Semalam ahli Perkasa telah mendemontrasi di hadapan KLSCAH kerana Penyanyi kontroversi, Namewee telah menghadiri suatu forum di sana. Menurut polis, polis tidak menahan ahli Perkasa yang mendemontrasi kerana mereka memberikan kerjasama...
Part 1
Part 2
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!
[ADS] Earn $$$ From Twitter & FaceBook!
Part 3
Part 4
Semalam ahli Perkasa telah mendemontrasi di hadapan KLSCAH kerana Penyanyi kontroversi, Namewee telah menghadiri suatu forum di sana. Menurut polis, polis tidak menahan ahli Perkasa yang mendemontrasi kerana mereka memberikan kerjasama. Apa kata pula dengan forum yang dianjurkan oleh Pembangkang?
(baca di MalaysiaKini Polis: Tiada tindakan kerana PERKASA beri kerjasama)
http://www1.malaysiakini.com/news/143985
(VIDEO) Perkasa Mendemontrasi Di Depan KLSCAH Menentang Namewee
10:29 PM | Current Issues, GoMalaysian, Malaysia Kini, Perkasa, Video | 0 comments »Share
(Gambar) Semangat Silaturahim Di Kalangan MP Pakatan Rakyat
12:14 PM | DAP, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, Politic News In Photo | 0 comments »Share

Gambar-gambar di rumah terbuka ini telah menunjukkan semangat 1Malaysia yang sebenar oleh MP Pakatan Rakyat! Apa kata Muhyiddin Yassin dan Perkasa yang mengamalkan Melayu dulu, Malaysian Kemudian?
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!
[ADS] Earn $$$ From Twitter & FaceBook!
Adakah UMNO Ikhlas Untuk Menyatupadukan Melayu?
10:35 PM | Election, GoMalaysian, Kelantan, Melayu, Opinion, PAS, UMNO | 0 comments »Share

UMNO harus tarik diri daripada pilihan raya tersebut untuk mengelakkan pergesaran politik dengan PAS? supaya menyatupadukan orang Melayu di Galas? UMNO sering kata PKR dan PAS telah memecahbelahkan Melayu jadi adakah UMNO akan membuktikan keikhlasan mereka kali ini?
Aku ada beberapa untuk UMNO tentang pilihnraya kecil N45 Galas:
1) UMNO sering kali menyeru Melayu untuk bersatu dan elak daripada berpecah?
Sekiranya ya, UMNO harus tarik diri daripada pilihan raya tersebut untuk mengelakkan pergesaran politik dengan PAS? supaya menyatupadukan orang Melayu di Galas? UMNO sering kata PKR dan PAS telah memecahbelahkan Melayu jadi adakah UMNO akan membuktikan keikhlasan mereka kali ini?
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!
[ADS] Earn $$$ From Twitter & FaceBook!
2) UMNO kata pilihanraya kecil membazirkan wang?
UMNO sering kata pilihan raya kecil telah membazirkan wang rakyat. Seruan ini sering kali didengar ketika pilihan raya kecil di Permatang Pauh iaitu Wan Azizh meletak jawatan untuk membolehkan Anwar kembali ke Parlimen. Jadi adakah UMNO kali ini akan menyerahkan kerusi tersebut kepada penyadang sebelum ini iaitu PAS? selain itu, projek-projek magi mee di kawasan tersebut juga harus dihentikan untuk menjaga wang rakyat.
3) UMNO sering kata PAS adalah boneka DAP?
Adakah UMNO kali ini akan bertanding sendiri tanpa kerjasama dari parti komponen seperti MCA, MIC, Gerakan?
Saya masih tunggu UMNO untuk mengotakan janji mereka!!!
------------------------------------------------------------------
Galas: PAS minta BN tak tanding demi perpaduan Melayu
KOTA BARU, 28 Sept – PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.
Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.
“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri di sini, hari ini.
Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus semalam.
Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. – Bernama
Pilihan Raya Kecil ke-12, N45 Galas, Kelantan
9:04 PM | Current Issues, Election, GoMalaysian, Kelantan, PAS | 0 comments »Share
Pilihan Raya Kecil ke-12, N45 Galas, Kelantan...
Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima yang menghidap kanser usus meninggal dunia di Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru di sini petang ini.Allahyarham Che Hashim, 48, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.25 petang, kata Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang Hussin Embong kepada The Malaysian Insider.
Ia akan membuka ruang kepada pilihan raya kecil yang ke-12 dan kedua di Kelantan sejak pilihan raya umum 2008.
Takziah diucapakan daripada GoMalaysia.
http://undi.info/state/ke/2008/states.html
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!
[ADS] Earn $$$ From Twitter & FaceBook!
Gambar Himpunan Raksasa PERKASA 50,000 Penyokong Di Kelanatan
11:34 AM | Around Blogsphere, Ibrahim Ali, Kelantan, Mahathir, Perkasa, Politic News In Photo | 2 comments »Share

Himpunan besar-besaran yang telah diadakan di Kelantan dan akan diperluaskan ke seluruh negara sedang giat dilancarkan.
Gambar telah menunjukkan himpunan besar-besaran 50,000 orang penyokong yang diadakan di Kelantan semalam...
Ruang Bicara Pria Malaya
1. Memalukan! kehadiran tokoh ulung negara yang kononnya disegani dlm dan luar negara langsung tidak mampu menarik orang ramai ke majlis perhimpunan PERKASA di Kelantan..
2. Hanya sekitar 1000-2000 orang yang berkumpul walaupun telah mendapat publisiti yang meluas dari media arus perdana..
3. Jumlah ini tersangat rendah berbanding ketika kehadiran Mahathir ketika memegang kuasa dahulu..nampaknya pengaruh beliau semakin merudum di Kelantan..


Baca selebihnya di http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/gambar-sekitar-perhimpunan-50000-orang.html
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!
[ADS] Earn $$$ From Twitter & FaceBook!
Taib Umum Terus Terajui Kepimpinan BN Sarawak
7:53 PM | Barisan Nasional, Current Issues, Election, Sarawak, Taib | 2 comments »Share

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan secara rasmi kesediaannya untuk terus menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan kerajaan negeri.
Pengumuman tersebut sekaligus menepis spekulasi yang timbul berkaitan dengan kedudukannya berikutan kenyataannya dibuat pada 24 Ogos lalu menyatakan beliau bersedia berundur...
Bernama
KUCHING, 25 Sept — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan secara rasmi kesediaannya untuk terus menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan kerajaan negeri.
Pengumuman tersebut sekaligus menepis spekulasi yang timbul berkaitan dengan kedudukannya berikutan kenyataannya dibuat pada 24 Ogos lalu menyatakan beliau bersedia berundur.
Taib (gambar) yang merupakan Ketua Menteri paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981 itu berkata walaupun ada di kalangan keluarganya tidak bersetuju namun oleh kerana khidmatnya masih diperlukan rakyat akhirnya mereka memahami keputusannya.
“Mereka sekeluarga bersetuju (agar saya) tidak menghampakan harapan rakyat Sarawak,” katanya di Hangar Hornbill Skyway di sini hari ini.
“Bagi saya sendiri walau apa pun terjadi saya akan terus menolong negeri Sarawak,” katanya di hadapan lebih 7,000 orang yang terdiri daripada menteri kabinet negeri, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), penyokong parti komponen BN Sarawak dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Pemimpin yang berusia 74 pada tahun itu bagaimanapun enggan menyatakan berapa lama beliau akan terus menerajui tampuk pemerintahan negeri namun berkata proses pembentukan satu pasukan bagi menerajui kepimpinan akan datang kini sedang dilakukan.
Taib berkata, sudah sampai masa penyokong dan anggota parti komponen BN Sarawak untuk menangkis dakyah palsu pembangkang yang hanya tahu mengkritik segala usaha yang dibuat oleh kerajaan.
Beliau memberi jaminan akan meneruskan visi kerajaan negeri untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai antara negeri termaju menjelang 2020.
Pada 24 Ogos, Taib dipetik sebagai berkata yang beliau masih belum memutuskan untuk bertanding dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-10 yang tempoh penggal berakhir pada Julai tahun depan.
Taib sebelum ini ialah ADUN Asajaya sebelum bertukar ke kawasan DUN Balingian pada 2001. — Bernama
Jualan Surat Akhbar Utusan Dan Berita Harian Jatuh Mendadak Sejak Tahun 2004
9:05 PM | Around Blogsphere, Current Issues, Utusan | 1 comments »Share

Menurut Blogger uppercaise, jualan Utusan dan Berita Harian telah jatuh mendadak bermula dari tahun 2004 sehingga sekarang dan kini tempatnya telah diambil alih oleh Metro dan Kosmo...
Menurut Blogger uppercaise, jualan Utusan dan Berita Harian telah jatuh mendadak bermula dari tahun 2004 sehingga sekarang dan kini tempatnya telah diambil alih oleh Metro dan Kosmo.
Metro adalah surat akhbra yang dilancarkan pada bulan March 1991. Pada tahun 2004, jualan Metro telah melebihi jumlah gabungan jualan surat akhbar Utusan dan Berita Harian dan terus menambah.
Manakala Kosmo yang dilancarkan pada tahun 2004 juga mengambil alih tempat Utusan dan Berita Harian pada tahun 2009.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Maklumat ini diperolehi dari http://uppercaise.wordpress.com/2010/09/20/tabloids-overtake-bm-papers/
Share

Website di merata-rata tempat kena Attack?
Apa sudah terjadi?
Website yang masih muncul "Attack Page" adalah:
http://www1.malaysiakini.com/
http://www.btimes.com.my/
http://www.chinapress.com.my/
http://www.kwongwah.com.my/
http://www.sinchew.com.my/
http://www.sinchew-i.com/
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Liputan Isu Royalti Minyak Kelantan Oleh Al-Jazeera
11:51 PM | Kelantan, Petronas, Tengku Razaleigh, Video | 0 comments »Share
Semalam Tidak Bersama PERKASA, Hari Pula Bersama PERKASA?
1:24 PM | 1Malaysia, GoMalaysian, Najib, Perkasa, Racist, UMNO | 0 comments »Share

Najib selalu melaungkan 1 Malaysia dan membantah isu perkauman yang dimainkan oleh sesetengah pihak, tetapi sehingga kini saya masih tidak nampak dari segi mana dia melaksanakan janji-janjinya?
Hari ini, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menafikan rakan-rakannya dari Barisan Nasional (BN) pernah mengambil keputusan awal bulan ini untuk menjauhkan diri daripada Perkasa atas alasan pertubuhan bukan kerajaan itu menghakis sokongan mereka. (Lihat Berita di Bawah)
Hal ini ternyata UMNO tidak mahu hilang sokongan asas mereka maka mereka tidak mahu menentang NGO seperti Perkasa.
Kadang kala saya mendengar mereka sering melaungkan slogan BN mampu berubah, dimanakah mereka berubah? sekiranya ada ahli UMNO yang melihat post ini, bolehkah anda menyatakan dimana UMNO sudah berubah?
Najib selalu melaungkan 1 Malaysia dan membantah isu perkauman yang dimainkan oleh sesetengah pihak, tetapi sehingga kini saya masih tidak nampak dari segi mana dia melaksanakan janji-janjinya?
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Saya amat menyokong konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib sekiranya ia dilaksanakan dengan betul dan tidak berat sebelah, namum sehingga sekarang saya masih tidak faham apa yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia? Anda boleh jalankan kajian di jalanan dan saya akan buktikan 9 daripada 10 orang tidak tahu apa itu intipati konsep 1 Malaysia.
Kini Malaysia semakin ketinggalan di negara-negara ASEAN, Thailand, Indonesia dan Vietnam telah lama memotong kita. Adakah para pemimpin hanya berubah apabila Kembodia, Myammar telah memotong kita? Mereka harus sedar memainkan isu perkauman tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada negara kita malah memburukkan lagi keadaan di negara ini.
Di sini saya berharap, semua Rakyat Malaysia dapat bersatu dan menjayakan Malaysia dan memajukan Malaysia di zaman globalisasi ini.
Ku Nan nafi komponen BN ambil pendirian jauhi Perkasa
KUALA LUMPUR, 19 Sept — Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan rakan-rakannya dari Barisan Nasional (BN) pernah mengambil keputusan awal bulan ini untuk menjauhkan diri daripada Perkasa atas alasan pertubuhan bukan kerajaan itu menghakis sokongan mereka.
Penafian beliau itu muncul sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin bahawa Umno tidak mahu mencetuskan konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan meskipun pemimpin-pemimpin Umno termasuk beliau menolak Perkasa.
“Apabila kami bertemu dengan setiausaha agung komponen BN, kami tidak pernah membincangkan langsung bahawa kami mahu menjauhkan diri daripada sesiapa,” kata Tengku Adnan (gambar) yang juga Setiausaha Agung BN kepada The Malaysian Insider.
“Dasar kami ialah untuk rapat dengan sesiapa sahaja. “Kami harus pergi menemui dan malah, kami juga harus mendampingi ahli-ahli parti pembangkang dan menjelaskan kepada mereka dasar kami sebab mereka telah diberi maklumat yang salah (tentang BN),” kata Tengku Adnan.
Lebih seminggu lalu, Tengku Adnan dilaporkan bahawa rakan-rakannya dalam BN telah bersetuju bahawa menjauhkan perikatan itu daripada Perkasa adalah langkah terbaik untuk mengatasi sokongan bukan Melayu kepada BN yang didakwa semakin merosot.
Sokongan itu antara lain merosot kerana bukan Melayu melihat Umno menjalin kerjasama dengan Perkasa.
Tengku Adnan pernah menafikan Umno ada kerjasama dengan Perkasa ataupun menyokong perjuangan Perkasa.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider sebelum ini beliau juga memberitahu bahawa Umno tidak akan menyokong Perkasa dalam pilihan raya umum akan datang.
Tengku Adnan menekankan bahawa BN tidak menjauhkan diri daripada Perkasa.
Jelas Tengku Adnan, beliau hanya memberitahu bahawa tindakan Perkasa sejak kebelakangan ini memperlekehkan peluang BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan mensabotaj soal keharmonian kaum di kalagan komponen perikatan itu.
“Saya tidak pernah mengatakan kita perlu menjauhkan diri daripada Perkasa. Saya hanya mengatakan bahawa Perkasa cuba untuk menjejaskan keduudkan BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan memusnahkan keharmonian kaum di kalangan komponen saya (dalam BN),” katanya.
Tengku Adnan juga berkata, beliau tidak pernah meminta ahli partinya agar memutuskan hubungan dengan Perkasa.
Sebaliknya, beliau mendakwa Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang membesar-besarkan isu tersebut. Perkasa mendakwa mempunyai sokongan keahlian dalam lingkungan 300,000 dengan 80 peratus merupakan bekas atau ahli Umno semasa.
Tengku Adnan juga menekankan bahawa kenyataan beliau hari ini bertentangan dengan pandangan yang diberikan sebelum ini mengenai kedudukan Perkasa.
“Saya tidak berundur daripada apa yang pernah cakap tentang Perkasa sebelum ini,” katanya.
Tengku Adnan juga menekankan tentang apa yang dikatakan oleh Najib sambil berkata, Umno dan BN tidak harus menjauhkan diri daripada mana-mana NGO tetapi sewajarnya membimbing mereka dengan dasar-dasar BN.
“Saya setuju dengan Najib. Umno tidak harus menjauhkan diri mereka daripada semua NGO.
“Kita harus melibatkan diri kita dengan mereka sehingga mereka memahami apa yang kita sedang lakukan,” kata Tengku Adnan.
Tengku Adnan juga berkata, Umno perlu menjelaskan konsep 1 Malaysia khususnya kepada Perkasa memandangkan mereka tidak faham dasar tersebut.
“Saya tidak percaya pada apa yang Perkasa sedang perjuangkan kerana mereka tidak faham konsep 1 Malaysia,” katanya.
Semalam di Kota Baru, Ibrahim berkata, Perkasa tidak terlibat dengan politik tetapi menyuarakan hak rakyat melalui lunas-lunas perlembagaan.
Beliau mengulangi kenyataan ini bahawa Perkasa bukan parti politik dan juga tidak mendokong mana-mana parti politik termasuk Umno tetapi berjuang atas lunas undang-undang bagi pertahankan hak rakyat.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, tafsiran pelbagai pihak terhadap perjuangan Perkasa adalah tidak tepat kalau dikaitkan dengan Umno atau BN tetapi apa yang diperjuangkan NGO itu adalah untuk membantu kaum Melayu.
“Ada masa kita tegur dia (kerajaan), ada masa kita kecam, ada juga kita buat laporan polis sekira perlu, semuanya ke arah menimbulkan keharmonian negara,” katanya.
Mengenai dakwaan anggota parti komponen BN bahawa Perkasa adalah pertubuhan yang disokong Umno, Ibrahim berkata pihaknya tidak pernah sekali pun bertemu dengan pemimpin Umno untuk apa-apa tujuan.
Beliau juga menegaskan belum bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik tetapi menumpukan perjuangan mempertahankan hak orang Melayu, Raja-raja Melayu, agama Islam dan perlembagaan negara.
Ibrahim melahirkan perasaan dukacita dengan teguran beberapa individu dalam Umno yang menganggap Perkasa boleh menjejaskan matlamat konsep 1 Malaysia.
Dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ku-nan-nafi-komponen-bn-ambil-pendirian-jauhi-perkasa/
Selamat Meyambut Hari Malaysia
2:42 PM | Anak Malaysia, Malaysia, Perpaduan, Personal, Politic News In Photo | 0 comments »Share
Selamat Menyambut Hari Malaysia
Happy Malaysia Day
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Kata-Kata Nik Aziz Telah Diputarbelitkan (Video)
9:55 PM | Current Issues, GoMalaysian, Nik Aziz, PAS, Video | 0 comments »Share
Video ini telah disebarkan dalam internet terutamanya di forum-forum Bahasa Cina. Tujuannya mudah, untuk menakutkan pengundi Cina supaya untuk tidak mengundi PAS...
Kebelangkan ini, satu video yang bertajuk "Pemimpin PAS menyuruh mereka yang tidak menutup aurat, biarkan mereka dirogol sahaja". Video ini telah disebarkan dalam forum yang berbahsa Cina. tujuannya mudah, untuk menakutkan pengundi Cina supaya tidak mengundi PAS.
Sokongan orang Cina terhadap PAS nyata merisaukan sesetengah pihak. Menurut statistik, hampir 80% pengundi Cina di Bukit Gantang telah mengundi calon PAS iaitu Nizar. Hal ini telah merisaukan mereka kerana kebanyakan kawasan pengundian di Semenanjung Malaysia terdiri daripada campuran pelbagai kaum.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Video dibawah adalah yang telah diubahsuaikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dimana video tersebut telah diupload ke youtube pada 05 September 2010.
Video dibawah adalah video asal yang diupload ke youtube pada 29 January 2008.
Malaysia Today & Anwar Ibrahim Blog Under Attack
10:10 PM | Current Issues, Malaysia, Malaysia Today | 0 comments »Share

Laman Web Malaysia Today masih tidak boleh dilayari sejak awal pagi lagi sehingga sekarang. Selain itu Blog Ketua Pembangkang Malaysia Anway Ibrahim juga mengalami masalah yang sama...
Laman Web Malaysia Today (http://www.malaysia-today.net/) masih tidak boleh dilayari sejak awal pagi lagi sehingga sekarang. Selain itu Blog Ketua Pembangkang Malaysia Anway Ibrahim (http://www.anwaribrahimblog.com/) juga mengalami masalah yang sama...
Menurut laporan daripada Free Malaysia Today, laman web tersebut turut diserang dan tidak boleh diakses sejak jam 3 pagi lagi dan kini sudah kembali ke keadaan biasa...
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Lihat laporan dibawah:
FMT under DDOS attack
PETALING JAYA: The FreeMalaysiaToday website has come under attack, rendering the news portal inaccessible to readers since 3am this morning.
According to FMT's chief technical officer Thirun Nadason, the Distributed Denial of Service (DDOS) attack is believed to be the work of professionals.
“Our tech team is working on ensuring that service can be provided uninterrupted,” he said.
FMTs' managing editor Phlip Rodrigues condemned the attacks.
“This is the second time such an incident has happened but FMT will not be discouraged by such unscrupulous actions and will continue to report without fear or favour.
“FMT also wishes to apologise to our readers for any inconvenience caused,” he said.
FMT's tech team managed to bring the news site back online at about 9.15pm, after undergoing almost 18-hours of downtime.
“We hope we can keep the site up now but we will be monitoring the situation,” added Rodrigues.
Popular blogger Raja Petra Kamarudin's Malaysia Today, which also came under DDOS attack, however remains unavailable as of 9.30pm.
http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/news/general/10094-fmt-under-ddos-attack
Temuramah Dengan "YB Surau" (MP Serdang : Teo Nie Ching)
4:11 PM | Current Issues, DAP, Islam, Racist, TheMalaysianInsider | 1 comments »Share

“Mengapa saya perlu memberi sumbangan untuk menghina agama lain, tidak... tidak,”
“Kalau saya nak menghina, adakah saya hendak memberi sumbangan, saya rasa kenyataan itu (dakwaan menghina) itu tidak masuk akal, tidak betul,”
“Saya juga terkejut. Saya tidak panggil wartawan ke program saya. Ini lawatan biasa,”
“saya pergi ke sana dengan niat yang suci dan ikhlas iaitu untuk memberikan sumbangan.”
The Malaysian Insider
KAJANG, 4 Sept — Sementara kira-kira 30 kariah menunggu dengan sabar sambil berbual mengenai perkembangan semasa, sekitar pukul 11 malam tadi, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching singgah di Surau At-Tholabiah, Sungai Ramal Luar berhampiran Kajang.
Wakil rakyat itu sepatutnya berada di surau itu pukul 10 malam untuk bertemu dengan mereka selepas berakhirnya majlis tarawih. Bagaimanapun beliau lewat sejam kerana terpaksa singgah di Madrasah Cheras Perdana untuk memenuhi permintaan saat-saat akhir.
“Maaf, saya tiba lewat. Ada program saat-saat akhir. Mereka memanggil saya datang,” kata beliau dengan tenang ketika melangkah ke Surau At-Tholabiah, yang terletak di tepi Lebuh Raya Sik.
Madrasah Cheras Perdana antara yang mengundang beliau bertemu dengan umat Islam meskipun tercetusnya isu kunjungan ke Surau Al-Huda.
Permintaan Madrasah Cheras Perdana dan kesungguhan pengurusan Surau At-Tholabiah menandakan Teo yang sudah mula dikenali sebagai “YB Surau” menandakan terus menerusi semangat dan sokongan di sebalik debat mengenai isu ini berterusa.
Dengan berpakaian baju kurung berwarna kuning dengan selendang, yang dihadiahkan oleh salah seorang peminatnya baru-baru ini, Teo berkata: “Apa yang berlaku sekarang ini adalah satu ujian.”
Beliau telah menerima enam selendang setakat ini, termasuk selendang dari Mesir yang dihadiahkan oleh “Datuk Zin”. “Kalau ada jemputan saya akan datang, menjadi tugas saya untuk datang.... saya melakukan ini bukan sahaja ketika Ramadan, tetapi sepanjang tahun... saya pergi bertemu dengan semua orang tidak kira agama dan kaum,” katanya.
Kehadiran di Surau At-Tholabiah adalah persinggahan beliau yang terakhir pada bulan Ramadan. Awal pagi ini beliau bertolak di Sarawak sebagai sebahagian daripada persediaan DAP menghadapi pilihan raya umum negeri itu.
Ahli Parlimen penggal pertama berusia 29 tahun itu tiba-tiba menjadi ‘popular’ ekoran kontroversi yang dibangkitkan oleh Umno dan Perkasa dua minggu lalu.
Dalam ucapannya Penasihat Surau At-Tholabiah Mohd Yusof A. Kadir berkata, “walaupun berhadapan dengan isu kontroversi, kami berharap beliau (Teo) akan terus bersemangat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.”
“Kami berharap semangat YB tidak jatuh, tetapi pada masa yang sama kita akan ikut arahan orang atasan,” kata beliau mengalu-alukan kedatang Teo yang menyampaikan sumbangan pada majlis ringkas yang diadakan di ruang luar.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
“Ini duit rakyat,” kata Teo ketika menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi surau Abdul Rahman Mohd Tahir seolah-olah mahu menangkis kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan wakil rakyat bukan Islam menyampaikan sumbangan dan derma di kawasan masjid dan surau.
Ketika ditemui The Malaysian Insider dalam satu pertemuan kira-kira 10 jam sebelum itu, Teo berkata, kunjungan beliau ke masjid atau surau sama sekali tidak harus dilihat sebagai tindakan menghina agama Islam.
“Mengapa saya perlu memberi sumbangan untuk menghina agama lain, tidak... tidak,” kata beliau ketika ditemu bual di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya tengah hari semalam.
“Kalau saya nak menghina, adakah saya hendak memberi sumbangan, saya rasa kenyataan itu (dakwaan menghina) itu tidak masuk akal, tidak betul,” kata wakil rakyat kelulusan undang-undang ini.
Teo mengulangi bahawa Umno dan Perkasa sengaja memperbesarkan isu ini dan menolak bahawa beliau menggunakan kunjungan ke masjid atau surau untuk kepentingan politik.
“Saya juga terkejut. Saya tidak panggil wartawan ke program saya. Ini lawatan biasa,” kata beliau sambil menambah, “saya pergi ke sana dengan niat yang suci dan ikhlas iaitu untuk memberikan sumbangan.”
“Umno memang ada cakap saya telah memperalatkan surau untuk meraih publisiti untuk diri sendiri.
“Tetapi saya tidak berniat untuk buat demikian lagipun pada hari itu juga saya tidak jemput wartawan untuk datang.... kalau saya pergi saya dan bawa wartawan mungkin boleh tuduh saya gunakan surau untuk jadikan saya lebih popular,” katanya.
Selepas isu ini diperbesarkan, Teo mengakui sudah melawat beberapa surau lagi.
“Ini adalah tugas saya jadi saya perlu jalankan tanggungjawab seperti biasa,” katanya lagi.
Sebenarnya kata Teo, kebanyakan program telah disusun sejak sebelum Ramadan lagi dan ada juga jemputan yang baru selepas isu ini tercetus.
“Macam malam ini baru terima jemputan dua hari lalu, mereka tidak takut kerana faham.
“Selain masjid dan surau saya juga ada pergi ke bazar untuk beri buah kurma.
“Respons syang saya terima sampai hari ini agak menggalakkan... ada orang cakap ia bukan satu isu, ada juga yang cakap mereka itu (pengkritik) cemburu,” kata Teo sambil menambah, beliau akan melakukan apa yang sepatutnya perlu dijalankan selaku seorang wakil rakyat.
Menjawab soalan bagaimana beliau menghadapi isu semasa ini, Teo juga berkongsi bahawa pada hari pertama dan kedua beliau memang tertekan dan ada menangis.
Teo berkata, beliau menitiskan air mata semasa dalam perjalanan ke rumah dan ketika berada di rumah sehari selepas Majlis Agama Islam Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa Sultan Selangor murka dan akan mengeluarkan surat amaran.
Malah kenyataan itu menjadi tajuk muka depan media pada Sabtu lalu.
“Hari Sabtu, saya rasa begitu susah,” katanya.
“Memang saya rasa tertekan kerana saya ingat ia salah saya,” kata beliau tetapi mengaku tidak menjejaskan kerjaya politiknya.
Bagaimanapun kata Teo, beliau seolah-olah merasakan telah membuat satu kesilapan yang boleh menjejaskan reputasi parti dan juga ahli jawatankuasa Surau Al-Huda.
“Memang rasa begitu, tidak senang dan sedih kerana ahli jawatankuasa telah digantung kerana tindakan saya.
“Pada saya, jika pada malam itu mereka tidak menjemput saya masuk ke ruang solat, ia tidak akan jadi satu isu yang begitu besar.
“Walaupun mereka jemput saya dengan niat baik dan ikhlas, layan saya dengan baik dan akhirnya apa yang saya bawa kepada mereka adalah masalah.
“(Oleh itu) saya menangis sendiri bukan depan orang,” katanya.
Teo juga berkongsi bahawa beliau menerima banyak panggilan daripada pemimpin parti dan mereka sebenarnya tidak marah.
“Semua orang hanya simpati dan faham bahawa pada hari pertama dan kedua saya berada dalam satu kedudukan yang sangat sukar.
“Mereka hubungi dan memberi nasihat kepada saya... apabila (Lim) Kit Siang dan Lim Guang Eng hubungi saya, bila mereka hubungi mereka cakap jangan risau, saya rasa ini satu sokongan moral daripada mereka,” katanya lagi.
Teo, antara calon pilihan raya umum 2008 yang menggunakan pendekatan kreatif untuk mendekati pengundi memberitahu beliau tidak sama sekali terfikir untuk meletakkan jawatan kerana isu ini, tetapi rasa takut dan risau kerana “saya tidak mahu membawa masalah kepada parti.”
“Saya rasa begitu ketika itu kerana pada saat itu kita belum terima begitu banyak nasihat, sokongan dan panduan daripada PKR dan PAS lagi.
“Tok guru (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga ketika itu masih belum keluarkan apa-apa kenyataan pada masa itu,” katanya lagi.
Teo, penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP berkata, beliau sememangnya bimbang sama ada telah buat satu kesilapan yang akan mengakibatkan orang Melayu menganggap DAP sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam.
“Ini kerana saya rasa telah mencuba dengan begitu bersungguh untuk meyakinkan masyarakat Melayu bahawa DAP bukan sebuah parti ‘Chinese, Chauvinist dan Communist (CCC)’ sebagaimana didakwa oleh musuh kami,” kata beliau dengan merujuk kepada usaha DAP yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa ia adalah sebuah parti yang berkhidmat untuk semua kaum.
“DAP adalah sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia... memang saya takut bahawa usaha-usaha yang kita lakukan selama ini akan terjejas oleh sebab saya telah lakukan kesilapan atau boleh kata kecuaian yang bodoh,” ujar beliau.
Selain menangis, insiden ini juga membawa kepada Teo membeli telefon BlackBerry untuk mengikuti perkembangan semasa dengan lebih dekat.
“Sebelum ini saya tidak guna BlackBerry, lepas insiden tersebut saya beli pada 31 Ogos. Saya perlukan BlackBerry sekarang, pada hari ini saya perlukan BlackBerry untuk dapatkan banyak informasi,” katanya.
Beliau masih melihat ke depan untuk berhadapan dengan cabaran dan tanggungjawab lebih besar sebagai wakil rakyat.
“Selepas melihat komen dan Tok Guru mempertahankan saya dan sudah menjelaskan bahawa dari segi Islam memang tidak salah orang bukan Islam masuk masjid dan surau, dari sana saya telah mendapat kekuatan dan selepas insiden itu, ramai orang telah keluarkan kenyataan mempertahankan saya termasuk (Naib Presiden PAS) Datuk Mahfuz Omar, Dewan Muslimat pusat dan Selangor juga ada datang jumpa saya untuk beri semangat - satu jumpa di Kajang dan satu jumpa di Balakong.
“Saya rasa selepas hari Sabtu, komen daripada masyarakat agak positif.
“Ada orang yang kata saya tidak buat apa-apa kesalahan dan kata tiada masalah orang bukan Islam masuk masjid dan surau.
“Ada juga fikir bahawa tidak pakai tudung itu adalah tidak sopan kerana saya sepatutnya pakai tudung,” katanya yang mengaku telah meningkatkan pemahaman tentang Islam berbanding Mac 2008.
“Lepas kejadian itu, masyarakat sekarang lebih kenali saya. Saya mengaku walaupun telah jadi wakil rakyat lebih daripada dua tahun tapi masih ramai yang belum kenal siapa saya.
“Tetapi selepas insiden ini saya pergi ke bazar mereka sudah tahu siapa saya.
“Walaupun tidak dapat sebut nama saya tapi mereka panggil saya “YB surau”, tapi saya rasa mereka peka dengan isu ini dan telah kenal saya,” katanya lagi.
Teo juga merasakan telah menerima banyak simpati daripada masyarakat berkata, beliau sebenarnya merasakan telah menerima sokongan yang begitu banyak.
“Hari-hari, sekarang saya terima selendang dari kawan-kawan Melayu dengan mengatakan bahawa supaya mereka (pengkritik) tidak bising
“Hari ini saya dapat satu lagi emel - ada pihak yang mahu mendermakan RM5,000 kepada saya untuk membuat satu program di kawasan saya,” kata Teo.
Dipetik Dari: The Malaysian Insider
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mp-serdang-kini-popular-yb-surau-sangkal-sumbangan-hina-islam/
Sekolah Merupakan Tempat Untuk Perpaduan, Bukan Untuk Perpecahan
12:37 AM | Around Blogsphere, Current Issues, Perpaduan, Racist, Rakyat, Translation | 0 comments »Share

Jawapannya adalah kerana Kerajaan yang tidak mahu transform, tidak mahu berubah. Dalam kes yang disebut oleh saya tadi, tiada satupun pegawai kerajaan yang dipecat atau dihukum kerana ucapan yang tidak bertanggungjawab mereka...
Ahli Perlimen Bakri
Er Teck Hwa
Topik perbincangan saya pada hari ini adalah berkaitan dengan isu yang berlaku kebelakangan ini, iaitu insiden dimana Pengetua sebuah sekolah menengah telah menyuruh pelajarnya supaya balik ke Negara China.
Pada 12 Ogos, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra Kulai iaitu Puan Siti Inshah Mansor telah menyatakan "pelajar Cina balik ke Negara China, menyamakan rantai yang dipakai oleh pelajar India dengan rantai anjing dan menyebut pelajar Cina dan India hanya merupakan penumpang di negara ini" ketika perhimpunan di sekolah tersebut. Hal ini telah memaksa pihak Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan ke atasnya dan keputusan siasatan adalah salah faham telah berlaku dalam isu ini. Pada bulan yang sama iaitu 18 Ogos, Pengetua dari Sekolah Bukit Selambau, Kedah turut memberikan kenyataan rasis yang sama iaitu menyuruh pelajar Cina untuk balik ke Negara China. Hal ini sekali lagi memaksa Kementerian Pendidikan untuk menjalankan siasatan dan akhirnya Pengetua tersebut ditukarkan ke sekolah lain. Apabila Kemenenterian Pendidikan berpendapat isu ini telah diselesaikan secara sempurna, malangnya guru dari sekolah berkenaan telah menujukan soalan rasis kepada pelajar Cina iaitu "Tiket Air Asia kini sangat murah, sudah beli?", maksud tersirat daripada soalan itu adalah menyuruh mereka untuk membeli tiket supaya balik ke Negara China.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Sebenarnya selain daripada tiga insiden ini, pernah berlaku dua lagi kes perkauman yang sama. Salah satunya berlaku pada 2hb Jun di SMK Sultan Abu Bakar, Muar dimana Pengetuanya telah mengarahkan pelajar bukan islam meniru cara sembahyang pelajar Islam. Namum selepas siasatan, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong berkata kes ini berjaya diselesaikan kerana pihak sekolah telah menyedari kesilapan mereka dan berjanji tidak akan mengulanginya. Sebenarnya, saya telah mendapat aduan pada bulan April yang lepas, memandangkan pihak Kementerian Pendidikan telah menjalankan siasatan dan badan beruniform tersebut hanya bertemu sekali sebulan maka saya telah membatalkan hasrat saya untuk berkunjung ke sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut setelah Parlimen habis bersidang pada bulan April. Saya akan memantau sekolah lain sama untuk memastikan kes yang sama tidak berlaku, sekiranya masih ada insiden tersebut, sila berhubung dengan saya.
Insiden kedua berlaku pada 1hb Julai di Sekolah Menengah Gajah Berang, Melaka. Tindakan beberapa pelajar yang tidak memakai tudung dan memakai baju tanpa kolar tangan ketika tampil di acara fasion sekolah telah mengundang kemarahan seorang guru. Guru tersebut memarahi pelajar Cina tersebut dan menyebut mereka menjadi contoh yang buruk kepada pelajar lain. Selain itu, guru tersebut turut menyebut Orang Cina merupakan pelacur. Akhirnya guru tersebut telah dipindahkan ke sekolah lain...
Baca selebihnya di http://mp-bakri.blogspot.com/2010/08/sekolah-digunakan-untuk-perpaduan-bukan.html


















