Menurut Malaysia Insider, harga minyak RON97 akan naik 10 sen malam ini...
Malaysian Insider
RON97 up 10 sen/L at midnight, sources say
KUALA LUMPUR, Jan 31 — The price of RON97 petrol will be increased by 10 sen to RM2.50 effective midnight, according to industry sources.
The price of the premium fuel was last raised on January 4, also by 10 sen.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
The government announced on July 16 last year that the price of RON97 will be subjected to a managed float to reflect the price of oil on the global market.
The latest increase will, however, not affect other fuels.
The base grade RON95 petrol remains at RM1.90 per litre, diesel at RM1.80 per litre, and LPG at RM1.90 per kg. The government currently subsidises 30 sen of the RON 95 fuel cost.
The Najib administration has opted to gradually slash subsidies as a way to reduce government deficit.
The government’s Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) had said last year that savings from fuel subsidy cuts amounted to about RM3 billion last year. This number will rise to RM14 billion this year, RM21 billion in 2012, RM29.5 billion in 2013, and RM35 billion in 2014.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ron97-up-10-sen-l-at-midnight-sources-say/
Hadiah Tenang : Harga Minak RON97 Naik 10 Sen
9:10 PM | 1Malaysia, Barisan Nasional, Current Issues, Rakyat, TheMalaysianInsider | 2 comments »Share
Tenang Dalam Banjir : Kemenangan UMNO Didahulukan?
11:21 AM | Chinese, Current Issues, Election, Johor, MerdekaReview, Pakatan Rakyat, PAS, Rakyat, Translation, UMNO | 2 comments »Share
Sungguhpun kalah dalam PRK Tenang, namun PAS mungkin boleh yakin dengan undi yang diraihnya melalui Pakatan Rakyat - sokongan yang melangkaui batas kaum dan agama. Malah, ia semestinya menyuntik semangat kepada pemimpin yang mengambil pendekatan sederhana dalam PAS.
Merdeka Review
Tenang dalam banjir : Kemenangan UMNO didahulukan?
Meskipun Barisan Nasional akhirnya berjaya untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang-nya, namun kemenangan ini pada hakikatnya memberi tamparan sengit kepada slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", tebu yang ditanam di bibir Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Najib Razak.
Apa tidaknya, apabila Tenang dilanda banjir yang setinggi paras pinggang (sedalam dua atau tiga kaki), sehingga menghalang sesetengah pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ia sebenarnya mencerminkan ketidakcekapan dan kepincangan kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan bandar. Belum lagi pertikaian yang semakin kuat didengar, sama ada pengundian perlu dihentikan atau ditangguhkan untuk memberi laluan sepenuhnya kepada kerja penyelamatan dan bantuan kepada mangsa banjir.
Ironinya, ketidakcekapan kerajaan inilah sebaliknya menyumbang kepada kemenangan BN. Pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah misalnya, dikelilingi air bah - menghalang kira-kira 90 orang pengundinya untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing, meskipun hanya satu kilometer jaraknya dari pusat pengundian.
Salah seorang pengundi merungut kepada wartawan MerdekaReview, mereka sudah berada di situ pada jam 4 petang, menunggu agar truk tentera menghantar mereka ke pusat pengundian. Hasrat mereka tidak kesampaian. Mereka akhirnya gagal bergerak walaupun satu kilometer dalam masa satu jam - dan jarak 1 km inilah yang menggagalkan suara mereka untuk diambil kira dalam PRK ini.
Bagaimanapun, UMNO-BN menang dengan majoriti 3,707 undi, lebih kurang daripada matlamat 5,000 undi yang digariskan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebelum ini. Apa yang lebih menarik, sokongan pengundi Cina masih memihak kepada Pakatan Rakyat, meskipun diwakili PAS kali ini - pola yang cukup meresahkan BN, terutamanya MCA dan Presidennya Chua Soi Lek.
Chua Soi Lek: Musuh luar dan dalam
Maklumlah, 14 PRK sejak PRU ke-12 sebenarnya cukup penat buat pemimpin dan penyokong kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pada hakikatnya, tidak banyak ruang khayalan untuk PR menawan kubu BN di Tenang, memandangkan 4,118 undi daripada jumlah keseluruhan datang dari kawasan FELDA.
Apa yang menarik, PRK Tenang adalah PRK pertama di Johor, kubu BN di Semenanjung Malaysia. Lebih-lebih lagi, DUN Tenang berada di bawah kawasan parlimen Labis, kawasan asal Presiden MCA Chua Soi Lek. MCA telah dilanda krisis pergelutan kuasa untuk hampir setahun, dan hanya reda (pada permukaannya) selepas pemilihan semula pada 28 Mac 2010. Satu soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center pada Mac 2010 mendapati "hanya 22% Cina anggap MCA relevan".
PRK Tenang menjadi kayu ukur untuk menilai prestasi Chua Soi Lek. Namun, untuk Chua Soi Lek, kemenangan BN di Tenang tidak membawa apa-apa makna yang positif untuk dirinya - seandainya undi Cina tidak melonjak. Malah, kesudahan yang mungkin paling sempurna dari perkiraan politik Chua Soi Lek adalah BN kalah, tetapi undi Cina meningkat. Ini kerana kesudahan sedemikian akan menonjolkan betapa pentingnya kedudukan MCA dalam UMNO, sementara membuktikan bahawa Presidennya berjaya mengembalikan sokongan Cina.
Ini menjelaskan mengapa Chua Soi Lek mengatur strategi untuk menyerang dengan isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalaman dengan lelaki atau tidak. Strategi ini langsung tidak mengambil sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, yang sudah tentunya bakal memberi impak kepada UMNO.
Begitu juga sebaliknya, Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin tidak mengambil kira perasaan MCA, terus menyelar Chua Soi Lek secara terbuka, malah mengeluarkan kenyataan bahawa "Malaysia adalah Negara Islam yang menjadi teladan", pada ketika MCA menakut-nakutkan komuniti Cina dengan isu Negara Islam.
Sebagai politikus veteran, Chua Soi Lek (gambar kiri, tengah) semestinya menyedari bahawa selain musuh dari Pakatan Rakyat, antara parti komponen BN, beliau juga berdepan dengan musuh dalam MCA sendiri. Seandainya beliau gagal mempertahankan undi Cina di kawasan dirinya (sungguhpun kini disandang anaknya, Chua Tee Yong), maka keupayaan beliau akan dipertikaikan oleh pemimpin yang menggosok tangan dalam MCA. Dan ia mungkin pencetus konflik dalaman seterusnya dalam MCA.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Keputusan hari ini jelas menunjukkan bahawa strategi Chua Soi Lek untuk menakutkan pengundi Cina dengan isu "Negara Islam" hilang mujarabnya. Sama ada MCA bakal tunduk kepada realiti ini, ataupun kekal menggunakan senjata terakhir ini, akan diketahui dalam PRK Merlimau yang bakal diadakan pada hujung Februari depan.
Kedudukan PAS di kawasan campuran
Untuk PAS pula, PRK Tenang sebenarnya lebih merupakan pertarungan untuk menguji kedudukannya di kawasan campuran. Rakan partinya dalam Pakatan Rakyat, DAP dilihat bersungguh-sungguh untuk menangkis serangan dari MCA terhadap PAS. Jikalau "Negara Islam" menjadi isu yang menghantui hubungan antara PAS dengan DAP pada masa dahulu, kini kedua-dua parti ini kelihatan lebih matang untuk berdepan dengan isu yang kontroversi ini.
Keputusan PRK Tenang menyaksikan PAS meraih sokongan yang melonjak di komuniti Cina, dan mungkin lebih tinggi seandainya pengundi tidak disekat banjir. Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Wong Chin Huat menyimpulkan keputusan ini dengan "UMNO menewaskan PAS, dan PAS pula menewaskan MCA".
Wong Chin Huat mengingatkan bahawa, PAS masih mampu melonjakkan sokongan pengundi Cina terhadap dirinya dalam keadaan kadar pengundian menurun, malah di kawasan kubu Presiden MCA sendiri!
Ini bermakna, MCA akan tewas dengan lebih teruk jikalau calon DAP atau PKR menyarung jersi dalam PRK ini. Malah, jikalau keadaan yang sama berlaku di kawasan yang bukannya kubu MCA, kekalahannya akan lebih ketara, menurut Wong Chin Huat.
Bagaimanapun, keputusan sedemikian mengesahkan sekali lagi realiti bahawa PR menghadapi kesukaran di kawasan desa, khususnya kawasan FELDA dan ladang estet.
Sungguhpun kalah dalam PRK Tenang, namun PAS mungkin boleh yakin dengan undi yang diraihnya melalui Pakatan Rakyat - sokongan yang melangkaui batas kaum dan agama. Malah, ia semestinya menyuntik semangat kepada pemimpin yang mengambil pendekatan sederhana dalam PAS. Cuma, PAS perlu memikirkan sesuatu untuk menembusi kubu UMNO di kawasan pedalaman, yang mana pendekatan ini tidak semestinya perlu mengorbankan undi bukan Melayu-Muslim.
Baca selebihnya di http://merdekareview.com/bm/news.php?n=11518
Tenang By Election Result | Keputusan Pilihanraya Kecil Tenang
9:14 PM | Barisan Nasional, Current Issues, Election, Johor, PAS, UMNO | 2 comments »Share
Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Tenang
PAS: 2992
Majoriti :3707
Keputusan di setiap saluran mengundi akan menyusul...
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
DUN Tenang By-Election Latest Result | Keputusan Terkini Daripada Pilihanraya Kecil DUN Tenang
1:53 PM | Barisan Nasional, Current Issues, Election, Johor, Live Events, Pakatan Rakyat, PAS, Politik Baru | 0 comments »Share

Perbincangan Terkini boleh diperolehi di Blog Berikut:
GreenBoc
http://greenboc.blogspot.com/
Anil Netto Blog: (bermula dari 3pm)
http://anilnetto.com/
Berita Harian: (bermula dari 6pm)
http://www.bharian.com.my/
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
(Gambar) Suasana Pagi Di DUN Tenang
12:01 PM | 1Malaysia, Barisan Nasional, Election, Johor, Makkal Sakti, Pakatan Rakyat, PAS, Politic News In Photo, UMNO | 0 comments »Share

Suasana pagi di DUN Tenang. Hujan lebat pada waktu pagi sedikit-sebanyak menganggu proses membuang undi di Tenang. Menurut SPR, reramai 5,703 pengundi atau 38.66 peratus keluar mengundi setakat 11pm.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Gambar dipetik daripada PAS JB
http://www.facebook.com/album.php?aid=45031&id=100000422421093
(Gambar) Ceramah Pakatan Rakyat Di Tenang Disambut Dengan Meriah
11:54 PM | 1Malaysia, Barisan Nasional, Current Issues, Election, Johor, Pakatan Rakyat, Politic News In Photo | 0 comments »Share

Ceramah Pakatan Rakyat meriah walaupun hujan lebat dan jamuan 1Malaysia cuba untuk "merebut" penduduk Labis dengan hadiah-hadiah menarik.
Baca selebihnya:
Ceramah 1Malaysia Tenang Yang Penuh Dengan Hadiah Menarik
http://gomalaysian.blogspot.com/2011/01/ceramah-1malaysia-tenang-yang-penuh.html
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Untuk lebih banyak video ceramah, sila rujuk kepada:
Selangor TV Twitter:
http://twitter.com/tvs2009
dan
Media Rakyat Twitter:
http://twitter.com/mediarakyatnet
Gambar dipetik daripada Tony Pua Twitter
Pilihanraya Kecil DUN Tenang Penentu Harga Minyak RON95
9:10 PM | Current Issues, Election, Johor, MerdekaReview, Rakyat, Translation | 0 comments »Share

Dua hari sebelum hari pengundian PRK Galas dan Batu Sapi, iaitu pada 2 November 2010, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen perliter, kepada RM2.15.
Merdeka Review
PRK Tenang penentu harga minyak RON95
Dua hari sebelum hari pengundian PRK Galas dan Batu Sapi, iaitu pada 2 November 2010, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen perliter, kepada RM2.15. Menaikkan harga barang menjadi sesuatu yang pantang sebelum pilihan raya. Ironinya, keputusan pilihan raya memperlihatkan bahawa bukan sahaja pengundi tidak rasa tersinggung, malah BN memperolehi undi majoriti yang lebih banyak di kedua-dua kawasan, sebahagian besarnya mungkin disebabkan faktor tempatan. Ia memberi lampu hijau kepada kerajaan BN untuk mendakwa bahawa rakyat merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.
Selepas satu bulan, kerajaan BN yang mendapat galakan daripada rakyat menaikkan harga RON97 sebanyak 15 sen lagi, kemudian melanjutkan kenaikan harga kepada RON95, diesel, gas dan gula. Pada 5 Januari 2011, harga minyak RON97 dinaikkan kepada RM2.40, bersamaan kenaikan 30 sen perliter dalam tempoh dua bulan, atau kadar kenaikan 14%.
Maka, PRK Tenang bakal membawa dua kesan utama. Pertama, tarikh pilihan raya umum. Kedua, perubahan harga barang. Struktur pengundi Tenang mengikut kaum adalah Melayu (sedikit lebih kurang daripada 50%), Cina (38%), India dan lain-lain (12%), tidak jauh daripada nisbah populasi pengundi peringkat negara.
Jadi, meskipun Johor merupakan kubu BN, dan secara umumnya menganggap UMNO bakal menang dalam PRK Tenang, tetapi kedua-dua BN dan PRK masih berhempas pulas - kerana melihat ia sebagai pertarungan awal sebelum PRU ke-13. Seandainya BN menang, maka ia akan terus mendesak selangkah ke depan. Sebaliknya, jikalau BN menang tipis, maka PR akan mendakwa sentimen tsunami politik 8 Mac 2008 belum menyurut.
Kemenangan besar BN akan mengundang kenaikan harga
Sudah tentunya tarikh PRU bakal memberi kesan kepada perubahan harga barang. Jikalau langkah PRU semakin hampir, maka harga barang akan melonjak hanya selepas pilihan raya. Sebaliknya, jikalau PRU tidak diadakan segera, maka harga barang mungkin dinaikkan dahulu supaya perbelanjaan kerajaan dijimatkan, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan kadar kenaikan tersebut.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Untuk menyimpulkan kesannya terhadap tarikh PRU dan harga barang, PRK Tenang mungkin mempunyai tiga kesudahan.
Pertama, BN menang besar, malah melebihi sokongan pada tahun 2004. Ia mungkin memberangsangkan BN untuk mengadakan PRU sebelum Jun tahun ini (mungkin serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak). Jadi, kenaikan harga lantaran pengurangan subsidi mungkin berlaku selepas pertengahan tahun ini.
Kedua, BN memperolehi keputusan yang lebih baik daripada 8 Mac 2008, namun gagal mengembalikan sokongan yang diperolehi pada PRU tahun 2004. Jadi, BN tidak berani untuk mengadakan PRU dengan segera. Dalam keadaan ini, kenaikan harga barang mungkin berlaku secara berperingkat. Kerajaan mengurangkan defisit, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan keadaan - untuk mengurangkan impak inflasi terhadap BN dalam pilihan raya.
Ketiga, BN menang tipis atau kecundang. Bukan sahaja PRU terpaksa ditunda untuk menunggu keadaan ekonomi pulih, malah "subsidy rationalization" akan diperlahankan langkahnya.
Selepas krisis Greek, adalah menjadi sesuatu yang "wajib" untuk kerajaan mengurangkan subsidi di negara merata dunia. Bezanya, pendekatan dan pakej pengurangan subsidi. Langkah pertama kerajaan Ireland, Britain dan Sepanyol mengurangkan subsidi adalah pengurangkan gaji menteri kabinet dan pegawai kanan, untuk menunjukkan "berat sama dipikul". Lebih penting, jikalau langkah pengurangan subsidi atau perbelanjaan kebajikan itu membebankan golongan bawah, maka kerajaan harus mengemukakan pakej untuk meringankannya.
Jikalau BN tewas atau terkejut dengan keputusan PRK Tenang, maka agak mustahil untuk harga minyak RON 97 dinaikkan dalam tempoh enam ini, malah subsidi kepada barangan kawalan yang lain juga tidak akan dikurangkan segera. Sekurang-kurangnya kerajaan akan merasai bahang tekanan, dan perlu menawarkan sesuatu sebaliknya, misalnya penurunan harga pengangkutan awam sebagai pampasan kepada rakyat. Malah, pengurangan gaji menteri, pegawai kanan kerajaan, elaun pelancongan dan sebagainya, mungkin perlu dimasukkan sebagai agenda.
Jadi, mampukah 14,592 orang pengundi di kawasan Tenang membantu rakyat di seluruh negara untuk menghalang kenaikan harga barang?
Teks Asal:
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11497
Ceramah 1Malaysia Tenang Yang Penuh Dengan Hadiah Menarik
5:39 PM | 1Malaysia, Barisan Nasional, Current Issues, Johor, Pakatan Rakyat, Politic News In Photo, Politik Baru | 1 comments »Share

Jamuan 1Malaysia yang penuh dengan hadiah-hadiah menarik menjadi taktik baru oleh Barisan Nasional untuk menarik penduduk Tenang supaya tidak hadir ke ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.
Taktik ini sebenarnya telah digunakan oleh BN dalam beberapa pilihanraya kecil yang lepas dan terbukti berjaya menghalang penduduk setempat untuk menghadiri ceramah oleh Pakatan Rakyat.
Taktik pemberian hadiah 1Malaysia serta memakai T-Shirt 1Malaysia juga menjadi salah satu faktor kekalahan PR di pilihanraya kecil yang lepas.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Hadiah-hadiah menarik untuk jamuan malam ini adalah seperti 2 mesin basuh, 5 42"TV, 5 motor, 5 basikal, 5 kipas dan sebagainya...
Persoalan saya, dari manakah sumber wang? Harapa penganjur menjelaskannya.
Gambar diambil dari twitter Tony Pua
(Gambar) Ceramah Pakatan Rakyat Pada Hari Terakhir Di DUN Tenang
10:03 PM | Barisan Nasional, Current Issues, Election, Johor, Pakatan Rakyat, Photo, Politic News In Photo, Politik Baru | 0 comments »Share

Gambar-gambar ceramah Pakatan Rakyat pada hari terakhir sebelum mengundi di DUN Tenang.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Sedikit laporan daripada Twitter Tony Pua (MP PJ Utara):
The crowd @ DAP Labis dinner goes absolutely wild w/ d arrivl of calon Cikgu Normala
The atmosphere has gone beyond electric with d arrival of DS HadiAwang, @anwaribrahim and @cmlimguaneng here in Labis DAP dinner
Hundreds more following d nite's speakers outside d venue on our screens in Tenang
Atmosphere's electric here @ '000 ppl DAP Labis dinner in support of PAS Cikgu Normala in Tenang!
Sedikit laporan daripada Twitter Sim Tze Tzin (ADUN Dari Pulau Pinang):
Excitement, optimism & confidence in #Tenang!
Tenang dinner ceramah is HOT!!!! We see hope.
[Raja Petra] Mengapa Setiausaha Negeri Harus Dipilih Oleh Kerajaan Negeri
12:54 AM | Bubar DUN Perak, Current Issues, Malaysia, Malaysia Today, Perak, Raja Petra, Selangor, Translation, Video | 0 comments »Share

Ketika pada 23 Januari 2011, saya telah bercakap tentang kepentingan bahawa Kerajaan Negeri untuk menentukan calon Setiausaha negeri dan bagaimana Setiausaha Negeri memainkan peranan penting dalam mensabotajkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Terjemahan Daripada:
http://malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/37632-why-the-state-secretary-must-be-the-choice-of-the-state-government
Rakaman Terdahulu
[Raja Petra] Sabah Dan Sarawak Masih Dikoloni?
[Raja Petra] Ramai Yang Bercerita Tentang Kuasa Ketiga Tetapi Hanya Segelintir Yang Memahaminya
[Raja Petra] Polisi Kaum Dan Agama Barisan Nasional Sudah Ketinggalan Zaman
[Raja Petra] Rakyat Malaysia Timur Inginkan Autonomi Daripada Kuala Lumpur
[Raja Petra] Anda Dapat Berkahwin Pada Umur 14 Tetapi Tidak Untuk Mengundi
[Raja Petra] 12 Isu Yang Perlu Didebat
[Raja Petra] Khairy Seharusnya Berdebat Dengan Pemimpin Yang Sama Taraf Dengannya
[Raja Petra] Mengapa Tiga Negeri Terkaya Di Malaysia Merupakan Negeri Yang Termiskin?
[Raja Petra] Kesan Rasuah : Kehilangan Nyawa
[Raja Petra] BN Dan PR Tidak Yakin Mereka Akan Memang Pilihanraya Akan Datang
[Raja Petra] Krismas Parti Di Istana Terengganu
[Raja Petra] Mengapa UMNO Mahu Mengembalikan Pulau Pinang Kepada Kedah
[Raja Petra] Apa Yang Harus Dilakukan Oleh Pakatan Rakyat Supaya Tidak Kalah Dalam Pilihanraya Akan Datang
[Raja Petra] APCO Bukan Pasal Yahudi Tetapi Pasal Wang Yang Telah Dibelanjakan
[Raja Petra] Kekeliruan Perlantikan SUK Selangor
[Raja Petra] Ketuanan Rakyat VS Ketuanan Melayu
[Raja Petra] Wakil Rakyat Yang Berfikiran Berdikari
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
(Gambar) Ceramah Calon PAS, Cikgu Normala Di Tenang
11:01 PM | Barisan Nasional, Current Issues, Election, Islam, Johor, MCA, PAS, Politic News In Photo, Racist | 0 comments »Share

Menurut Twitter Tony Pua, ceramah PAS di kawasan Tenang semakin mendapat sambutan daripada penduduk setempat.
Selain itu, menurut laporan Malaysia Kini di Tenang, rata-rata pengundi Cina di Tenang tidak makan dengan taktik yang dimainkan oleh MCA iaitu membangkitkan isu sarung tangan.
Mereka mengganggap rakyat Malaysia harus memahami dan saling menghormati agama di antara satu sama lain, isu yang lebih dititikberatkan adalah seperti kualiti calon, kesanggupan calon berkhidmat dan sebagainya.
Baca disini:
P'raya Tenang: Isu 'jabat tangan' makan diri?
http://www1.malaysiakini.com/news/154311
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Fitnah dan seranggan peribadi juga dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti disini:
PAS nafi calonnya tanya 'kenapa jual arak'
http://www1.malaysiakini.com/news/154276
Taktik MCA itu juga dikatakan makan balik sendiri kerana pengundi Melayu semakin tidak berpuas hati dengan taktik MCA memainkan isu agama. Hal ini telah menyebabkan Timbalan PM meminta MCA berhenti bermainkan isu tersebut:
Muhyiddin minta MCA henti main isu salam
http://www1.malaysiakini.com/news/154315
(LIVE) Sidang Khas DUN Selangor : Kembalikan Kuasa Perlantikan Kepada Sultan Dan MB Selangor
9:45 AM | Barisan Nasional, Current Issues, Events, Live Events, Pakatan Rakyat, Policy, Politik Baru, Selangor, Video | 0 comments »Share

Sidang Khas DUN Selangor pada 24 Januari akan membincangkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.
Mesyuarat Dewan Negeri Selangor 24 Januari 2011
Menurut Peraturan 10(3), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor
Tarikh : 24 Januari 2010 (Isnin)
Masa : 10 pagi
Berita Berkaitan:
Harakahdaily
SUK: Sidang khas Dun Selangor 24 Jan
SHAH ALAM, 11 Jan: Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
Dalam kenyataan pejabat speaker Dun Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua Adun Selangor.
Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Menurut kenyataan itu yang dilapor Malaysiakini, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh Dun ditangguhkan.
"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu.
Semalam, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
Ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.
http://www.harakahdaily.net/
(LIVE) Sidang Khas DUN Selangor Esok (24 Januari 2011)
10:44 PM | Barisan Nasional, Current Issues, Events, Live Events, Pakatan Rakyat, Policy, Politik Baru, Selangor, Video | 0 comments »Share
Sidang Khas DUN Selangor pada 24 Januari akan membincangkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.
Mesyuarat Dewan Negeri Selangor 24 Januari 2011
Menurut Peraturan 10(3), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor
Tarikh : 24 Januari 2010 (Isnin)
Masa : 10 pagi
Siaran Langsung di www.tvselangor.com dan Portal Multimedia (Pengguna Rangkaian SUK) atau GoMalaysian.Blogspot.Com
Siapa derhaka?
Esok jom kita tengok sidang khas DUN Selangor yang akan membincangkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.
GoMalaysian.Blogspot.Com juga akan menyediakan siaran langsung dari DUN Selangor seperti yang tertera di sebelah kanan blog.
Sebarkan berita ini...
Sekian Terima Kasih
Berita Berkaitan:
Harakahdaily
SUK: Sidang khas Dun Selangor 24 Jan
SHAH ALAM, 11 Jan: Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
Dalam kenyataan pejabat speaker Dun Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua Adun Selangor.
Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Menurut kenyataan itu yang dilapor Malaysiakini, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh Dun ditangguhkan.
"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu.
Semalam, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.
Ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.
http://www.harakahdaily.net/
Lagi Projek Mega Di Pulau Langkawi
4:10 PM | 1Malaysia, Bernama, Current Issues, Kedah, Malaysia, Opinion, Projek Mega, Rakyat | 0 comments »Share
Kerajaan sentiasa berkata subsidi akan menyebabkan Malaysia mengalami muflis, tetapi bagaimana pula dengan projek-projek mega yang dilancarkan oleh kerajaan?
Bernama
Menara setinggi 135m bakal jadi mercu tanda baru Langkawi
LANGKAWI, 22 Jan — Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa, iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan.
“Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah hari ini.
Beliau berkata menara itu akan membolehkan lebih 50 pengunjung berada di tingkat atas pada satu-satu masa, dan pelancong dapat melihat pemandangan indah di sekelilingnya, termasuk ketika matahari terbenam.
Selain itu, pengunjung boleh menikmati makanan di sebuah restoran yang akan ditempatkan di menara tersebut.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyokong pembinaan menara tersebut.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
“Kita memberi kemudahan kepada syarikat yang hendak membangunkan menara itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah itu.
Pengerusi Eksekutif Syarikat Blackrock Datuk Abu Hassan Mohamed sebagai pemaju projek itu berkata, tanah seluas 11.33 hektar di pesisir pantai berhampiran Kuah akan ditebus guna pada bulan depan.
Beliau berkata projek pembinaan menara itu akan bermula Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.
Katanya, sebuah pusat sehenti pelancongan dan gerai makanan yang menghidangkan juadah tempatan akan turut dibina di kawasan menara sebagai tarikan.
Selain itu, kawasan nelayan di situ akan dibangunkan untuk manfaat bersama.
(Video) Ceramah Anwar Ibrahim Di DUN Tenang
11:40 AM | 1Malaysia, Anwar, Current Issues, Election, Johor, Najib, Video | 3 comments »Share
Ceramah Anwar Ibrahim di Pilihan Raya Kecil Tenang mengenai isu APCO dan sebagainya.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[Raja Petra] Sabah Dan Sarawak Masih Dikoloni?
8:19 PM | 1Malaysia, Anak Malaysia, Makkal Sakti, Malaysia, Malaysia Today, Raja Petra, Sabah, Sarawak | 0 comments »Share

Apakah erti sebenar kemerdekaan. Rakyat Sabah dan Sarawak seharusnya telah mencapai kemerdekaan atau mereka hanya menukar dari koloni kulit putih kepada koloni kulit coklat?
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Terjemahan Daripada:
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/37429-sabah-and-sarawak-are-still-colonies
Rakaman Terdahulu
[Raja Petra] Polisi Kaum Dan Agama Barisan Nasional Sudah Ketinggalan Zaman
[Raja Petra] Rakyat Malaysia Timur Inginkan Autonomi Daripada Kuala Lumpur
[Raja Petra] Anda Dapat Berkahwin Pada Umur 14 Tetapi Tidak Untuk Mengundi
[Raja Petra] 12 Isu Yang Perlu Didebat
[Raja Petra] Khairy Seharusnya Berdebat Dengan Pemimpin Yang Sama Taraf Dengannya
[Raja Petra] Mengapa Tiga Negeri Terkaya Di Malaysia Merupakan Negeri Yang Termiskin?
[Raja Petra] Kesan Rasuah : Kehilangan Nyawa
[Raja Petra] BN Dan PR Tidak Yakin Mereka Akan Memang Pilihanraya Akan Datang
[Raja Petra] Krismas Parti Di Istana Terengganu
[Raja Petra] Mengapa UMNO Mahu Mengembalikan Pulau Pinang Kepada Kedah
[Raja Petra] Apa Yang Harus Dilakukan Oleh Pakatan Rakyat Supaya Tidak Kalah Dalam Pilihanraya Akan Datang
[Raja Petra] APCO Bukan Pasal Yahudi Tetapi Pasal Wang Yang Telah Dibelanjakan
[Raja Petra] Kekeliruan Perlantikan SUK Selangor
[Raja Petra] Ketuanan Rakyat VS Ketuanan Melayu
[Raja Petra] Wakil Rakyat Yang Berfikiran Berdikari
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[Raja Petra] Ramai Yang Bercerita Tentang Kuasa Ketiga Tetapi Hanya Segelintir Yang Memahaminya
3:40 PM | Barisan Nasional, Makkal Sakti, Malaysia, Malaysia Today, Pakatan Rakyat, Raja Petra, Rakyat, Translation, Video | 0 comments »Share

Kebanyakan rakyat Malaysia berpendapat, kuasa ketiga hanya membawa maksud pertarungan tiga penjuru dan hasil daripada itu, ia hanya merugikan pihak pembangkang dan memberikan kebaikan kepada pihak pemerintah. Pemahaman yang cetek mengenai isu ini telah menyebabkan mereka membuat pendapat yang ringkas dan mengetepikan isu penting seperti qualiti calon dan sebagainya.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Terjemahan Daripada:
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/37428-many-talk-about-the-third-force-but-very-few-understand-its-meaning