Loading...





Share


Pakatan Rakyat (PR) mengakui perikatan tiga parti itu berhadapan dengan kemerosotan sokongan orang Melayu berbanding situasi dua tahun lalu, ekoran serangan bertubi-tubi Umno-Barisan Nasional (BN) khususnya di kawasan bandar, kata Datuk Mansor Othman...

The Malaysian Insider

GEORGE TOWN, 21 Dis – Pakatan Rakyat (PR) mengakui perikatan tiga parti itu berhadapan dengan kemerosotan sokongan orang Melayu berbanding situasi dua tahun lalu, ekoran serangan bertubi-tubi Umno-Barisan Nasional (BN) khususnya di kawasan bandar, kata Datuk Mansor Othman.

Menurut timbalan ketua menteri itu (gambar), serangan berterusan media dikuasai Umno khususnya Utusan Malaysia telah mengalih aliran sokongan daripada pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng, yang menguasai 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Baki 11 kerusi dipegang oleh Umno.

Mengambil kira persekitaran itu kata beliau, pihaknya sedang memfokus usaha peringkat kedua untuk memperbaiki keadaan menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Sokongan orang Melayu menurun, ada kajian bebas dikendalikan beberapa ketika dulu, yang menunjukkan sokongan pengundi Melayu di Pulau Pinang menurun, dijalankan oleh Merdeka Center... bagi saya, ia kesan serangan berterusan, diserang oleh media, media arus perdana.

“Jika anda berbohong sekali, dua kali orang tidak akan percaya anda.

“Tetapi jika anda berbohong 20 kali, mereka akan terpengaruh,” kata Mansor dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider di sini baru-baru ini.

Timbalan ketua menteri dari PKR ini menyenaraikan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri yang memperlihatrkan peralihan signifikan dalam sokongan orang Melayu, yang kembali kepada Umno.

Antaranya ialah Seberang Jaya dan Bayan Lepas, yang kedua-duanya dimenangi Umno.

Kerusi DUN Seberang Jaya terletak dalam bahagian Parlimen, yang wakilnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini adalah kerusi-kerusi Umno yang kami bimbang kerana ini adalah kerusi yang PKR bertanding.

“Saya bimbang dengan kerusi-kerusi (yang diperuntukkan) kepada PKR dan PAS, bukannya kerusi ditanding DAP.

“(Pun begitu) kerusi-kerusi (ditandingi) DAP juga perlu diberi perhatian, misalnya Sungai Pinang, yang majoritnya orang Melayu,” kata Mansor, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Daripada 29 kerusi dipegang oleh Pakatan Rakyat, DAP menguasai 19 manakala PKR sembilan dan PAS satu.

Mansor yang bulan lalu dipilih sebagai naib presiden PKR berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak risau sangat mengenai sokongan pengundi Melayu di kawasan luar bandar, yang lazimnya merupakan penyokong tradisi Umno.

“Kali ini kami perlu menangani isu perkauman, isu perkauman yang dimainkan (secara besar-besaran), ia sangat bahaya di sini... di Pulau Pinang khususnya apabila mereka memainkan elemen tiga ‘R’ iaitu kaum, agama dan raja (‘race, religion and raja’).

“Kami risau mengenai sokongan pengundi (Melayu) bandar beralih kepada Melayu, selepas datang kepada kami pada 2008. Kini sokongan kelihatan beralih semula (kepada mereka),” katanya lagi.

Semalam, sehari selepas Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang, Utusan Malaysia memberi liputan besar-besaran kepada pemimpin-pemimpin Umno, yang antara lain memanggil DAP sebagai “raja perkauman.”

Dalam serangan terbaru itu, akhbar tersebut menyenaraikan rencana bertajuk “Kebiadapan Guan Eng” dengan menyenaraikan tindakan-tindakan mendakwa antiorang Melayu.

Lim dalam responsnya berkata akan menyaman Utusan Malaysia selepas ia kelmarin menyifatkan DAP sebagai alat kerajaan asing dan meminta parti itu diharamkan.

Ekoran perkembangan itu, Mansor memberitahu The Malaysian Insider bahawa Pakatan Rakyat perlu menangani siri pembohongan dan kerajaan negeri akan memfokus pada skim atau program yang akan memanfaatkan masyarakat Melayu.

“Apa yang kami perlu lakukan ialah bukan saja menyangkal pembohongan-pembohongan ini, tetapi juga memfokus pada usaha-usaha kami. Projek pembaharuan bandar, memfokus ke atas kawasan-kawasan setinggan tanpa mengira kaum, tetapi memberi fokus lebih ke atas kawasan-kawasan bandar, yang didiami orang Melayu... ada kawasan-kawasan penempatan orang Melayu di bandar seperti Tanjong Tokong, dan Bukit Jelutong.

“Kami harus memberi lebih fokus untuk mengatasi isu-isu ini, perlu diadakan skim perumahan mampu dimiliki.

“Kami telah membuktikan bahawa kami ada kerajaan yang baik (berbanding kerajaan negeri sebelum 2008 pimpinan BN), tetapi ia tidak cukup. Perlu ada projek pembangunan fizikal untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kami memang melakukan sesuatu, beberapa projek pendidikan yang konkrit, pelancongan,” kata beliau.

Mansor juga menolak serangan Utusan Malaysia ke atas Lim dan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan menyifatkannya sebagai tindakan tidak logik dan bermotifkan “politik semata-mata.”

“Apabila kami membuka tender, kami telah mendedahkan bahawa kesemua projek JPS bagi tahun 2010, seratus peratus diberikan kepada orang Melayu... di JKR, 98 peratus projek diberikan kepada orang Melayu.

“Kami telah menunjukkan orang Melayu juga berdaya saing. Jika mereka tidak boleh berdaya saing, bagaimana mereka boleh memperoleh tender-tender ini? Jadi, mereka menggunakan soal perkauman,” kata Mansor.

Sehubungan itu, Mansor menekankan, kerajaan negeri perlu mempertingkatkan usaha untuk menangani isu-isu yang dibangktikan supaya dapat dikawal menjelang pilihan raya umum ke-13.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Bagaimanapun kata beliau, ini kali pertama kerajaan negeri, khususnya di bawah Pakatan Rakyat, ada inisiatif untuk membantu orang Melayu.

Katanya, pada masa-masa lalu projek seumpama itu datang daripada kerajaan persekutuan seperti menerusi agensi Perda dan Jabatan Kemajuan Persekutuan.

“Tetapi apa yang hendak saya katakan ialah ada inisiatif (oleh kerajaan negeri semasa). Kerajaan negeri masa lalu tiada inisiatif, tetapi kami (kerajaan negeri Pakatan) lakukan,” kata beliau.

Kerajaan negeri Pulau Pinang menjanjikan kakitangan awam akan diberikan ganjaran lebih baik sekiranya mereka memperbaiki prestasi mereka.

Baru-baru ini kerajaan negeri mengumumkan bayaran imbuhan tambahan, lebih baik berbanding kerajaan persekutuan.

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran khas Maal Hijrah sebanyak RM100 kepada semua 1,376 guru Kelas Agama Fardu Ain sempena perayaan Maal Hijrah dan bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri.

Penerimaan RM800 oleh anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang adalah melebihi RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan.

Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pianng telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mansor-akui-serangan-umno-bn-jejas-sokongan-melayu-pulau-pinang/







Share


Menteri Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Aziz menyatakan kesudiannya untuk berbahas dengan pembangkang dalam isu penggantungan empat orang ahli parlimen Pakatan Rakyat pada 16 Disember lalu, sambil menyanggah tuduhan bahawa kerajaan Barisan Nasional menafikan kebebasan pembangkang untuk bersuara membela diri...

Merdeka Review

Menteri Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Aziz menyatakan kesudiannya untuk berbahas dengan pembangkang dalam isu penggantungan empat orang ahli parlimen Pakatan Rakyat pada 16 Disember lalu, sambil menyanggah tuduhan bahawa kerajaan Barisan Nasional menafikan kebebasan pembangkang untuk bersuara membela diri.

Sebaliknya, Nazri Aziz berulang kali mempersalahkan pembangkang, bahawa ahli parlimen PR sendiri yang menafikan hak mereka untuk bersuara kerana membuat kecoh dalam persidangan Dewan Rakyat pada 16 Disember 2010. Malah, Nazri Aziz mendakwa bahawa pembangkang sebenarnya pihak yang ber-"konspirasi" untuk menghalang beliau daripada membentang usul itu supaya mesyuarat boleh ditangguhkan.

Dalam satu wawancara di rancangan"Isu Khas: Kemelut di Parlimen", TV1, pada jam 9 malam tadi, Nazri tetap yakin bahawa BN adalah pihak yang benar kerana membuat kenyataan berdasarkan fakta; sebaliknya pembangkang tidak berani untuk berdepan dengan fakta yang dikemukakannya. Menyedari tiada wakil pembangkang yang diundang dalam rancangan ini, pengantara rancangan Prof. Madya Dr. Asyraf membangkitkan tuduhan dalam ruang internet, bahawa kerajaan BN tetap dilihat menegakkan benang yang basah, selagi pembangkang tidak diberi ruang untuk bersuara dalam isu ini.

"Saya difahamkan dia orang (pembangkang) pun ada suratkhabar dia orang ya? Tapi dia tak bagi ruang untuk saya bela diri saya pun. Saya ingat macam ni saja. Saya tidak ada masalah. Kerana apa yang kita lakukan, saya nak sebut sini, awal-awal saya dah kata saya Menteri Undang-Undang, dan saya ada penasihat undang-undang khusus untuk diri saya. Dan di parlimen juga ada penasihat undang-undang. Dan Peguam Negara menasihati saya. Jadi ada enam tujuh kepala yang bercakap tentang undang-undang ni. Jadi takkanlah kita ni salah?"

Nazri meneruskan, "Sebab itu saya bila-bila masa. Kalau...katalah macam RTM, panggil saya, tak apa. Kalau nak berbahas, kalau betul saya tidak ada masalah. Kita boleh turun. Saya minta kepada mereka buatkan program, maknanya kita boleh bahas. Tapi, kita kena fahamlah. Bahas dengan dia orang ni, dia kuat menipu. Kalau kita cakap betulpun, dia cakap tak betul. Jadi buang masa saja."

"Jadi, untuk mengatakan saya tidak berlaku adil, itu tak betul. Saya dah bahagi kesempatan kepada mereka untuk membahas usul saya. Memang dah bahagi tahupun, saya beritahu kepada pembangkang, saya bentang usul ini, baik, pada 16 September (Disember), you bahas lima orang, saya lima orang..."

Mengaku sampaikan nota kepada speaker

Ketika menjawab soalan daripada penonton yang memanggil melalui telefon, Nazri Aziz menjelaskan, "Dia (Anwar) bukan digantung tanpa bahas. Dia sebenarnya, saya membaca usul, dapat sokongan, dan dibuka untuk bahas. Bila kita buka untuk bahas, dia menghalang saya membaca usul. Dia buat bising waktu saya membaca..."

"Dan saya bukan bahagi arahan kepada speaker (tentang) apa perlu buat. Saya cuma bagi nota kepada speaker, saya kata, Tuan Speaker, saya kata, dalam kita punya order pada paper hari ini, agenda pertama, usul saya. Usul Menteri Jabatan (Perdana) Menteri. Nak kenakan Anwar enam bulan, gantung, dan Karpal Singh nak dicela. Nombor dua, usul saya juga."

"Jadi saya kata, Tuan Speaker, be fair to me (berlakulah adil kepada saya). Satu setengah jam telah diberikan kepada pembangkang untuk point order. Tapi mereka tidak menggunakan kesempatan itu untuk membangkit point order yang sebenar-benarnya, yang perlu dibangkit. Jadi saya rasa satu setengah jam, ini saya punya usul adalah agenda, bagilah saya baca. Jadi mereka takut saya baca. Sebab bila saya baca dan dapat sokongan, kita buka kepada perbahasan," jelas Nazri (gambar kiri).

"Jadi yang sebenarnya, apabila soalan mengatakan digantung tanpa bahas kerana takut terima hakikat sebenar fakta-fakta dan hujah-hujah pembangkang, saya rasa, sebenarnya mereka takut untuk mendengar fakta-fakta daripada saya. Saya bersedia untuk membahas. Mereka yang tak nak. Mereka yang cuba menggagalkan saya punya usul dengan menghalang saya daripada membentangkan usul," tegasnya.

Malah, Nazri berkata Speaker memberi peluang membahas kepada ahli Dewan yang pertama bangun setelah usul disokong, iaitu Khairy Jamaluddin, dan itu bukan salah dirinya apabila pembangkang tidak tahu kerana "mereka membuat bising".

Samakan dengan kes liwat Saiful

Dalam rancangan siaran langsung yang mengambil masa sejam ini, Nazri Aziz memulakan dengan penjelasan tentang kronologi isu ini, dari kenyataan Anwar Ibrahim yang dikatakan tidak benar, lantas Ketua Pembangkang ini dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, hinggalah berlakunya insiden penggantungan empat orang ahli parlimen pada 16 Disember 2010.

Anwar Ibrahim digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat berhubung satu kenyataan "1999 Satu Israel. 2009 APCO menasihati Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib 1Malaysia" yang dikeluarkan beliau pada 17 Mac 2010. Sementara tiga orang ahli parlimen yang lain, iaitu Karpal Singh (Bukit Gelugor-DAP), Azmin Ali (PKR- Gombak) dan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) digantung enam bulan kerana menzahirkan minit mesyuarat jawatankuasa sebelum ia dibentangkan di dalam Dewan.

Perantara mengajukan soalannya, "Tetapi isu yang sering juga dibangkitkan adalah, kenapa kita tidak gentleman? Mereka ini dipilih oleh rakyat, biarkan mereka bersuara dan biarkan mereka tidak digantung. Kerana akhirnya, biar perdebatan itu berlaku di parlimen. Wajar atau tidak kita mengambil tindakan sedemikian?"

"Boleh bersuara, tetapi jangan menipulah dalam Dewan. Sebab ini kita dipanggil Yang Berhormat, dalam bahasa Inggeris ini honorable. Jadi, kita akan benarkan supaya perbahasan yang bebas, boleh dilakukan. Tetapi itu tidak bermakna kita boleh menipu fakta," jawab Nazri Aziz.

Malah, Nazri Aziz tidak melepaskan kesempatan untuk menyamakan isu parlimen ini dengan kes perbicaraan liwat II yang melibatkan Anwar Ibrahim - dengan tuduhan bahawa semuanya cubaan Ketua Pembangkang ini untuk "menggagalkan prosedur". Beliau mengambil contoh bagaimana Karpal Singh, Gobind Deo, Fong Po Kuan, malah Lim Kit Siang sendiri pernah digantung untuk menghadiri persidangan Dewan sebelum ini, tetapi tidak timbul isu "tidak diberi peluang bela diri", walhal prosedurnya sama.

Beliau sempat menyindir Anwar, "...Tetapi mengapa apabila nak gantung Anwar, maka prosedur yang kita guna untuk ahli-ahli parlimen lain itu tidak boleh diguna terhadap dia? Mungkin dia pemberian Tuhan, saya tak tahulah, seperti yang isterinya kata... Tapi pada saya dia ahli parlimen biasa saja."

DUN di negeri PR

Menteri Jabatan Perdana Menteri ini turut mengambil contoh bagaimana penggantungan ahli Dewan turut berlaku di Dewan Undangan Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, misalnya Pulau Pinang dan Selangor - menyaksikan bagaimana Ketua Pembangkang daripada BN digantung tanpa elaun. Sedangkan, BN lebih menghormati tafsiran mahkamah terhadap perlembagaan, apabila menggantung ahli parlimen tetapi tetap dibayar elaunnya, katanya.

"Jadi saya nampak, pembangkang ni, kalau dia buat orang boleh, bila kena (pada dia) tak boleh. Menangis. Itu yang masih saya ingat lagi, Petra (diingatkan: Raja Petra) kata, dia kata cry baby. Dia buat orang boleh. Di Pulau Pinang, di Selangor dia buat kat kita, tak ada pun kita protes, tak ada pun kita bawa placards dalam Dewan Undangan Negeri, tak ada pergi menjelajah ramai-ramai pergi SUHAKAM...kita gentleman..."

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Politik baru Pakatan Rakyat

Dalam sesi terakhir pula, perantara rancangan mengajak Nazri Aziz untuk membincangkan keadaan dalam parlimen selepas tsunami politik pada 8 Mac 2008, menyaksikan situasi di mana pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga kerajaan BN.

Nazri mengambil kesempatan untuk mengkritik "politik baru" yang dibawa PR. "Kalau nak dikatakan reformasi, reformasi ke arah kebaikanlah. Tunjuk teladan yang baik. Menghormati peraturan, prosedur, itu yang kita mahu. Tapi kalau saya tengok, inilah cara mereka, dan inilah reformasi mereka, saya ingat tak payahlah."

Nazri mendakwa dirinya tidak menyalahkan pengundi kerana pengundi membuat pilihan berdasarkan janji calon dan parti politik semasa pilihan raya, tetapi meletakkan kesalahan pada wakil rakyat sendiri apabila tidak menunaikan apa yang dijanjikan. Beliau mengambil contoh perangai ahli parlimen Padang Serai (Gobalakrishnan - PKR) yang dikatakannya tidak menunjukkan teladan baik dalam Dewan.

Malah, Nazri Aziz mengingatkan bahawa ahli politik boleh menipu pengundi sekali, dua kali, tetapi tidak boleh menipu untuk berkali-kali. Beliau mengakhiri dengan memetik slogan 1Malaysia berbunyi "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", yang dikatakannya menjadi dukungan BN.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11388







Share


The Sarawak opposition has launched a video on youtube attacking the Sarawak Chief Minister, Abdul Taib Mahmud. The video, entitled "harta berdarah" ("bloody wealth"), alleges that Taib has plundered the East Malaysian state's natural resources during his 30 years in power and calls for a radical change ("berubalah!") of government in the upcoming state election...


Read more @ Malaysia Today

Video Link: http://www.youtube.com/watch?v=GMOXPesJYdQ

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!





Share


Pilihan raya kecil ke-14 bakal menyusul selepas ADUN Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia, awal pagi tadi. PRK ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di kubu Barisan Nasional - negeri Johor, malah kubu Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri, kerana terletak di bawah kawasan parlimen Labis...


Merdeka Review

Pilihan raya kecil ke-14 bakal menyusul selepas ADUN Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia, awal pagi tadi. PRK ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di kubu Barisan Nasional - negeri Johor, malah kubu Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri, kerana terletak di bawah kawasan parlimen Labis.

Pengkaji politik Wong Chin Huat berpendapat, pertarungan ini merupakan kayu uji kepada Chua Soi Lek. Seandainya BN gagal menang dengan sokongan lebih 50% daripada masyarakat Cina, maka kemenangan itu membawa makna kekalahan. Ketika dihubungi MerdekaReview, beliau menekankan bahawa ia merupakan PRK pertama di negeri Johor, iaitu kubu BN, dan ia menguji sejauh manakah benarnya dakwaan BN, bahawa Johor masih kubu yang kukuh untuk BN.

Jikapun BN menang, "dari mana undi itu datang" menjadi persoalan penting. Labis merupakan kubu Chua Soi Lek, yang diwarisi dari bekas Presiden MCA Ling Liong Sik pada tahun 2004. Chua yang tidak bertanding dalam PRU pada tahun 2008 berikutan terdedahnya skandal seks dirinya, menyerahkan kerusi ini kepada anaknya, Chua Tee Yong, yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kemenangan membawa makna kalah jikalau...

Justeru itu, PRK ini merupakan pertarungan Chua Soi Lek untuk bangkit semula. Bukan sahaja MCA perlu memenangi undi Cina, malah BN perlu menang dengan majoriti yang besar. Oleh itu, jikalau Chua Soi Lek gagal meraih 50% atau lebih undi Cina, maka kemenangan itu memberi makna kekalahan.

Pengkaji Merdeka Center, Tan Seng Keat pula berkata, BN mungkin tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi ADUN ini, tetapi undi majoriti dalam PRK ini menjadi tumpuan ramai, yang harus diteliti.

Tan Seng Keat yang juga seorang penduduk Johor berkata, "Ia sesuatu yang menarik sama ada Chua Soi Lek mampu mengembalikan sokongan Cina yang memihak kepada pembangkang pada PRU lalu. Dan ia bakal menentukan sama ada Chua mampu membuktikan jasa diri kepada UMNO dengan prestasi yang lebih terserlah."

Selain itu, Wong Chin Huat berkata, PRK Tenang membantu rakyat untuk menilai sama ada PRK Galas dan PRK Batu Sapi yang memberi kemenangan kepada BN itu adalah pola "kembalinya sokongan kepada BN", ataupun sekadar disebabkan faktor tempatan. Kedua-dua Galas dan Batu Sapi adalah kawasan pinggiran, maka strategi BN untuk menekankan "pembangunan" agak berkesan.

8 Mac 2008: Pengundi Cina memihak pembangkang

Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis. PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi.

Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan dipertandingkan oleh calon PAS. Seandainya diteliti, di kawasan di mana nisbah populasi pengundi terdiri daripada majoriti Cina, seperti Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis - calon PAS mampu memperolehi 50% hingga 67% undi.

Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi. Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%.

Statistik menunjukkan bahawa pengundi Cina telah menyokong pembangkang (PAS dan DAP) pada PRU tahun 2008, memandangkan undi pembangkang mendahului BN di kawasan yang majoritinya Cina.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin PAS akan mendapat sokongan Cina dengan kerjasama Pakatan Rakyat. Sebaliknya, cabaran PAS adalah untuk mendapatkan sokongan peneroka FELDA.

PR harus menarik sokongan peneroka FELDA

Tenang yang mempunyai 13 unit peti undi keseluruhannya, adalah kawasan campuran, desa-bandar, dan merupakan kubu tradisional BN. Menurut perangkaan PRU tahun 2008, nisbah populasi pengundi adalah 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India dan 0.10% lain-lain.

Tan Seng Keat menjelaskan, pengundi Melayu di sini kebanyakannya terlibat dalam aktiviti pertanian, misalnya kelapa sawit atau getah. Oleh itu, kenaikan harga bahan mentah mungkin melegakan mereka dari segi ekonomi. Penduduk Cina pula kebanyakannya pekebun atau peniaga, dengan keadaan ekonomi yang agak baik.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata terdapat tiga kawasan FELDA di Tenang, iaitu FELDA Tenang, Cehmpal Barat dan Chemplak - kesemua ini adalah kawasan kubu BN, maka PAS perlu menarik sokongan di kawasan FELDA seandainya ingin menang.

Mazlan Aliman berpendapat, PAS harus tumpu untuk menarik sokongan pengundi muda generasi kedua dan ketiga kawasan FELDA, kerana mereka berdepan dengan masalah tiada rumah dan gaji rendah. Generasi kedua dan ketiga di kawasan FELDA ini hanya boleh menjadi buruh di ladang.

Di FELDA Tenang yang terdiri daripada 98.5% Melayu, sokongan BN masih teguh. PAS hanya meraih sokongan 20.4% undi dan DAP hanya memperoleh 10.2% undi. Malah di kawasan Cehmpal Barat dan Chemplak, PAS memperoleh 18.6% dan 18.7% undi masing-masing.

Seandainya dilihat pada kawasan yang terdiri daripada lebih 90% Melayu, seperti Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Bharu, undi yang diperolehi PAS hanya berada antara 18% dengan 32%.

Apa yang menarik, komuniti India memperlihatkan dua pola pengundian yang berbeza dalam PRU 2008. BN memperolehi 67.9% undi di Ladang Bukit Dato yang terdiri daripada 46.6% pengundi India. Tetapi di Ladang Labis Utara yang terdiri daripada 71.7% India, kedua-dua pihak memperolehi 50% sokongan.

Majoriti BN mungkin berkurang

Walaupun Tan Seng Keat meramalkan bahawa BN mampu mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi beliau menganggap PR mampu mengurangkan undi majoriti kepada 1,500 undi. Beliau berkata, penduduk tempatan berdepan dengan masalah seperti kenaikan tarif air di Johor, pemindahan generasi muda ke luar negeri dan sebagainya.

Menurut satu kenyataan ahli parlimen Bakri-Johor, Er Teck Hwa sebelum ini, tarif air domestik di Johor telah meningkat dari 98 sen kepada RM1.05, di samping air industri yang berharga RM2.93 seunit pula mengalami peningkatan antara 0.15% hingga 17%.

Selain itu, Tenang berdepan dengan masalah pemindahan orang muda ke luar negeri. Ramai daripada generasi muda di Labis telah bekerja di luar negeri, terutamanya Singapura. Lantaran daripada itu, warga tua menjadi penduduk utama di kawasan pekan di situ. Penuaan penduduk bertambah ketara, semakin hari semakin hilang dinamiknya pekan ini.

Menurut pemerhatian Tan Seng Keat, MCA menawarkan perkhidmatan di tempatan yang agak baik, dan generasi tua Cina bercenderung untuk mengundi BN.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Pengundi Tenang tentukan harga minyak dan elektrik

Bagaimanapun, Wong Chin Huat menganggap keputusan PRK Tenang sebagai ujian terhadap langkah transformasi ekonomi Najib Razak. Wong berkata, BN masih menang di PRK Galas dan Batu Sapi pada November walaupun menaikkan harga minyak, gas dan gula pada 16 Julai 2010. Seandainya BN masih menang dalam PRK Tenang yang bakal berlangsung, setelah kenaikan harga baru-baru ini, maka Najib akan berkata pengundi merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Sebaliknya, seandainya BN berdepan dengan pertarungan sengit dalam PRK ini, maka Menteri Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Idris Jala perlu mengetepikan subsidy rationalization-nya. Selain itu, gelombang "harga naik" bakal membadai rakyat dengan cadangan PEMANDU untuk mengenakan fuel consumption tax, dan keputusan kabinet untuk meluluskan kenaikan tarif elektrik.

Dengan terus-terang Wong Chin Huat berkata, kira-kira 30,000 pengundi kawasan Tenang bakal menentukan nasib rakyat Malaysia - sama ada untuk menanggung harga minyak dan elektrik yang lebih tinggi atau sebaliknya.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

http://merdekareview.com/bm/news.php?n=11381




Share


Selepas gelombang tsunami politik melanda Malaysia, isu naik harga tidak dibangkitkan lagi tapi kebelakangan ini, barangan keperluan seperti minyak dan sebagainya telah dinaikkan harganya, macam mana golonagn miskin naik hidup???


Menurut laporan SinChew Daily, bermula dari tahun depan barangan keperluan seperti susu akan dinaikkan harganya:

Susu naik 30 sen

Susun Tepu naik 20 sen

Tayar naik 10% hingga 15%

Tapi gaji sorry la...

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!


Berita berkaitan di sinchew...

Tayar naik 10% hingga 15%
http://www.sinchew.com.my/node/187247?tid=1

Susun naik 30 sen
http://www.sinchew.com.my/node/187112?tid=1




Share


Pakatan Rakyat (PR) menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 inisiatif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13...

Program 100 Hari Pakatan Rakyat:

— Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

— Mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol

— Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat

— Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang

— Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan

— Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar

— Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda

— Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus

— Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman

— Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-tawar-program-100-hari-10-inisiatif-jika-ketuai-putrajaya/



[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!





Share




[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!




Share


Chua Tee Yong: It is confirm tht datuk sulaiman taha has passed away at 1.10am. My condolences to d family.

Khairy: Baru terima khabar, dt sulaiman taha baru meninggal dunia.. (yg ni verified source) alfatihah..

Para ahli politik telah mengesahkan maklumat ini dalam twitter mereka, antaranya ialah:

Khairy: Baru terima khabar, dt sulaiman taha baru meninggal dunia.. (yg ni verified source) alfatihah..


Chua Tee Yong: It is confirm tht datuk sulaiman taha has passed away at 1.10am. My condolences to d family.


Akmal Nasir: Alfatihah buat Adun Tenang. Ramai Sedara di Segamat, mungkin boleh melawat mrk nanti


Chegu Bard: 1202 tghmalam... Adun tenang kembali ke rahmatullah apabila mesin bantuan penafasan dibuka... Doa moga rohnya dicucuri rahmat..


Shahriza Amir: Baru terima khabar, dt sulaiman taha baru meninggal dunia.. (yg ni verified source) alfatihah..



[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

DUN N5 Tenang, Johor





Share






Gambar diambil dari MalaysiaKini dan SinChew Daily

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!




Share


Kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah peruntukan kerajaan negeri. Projek JPS dan JKR di bawah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri...

Merdeka Review

Kontraktor Melayu dapat 100% projek JPS dan 98% nilai projek JKR di Pulau Pinang

Kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah peruntukan kerajaan negeri. Projek JPS dan JKR di bawah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.


Ini dengan sekaligus mematahkan fitnah jahat pemimpin UMNO dan juga sekutu UMNO seperti Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM), Mohamed Fadzill Hassan. Mohamad telah mendakwa kenyataan saya bahawa 70% bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil. Mohamad Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

Angka sedemikian dengan sendirinya membuktikan bahawa kontraktor UMNO seperti Mohamad Fadzil hasad dengki dan marah terhadap kerajaan negeri PR semata-mata kerana mereka tidak memenangi kontrak seperti yang dulu. Atas kepentingan politik sempit UMNO dan BN, mereka sedia menabur fitnah kerana tidak dapat kontrak dulu sebagai kroni UMNO. Kalau Mohamad seorang beriman, maka lebih baik beliau meminta maaf dan menarik balik fitnah kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang.

Urustadbir CAT yang cekap akauntable dan telus telah berjaya memartabatkan kontraktor Melayu dengan sistem tender terbuka. Urustadbir CAT dan sistem tender terbuka telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka. Yang tak mampu saing hanya kontraktor UMNO yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik UMNO dan hidup sebagai kontraktor kroni.

Ini telah menyebabkan banyak projek kerajaan bermasalah sebelum ini. Demi mengelakkan projek kerajaan negeri bermasalah kerana terbabit dengan kontraktor kroni UMNO, maka arahan telah dikeluarkan kepada semua jabatan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memantau dengan teliti dan rapi sekiranya kontraktor UMNO ini membida projek.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Saya (Lim Guan Eng) ingin menasihatkan Mohamad Fadzil supaya janganlah berpura-pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa serang kerajaan negeri Pulau Pinang. Adalah lebih baik beliau letak jawatan sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding dalam pilihanraya besar kalau nak jadi orang politik.

Sekiranya Mohamad tidak mahu letak jawatan, beliau harus mengakui salah dan meminta maaf kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang kerana menabur fitnah yang tidak berasas. Macam mana kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan persatuan sedemikian yang dipimpin oleh seorang kroni UMNO yang begitu tebal sekali yang menabur fitnah melulu?

Sebelum ini saya telah menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila kira 70% bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu. Utusan Malaysia dan pemimpin rasis BN sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera yang berkebolehan dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

Sudah sampai masanya kita jangan lihat daripada sudut perkauman tetapi professionalism dan kemampuan yang boleh martabatkan kita semua.

Baca laporan Utusan Malaysia: Guan Eng dicabar dedah nilai tender bumiputera

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.




Share


Ceramah Anwar Ibrahim di tapak pasar malam Taman Melati, Wangsa Maju mengenai isu Wikileaks baru-baru ini. Beliau mengulas mengenai Bekas Presiden Singapura, Najib dan Wikileaks...




[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!



Lebih Banyak Gambar dan Video di
http://wrlr.blogspot.com/2010/12/anwar-tidak-popular.html
http://www.tranungkite.net/




Share



Gambar Ceramah Anwar Ibrahim di tapak pasar malam Taman Melati, Wangsa Maju mengenai isu Wikileaks baru-baru ini...


Komen sesetengah YB yang menghadiri ceramah tersebut melalui Twitter:

KhalidSamad

- Ceramah dgn DSAI dan beberapa pemimpin PR di Wangsa Maju KL. Polis sentiasa mengancam utk hentikan.

- Habislah BN lagu ni. Walaupun diberi amaran oleh Polis tetap ramai yg hadir. Sokongan berterusan.


Teresa Kok

Come 2Wangsa Maju 2speak in PKR ceramah.Police permit till 10.30pm 2nite.Surprise 2c d great turnout of d ppl.


Tian Chua

Tm Melati: crowd orderly, though police still threaten to stop the rally.







Gambar diambil daripada khalid samad's Twitter, Teresa Kok's Twitter & 1Belacan's Twitter

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!


Berita Berkaitan:

Siri jelajah Anwar tetap bermula malam ini

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah ke seluruh negara bermula hari ini hingga 19 Disember ini bagi memberi penjelasan berhubung pendedahan dalam WikiLeaks yang mendakwa beliau terlibat dengan perilaku dalam tuduhan yang dihadapinya.

azlanAnwar dijadualkan berkongsi pentas bersama pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula malam ini di tapak pasar malam Taman Melati, Wangsa Maju Wilayah Persekutuan.

Mengulas larangan polis kepada orang awam untuk tidak menghadiri ceramah malam ini, Anwar dalam twitternya berkata "Polis tidak benarkan - tanda Umno gentar dengan penjelasan. Saban hari diserang, mahu jawab dilarang."

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata penganjur tidak mempunyai permit untuk mengadakan ceramah umum itu. Polis juga katanya tidak meluluskan permohonan penganjur kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada ketenteraman awam dan keselamatan. Laporan Bernama itu memetik pegawai polis itu sebagai berkata pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penganjur meneruskan majlis tersebut.

Pemangku ketua cabang Wangsa Maju Mazlan Abdul Jalil berkata segala persiapan untuk menjalankan majlis itu termasuk hebahan di tapak pasar malam Taman Melati, Wangsa Maju, telah dibuat sebelum ini.

"Kita cuba menjaga keselamatan malam ini. Seramai 50 hingga 60 petugas daripada PAS dan PKR akan menjaga keselamatan.

"Kita juga memaklumkan kepada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan persatuan peniaga memaklumkan penggunaan padang pada majlis ini.

Provokasi

"Tidak ada apa-apa gangguan. Ia tidak mengganggu lalu lintas dan tidak para peniaga," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya mengenai sama ada pihaknya memohon permit polis untuk mengadakan ceramah tersebut, Mazlan berkata pihaknya "ada memohon permit" dan "baru mengetahui ceramah itu tidak dibenarkan" selepas dimaklumkan kepadanya hari ini.

"Saya merayu supaya ceramah ini (boleh) diteruskan seperti mana yang dirancang. Kita berjanji akan menjaga hadirin yang hadir dengan sebaik mungkin daripada sebarang provokasi," katanya.

Selain itu, beliau juga merayu kepada hadirin supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan memberikan kerjasama kepada penganjur untuk menyelesaikan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.

NONEteresa kokMajlis tersebut bermula jam 9 malam ini turut dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua; ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad (kiri), Exco Kerajaan Selangor Teresa Kok (kanan) dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Sementara itu, Anwar dalam blognya hari ini menyebut, permit untuk mengadakan ceramah di Wangsa Maju telahpun diperolehi.

Polis membenarkan ceramah berkenaan berlangsung sehingga jam 10.30 malam dan Anwar akan berucap di ceramah tersebut pada jam 9 malam, menurut blog itu lagi.

Anwar yang juga ketua pembangkang berdepan dengan gelora besar selepas satu kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor, muncul mendakwa bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan liwat yang sedang dihadapinya.

utusan wikiLeaks anwarKabel itu adalah salah satu daripada 250,000 kabel diplomatik di antara Jabatan Negara Amerika dengan kedutaannya di seluruh dunia yang telah didedahkan Wikileaks di Internet.

Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel tersebut mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'.

http://www1.malaysiakini.com/news/150763




Share


Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman...


Merdeka Review

Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadikan satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membacakan doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Bacaan doa tersebut berkumandang sejurus selepas hampir 650 perwakilan yang menyertai konvensyen itu selesai menyanyikan lagu Negaraku, Lagu negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi parti.

Puluhan ahli-ahli DAP berbangsa Melayu yang hadir pada pada konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.

Bacaan doa bagi memohon kesejahteraan para peserta persidangan tersebut selain meminta pertolongan dan rahmat Allah Taala agar memberkati majlis dan perjuangan parti berkenaan adalah sesuatu yang asing bagi mana-mana DAP sebelum ini.

DAP yang kebanyakannya dianggotai oleh ahli-ahli berbangsa Cina sering dituduh sebagai cauvinis kaum itu kerana bilangan keanggotaannya yang lebih memihak kepada masyarakat Cina dan dakwaan cuba untuk meminggirkan orang Melayu serta India di negara ini.

Konvensyen kali ini turut menyaksikan seramai lapan calon Melayu daripada keseluruhan 88 calon bertanding bagi menawarkan diri untuk merebut 15 kerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dalam pemilihan dwi-tahunan itu, namun kesemua lapan calon itu kalah.

Namun, jawatankuasa DAP negeri memutuskan untuk melantik calon tunggal Melayu, Zulkifli Mohd. Noor untuk menjadi ahli jawatankuasa itu bagi penggal 2010 hingga 2012.

Selain Zulkifli, antara calon-calon Melayu yang bertanding ialah Kamarulzaman Mohd. Sharif, Mohd. Razali Abdul Rahim, Nurul Baizura Ismati, Yusof Mohamad, Rozaini Abdul Kadir dan Suhaimi Chee Mugther.

DAP sememangnya sukar untuk menarik orang Melayu bagi menjadi ahlinya setelah sering kali dituduh sebagai cauvinis sedangkan parti itu mendokong ideologi pelbagai kaum dengan berjuang untuk kepentingan rakyat tanpa mengira warna kulit, kaum, agama mahupun latar belakang.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11363




Share


Wikileaks mendedahkan Singapura mendakwa bahawa “Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten.”


The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Dec 12 — Malaysia’s improved ties with Singapore could be in jeopardy after the republic’s senior government officials reportedly said “Malaysia’s decline” is fuelled by incompetent politicians.

These officials were also less than complimentary about Malaysia’s prime ministers, past and present, with one of them calling Datuk Seri Najib Razak “an opportunist”

Their comments were contained in leaked US State Department cables and are likely to put pressure on the rollercoaster relations which both countries have had over decades.

The cables, obtained by WikiLeaks and published in The Sunday Age, disclose discussions between senior US officials and their Singapore counterparts Peter Ho, Bilahari Kausikan and Tommy Koh.

All three Singaporeans gave damning assessments of Malaysia. The discussions between the Singaporean and US officials took place in 2008 and 2009.

In September 2008, Kausikan, a senior foreign affairs official, told the US Deputy Secretary of Defense for East Asia David Sedney that the “situation in neighbouring Malaysia is confused and dangerous”, fuelled by “a distinct possibility of racial conflict” that could see ethnic Chinese “flee” Malaysia and “overwhelm” Singapore.

“A lack of competent leadership is a real problem for Malaysia,” said Kausikan, citing the need for Datuk Seri Najib Razak to prevail politically in order to avoid prosecution in connection with the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.

“Najib has his neck on the line in connection with a high-profile murder case,” noted Kausikan.

A few months earlier, Peter Ho told another US official: “The political knives will be out for Abdullah (Ahmad Badawi’s) son-in-law, Khairy Jamaluddin, whom nobody likes because he got where he is through family ties...”

Khairy is now the Umno Youth chief but has not been given an administrative post in Najib’s government despite being seen as one of the shrewder politicians in the country.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

“As for Najib Razak, he is an opportunist. Although he has not been critical of Singapore, he will not hesitate to go in that direction if it is expedient for him to do so. Najib’s political fortunes continue to be haunted by the murder scandal,” Ho had reportedly said.

The leaked cables will give ammunition to hawks in the Malaysian government and Umno who believe that it is unproductive to have good relations with Singapore, whom they describe as calculative and condescending.

The Najib administration has attempted to keep the relationship on an even keel and even untangled a long-standing dispute over Malaysian-owned railway land in the republic.

This breakthrough was made despite opposition by some quarters in the ruling party.

Both governments have agreed to set up a joint-venture company by December 31 to develop land parcels swapped for the prized railway land that cuts through the island state.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/singapore-officials-jibe-risks-warming-ties-with-malaysia/





Share



Berita ini disiarkan pada 3 November 2010 di Surat Akbhar Kosmo! Tajuknya adalah Jaminan Menteri selepas harga RON97 naik lima sen seliter mulai malam ini, Harga RON95 kekal tahun ini...

Adakah anda masih ingat kerajaan menjaminkan harga minyak tidak akan naik tahun ini? Adakah kerajaan lupa janji mereka setelah menang di Batu Sapi, Hulu Selangor?

Jadi bila GST akan dilaksanakan? Adakah selepas pilihan raya umum ke 13?


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!




Share


Tarikh pilihanraya semakin dekat, apakah langkah PKR untuk menaikkan imejnya? Jangan salahkan rakyat tapi lihat parti sendiri...





Laporan penuh di Malaysia Kini
http://www1.malaysiakini.com/news/150404


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!




Share


Datuk Seri S. Samy Vellu secara rasmi melepaskan jawatan sebagai presiden MIC yang disandangnya sejak 31 tahun lalu...


KUALA LUMPUR, 6 Dis — Datuk Seri S. Samy Vellu secara rasmi melepaskan jawatan sebagai presiden MIC yang disandangnya sejak 31 tahun lalu.

Pada sidang media yang menjadi tumpuan wartawan di ibu pejabat MIC tengah hari ini, Samy Vellu memberitahu, beliau telah menyerahkan surat meletak jawatan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat yang mengadakan mesyuarat khas pagi ini.

“Sebaik sahaja saya meninggalkan bilik ini, saya bukan lagi presiden (MIC),” kata beliau.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/samy-vellu-letak-jawatan-presiden-mic/



Saya menjangkakan apabila Samy Vellu letak jawatan maka pilihan raya umum sudah dekat...

jom sama-sama nantikan!

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!




Share












Berita terkini boleh didapati di http://twitter.com/GoMalaysian/mp-shout

Photo diambil daripada hanizat, NatAsasi, LeongJeeKeen, Rafizi Ramli, Teresa Kok, changlihkang twitter...

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!


Perarakan bermula, polis tembak gas pemedih mata

Penyokong baju merah sedang berarak menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan bayaran air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mula bergerak kira-kira jam 1.45 tengahari dan sejurus kemudian polis menembak sekurang-kurangnya dua gas pemedih mata ke arah mereka.

Ia berlaku ketika mereka melalui bulatan di Jalan Hishammuddin berhampiran Masjid Negara.Tidak dapat dipastikan dari arah mana gas pemedih mata itu ditembak

Berikutan itu, sebahagian peserta meneruskan perarakan manakala yang lainnya kelihatan berpatah balik ke arah Masjid Negara.

Difahamkan juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menaiki kereta yang diiringi oleh pihak polis menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Sebelum itu, penyokong baju merah mula berhimpun di Masjid Negara mulai jam 11 pagi tadi.


Sehingga jam 1 tengahari tadi, lebih 1,000 orang yang memakai baju merah di lihat di sekitar kawasan masjid.

Turut kelihatan mereka yang berpakaian biasa tetapi mengambil baju merah yang diedarkan di sekitar Masjid Negara.

Mereka dilihat membawa plakad bertulis 'kembalikan hak rakyat', 'tolak penswastaan' serta memakai ikat kepala bertulis 'kembali hak air rakyat'.

Sebelum itu, kedengaran mereka bersorak 'hidup rakyat', 'kembalikan hak-hak rakyat', dan yang paling lantang ialah laungan kumpulan mahasiswa.

Mereka kemudiannya masuk ke masjid untuk menunaikan solat Zohor.

Difahamkan, selepas itu mereka akan mengadakan solat hajat sebelum perhimpunan bermula.

Turut kelihatan ialah beberapa pemimpin Pakatan, antaranya timbalan presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pemimpn PAS, Dr Zulkefly Ahmad serta timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

http://malaysiakini.com/news/150026




Share


Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud hari ini telah mengesahkan pilihanraya negeri Sarawak akan diadakan selepas Krismas. Berita ini telah dilaporkan di portal berita berbahasa cina seperti sinchew daily dan kwong wah e-newspaper.


Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud hari ini telah mengesahkan pilihanraya negeri Sarawak akan diadakan selepas Krismas.

Berita ini telah dilaporkan di portal berita berbahasa cina seperti sinchew daily dan kwong wah e-newspaper.

Sinchew:
http://www.sinchew-i.com/node/186718?tid=3

Terjemahan kepada Bahasa Melayu (Google Translate)
http://translate.google.com/translate?js=n&prev=_t&hl=en&ie=UTF-8&layout=2&eotf=1&sl=zh-CN&tl=ms&u=http%3A%2F%2Fwww.sinchew-i.com%2Fnode%2F186718%3Ftid%3D3


kwong wah e-newspaper
http://www.kwongwah.com.my/news/2010/12/04/29.html

Terjemahan kepada Bahasa Melayu (Google Translate)
http://translate.google.com/translate?hl=en&sl=zh-CN&tl=ms&u=http%3A%2F%2Fwww.kwongwah.com.my%2Fnews%2F2010%2F12%2F04%2F29.html



[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Recent Posts