
Keputusan Pilihanraya Kampus bagi Universiti Kebangsaan akan diketahui kelak. Setakat ini, UM dan UPM telah mengumumkan keputusan pilihanraya mereka...
Keputusan Pilihanraya Kampus UM:
Pro Mahasiswa: 23
Pro Aspirasi: 16
Keputusan Pilihanraya Kampus UPM
Pro Mahasiswa: 11
Pro Aspirasi: 32
Keputusan Pilihanraya Kampus UKM
Pro Mahasiswa: 22
Pro Aspirasi: 15
Keputusan Pilihanraya Kampus USM
Pro Mahasiswa: 18
Pro Aspirasi: 23
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
(Pilihanraya Kampus) Pro Mahasiswa Menang Di UM, UPM Dimenangi Oleh Pro Aspirasi
10:09 PM | Current Issues, Democracy, Election | 0 comments »Share
Malaysia Terus Terkebelakang Berbanding Jiran
6:30 PM | Anak Malaysia, Anwar, Current Issues, Malaysia, MerdekaReview | 0 comments »Share

Pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.2% yang dicatatkan negara pada tahun 2010 perlu dikaji dengan lebih dekat untuk memahami keseluruhan implikasinya...
Malaysia Terus Terkebelakang Berbanding Jiran
Anwar Ibrahim
Pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.2% yang dicatatkan negara pada tahun 2010 perlu dikaji dengan lebih dekat untuk memahami keseluruhan implikasinya.
Angka 7.2% perlu dibandingkan dengan pencapaian jiran-jiran kita dan bukannya dinilai secara bersendirian. Singapura dan Indonesia contohnya masing-masing berjaya mencatatkan pertumbuhan 14.5% dan 6.1% dalam tahun 2010. Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura.
Pertumbuhan 14.5% yang dicatatkan Singapura disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor perkilangan pada kadar 29.7% pertumbuhan tahunan. Jika dibandingkan dengan Singapura, pencapaian kita malap dalam kedua-dua aspek - pertumbuhan ekonomi hanyalah separuh dari yang dicapai Singapura, sementara pertumbuhan sektor perkilangan pada kadar 11.4% hanyalah setakat satu pertiga pencapaian Singapura.
Penjelasan kedua-dua kerajaan dalam menerangkan perbezaan pertumbuhan sektor perkilangan ini adalah amat berbeza. Singapura menyatakan bahawa permintaan yang kukuh dari pasaran dunia memesatkan pertumbuhan sektor perkilangannya, sementara Malaysia pula menyalahkan pasaran dunia sebagai akibat kelembapan sektor perkilangannya - padahal kedua-dua negara sama-sama bergantung kepada barangan eksport dan pasaran dunia.
Hakikatnya, barangan yang dikilang di Malaysia semakin hilang daya saingnya di pasaran dunia kerana kita tersekat di tangga nilai yang bawah dan terpaksa bersaing dengan negara-negara yang struktur kosnya lebih murah; sedangkan pesaing seperti Singapura terus menghasilkan barangan bernilai tinggi. Amaran mengenai masalah ini telah diberikan sejak sedekad yang lalu, namun tidak ada satu langkah yang berkesan yang diambil kerajaan selain dari retorik politik yang dibayar oleh rakyat.
Pertumbuhan sektor perkilangan yang lebih rendah berbanding jiran diburukkan lagi dengan penguncupan dua sektor penyumbang utama di dalam suku keempat 2010. Sektor perlombongan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui hasil minyak dan gas serta kelapa sawit. Kedua-dua sektor ini mencatatkan penguncupan dalam suku keempat pada kadar 1.3% (perlombongan) dan 4.3% (pertanian). Akibatnya, pertumbuhan tahunan yang sangat rendah pada kadar 0.2% (perlombongan) dan 1.7% (pertanian) adalah satu lagi petanda bahawa ekonomi kita semakin malap.
Pandangan ini diperkuatkan lagi oleh angka-angka beberapa indeks yang digunakan untuk menilai sentimen masyarakat niagawan dan orang ramai mengenai hala tuju ekonomi negara. Indeks Suasana Perniagaan yang diterbitkan oleh Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) hilang 5.4 mata dalam suku keempat 2010 untuk jatuh ke paras bawah 100 mata buat kali pertama dalam tempoh dua tahun. Malah, keyakinan masyarakat niagawan ke atas prospek ekonomi seperti yang dilambangkan oleh indeks ini menunjukkan penurunan sejak awal 2010 lagi. Bagi sentimen keyakinan orang ramai pula, walaupun Indeks Sentimen Pengguna menokok ke paras 117.2 mata dalam suku keempat, paras itu masih belum setanding dengan paras keyakinan tahun 2007 sebelum kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak dalam tahun 2008.
Najib Razak sepatutnya lebih ikhlas dan mengakui bahawa ada jurang yang besar di antara pengumuman projek-projek mega yang dibuat dibawah ETP dan realiti ekonomi yang ditanggung masyarakat niagawan dan orang ramai. Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih ragu-ragu bahawa siri pengumuman projek itu hanyalah wayang yang akhirnya akan menguntungkan golongan pemerintah dan niagawan elit tanpa menyelesaikan masalah pokok dan struktur ekonomi negara.
Pengurusan fiskal dan kewangan negara juga menunjukkan perbezaan yang besar di antara Malaysia dan jiran kita, terutamanya Indonesia.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Tidak seperti Malaysia, Indonesia berjaya mengelak dari kemelesetan ekonomi tahun 2009 dan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.1% dalam tahun 2010, menjadikannya salah sebuah ekonomi paling mampan di antara 20 negara terkaya di dunia. Laporan United Nations Global Investment Trend Monitor (diterbitkan oleh UNCTAD pada 17 Januari 2011) mencatatkan aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD12.8 bilion bagi tahun 2010; yang kedua tertinggi di rantau ini selepas Singapura. Pelaburan baru menyumbang sebanyak 32.2% kepada ekonomi Indonesia sementara perbelanjaan kerajaan menyumbang hanyalah 9.1% kepada pertumbuhan ekonomi. Keseluruhan pencapaian ini berasaskan perbelanjaan kerajaan yang berhemah dan tidak berlebihan. Angka defisit fiskal dan hutang kerajaan hanyalah masing-masing 1.1% dan 28.3% berbanding KDNK bagi tahun 2010.
Keadaannya sangat berbeza di Malaysia. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM407 bilion menjelang akhir 2010, bersamaan 53.1% berbanding saiz KDNK negara. Kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projek-projek mega dan perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara.
Defisit fiskal negara memuncak pada aras 7% dalam tahun 2009 dan hanya menurun kepada 5.6% tahun lalu, sedangkan sasaran kerajaan yang diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah 5.3% bagi tahun 2010. Malaysia hanya berjaya menarik aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD7 bilion dalam tahun 2010, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat sejumlah USD37.4 bilion aliran masuk pelaburan asing.
Berdasarkan angka-angka dan perbandingan ini, jelas bahawa pertumbuhan 7.2% hanyalah satu lagi bukti bahawa ekonomi kita semakin terkebelakang berbanding dengan negara jiran. Daya saing Malaysia di pasaran antarabangsa semakin merudum dan kedudukan fiskal serta kewangan negara lebih buruk berbanding negara-negara jiran.
Rakyat tidak akan terkeliru dengan pelbagai kempen dan janji manis yang dibuat kerajaan dan akan terus menuntut reformasi ekonomi agar prospek ekonomi yang malap ini dapat diubah. Reformasi ekonomi hanya akan berkesan sekiranya didokong oleh reformasi politik yang ikhlas.
Malangnya, Kerajaan Persekutuan yang ada telah dibuktikan berkali-kali tiada keikhlasan dalam melaksanakan reformasi politik. Makanya, sebarang dasar ekonomi yang diperkenalkan sebagai reaksi politik tidak akan berjaya menyelesaikan masalah kemalapan ekonomi Malaysia.
*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Parlimen dan Ketua Umum PKR.
(LIVE) Ceramah Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia di Pulau Pinang
10:15 PM | Makkal Sakti, Malaysia, Pakatan Rakyat, Penang, PKR | 0 comments »Share
(LIVE) Ceramah Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia di Pulau Pinang, boleh ditonton di TV Selangor sekarang!!!
Live > http://live.tvsnews.net/
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Tanda-Tanda Awal PRU Semakin Hampir
8:59 PM | 1Malaysia, Anak Malaysia, Barisan Nasional, Election, Malaysia, Pakatan Rakyat | 0 comments »Share

Pilihanraya umum ke-13 makin hampir.Tanda-tanda kearahnya makin jelas, apabila parti-parti politik kelihatan sedang bersiap sedia mengatur stratiji dan mengemaskini organisasi bagi memenangi hati nurani rakyat terutama para pengundi bagi menentukan untuk menerajui kerajaan selama lima tahun akan datang...
Detik Daily
Pilihanraya umum ke-13 makin hampir.Tanda-tanda kearahnya makin jelas, apabila parti-parti politik kelihatan sedang bersiap sedia mengatur stratiji dan mengemaskini organisasi bagi memenangi hati nurani rakyat terutama para pengundi bagi menentukan untuk menerajui kerajaan selama lima tahun akan datang.
Umno-BN sibuk melakukan baikpuleh setelah mengalami kemerosotan pengaruh dalam pilihanraya lalu yang bermula Mac 2008.Ini diperjelaskan lagi apabila kerajaan mengumumkan pelbagai galakan kepada rakyat untuk memenangi hati mereka supaya mengundi Umno-BN.
Umno-BN juga mendapat galakan dari keputusan-keputusan pilihanraya kecil yang memihak kepada nya dan dengan itu berminat untuk segera mengadakan pilihanraya sebelum pengundi mengubah pendirian untuk menolak parti yang memerintah sejak merdeka hampir 54 tahun lalu.
Penyataan-penyataan politik untuk memujuk rakyat, antaranya yang terbaru mengurangkan kadar tol di Taman Medan dari RM 1.60 kepada RM 1.00.Lebih banyak lagi pengumuman- pengumuman untuk mengula-gulakan rakyat akan dilakukan sebelum pilihanraya ke-13 diadakan.
Semua tindakan dan langkah kerajaan yang diambil mutakhir ini bermotifkan politik termasuk operasi piramid bagi menyelamatkan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang dilanda revolusi kebangkitan rakyat yang menyaksikan tumbangnya pemerintahan diktator Presiden Hosni Mubarak.
Pengangkutan pulang pelajar Malaysia di Mesir yang diangkut berperingkat-peringkat selesai sebaik sahaja keadaan di Mesir mulai puleh.Kerajaan menangung belanja kepulangan dan kini apabila keadaan mulai puleh pelajar-pelajar ini mahu pulang semula keMesir, tetapi kerajaan tidak lagi mahu menanggung belanja kepulangan mereka.
Pengangkutan membawa pulang pelajar-pelajar ini adalah bertujuan untuk mendapat mileage politik bagi meraih undi dalam pilihanraya tetapi berkemungkinan tindakan ini akan menerima kesan balas yang tidak mengembirakan Umno-BN,kerana pelajar-pelajar ini bukanlah gulungan yang mudah
dipergulakan dengan daayah-daayah Umno-BN.
Apabila pelajar-pelajar ini akhirnya terpaksa pulang dengan belanja sendiri pula,setelah mereka digalakkan untuk pulang oleh kerajaan dengan belanja yang ditanggung,sedang sebahagian darinya terpaksa berkorban untuk tidak menghadapi peperekasaan yang dijadualkan ,maka kepulangan mereka lebih menimbulkan kesulitan dari kelegaan.
Beberapa pertimbangan akan dibuat sebelum pilihanraya umum diadakan.Umno-BN kini giat menyelesaikan kemelut politik diperingkat negeri-negeri. Umno menghadapi masaalah hampir di semua negeri-negeri.Percubaan Umno meletakkan kepimpinan di negeri-negeri bgaimanapun tidak banyak menyelesaikan krisis kepimpinan yang wujud dinegeri-negeri.
Pertimbangan lain termasuklah kes perbicaraan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, keputusan pilihanraya kecil, pemulihan parti-parti komponan BN, semuanya diberi pertimbangan sewajarnya sebelum ketentuan tarikh pilihanraya diputuskan.
Ketika menjelang pilihanraya ,kerajaan Umno-BN selain mengumumkan ‘ hadiah-hadiah’ untuk rakyat dari belanjawan negara sehinggalah kepada peruntukan kepada ahli-ahli dewan rakyat dan sebagainya untuk projek dikawasan masing-masing,Umno-BN akan mengunakan jentera kerajaan
dalam pilihanraya untuk merasuah rakyat bagi memilih calun-calun mereka.
Inilah demokrasi berparlimen yang dibangga-banggakan oleh Umno-BN,kononnya berlaku pilihanraya yang adil dan demokratik selama Umno-BN memerintah negara, tetapi hakikatnya pilihanraya yang diadakan bukanlah pilihanraya yang adil dan telus.
Penghakisan demokrasi berlaku setiap kali pilihanraya diadakan yang telah berjalan selama 12 kali dinegara ini.Suruhanjaya Pilihanraya tidak dapat memberi jawapan-jawapan yang menyakinkan setiap masaalah yang ditimbulkan oleh parti-parti politik pembangkang terhadap peraturan –peraturan
pilihanraya yang diadakan.
Sewajarnya pilihanraya diadakan secara adil dan telus tanpa ancaman menakut-nakutkan pengundi dengan pelbagai akta yang mengongkong rakyat untuk bebas memilih calun dan parti yang mereka berkenan.
Setelah 12 kali pilihanraya,sepatutnya pengalaman –pengalaman pilihanraya yang telah diperolehi menjadikan demokrasi dinegara ini lebih matang dan sihat, lebih dari beberapa buah negara-negara jiran yang baru sahaja mengamalkan demokrasi dan pilihanraya.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Pilihanraya dibeberapa buah negara jiran adalah lebih adil dan telus berbanding dengan pilihanraya di Malaysia. Ini sangat memalukan, apabila Suruhanjaya Pilihanraya yang diamanahkan untuk menyelia pilihanraya dengan adil tidak mampu untuk menjadi badan bebas sebebas-bebasnya.
Suruhanjaya Pilihanraya kelihatannya dibawah penguasaan dan pengaruh kerajaan walau bagaimana sekali pun percubaan suruhanjaya itu untuk kelihatan bebas. Ini tidak memberi suasana sihat dalam proses demokrasi.
Pilihanraya ke-13 merupakan pilihanraya paling bersejarah dan kritikal dan kerana itu keadilan dan ketelusannya perlu dilihat berlaku. Jika tidak wujud cirri-ciri itu maka konsekuannya sangat besar yang memungkinkan pilihanraya itu dianggap telah menyeleweng dan sebagainya yang nanti akan menimbulkan kesan buruk selepas pilihanraya seperti yang berlaku dibeberapa buah Negara.
Suruhanjaya pilihanraya perlu bertindak bijaksana bagi menentukan pilihanraya yang adil dan telus dan tidak kelihatan memihak kepada parti kerajaan. Inilah cirri-ciri pilihanraya bersih,adil dan telus yang ditagih oleh rakyat.
Penyelewengan pilihanraya akan membawa padah buruk yang lebih besar implikasinya. Beberapa buah negara berada dalam huruhara selepas pilihanraya, apabila berlaku penyelewengan dan masing-masing pihak, parti kerajaan dan pembangkang mengistiharkan kemenangan masing-masing.
Bagi mengelakkan keadaan ini dari berlaku,Suruhanjaya Pilihanraya perlu dari awal lagi melaksanakan pilihanraya bersih yang menepati proses demokrasi tulen. Kredibaliti Suruhanjaya Pilihanraya berada dipersimpangan dan sedang diuji rakyat dalam pilihanraya ke-13.
http://www.detikdaily.net/
SPR Umum Tarikh Pengundian PRK DUN Kerdau, Pahang dan DUN Merlimau, Melaka
10:48 PM | Barisan Nasional, Current Issues, Election, Melaka, Pahang, Pakatan Rakyat, SPR | 0 comments »Share
SPR hari ini mengumumkan pilihanraya kecil DUN Kerdau, Pahang dan DUN Merlimau, Melaka akan dijalankan serentak iaitu:
Tarikh Pengundian: 6 March 2011
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
(Video) Anwar Ibrahim: Harga Barang Naik!!!
10:31 PM | Anwar, Current Issues, Malaysia, Pakatan Rakyat, PKR, Video | 2 comments »Share
Anwar Ibrahim : Ekonomi teruk, harga barang naik, untung minyak banyak, harga minyak naik, kelapa sawit banyak, untung tinggi, minyak kelapa sawit naik...
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Peningkatan Pengundi Melampau Di Pekan
9:55 PM | Current Issues, Election, Harakah, Najib, Pahang | 1 comments »Share
Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, untuk suku tahun keempat sahaja terdapat pertambahan sebanyak 26,000 pengundi iaitu hanya dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu...
Harakah Daily
TEMERLOH, 14 Feb: PAS Pahang menyifatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang sedang dipamerkan pada masa ini mengalami pertambahan bilangan pengundi yang menakjubkan terutama di Parlimen Pekan.
Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, untuk suku tahun keempat sahaja terdapat pertambahan sebanyak 26,000 pengundi iaitu hanya dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu.
Sedangkan katanya, untuk tempoh tiga penggal (9 bulan) sebelum itu jumlah pertambahan pengundi hanya sekitar 29,000 sahaja.
“Bagi PAS Pahang ini amat menakjubkan kerana bagi tiga bulan terakhir sahaja hampir menyamai pendaftaran sembilan bulan,” katanya.
Menurut Roslan, paling menghairankan ialah pertambahan lebih 6,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan itu di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Setelah disemak kita dapati pengundi-pengundi di pos-pos Orang Asli naik mendadak terutama di Parlimen Pekan dan Cameron Highlands. Selain itu kita dapati ramai pemilih-pemilih yang beralamat negeri Kedah terdapat di Pekan.
“Bagi PAS Pahang ini amat mencurigakan. Ini ditambah lagi dengan proses semakan dan bantahan dianjakkan sehingga hampir dua minggu, sedangkan keadaan seperti ini tidak pernah terjadi,” katanya.
Kata Roslan, PAS Pahang berpendapat senario ini mungkin satu agenda bagi mengekalkan Najib di Pekan setelah merasa kurang selamat.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Tambahnya, jika ini benar ia hanya mengulangi proses penambahan pengundi pada 2003 di mana semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebahagian kawasan Parlimen Paya Besar dibawa ke Pekan dengan melibatkan dua buah kem tentera.
“Oleh yang demikian PAS pahang berpendapat sistem daftar pemilih SPR yang ada ini sudah lapok dan patut diganti setelah 53 tahun merdeka.
“Kerajaan pernah mendakwa mykad negara ini antara yang tercanggih di dunia jadi sepatutnya SPR boleh bekerjasama sengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi membuat pandaftaran secara automatik apabila setiap warganegara berusia 21 tahun,” katanya.
Roslan juga turut menggesa sistem undi pos sekarang dihapuskan kerajaan jika benar dakwaan mereka bahawa negara ini selamat.
http://harakahdaily.net/
Sumber Kata Taib Akan Bubar DUN Sarawak Minggu Ini
8:13 AM | Barisan Nasional, Current Issues, Election, Pakatan Rakyat, Sarawak, Taib, The People, TheMalaysianInsider | 0 comments »Share

A source at Astana Sarawak told The Malaysian Insider the chief minister’s office had called last week to fix a February 18 appointment with Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng for that purpose.
Another source in the state government said district officers have been asked to freeze leave for their staff as of February 19, when the dissolution is expected to be announced...
Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, Feb 14 — Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud will meet with the Sarawak Governor this Friday to seek his consent to dissolve the state assembly, sources say.
A source at Astana Sarawak told The Malaysian Insider the chief minister’s office had called last week to fix a February 18 appointment with Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng for that purpose.
Another source in the state government said district officers have been asked to freeze leave for their staff as of February 19, when the dissolution is expected to be announced.
A February dissolution would lend weight to speculation that Taib will call for state elections in March or April, ahead of the expiry of the state assembly’s term in July.
The Election Commission (EC) is required to hold elections within 60 days of the assembly’s dissolution.
The Malaysian Insider reported yesterday that the Barisan Nasional (BN) has decided not to hold a general election simultaneously with Sarawak as Datuk Seri Najib Razak wants to finish touring the country first.
The prime minister is said to be delaying earlier plans to seek a fresh mandate in the first half of 2011 to allow big-ticket economic projects to gain traction.
Najib said last week that Sarawak BN will hold a convention on March 6, raising the prospect of early state elections.
Also, Taib is due to celebrate his 30th anniversary in power on March 26 and an election victory will cap his career as the state’s longest-serving chief minister.
Umno officials and BN lawmakers told The Malaysian Insider in January that Najib favoured holding elections only after projects like the construction of the city’s mass rapid transit (MRT) and Sungei Besi development kick off.
Taib, who leads Sarawak BN and also its largest party, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), has kept political observers guessing when state elections will take place.
The 74-year-old veteran intimated last year that he had received inspiration on when to call the election during his pilgrimage to Mecca, but stop short of revealing the date.
“I have the inspiration but I won’t tell you (the date),” he told reporters in November.
Taib, who has served as Sarawak chief minister for the past 29 years, is said to be under pressure from BN partners to step down due to his waning popularity amid abuse-of-power allegations.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
The DAP’s victory in Sibu last year on the back of a major vote swing — which some saw as a referendum on Taib — has given BN cause for concern in a state long seen as a “fixed deposit” by the ruling coalition.
The Sarawak BN holds 63 seats in the 71-seat assembly, with 35 held by PBB, 12 by the Sarawak United People’s Party (SUPP), and eight each by Parti Rakyat Sarawak (PRS) and the Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).
Of the remaining eight seats, DAP has six and PKR one, while the last is held by an independent.
The EC has announced its readiness to hold the Sarawak polls at any time, with its chairman stating that the commission had “long made preparations” for any eventual dissolution of the assembly.
The BN is expected to keep the state with a comfortable majority although there is concern that the DAP might be able to secure more seats in the urban areas.
A senior DAP leader told The Malaysian Insider that it has heard of a possible dissolution of the state assembly this weekend and has made preparations for snap polls.
“We are as ready as we can be for the state polls,” said the DAP leader, who declined to be named.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/taib-will-dissolve-sarawak-assembly-this-week-say-sources/
(Video) UM Cuba Ganggu Sidang Media Pro Mahasiswa
1:05 PM | Current Issues, Democracy, Malaysia Kini, Rakyat, Video | 2 comments »Share
Satu sidang media anjuran kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya hari ini terganggu apabila ia cuba disuraikan oleh pihak berkuasa universiti berkenaan. (MalaysiaKini). Lihat video...
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Berita Berkaitan:
MalaysiaKini
Satu sidang media anjuran kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya hari ini terganggu apabila ia cuba disuraikan oleh pihak berkuasa universiti berkenaan.
NONEInsiden yang berlangsung selama kira-kira 15 minit itu bermula apabila seorang pegawai keselamatan mula menghampiri kumpulan mahasiswa berkenaan yang berkumpul di Gazebo, Kompleks Perdanasiswa.
Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, pegawai berkenaan seterusnya meminta kumpulan mahasiswa seramai kira-kira 20 orang itu supaya beredar.
"Saya minta kepada semua bersurai. Kalau tidak bersurai, saya akan hantar nama kamu ke HEP (Hal Ehwal Pelajar). Tolong fikir masa depan (kamu) dan emak ayah kamu di rumah," kata pegawai berkenaan.
NONESelain itu, seramai sepuluh orang pegawai keselamatan yang lain turut berada di situ bagi mengawal keadaan.
Lima orang pegawai berkenaan kemudiannya mula mengambil butiran peribadi mahasiswa yang enggan berganjak daripada lokasi berkenaan.
Pelajar berkenaan memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan kad pelajar masing-masing.
Bagaimanapun, kumpulan pelajar berkenaan berkeras untuk meneruskan sidang media walaupun dilarang daripada berbuat demikian.
Menurut seorang aktivis pro-M Sabri Jamaluddin mendakwa, seorang pegawai keselamatan mengambil tindakan yang tidak patut terhadapnya dengan menekap mulutnya ketika mahu memberikan ucapan.
NONEEkoran itu berlangsung 'pujuk-memujuk' antara beberapa aktivis pro-M dengan pasukan keselamatan bagi meneruskan sidang media berkenaan.
Kumpulan pelajar berkenaan memberi alasan, sidang media perlu diteruskan memandangkan para wartawan telah hadir untuk membuat liputan.
Di saat itu juga, jumlah pelajar yang menyertai kumpulan itu bertambah kepada 40 orang.
'Semua naik ke atas!'
Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut.
NONEKumpulan pelajar berkenaan bagaimanapun cuba meneruskan sidang media dalam keadaan bising.
Salah seorang pelajar yang mengetuai kumpulan itu, Mohd Izzuddin Hilmi kemudiannya mengarahkan pelajar berkenaan supaya berpindah ke bahagian atas kawasan aktiviti pelajar itu.
Semua naik ke atas (Gazebo)," kata Mohd Izzuddin dengan muka merah padam.
Akur dengan arahan itu, kumpulan berkenaan mula menaiki tangga Gazebo berkenaan sambil melaungkan "Student Power" dan "Bangkit Mahasiswa" beberapa kali.
NONEBeberapa minit kemudian, barulah bunyi siren daripada kereta peronda keselamatan itu dihentikan dan pelajar berkenaan berjaya meneruskan sidang media berkenaan.
Dalam sidang media itu, Presiden Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Ahmad Syazwan Muhammad Hasan mengkritik insiden itu sebagai "kematian demokrasi di kampus".
"Ia sebagai usaha untuk menutup kebebasan bersuara. Nak buat sidang media, disekat, malah nombor kad matrik diambil," katanya.
Pelajar berkenaan berjaya mengadakan sidang media selama 10 minit sebelum disuraikan oleh dua anggota keselamatan kampus.
http://malaysiakini.com/news/155789
(Latest) The President of Egypt, Hosni Mubarak Resign | President Mesir, Hosni Mubarak Berundur
12:22 AM | Al-Jazeera, Current Issues, Makkal Sakti, Rakyat, World | 1 comments »Share

Latest News, The President of Egypt, Hosni Mubarak Resign...
Berita terkini, President Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan...
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
From Al-Jazeera;
6:12pm: Mubarak steps down. Brought to you live on Al Jazeera:
6:09pm: No point any of our presenters trying to speak over the roar of Egyptians celebrating.
6:04pm: Jubilation breaks out across Egypt. Flags waving. Joyous scenes in Tahrir Square, Alexandria, Suez.
6:03pm: He's gone. He's resigned. 30 years of Mubarak rule is over. Omar Suleiman says:
President Hosni Mubarak has waived the office of president
6:01pm: Omar Suleiman addressing nation now
Al-Jazeera Live Blog:
http://blogs.aljazeera.net/middle-east/2011/02/10/live-blog-feb-11-egypt-protests
Al-Jazeera TV stream
http://aje.me/fwtYjF
Al-Jazeera Twitter:
http://twitter.com/AJELive
Al-Jazeera Live On Youtube
http://www.youtube.com/user/AlJazeeraEnglish
(Gambar) Tunjuk Perasaan Besar-Besaran Di Mesir Selepas Mubarak Enggan Berundur
7:25 PM | Al-Jazeera, Politic News In Photo, Video, World | 1 comments »Share
Presiden Mesir Mubarak enggan untuk berundur menyebabkan rakyat Mesir hari ini melakukan tunjuk perassan besar-besaran...



Photo adopted from Al-Jazeera Live Blog
Sedikit updates dari Al-Jazeera:
(All times are local in Egypt, GMT+2)
12:20pm Pro-democracy protesters continue to pour into Tahrir [Liberation] Square in Cairo. They call for president Mubarak to step down. The Imam during the Friday prayer in the square urged the people to stay strong and stick to their demands.
12:15am Reuters news agency has reported Egypt's army said it would lift emergency law "as soon as current circumstances end," conceding a key demand to anti-government protesters but indicating it wanted them off the streets.
It also guaranteed a free and fair presidential election, constitutional changes and protection of the nation.
11:27am Vice-President Omar Suleiman has told Prime Minister Ahmed Shafiq to appoint a deputy premier from a council of "wise men" who have been in talks with the government. The state news agency says the deputy prime minister would take responsibility for "a national dialogue".
11:22am A few thousand protesters have gathered in Alexandria. Our correspondent says the crowd is expected to "increase massively" after midday prayers.
11:09am Massive crowds in Tahrir are chanting "the people and the army are hand in hand".
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Al-Jazeera Live Blog:
http://blogs.aljazeera.net/middle-east/2011/02/10/live-blog-feb-11-egypt-protests
Al-Jazeera TV stream
http://aje.me/fwtYjF
Al-Jazeera Twitter:
http://twitter.com/AJELive
Al-Jazeera Live On Youtube
http://www.youtube.com/user/AlJazeeraEnglish
[Perkembangan Mesir] Presiden Mubarak Mengumumkan Tidak Akan Berundur
10:40 AM | Al-Jazeera, Makkal Sakti, Politic News In Photo, Rakyat, World | 0 comments »Share

President Mubarak mengumumkan beliau tidak akan berundur walaupun ditentang hebat oleh rakyatnya sendiri, lihat laporan Al-Jazeera...
Al-Jazeera
11:29pm: Mubarak said the country's emergency law would be lifted when the time is right - but for now they remain in place. No word from Washington. Al Jazeera presenter Adrian Finighan says looking at the wires "is like watching the tumbleweed pass by".
11:25pm: Thomas Gorguissian tells Al Jazeera the protests planned for tomorrow "are now likely to be much, much larger". Something of an understatement, given the reaction of the crowd.
11:23pm: He said he "lived for Egypt and would die for Egypt".
I will not be separated from this soil until I am buried underneath it.
11:15pm: Mubarak said he will delegate some responsibilities of power to Omar Suleiman - but not an all out transfer of power. He said mistakes were "likely in any political regime" and that he would seek to punish 'those who committed crimes against our youth to the most severe sentences allowed in law".
I address the families of the victims who fell. I feel the same pain you felt.
The crowds in Tahrir seem to feel little sympathy, jeering - and taking off their shoes and shaking them at Mubarak's image on the TV screen,
11:12pm Mubarak refuses to stand down - he vows he will stay in office until September, and will not bow down to "foreign pressure".
11:05pm: He's not going anywhere soon. The volume in Tahrir Square has just ramped up in anger; the carnival atmosphere is changing very, very quickly.
I have exhausted my life defending the homeland and its security. I went to war, I lived through occupation and I lived through teh liberation of Sinai. I have faced death on many occasion.
11:03pm: Mubarak says the priority is to "restore confidence to our nation".
Egypt is braving hard times, where we cannot tolerate these circumstances to continue. Our economy has suffered losses and damages - and day by day it will end up where the youth, who are calling for more reform will be the first victims.
Is that a threat?
11:00pm: He says the current moment "is not related to my personality".
All Egyptians are in the same trench and we should continue engaging in our national dialogue we started, without enmity, to restore confience to our economy, peace and stability to our citizens and to restore the normal way of life to the Egyptian street.
10:58pm: Mubarak is speaking about his military achievements and hundreds of thousands can be heard chanting against him on Al Jazeera's split screen.
10:55pm Mubarak: "I have laid down a clear vision on how to resolve the crisis ... I have amended 6 constitutional articles and annul one. I confirm that I am prepared to propose or amend others as required"
10:52pm Mubarak says that he will not be leaving office immediately, as demanded by the protesters:
I will work to peaceful transition of power. Want to take country from these harsh moments - looking to backing of everyone
http://blogs.aljazeera.net/middle-east/2011/02/10/live-blog-feb-10-egypt-protests
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Keadaan di Dataran Tahrir ketika Mubarak mengumumkan beliau tidak akan berundur...
Untuk Maklumat Terkini, boleh mengikuti:
Al-Jazeera Live Blog:
http://aje.me/iiQvqZ
Al-Jazeera TV stream
http://aje.me/fwtYjF
Al-Jazeera Twitter:
http://twitter.com/AJELive
Al-Jazeera Live On Youtube
http://www.youtube.com/user/AlJazeeraEnglish
(Video) Perkembangan Mesir - Presiden Mesir, Munarak Akan Berucap Sebentar Lagi!
1:59 AM | Current Issues, Video, Webpage, World | 0 comments »Share

Difahamkan Presiden Mesir, Mubarak akan berucap sebentar lagi.
Untuk Maklumat Terkini, boleh mengikuti:
Al-Jazeera Live Blog:
http://aje.me/iiQvqZ
Al-Jazeera TV stream
http://aje.me/fwtYjF
Al-Jazeera Twitter:
http://twitter.com/AJELive
Al-Jazeera Live On Youtube
http://www.youtube.com/user/AlJazeeraEnglish
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Siapa Kata Pembangkang Tidak Terlibat Dalam Aktiviti Pertolongan Mangsa Banjir Johor?
3:15 PM | Current Issues, DAP, Johor, Pakatan Rakyat, Politic News In Photo, Rakyat | 0 comments »Share

Chua Soi Lek pernah mengatakan Pakatan Rakyat hanya datang ketika ada pilihanraya, semasa banjir melanda, mereka tidak pernah muncul langsung? Saya tidak perlu mencerita panjang kerana gambar akan membuktikan segalanya...The Star
On the floods which hit several states including Johor, Dr Chua reminded the people to take note that only those from Barisan Nasional especially Umno, MCA and MIC were on the ground helping out.
“In times of floods, the people from DAP and PAS are not around.
“They only come when there is a by-election or election,” he said, adding that MCA has a mechanism whenever there was a flood which would be activated at the division level to provide assistance to flood victims in terms of food, water and even welfare.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/5/nation/7974523&sec=nation
Siapa yang muncul dalam gambar?
Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Bakri dari Pakatan Rakyat - DAP
Beliau telah menolong mangsa banjir sehingga turun padang sendiri. Inilah pemimpin yang diperlukan dalam arena politik negara, dimana mereka sanggup mendekatkan diri mereka untuk mendengar penderitaan penduduk setempat.
Apa kata pemimpin MCA di Johor?


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!



Gambar dipetik dari FaceBook YB Er Tech Hwa

















