM | Corruption, GoMalaysian, MACC, Malaysia Today, Translation | 0 comments »Share
Ketua Kaum Di Sarawak Dihenti Jika Sokong Pembangkang
10:59 PM | Bernama, Current Issues, Democracy, Makkal Sakti, Rakyat, Sarawak | 0 comments »Share

Sehingga kini, para pemimpin di Malaysia masih tidak boleh membezakan urusan pentadbiran dan urusan parti! Kerajaan bukan dimiliki oleh parti tertentu dan kerajaan adalah dipilih oleh Rakyat. Jadi Rakyat harus memberitahu mereka mengenai fakta ini...
Bernama
SAMARAHAN, 28 Jun — Mana-mana Ketua Kaum yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang akan ditamatkan perkhidmatan serta-merta kerana ia adalah satu tindakan salah laku yang amat serius, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Datuk Seri Michael Manyin.
“Ketua Kaum adalah ejen kerajaan, yang membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dan bukannya menentang kerajaan,” kata pada majlis penyerahan surat pelantikan dua Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh dan Melayu di sini hari ini.
Di Sarawak, jawatan Temenggong yang mewakili kaum tertentu di peringkat bahagian adalah hirarki tertinggi sistem pentadbiran setempat diikuti Pemanca di peringkat daerah, Penghulu dan akhir sekali Ketua Kaum.
Manyin berkata oleh kerana pilihan raya negeri Sarawak semakin hampir, semua Ketua Kaum perlu meningkatkan usaha untuk membantu kerajaan memberi maklumat mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan negeri terutama sekali membawa pembangunan ke kawasan pedalaman kepada penduduk setempat.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
“Bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian kerajaan, kerajaan negeri mahu Ketua Kaum bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan cadangan,” katanya.
Beliau berkata, jawatan Ketua Kaum kini bukan kekal sepanjang hayat dan telah dihadkan tempoh selama empat tahun.
“Tidak ada undian atau pilihan raya untuk melantik Ketua Kaum kerana sistem yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan lantikan mengikut persetujuan yang disahkan oleh Pegawai Daerah, Residen Bahagian dan Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.
Bekas guru Robert Sulis Ridu, 75, dilantik menjadi Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh manakala Chek Bujang, 59, seorang bekas guru agama, dilantik Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Melayu.
Temenggong Bidayuh akan memimpin seramai 152 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum berbangsa Bidayuh manakala Temenggong Melayu akan memimpin 111 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Samarahan.
Mengapa Faktor Kaum Dan Agama Harus Dijadikan Faktor Pemilihan Pemimpin?
1:52 AM | Anak Malaysia, GoMalaysian, Nik Aziz, Nizar, Pakatan Rakyat, Racist | 0 comments »Share

Jadi faktor warna kulit bukan merupakan faktor utama untuk memilih seorang pemimpin, tetapi faktor krebiliti dan faktor kecekapan memerintah yang harus diambil kira...
Sebelum Pilihan raya 08 march 2008, isu yang selalu dibangkitkan oleh MCA adalah isu "mengundi DAP adalah seperti mengundi PAS" dan nampaknya slogan begitu begitu berkesan sehingga BN menang majoriti 2/3 di parlimen sekali lagi pada pilihan raya 1999 iaitu pilihan raya selepas pemecatan Anwar Ibrahim.
Menurut statistik yang dijalankan pada masa itu, ramai pemuda-pemudi terutamanya pemuda Melayu berasa simpati terhadap Anwar sehingga berlakunya beribu-ribu pengundi baru didaftarkan. Keputusan pada masa itu menunjukkan kerusi yang sebelum ini dikuasai oleh UMNO telah jatuh ke dalam tangan PAS dan PKN (Parti Keadilan Nasional iaitu sebelum wujudnya Parti Keadilan Rakyat, PKR). Namum Pakatan Alternatif (PA) pada ketika itu gagal menang di kerusi campuran kaum, kerusi yang dipegang kuat oleh Barisan Nasional (BN) kerana kaum Cina pada masa itu termakan dengan slogan MCA iaitu mengundi DAP adalah seperti mengundi PAS, dan sekiranya PAS menang maka Malaysia akan bertukar ke Negara Islam.
Taktik MCA nampak berjaya sehingga DAP hilang kebanyakan kerusi mereka dan memaksa mereka keluar dari PA (faktor pemerintahan PAS di Terengganu selepas pilihan raya juga membawa kepada berlakunya insiden tersebut).
Jadi pada pilihan raya ke 12, mereka juga menggunakan taktik yang sama untuk menakutkan pengundi Cina, tajuk utama mereka di setiap kampung Cina bukan tajuk Nasional dan manifesto pilihan raya tetapi mengenai isu Negara Islam. Namum begitu, taktik mereka kali ini nampaknya gagal kerana isu kemelesetan ekonomi dan kesusahan kehidupan telah mengatasi isu perkauman yang dimainkan selama ini. Jadi kerusi campuran kaum yang sebelum ini dipegang kuat oleh BN tetal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (ditubuhkan selepas pilihan raya).
Setelah cara pemerintahan PR di Negeri Perak dan Kelanta, PAS yang sebelum ini dianggap parti Islam oleh pengundi Cina berjaya menembusi hati jiwa orang Cina. Hal ini demikian kerana pemuda Kelantan berbangsa Cina telah memberitahu isu yang sebenarnya berlaku di Kelantan menerusi forum dan dari mulut ke mulut, telah berjaya menyedarkan ramai pemuda Cina bahawa imej PAS yang dimainkan oleh media utama adalah tidak benar sama sekali. Kesannya sangat mendalam kerana kebiasaan pemuda ini akan balik ke kampung dan memberitahu keluarga mereka isu yang sebenar berlaku di Kelantan yang dipimpin oleh PAS dan hal ini telah menyakinkan ahli keluarga mereka sehingga PR kini berjaya memenangi undi dari kaum orang Cina dalam pilihan raya kecil.
Isu ini sekali lagi hilang tarikan selepas pilihran raya kecil di Sibu dimana SUPP menggunakan taktik yang sama seperti MCA sebelum pilihan raya ke 12 iaitu isu mengundi DAP adalah sama seperti mengundi PAS sepanjang pilihnan raya itu. Tetapi kehadiran Nizar (MP Bukit Gantang dan Menteri Besar Perak) dan Khalid Samad (MP Shah Alam) begitu mendapat sambutan daripada penduduk tempatan.
Akhirnya keputusan pilihan raya kecil Sibu telah membuktikan isu Negara Islam telah hilang tarikannya dalam hati pengundi orang Cina sebaliknya mereka lebih mementingkan isu negara seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan wang. Hal ini amat merisaukan BN terutamanya MCA.
Kini MCA menggunakan taktik baru iaitu memberitahu pengundi Cina bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menang di Pilihan raya akan datang, Perdana Menteri bukan dimilikan oleh Anwar Ibrahim tetapi akan jatuh ke tangan PAS dan ini akan menjadikan malaysia menghala kepada penubuhan Negara Islam. Anda boleh mengikuti laporan lanjut dalam Bahasa Cina disini 1) SinChew 2) MalaysiaKini 3) KwongWah Daily (Guna Google Translate untuk terjemahan)
Faktor utama mereka memainkan isu ini adalah kerana Anwar Ibrahim telah berjaya mendapat hati pengundi Cina kerana cara pemikiran yang lebih neutral dan mesra rakyat Malaysia. Dan mereka masih percaya kaum Cina akan takut sekiranya PAS memerintah Malaysia.
Benarkah sekiranya PAS memerintah maka orang Cina akan terseksa? saya menyangkal kenyataan ini, cuba lihat pemerintan PAS di Perak dan Kelantan. Sekiranya mereka betul-betul mengamalkan cara pemerintahan Islam yang sebenar iaitu saya percaya perkauman tidak wujud dalam Islam, maka ia dapat membawa kebaikan sebaikan kepada semua rakyat dan membawa Malaysia ke negara yang lebih bersatu padu. Jangan rupa pepatah orang tua, bersatu padu mencerai roboh.
Tidak dapat dinafikan, segelintir pengundi Cina masih percaya hanya Pemimpin Cina yang dapat membawa manfaat kepada mereka begitu juga dengan pengundi India. Tetapi sejarah telah membuktikan kenyataan itu adalah salah sama sekali. terdapat juga pemimpin Cina yang mengamalkan amalan rasuah dan membazirkan wang rakyat, jadi pemikiran itu harus diubah dan apa yang kita mengharapkan ialah pemimpin yang berjiwa rakyat, tanpa mengira beliau berasal dari kaum apa.
Sistem pendidikan Malaysia yang gagal untuk menanam perpaduan rakyat harus diubal. Sekiranya anda memasuki kelas di Universiti, maka anda akan terkejut melihat perpaduan antara kaum di Universiti. Pelajar telah dibahagikan kepada puak atau warna kulit. Hal ini amat merisaukan saya sebagai warga negara yang berbilang kaum. Walaupun pensyarah cuba menanam perpaduan dengan mewajibkan kerta kerja (assignment) yang diberikan harus terdiri daripada kumpulan yang berbilang kaum, namum pada pendapat saya, itu bukan jalan penyelesaian.
Jadi faktor warna kulit bukan merupakan faktor utama untuk memilih seorang pemimpin, tetapi faktor krebiliti dan faktor kecekapan memerintah yang harus diambil kira.
[MerdekaReview] Nafi 2/3 BN Itu Agenda Lama, PR Ke Arah Memerintah
9:00 AM | Barisan Nasional, Current Issues, Democracy, MerdekaReview, Pakatan Rakyat, Translation, Zaid | 1 comments »Share

"Saya tidak berfikir untuk menafikan dua pertiga BN, itu agenda lama. Kami akan memerintah di negara ini. Kamu orang (wartawan) tak percaya, itu masalahnya. Kamu ingat ini tidak boleh dilakukan," tegasnya...
Merdeka Review
Meskipun Pakatan Rakyat kini diselubungi kekhuatiran bahawa sokongan Melayu semakin mengalih ke Barisan Nasional, namun tanggapan ini disangkal oleh Zaid Ibrahim, yang tetap optimis bahawa matlamat PR dalam pilihan raya umum ke-13 adalah untuk memerintah di negara ini.
Ketika ditanya apakah langkah seterusnya seandainya Barisan Nasional berjaya mengembalikan majoriti dua pertiganya dalam parlimen, Zaid Ibrahim terus menyifatkan matlamat "menafikan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen" sebagai "agenda lama", malah yakin bahawa PR akan mara untuk menjadi kerajaan persekutuan di Malaysia.
"Saya tidak berfikir untuk menafikan dua pertiga BN, itu agenda lama. Kami akan memerintah di negara ini. Kamu orang (wartawan) tak percaya, itu masalahnya. Kamu ingat ini tidak boleh dilakukan," tegasnya.
"Jadi, Dato, anda yakin bahawa PR akan memerintah?" tanya wartawan lagi.
"Memang! (Of course)" jawabnya dengan tangkas. Zaid Ibrahim menambah, "Kerajaan ini sudah terdesak (desparate). Mengapa mereka membelanjakan RM150 juta (dalam PRK)? Kerana mereka takut!"
Beliau seterusnya melontarkan satu soalan kepada wartawan, "Apakah anda rasa kerajaan yang yakin dengan dirinya, akan membelanjakan wang sedemikian? Ini persoalan yang harus anda tanya."
Walaupun satu soal selidik Merdeka Center baru-baru ini memperlihatkan peningkatan tahap kepuasan terhadap Perdana Menteri Najib Razak kepada 72%, namun Zaid Ibrahim tetap mendakwa bahawa BN masih tidak yakin untuk berdepan dengan rakyat. Pembubaran DUN Perak, PRK di DUN Kota Siputeh, antara cabaran Zaid Ibrahim kepada BN, seandainya kerajaan BN mahu membuktikan keyakinan terhadap prestasi dirinya.
Soal selidik: Apa soalan yang ditanya?
Kongres tahunan PKR dan Muktamar tahunan PAS yang berlangsung di Kelantan beberapa minggu yang lalu membangkitkan kekhuatiran yang sama, iaitu hakisan sokongan Melayu/Islam. Bagaimanapun, Zaid Ibrahim tidak menyetujui pandangan sedemikian, sebagaimana yang dinyatakan dalam Kongres tahunan PKR.
"Kamu ada angka? Kamu tidak mempunyai angka..." katanya kepada wartawan. Apabila wartawan merujuk kepada keputusan PRK Hulu Selangor, calon PKR yang kecundang ini berkata, "Mestilah, apabila kamu merasuah orang dengan RM50 ribu, mestilah (orang undi kamu). Tapi ia tidak bermakna orang Melayu meninggalkan Pakatan Rakyat."
"Peneroka FELDA, apakah kamu menganggap mereka ada hak untuk memilih? Tak ada. Semua dikawal. Apabila kamu kata kami hilang sokongan Melayu, kami menang di kawasan lain, cuma kalah undi FELDA, tentera, polis. Melayu dalam pasukan polis, tentara tak ada pilihan," jelasnya.
Beliau menyambung, "Kamu perlu bezakan apa Melayu. Di semua kawasan lain, saya menang. Jadi, adalah tidak benar (untuk mendakwa PR hilang sokongan Melayu)."
PERKASA, atas nama Melayu
Ketika mengulas satu soal selidik Merdeka Center, yang mendapati hampir 60% responden Melayu bersetuju dengan sesetengah pandangan PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara), Zaid Ibrahim berkata, "Ia bergantung kepada apalah soalan yang ditanya. Saya tidak tahu apakah soalan yang mereka tanya. Apakah pendirian PERKASA yang disetujui mereka? Mengenai apa? Saya tidak tahu."
Beliau menambah, "Sekiranya kamu pergi dan beritahu Melayu, misalnya PERKASA kata, kamu sebagai Melayu seharusnya mendapat RM10 ribu sebulan, mestilah mereka suka PERKASA. Bergantung kepada apa kamu tanya."
Zaid Ibrahim enggan mengalah, "Isunya macam ini. Kamu harus lebih khusus dalam soalan kamu, apa yang dimahukan Melayu. Apa yang Melayu mahu? Kalau kamu mahukan sebuah negara yang mempunyai lebih sumber untuk rakyat, jadi kamu perlu hentikan segala pencurian ini. Itu yang Melayu tidak beritahu kamu!"
Beliau menyambung, "Jadi, kalau saya tanya Melayu apakah yang kamu mahukan ini? Semestinya mereka akan menyokong saya. Kalau saya tanya adakah Malayu mahu gaji naik, semestinya mereka kata ya. Itu bermakna Melayu sokong saya...Ia bergantung apa yang kamu tanya."
Kewujudan PERKASA
Apabila wawancara memasuki topik PERKASA, Zaid Ibrahim berkata, "Ia menunjukkan bahawa UMNO dan Najib tidak tahu apa yang hendak dilakukan."
Bekas ahli parlimen Kota Bahru-UMNO ini berkata, "UMNO ini (mempunyai) banyak kumpulan. Kamu tak boleh kata UMNO adalah satu parti yang bersatu padu, semuanya dengar, tidak. UMNO mempunyai banyak kumpulan, dan PERKASA hanyalah salah satu kumpulan dalam UMNO. Itu saja."
Zaid Ibrahim meletakkan kayu ukur apa yang dikatakan sebagai pemimpin, "Kalau Najib adalah pemimpin, kamu (Najib) mestilah menangani masalah inilah. Kalau kamu hanya menurut apa yang dikatakan (PERKASA), jadi kamu bukan pemimpin-lah. Beliau takut kepada kumpulan yang kecil ini."
"Kamu lihat, pemimpin mesti memberi panduan (guide), kamu mestilah tegas. Itulah apa yang dipanggil pemimpin. Kalau tidak, kamu hanyalah pengikut. Kamu lihat, kamu PM, dan kumpulan kecil ini memberi tekanan, mendakwa Melayu mahu ini dan itu. Kamu tanyalah dia, mana? Bagaimana? Kamu berbincang dengan mereka."
Secara terus Zaid Ibrahim menyatakan, "Banyak orang guna nama Melayu, untuk menuntut ini dan itu. Tapi bukan Melayu yang mahu ini dan itu, kamu sendiri yang mahu. Kamu mahu AP, kamu mahu lebih kontrak..." Bagaimanapun, Zaid Ibrahim kekal optimis, memandangkan semakin ramai orang Melayu yang menyedari hal ini.
Negara Islam atau sekular?
Antara label yang dilontarkan terhadap Zaid Ibrahim, salah satunya berbunyi "liberal", satu istilah yang kurang disenangi dalam dunia Islam di Malaysia. Zaid Ibrahim yang pernah menyaman kerajaan negeri PAS di Kelantan kerana undang-undang Hudud, kali ini bersikap cermat ketika menjawab soalan sama ada Malaysia negara Islam mahupun sekular mengikut undang-undang.
"Mahathir mengumumkan (negara kita adalah negara Islam) pada tahun 2001, tak ada orang ramai mengadu, mengapa? Kerana itu Barisan (Nasional). Kalaulah Pakatan (Rakyat) yang kata kita negara Islam, semua kata, 'oh... kami bimbang'," katanya yang kini berada dalam PR.
Pada hakikatnya, "tiada yang berubah", sebelum dan selepas pengumuman tersebut, katanya. Zaid Ibrahim yang enggan terjerat ke dalam perangkap istilah dan label berkata, "Jangan risau apa yang dilabelkan oleh orang. PAS memaklumkan kami idea mereka tentang Negara Islam, iaitu keadilan dan kesaksamaan. Ini berbeza dengan Negara Islam yang (disebut) Mahathir. Apa yang dirisaukan? PAS menentang penahanan tanpa perbicaraan. PAS kata anda tak boleh menahan (sewenang-wenangnya) tanpa perbicaraan. Itu juga (selari dengan idea) Negara Islam."
Tanpa mahu terperangkap ke dalam pertikaian label, Zaid Ibrahim sebaliknya menyarankan agar rakyat menilai sendiri apa yang berlaku dalam sistem, "Adakah sistem kehakiman kita adil? Adakah polis kita boleh menahan sesiapa pada bila-bila sesuka hati? Bolehkah media menjalankan tugas mereka? Adakah kamu mempunyai satu sistem yang terbuka..."
Beliau berkata, "Rakyat perlu menilai pada sistem, daripada apakah label yang dilekatkan oleh orang lain."
Laporan Dipetik Daripada: MerdekaReview.Com
Bahagian pertama: Bantah penangkapan ISA: Saya bersendirian, Zaid Ibrahim
Bahagian kedua: Zaid Ibrahim nafi tuduhan tidak main dalam satu pasukan
*Wawancara ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Wong Shu Qi dari MerdekaReview, di sebuah kafe pada 14 Jun 2010.
ADUN Dr. A. Xavier Jayakumar Mendedahkan Perbelanjaan Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis)
9:57 PM | Around Blogsphere, Barisan Nasional, Corruption, Current Issues, Pakatan Rakyat, Selangor, Selcat | 0 comments »Share

ADUN Sri Andalas iaitu Dr. A. Xavier Jayakumar hari ini telah mendedahkan perbelanjaan Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil Negeri Selangor. Menurut beliau, BALKIS telah mengadakan beberapa "rombongan sambil belajar" ke luar negara...
Around Blogsphere
ADUN Sri Andalas iaitu Dr. A. Xavier Jayakumar hari ini telah mendedahkan perbelanjaan Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil Negeri Selangor. Menurut beliau, BALKIS telah mengadakan beberapa "rombongan sambil belajar" ke luar negara.
Sebagai contoh, mereka telah melawat ke Jakarta and Jogjakarta, Indonesia pada 20-24 April 2003, jumlah wang yang dperuntukkan ialah sebanyak RM201,452. Tujuannya adalah untuk melawat dan belajar bagaimana batik Indonesia dihasilkan kerana sebuah kilang batik bakal didirikan di Selangor.
Selain itu, BALKIS juga pergi ke Morocco and Paris pada 17-24 Desember 2004 yang menelan kos sebanyak RM900,000.
Satu lagi tempat yang disebut beliau ialah lawatan ke Honolulu (Hawaii) & Orlando (Florida) pada 23 Desember 2007 hingga 1 January 2008 yang menelan kos RM646,841 dan tambahan RM101,000 untuk perbelanjaan.
Berita selanjutnya, sila rujuk ke
Blog Dr. A. Xavier Jayakumar (Suara Sri Andalas)
http://xavierjayakumar.blogspot.com/2010/06/gentle-reminder-for-13th-general.html
Reaksi Rakyat Singapura Terhadap Ulasan Mahathir Mengenai Melayu Singapura
12:27 AM | GoMalaysian, Mahathir, Malaysia Today, Melayu, Singapore, Translation | 2 comments »Share

Dengan sistem pendidikan yang lebih baik, Melayu Singapura telah mencapai kehidupan yang lebih baik jika dibandingkan dengan kebanyakan kaum Melayu di Malaysia. Kami bekerja keras sehingga tahap hari ini dan tidak pernah terbongkok kepada orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan. Meritokrasi telah menjadi tolok ukur masyarakat kita...
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Di Singapura, kita tidak terbongkok
Saya telah membaca laporan hari Selasa dengan penuh keprihatinan, 'Melayu Malaysia akan terbongkok kepada orang lain sekiranya... ', di mana bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah mendakwa walaupun Melayu Singapura menikmati segala faedah kerana hidup di negara yang lebih maju, namun mereka terpaksa 'terbongkok-bongkok' (kowtow) kepada orang lain.
Tun Dr Mahathir harus lebih peka terhadap perasaan Melayu di Singapura.
Sebagai seorang rakyat Singapora berbangsa Melayu, saya kini hidup dan kerja dengan aman bersama-sama dengan rakyat berbilang bangsa di Singapura, saya cukup tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh beliau.
Pemimpin-pemimpin di Singapura telah bekerja keras untuk memupuk perpaduan kaum, toleransi dan saling faham-memahami di antara kaum di Singapura sekian lama lagi. Hari ini, kita telah berjaya untuk hidup dan bekerja bersama seperti sebuah keluarga, dan kita telah menikmati segala manfaat daripadanya dan menjadi salah satu negara yang paling selamat dan maju di persanda dunia.
Pendapat Dr Mahathir terhadap Melayu Singapura iaitu menikmati segala manfaat kerana tinggal di sebuah negara maju adalah tepat, tetapi kami tidak pernah terbongkok kepada orang lain. Singapura yang terdiri daripada pelbagai bangsa merupakan sebuah masyarakat yang sihat dimana kami mempunyai perdebatan dan perbincangan yang sihat dengan kerajaan kita. Keputusan yang diputuskan oleh Kerajaan setelah menerima maklum balas daripada warganya, adalah dihormati oleh semua kerana kita percaya keputusan itu adalah keputusan yang terbaik bagi Singapura.
Melalui sokongan masyarakat dan sikap bekerja-keras, mahasiswa Melayu di Singapura telah mengecapi keputusan yang baik walaupun di mana-mana ujian nasional. Prestasi tersebut telah dirayakan bersama oleh semua rakyat Singapura.
Dengan sistem pendidikan yang lebih baik, Melayu Singapura telah mencapai kehidupan yang lebih baik jika dibandingkan dengan kebanyakan kaum Melayu di Malaysia. Kami bekerja keras sehingga tahap hari ini dan tidak pernah terbongkok kepada orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan. Meritokrasi telah menjadi tolok ukur masyarakat kita. Sistem Merit telah berjaya di Singapura, tetapi ia mungkin tidak dapat dilaksanakan di Malaysia.
Saya selalu menyeberangi selat untuk datang ke Malaysia kerana saya memiliki ramai saudara-mara, teman-teman dan rakan perniagaan dari semua bangsa di Malaysia. Selama bertahun-tahun saya perhatikan, untuk kaum minoriti yang ingin berjaya di Malaysia, mereka terpaksa bongkok kepada orang lain.
Malangnya, Melayu Malaysia sekiranya tidak mempunyai hubungan, atau gagal untuk berkongsi potensi mereka dengan 'orang yang tepat', maka mereka tidak mudah untuk berjaya. Kemungkinan kronisme dan rasuah merupakan masalah utama yang harus dibanteras oleh Dr Mahathir di negaranya sendiri.
Saya, sebagai warga Melayu Singapura, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin saya. Anda telah berjaya untuk menjadikan Singapura sebagai sebuah tempat yang menarik dan terbaik untuk saya dan keluarga saya berhidup secara aman.
Mustaffa Othman
"Seperti orang lain, Melayu Singapura telah bekerja keras untuk membuahkan hasil dalam sistem meritokrasi."
MR AHMAD Abu Bakar: "Saya sangat tidak bersetuju dengan ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad itu. Seperti orang lain, Melayu Singapura bekerja keras untuk menikmati manfaat dalam sistem meritokrasi. Mereka tidak dilahirkan dengan hak istimewa, kuota dan peluang yang 'tidak adil'. Lulusan Melayu Singapura dari universiti sebagai doktor, jurutera dan saintis, dapat bertanding dengan orang lain kerana mereka telah berusaha sendiri untuk membuahkan hasil."
"Orang Melayu di Singapura berganding bahu dengan warga Singapura lain. (bangsa lain)"
MR Niaz Mohamed: 'Kemakmuran Singapura merupakan hasil daripada kestabilan dalaman iaitu kehidupan yang harmoni antara bangsa dan antara agama. Seorang bukan Muslim boleh melawat masjid mana saja di Singapura, di mana mereka bukan sahaja akan disambut dengan penuh keramahan, tetapi juga diberi tunjuk. Begitu juga, seseorang dapat mengunjungi rumah ibadah lain jika dia berpakaian sederhana dan akan menerima keramahan yang sama. Orang Melayu di Singapura telah berjaya dalam segala bidang dan berganding bahu dengan rakyat Singapura yang lain."
"Warga Singapura yang terdiri dari latar belakang etnik yang berbeza telah mengharung satu jalan yang jauh sejak tahun 1965."
MR orang Jeffrey Law: 'Sebahagian besar menganggap ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya satu retorika politik. Warga Singapura yang terdiri dari latar belakang etnik yang berbeza telah mengharung satu jalan yang jauh sejak tahun 1965, telah memperkenalkan sistem meritokrasi dalam segala aspek: pendidikan, pekerjaan dan status sosial. Apa yang paling penting ialah kemampuan kita untuk menjadi sebuah negara yang maju dalam masa yang singkat kerana usaha bersepadu dan pengorbanan dari semua rakyat Singapura - Cina, Melayu, India dan lain-lain. "
The Straits Times (SINGAPORA)
Original Post: malaysia-today.net
Ya, Berikanlah Apa Yang Orang Cina Mahukan
5:50 PM | Barisan Nasional, Betting, Chinese, Democracy, ISA, Malaysia Today | 1 comments »Share

Ya, permintaan orang Cina tidak hanya terhad kepada judi bola sahaja. Itu hanya salah satu rayuan. Masih ada 17 rayuan lain, yang akan membawa kelebihan/kebaikan kepada Malaysia, Melayu dan Muslim. Mengapa kerajaan bertegas untuk menolak rayuan itu?
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Judi: Kita juga kena jaga hak bukan Islam, kata Nazri
KUALA LUMPUR, 19 Jun — Langkah pentadbiran Najib baru-baru ini untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan bertujuan “menghormati” hak-hak kaum bukan Islam negara ini, kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu mengambil kira hak warganegara lain, bukan hanya golongan Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini.
“Anda kena ingat negara tidak hanya milik golongan Muslim semata-mata. Ada juga kaum bukan Islam, sebagai contoh (mereka terlibat dalam) perjudian... ia adalah budaya mereka, cara hidup mereka dan kita perlu menghormati budaya mereka.
“Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja,” kata Nazri (gambar) kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.
************************************************************************************
Begitulah berita yang dilapokan oleh Malaysia Insider hari ini. Anda boleh membaca keseluruhan laporannya di http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/judi-kita-juga-kena-jaga-hak-bukan-islam-kata-nazri/.
OK, Nazri telah mengingatkan kita bahawa Malaysia bukan hanya dimiliki oleh orang Melayu sahaja, tetapi juga orang Cina. Saya selesa dengan kenyataan tersebut kerana saya telah membincangkan isu ini sekian lama. Jadi kita harus menghormati keperluan, kehendak dan hak orang Cina bukan mempertahankan hak orang Melayu atau Muslim sahaja.
Biar saya mencerita balik isu yang berlaku pada 16 Ogos 1999 apabila sebanyak 11 organisasi Cina telah menghantar memorandum yang mengandungi "17 kehendak pilihanraya" kepada kerajaan, iaitu 17 rayuan atau dinamakan Suqiu.
11 organisasi tersebut ialah United Chinese School Committees Association of Malaysia (atau digelar Dong Zong), the United Chinese Teachers Association of Malaya (Jiao Zong), the United Chinese Schools Alumni Association of Malaysia, Nanyang University Alumni Association of Malaysia, Taiwan Graduates Alumni Association of Malaysia, the Selangor Chinese Assembly Hall, the Federation of Guangdong Associations of Malaysia, the Federation of Guangxi Associations of Malaysia, the Federation of Sanjiang Associations of Malaysia, the Federation of Fuzhou Associations of Malaysia dan the Huazi Research Centre.
Antara rayuan mereka ialah memperkenalkan dasar ekonomi yang lebih adil dan bersifat kepelbagaian kaum untuk memupuk perpaduan di antara kaum, pembangunan sekolah-sekolah Cina dan kampung baru Cina. Mereka juga menuntut supaya mengembalikan/memulihkan demokrasi berpelembagaan dan meningkatkan taraf pihak polis, menegakkan hak asasi manusia, memelihara hak wanita, pekerja dan orang asli dan menyediakan kemudahan perumahan untuk kesemua mereka.
Selain itu, mereka juga menuntut kerajaan untuk membanteras masalah rasuah, meninjau semula dasar penswataan, melindungi persekitaran, mengubal akta ISA, dan mengembalikan kebebasan akhbar.
Sebanyak 2,095 daripada 4,000 (jangkaan jumlah organisasi Cina berdaftar di Malaysia) organisasi Cina di seluruh Malaysia, tidak kira sebesar mana atau sekecil mana, telah menyokong 'rayuan' tersebut. MCA, Gerakan dan SUPP juga menyuarakan sokongan mereka terhadap 'rayuan' itu dan menghantar wakil mereka untuk membawa rayuan tersebut kedalam Kabinet atas nama organisasi tersebut.
Presiden MCA, Ling Liong Sik, juga mengumumkan bahawa Kabinet telah kaji 'rayuan' itu dan telah melantiknya bertemu dengan organisasi yang terlibat. Dia juga mengatakan bahawa tidak timbul kontroversi atau rayuan itu ditolak oleh Kabinet. (The Star 23 September 1999).
(Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai 17 rayuan Cina di sini: http://www.freeanwar.net/articles/article050101.html)
Kini, mempertimbangkan judi bola juga merupakan salah satu rayuan orang Cina, jadi angkanya telah meningkat menjadi 18 rayuan seperti yang mereka katakan, dan kini kerajaan menasihati kaum Melayu dan Muslim supaya lebih peka terhadap keperluan orang Cina kerana kita tidak boleh hanya memikirkan orang Melayu atau muslim, maka kerajaan harus meneliti semula 17 rayuan yang terdahulu - yang saya mengangapnya 'rayuan yang mulia'.
Ya, permintaan orang Cina tidak hanya terhad kepada judi bola sahaja. Itu hanya salah satu rayuan. Masih ada 17 rayuan lain, yang akan membawa kelebihan/kebaikan kepada Malaysia, Melayu dan Muslim. Mengapa kerajaan bertegas untuk menolak rayuan itu?
Bahkan, kerajaan telah melabelkan mereka yang membuat 17 rayuan itu sebagai pro Komunis dan pengkhianat negara. Pemuda UMNO juga menyerang bangunan Chinese Assembly Hall di Kuala Lumpur dan mengancam untuk membakarnya sekiranya orang Cina tidak menarik balik 17 rayuan mereka.
Kenapa mereka yang menyuruh kerajaan untuk mengatasi masalah rasuah, memulihkan demokrasi berperlembagaan dan mengembalikan keprofesional pihak polis, menegakkan hak asasi manusia dan keadilan, menegakkan hak-hak perempuan, pekerja dan orang asli, menyediakan perumahan untuk semua, untuk meninjau kembali dasar swasta, melindungi alam persekitaran, mengharamkan ISA, menjaga kebebasan akhbar, dan lain-lain, dianggap sebagai Komunis dan pengkhianat negara?
Jadi, kini kerajaan mahu mendengar kehendak orang Cina sehingga meluluskan judi bola seperti mana yang dituntut oleh mereka mahu, mari kita meninjau kembali 17 permintaan itu dari orang Cina, dimana permintaan itu jauh lebih baik daripada perjudian, dan membenarkan kesemua kehendak itu juga.
Original Post: http://malaysia-today.net/
Judi Bola : Adakah Ia Patut Dihalalkan?
11:20 AM | Barisan Nasional, Betting, Current Issues, Mahathir, MCA, Pakatan Rakyat, Rakyat | 0 comments »Share

Tun Mahathir mengatakan judi adalah budaya orang Cina, jadi kita harus menghalalkan judi bola supaya Kerajaan boleh memperolehi keuntungan daripada tax ke atas judi bola, tetapi apa kata orang Cina mengenai isu ini?
Biar saya membuat satu rumusan disini mengenai siapa yang sokong dan siapa yang bantah setakat ini:
Sokong Judi Bola:
1) Tun MahathirDr M: Make sports betting legal
KUALA TERENGGANU: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has given his backing to a proposal to issue licences for sports betting, saying that this will help legalise the industry as well as thwart illegal gambling. [thestar]
2) BN - MCAMCA backs legal sports betting
KUALA LUMPUR: Sports gaming should be allowed but it must be regulated and strictly managed.
“MCA proposes strict and stringent conditions to be imposed in sports betting, including the age of punters, operating hours and others,” said party president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. [thestar]
3) Datuk Seri Nazri AzizLegal sports betting ‘respects’ non-Muslims’ rights, says Nazri
KUALA LUMPUR, June 19 — Datuk Seri Nazri Aziz said the Najib administration’s recent move to approve sports betting through tycoon Tan Sri Vincent Tan’s Ascot Sports Sdn Bhd was a way to “respect” non-Muslim rights in the country. [malaysian insider]
Bantah Judi Bola:
1) Pakatan Rakyat
2) Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang
3) Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah
4) Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
5) Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan
6) Kerajaan Barisan Nasional Johor
7) Kerajaan Barisan Nasional Sarawak
Apa kata pula ounguntan suara di surat akhbar utama Malaysia?
1) The Star
Should Sport Betting legalised in Malaysia?
Yes 51%
No 29%
Perhaps - Study need to be done 20%
Total Votes: 11,169 votes
http://polls.thestar.com.my/polls/result.asp?id=226&cid=2&cdesc=News
2) Nanyang.com
Adakah anda bersetuju jika Judi Bola dilaksanakan?
Ya 9.43%
Tidak 90.21%
Jumlah Undi: 35,056
http://beta.nanyang.com/Poll/PollResult.asp?secID=221&Catid=0&pollid=22
3) Kwong Wah Newspaper
Judi Bola dihalalkan, Kebaikan lebih daripada keburukan?
Ya 46%
Tidak 54%
Jumlah Undi: 435
http://www.kwongwah.com.my/poll/122.html
4) The Edge
Will legalised Sport Betting reduce illegal betting?
It encourage more gambling 49.5%
Yes, It will 30%
No, It won't 20.5%
Total Votes: 1731 votes
http://www.theedgemalaysia.com/component/poll/115-will-legalised-sports-betting-reduce-illegal-betting.html
Share

Hari ini satu lagi ADUN Perak yang menang dengan tiket Pakatan Rakyat - DAP telah mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi Wakil Bebas.
Hari ini satu lagi ADUN Perak yang menang dengan tiket Pakatan Rakyat - DAP telah mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi Wakil Bebas.
Berikut adalah kenyataannya:“Saya Keshvinder Singh, Adun Malim Nawar mengumumkan bahawa saya keluar dari DAP dan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengisytiharkan bahawa mulai hari ini, saya menjadi Adun Bebas,”
“Keputusan ini pengorbanan saya kepada rakyat kawasan saya kerana saya sedar saya bakal menghadapi cemuhan dan tuduhan dari pelbagai pihak tetapi demi kepentingan, kesejahteraan dan masa depan rakyat saya memilih untuk rakyat Malaysia.”
“Saya juga sedar bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional yang boleh membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat terutama ke kawasan seperti kawasan saya yang terletak di luar bandar dan saya sedar sepanjang saya menjadi Adun, kawasan saya iaitu DUN Malim Nawar memerlukan banyak lagi pembangunan,”
“Saya amart tertarik serta amat meyakini corak dan cara kepimpinan kerajaan BN hari ini terutama konsep 1Malaysia yang merupakan pendekatan realiti yang terbaik untuk rakyat Malaysia,”
“Saya juga sebenarnya kecewa dengan cara kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat Perak yang terlalu banyak berpolitiking sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang saya lihat amat merugikan rakyat dan saya tidak mahu rakyat di kawasan saya turut menjadi mangsa,”
Disini saya ada beberapa soalan yang ingin ditujukan kepadanya:
1) Pengorbanan yang terbaik untuk pengundi kawasan Malim Nawar adalah dengan cara meletak jawatan dan mengadakan pilihan raya kecil untuk kawasan ini kerana daripada statistik yang lalu, sekiranya sesuatu kawasan itu berlaku pilihan raya, masalah yang melanda pendudukan kawasan itu sejak puluh puluh tahun lagi dapat diselesaikan dengan segera, sebagai contoh masalah keluarga Felda di Hulu Selangor, jalan raya yang tidak diperbaiki dapat diperbaiki dalam masa yang singkat dan sebagainya. Fakta-fakta ini dapat diketahui jika saudara melawat ke Hulu Selangor, Bagan Pinang, Sibu dan kawasan-kawasan yang pernah berlaku pilihan raya kecil.
2) Selain itu, proses pilihan raya kecil bukan saja baik untuk kawasan tersebut sahaja bahkan sehingga ke seluruh negara, polisi-polisi yang mesra rakyat juga akan diumumkan oleh mereka yang memerintah untuk menarik hati pengundi.
3) Sejak bila mereka yang memasuki dan bertanding atas tiket Parti Pembangkang berharap parti pembangkang yang kekurangan modal (sebelum tsunami politik 308) dapat membantu kawasan mereka dari segi kewangan? fakta ini diketahui umum malah mereka yang menghadiri ceramah parti pembangkang akan mendermakan wang untuk tabung parti tetapi parti lain dapat menyediakan makanan percuma dan persembahan untuk mereka yang hadir.
4) ADUN Malim Nawar berkata kagum dengan pemerintahan Kerajaan BN Perak sekarang tetapi tidak menyatakan dari segi mana? adakah dari segi polisi kerajaan Perak atau cara pemerintahan kerajaan Perak? Bolehkah ADUN Malim Nawar menyatakan polisi mana yang dikaguminya?
5) ADUN Malim Nawar juga kagum dengan konsep "1Malaysia", tetapi saya mempunyai satu soalan kepadanya, bolehkan saudara menerangkan apa itu konsep "1Malaysia" kerana saya masih kabur dengan konspep itu.
Sekian, terima kasih.
Photo adopted from sinchew daily
News adopted from malaysian insider

















