
Menurut Twitter Loke Siew Fook (Ketua Pemuda DAP), Pakatan Rakyat Sarawak telah mencapai kata sepakat untuk satu lawan satu dengan Barisan Nasional!
Twitter Look:
PR Sarawak capai kata sepakat satu lawan satu dgn BN! Syabas PR Sarawak!
http://twitter.com/anthonyloke/status/53455805428674560
Manakala Lim Kit Siang pula mengatakan PR akan mengumumkan calon PR malam ini di Sarawak
Twitter Lim:
Sarawak PR leaders from DAP PKR PAS in Kuching 2nite announced agreement on seat allocations 4April 16 Swk general elections"
http://twitter.com/limkitsiang/status/53442638610837505
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Pakatan Rakyat Capai Kata Sepakat Di Sarawak
10:05 PM | Current Issues, DAP, Election, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, Sarawak, Twitter | 0 comments »Share
Aku Tidak Faham Mengapa Pemuda PAS Berbuat Demikian
7:52 PM | Current Issues, PAS, Perkasa, TheMalaysianInsider | 7 comments »Share

Aku tidak faham mengapa Pemuda PAS mengajak Arman Azha Abu Hanifah (Bekas Pemuda PERKASA) menjadi ahli PAS...
The Malaysian Insider
Pemuda PAS sedia terima Arman Azha jika sedia tinggalkan Perkasa
UALA LUMPUR, 30 Mac — Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi bersedia untuk “menerima” bekas ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menyertai partinya jika beliau sanggup meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu itu.
Semalam, Arman Azha yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara melepaskan jawatan tersebut yang disandangnya sejak awal 2009 kerana mahu aktif dalam politik.
Menurut Arman Azha, tindakan beliau melepaskan jawatan itu tiada kaitan dengan desakan atau masalah dengan kepimpinan dalam Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali.
“Saya cuba menghubungi beliau (Arman Azha) tapi tidak dapat sebab kita nak tahu apa asas beliau meletakkan jawatan itu, apa yang saya tahu beliau mahu terlibat aktif dalam politik dan sekarang beliau adalah ahli Umno.
“Saya nak tahu sama ada beliau mahu kekal (dalam Umno) atau akan sertai parti lain, sebab itu kita nak bincang dengan beliau dan kita bersedia untuk terima dan undang beliau dalam PAS dan Pakatan Rakyat,” kata Nasrudin.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Nasrudin berkata jika Arman Azha bersedia tinggalkan Perkasa dan Umno untuk sertai PAS dan Pakatan Rakyat, “saya mengalu-alukan.”
Bagaimanapun, jelas Nasrudin, pihaknya tidak akan memaksa Arman Azha untuk menyertai PAS dan keputusan itu harus dibuat dengan rela hati.
Beliau juga menafikan pernah mempelawa Arman Azha untuk menyertai PAS.
“Saya tidak pernah (pelawa), mungkin ada pihak lain tapi bukan saya dan saya difahamkan beliau ada menghadiri program ceramah kita (Pakatan Rakyat) di Stadium Melawati (Shah Alam) kelmarin dan mungkin beliau ada buat penilaian tersendiri.
“Kalau ikut slogan kita, ‘PAS Untuk Semua’ dan kita bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk Arman Azha,” katanya.
Ketika mengumumkan peletakan jawatan itu, Arman Azha juga mendedahkan beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.
Beliau bagaimanapun enggan memberitahu bila menerima pelawaan itu dan masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.
Jelas Nasrudin, beliau sedia menerima Arman Azha dalam parti Islam itu kerana bekas ketua Wira Perkasa itu merupakan seorang individu yang berprinsip dan rasional.
“Saya pernah kenali beliau dan pernah bersemuka... saya lihat beliau seorang yang boleh berfikir secara matang, terbuka dan rasional selain boleh dibawa berbincang dan mudah mesra.
“Beliau juga tidak sombong dan mudah didekati,” katanya.
Sebelum ini PAS turut menerima pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman untuk menyertai parti Islam itu malah turut membantu berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau bulan lalu.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-sedia-terima-arman-azha-jika-sedia-tinggalkan-perkasa/
(Gambar) Ceramah Pakatan Rakyat Di Stadium Melawati
11:11 PM | Anwar, Current Issues, Nik Aziz, Pakatan Rakyat, Photo, Politic News In Photo, Selangor | 0 comments »Share

"Majlis Solat Hajat & Ceramah Perdana Melawan Fitnah" oleh Pakatan Rakyat di Stadium Melawati, Shah Alam...
Antara pesanan Anwar Ibrahim:
Jgn kita terpedaya. Agenda perubahan diteruskan. Jgn biarkan rakyat diperbodohkan! Walaupun diaibkan, lawan ttp lawan!
kita mahu berdebat ttg buku jingga, kita mahu debat ttg halatuju negara. Itu isunya, bukan soal lain.


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Gambar dipetik dari media rakyat
(Gambar) Ceramah Anwar Ibrahim Disurai Oleh Polis
2:54 AM | Anwar, Current Issues, Democracy, Pakatan Rakyat, PKR, Politic News In Photo | 0 comments »Share

Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini...

Keadilan Daily
5,000 saksi Anwar diheret polis dari pentas ceramah, 3 ditahan
KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.
Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.
Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang turut muncul hingga menggamatkan hadirin.
Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.
Suasana terus kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.
Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu.
Kempen itu dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.
Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.
Laporan Dari:
http://www.keadilandaily.com/5000-saksi-anwar-diheret-diturun-pentas-ceramah-3-ditahan-polis/
Gambar Dari Media Rakyat Facebook
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin Dapat Gelaran Datuk?
11:31 PM | Current Issues, Kedah, Pahang, Pakatan Rakyat, PKR, Rakyat, UMNO, Utusan | 0 comments »Share
Akhirnya dapat gelaran datuk... hahaha...
Utusan
M. Nasir dan Ramli MS bergelar 'Datuk'
PEKAN 24 Mac - M.Nasir dan Ramli MS dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang hari ini.
Kedua penghibur dan juga komposer negara itu dianugerahkan darjah kebesaran berkenaan sempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.
Turut menerima penganugerahan tersebut ialah Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin. - Utusan
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Pilihanraya Negeri Sarawak
8:13 PM | Barisan Nasional, Current Issues, Election, Pakatan Rakyat, Sarawak, Taib, TheMalaysianInsider | 0 comments »Share
Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April, demikian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, Penamaan calon akan berlangsung pada 6 April...
The Malaysian Insider
Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April, demikian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Penamaan calon akan berlangsung pada 6 April
Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menawarkan sebanyak 71 kerusi dibubarkan kelmarin. Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 20 Mei 2006.
Writ pilihan raya dikeluarkan hari ini manakala notis pilihan raya pula Jumaat ini.
Tarikh-tarikh pilihan raya diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof susulan mesyuarat khas di sini hari ini.
Untuk pilihan raya Sarawak kali ini seramai 24,379 petugas SPR akan ditugaskan membabitkan 1,749 pusat mengundi dan 2,561 saluran pengundian, kata beliau.
Setakat suku keempat 2010, seramai 979,796 pengundi telah berdaftar dengan SPR dan layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.
Daripada jumlah itu, 961, 433 adalah pengundi biasa manakala 18,363 pengundi pos.
Berdasarkan kedudukan semasa, Barisan Nasional (BN) Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang — DAP menguasai enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.
Abdul Aziz berkata SPR telah pun menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 21 Mac lalu berhubung pembubaran DUN Sarawak.
“Dengan ini kita mengumumkan 23 Mac tarikh keluar writ iaitu hari ini, 25 Mac tarikh notis pilihan raya, 6 April hari penamaan calon, 16 April tarikh pengundian,” katanya.
Abdul Aziz berkata bagi pilihan raya Sarawak kali ini, seramai 24,379 pegawai SPR termasuk 71 pegawai pengurus pilihan raya (RO) akan ditugaskan di setiap kawasan pilihan raya iaitu membabitkan 1,740 pusat pengundi dan 2,561 saluran pengundi.
Beliau berkata daripada segi bajet, sebanyak RM50 juta digunakan oleh SPR untuk menampung kos logistik termasuk penggunaan dua pesawat ringan, helikopter (24), bot laju (63), perahu panjang (919) selain kenderaan pacuan empat roda (4,124).
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Katanya SPR juga akan memastikan semua pusat penjumlahan undi mempunyai kemudahan perhubungan iaitu telefon talian tetap untuk memastikan proses penjumlahan undi dapat dibuat dengan lebih lancar.
“Untuk melancarkan proses pada hari mengundi, SPR juga mendapatkan bantuan pasukan polis bagi kawasan-kawasan yang jauh di pedalaman untuk memastikan peti undi selamat sampai di pusat penjumlahan,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR juga akan menyerahkan kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil sebarang tindakan jika ada calon dan parti yang bertanding melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Katanya pengundi boleh membuat semakan maklumat pusat mengundi dan saluran mangundi mereka melalui laman web rasmi SPR, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau menghubungi terus ke pejabat SPR.
Katanya sebarang laporan rasuah yang dilaporkan kepada SPR akan diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut kerana mereka lebih arif dan pakar dalam bidang tersebut.
“SPRM juga diberi kuasa untuk memantau apa-apa aktiviti bagi memastikan mana-mana orang yang melanggar Akta 5 disiasat dan didakwa,” katanya.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pilihan-raya-negeri-sarawak-16-april/
Soalan Saya Mengenai Video Lucah Terbaru !?
10:12 PM | Change, Current Issues, Malaysia, Police | 4 comments »Share

Baru-baru ini video lucah digunakan untuk manarik turun seseorang peminpin, baru-baru ini, seorang yang digelar Datuk "T" telah menayangkan video lucah dan menuduh ia mempunyai hubungkait dengan seorang pemimpin pembangkang...
Soalan Saya Mengenai Video Lucah Terbaru !?
1) Adakah video lucah boleh ditayangkan di khalayak orang ramai?
2) Adakah memiliki video lucah meyalahi undang-undang Malaysia?
Nampaknya Datuk T harus menjawab soalan ini...
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Libya Latest: Jet Ditembak Jatuh Oleh Regim Gaddafi!
1:16 AM | Current Issues, Democracy, Video, World | 0 comments »Share
Al jazeera melaporkan Jet tentera pembangkang Libya ditembak jatuh oleh tentera Gaddafi, bagaimanapun, zon larangan penerbangan telah disetujukan oleh PBB untuk dilaksanakan di Libya...
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Tahniah Selangor Kerana Tidak Menyembuyikan Kesalahan!
4:25 PM | Corruption, Makkal Sakti, Pakatan Rakyat, PKR, Rakyat, Selangor | 0 comments »Share

Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Selangor kerana tidak menyembuyikan kesalahan...
Malaysiakini
MB: Kontrak timbalan GM Yayasan S'gor ditamatkan
Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan laporan audit Yayasan Selangor yang menurutnya terdapat beberapa isu berkaitan aturan perbelanjaan yang dikatakan tidak mengikut aturan biasa.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010.
NONEKatanya, demi menjaga kredibiliti Yayasan Selangor milik penuh kerajaan negeri, pada pada 5 Januari lalu, surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada timbalan pengurus besar (pengurusan) bagi menjawab setiap kuiri yang ditimbulkan.
"Proses yang teratur, adil dan bebas telah dijalankan. Pandangan serta saranan dari pejabat penasihat undang-undang negeri juga telah diperolehi," kata menteri besar dalam satu kenyataan hari ini.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
"Akhirnya pada 17 Februari 2011, Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor sebulat suara memutuskan untuk menamatkan kontrak timbalan pengurus besar (pengurusan) dengan alasan gagal menunaikan tanggungjawab dan urus tadbir kewangan yang baik serta tidak prihatin dengan prosedur yayasan," katanya.
Menurutnya lagi, pada 18 Februari lalu, surat yang ditandatangani menteri besar telah dikeluarkan yang mengarahkan timbalan pengurus besar (pengurusan) ditamatkan kontrak dalam tempoh 24 jam berkuatkuasa serta merta.
Menteri besar berkata, semakan audit Yayasan Selangor banyak menumpu hal-hal berkaitan pengurusan perbelanjaan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dirancang ada 15 November 2010.
NONEMenurutnya, hasil audit dalaman bertarikh 14 Disember 2010 itu juga mendapati ada tindakan yang dikatakan tidak menjaga kepentingan Yayasan Selangor.
"Antara tindakan yang menunjukkan tadbir urus korporat yang tidak baik ialah seramai 18 warga kerja telah berhenti dan 50 lagi ditukarkan dalam tempoh Mac hingga November 2010.
"Perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah hampir RM1 juta, malah terdapat perbelanjaan yang selesai dibayar kepada pengurus acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan," tambahnya.
Pengurus besar juga, kata menteri besar, meluluskan elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada ahli mesyuarat.
Abdul Khalid berkata, terdapat 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang 2010 hanya melalui 'Circular Resolusi', malah tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh pihak berkuasa negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993 - arahan bagi meningkatkan kualiti perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat-syarikat kerajaan.
Semakan audit juga, tambahnya, mendapati timbalan pengurus besar (pengurusan) tidak menghormati arahan bercuti dalam siasatan dengan hadir mesyuarat yang dihadiri pengurus besar.
Kerajaan Selangor, tegas menteri besar, telah dan akan terus meneliti setiap syor yang diberikan dan akan menggunapakai cadangan tersebut dari semasa ke semasa demi menjaga kredibiliti Yayasan Selangor milik penuh kerajaan negeri.
Kerajaan Selangor, tambahnya, sentiasa berpegang pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.
"Adalah menjadi harapan kerajaan negeri semua institusi termasuk syarikat berkaitan kerajaan negeri bukan sahaja mengamalkan perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah, malah menyediakan audit tahunan yang tertib, lengkap dan teratur untuk semakan umum.
"Kerajaan Selangor akan sentiasa bersikap telus dan tidak akan menyembunyikan sebarang salahlaku yang dilakukan oleh mana-mana pegawai, kakitangan awam dan anak-anak syarikat di bawah kerajaan negeri.
"Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor," katanya.
http://www1.malaysiakini.com/news/159014
Blogger Ditangkap?
1:33 AM | Around Blogsphere, Current Issues, Kuala Lumpur, Malaysia, Press Freedom, Twitter | 0 comments »Share
Menurut Twitter Tian Chua (MP Batu), seorang blogger yang bernama Hanief yang mengendalikan blog "Hanief.blogspot.com" ditangkap?
Begini Twitter Tian Chua:
Just got a msg from father of a young blogger Hanief.blogspot.com: Near2 midnite Police & MCMM came, ransacked their home & arrested Hanief.
http://twitter.com/tianchua/status/48790482796560385
Hanief is a young man recently turned 21, his writing was non-partisan; clamp down on cyberspace again? All computers at home taken away!
http://twitter.com/tianchua/status/48792723674771456
Now the boy is at Sentul police station accompanied by his anxious dad.
http://twitter.com/tianchua/status/48793438044438528
Sumber masih belum dipastikan lagi, sila rujuk Twitter Tian Chua untuk maklumat terkini:
http://twitter.com/tianchua
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Dun Sarawak bubar 21 Mac?
11:28 AM | Barisan Nasional, Current Issues, Democracy, Election, Makkal Sakti, Malaysia, Pakatan Rakyat, Sarawak | 0 comments »Share

Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, ada kemungkinan pilihan raya dilangsungkan pada 16 April sementara 9 April adalah hari penamaan calon.
Dun Sarawak bubar 21 Mac?
Harakahdaily
KUCHING, 17 Mac: Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak kemungkinan dibubarkan pada 21 Mac ini bagi membolehkan pilihan raya negeri kesepuluh diadakan.
Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, ada kemungkinan pilihan raya dilangsungkan pada 16 April sementara 9 April adalah hari penamaan calon.
Siang tadi, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak memberikan sebarang ulasan kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini.
Pada sebelah pagi, beliau mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Beriang di Astana Negeri.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Sementara itu, lawatan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini pada Sabtu ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pilihan raya negeri.
Sarawak mengadakan pilihan raya negeri kesembilan pada 20 Mei 2006 bagi memilih 71 Adun di mana 9 Mei ialah hari penamaan calon.
Ketika itu, Dun Sarawak dibubarkan pada 24 April 2006 oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng atas nasihat Taib.
http://www.harakahdaily.net/
Share
Video Tsunami Jepun yang paling menakutkan!
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Kami Mahu Malaysia Yang Bebas Tenaga Nuclear 1Malaysia!!!
10:38 PM | Current Issues, Malaysia, Malaysia Kini, Muhyiddin | 1 comments »Share

Kami mahu Malaysia yang bebas tenaga Nuclear 1Malaysia!!!
TPM: Malaysia akan teruskan cita-cita nuklear
Malaysiakini
Di sebalik kebocoran radioaktif di Jepun berikutan gempa bumi kuat yang mengegarkan negara itu, Malaysia tetap dengan cita-citanya membina loji tenaga nuklear, kata timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini.
"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun.Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya.
Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di Putrajaya hari ini.
Berikutan magnitud 8.9 pada skala Richter yang menggoncang Jepun, tiga daripada reaktor nuklearnya di Fukushima, yang hanya kira-kira 250 km dari Tokyo menghadapi kemungkinan musnah.
Puluhan ribu masyarakat yang tinggal berhampiran pusat itu juga terpaksa dipindahkan kerana kebimbangan kebocoran radiasi.
Sebelum ini, Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin pada Disember lalu mengumumkan Malyasia akan membina dua loji tenaga nuklear yang mampu menjana 1,000 megawatts setiap satu. Loji pertama dijadual beroperasi pada 2021 manakala yang kedua setahun kemudian.
'Tidak pasti'
Chin juga dilaporkan berkata semalam bahawa Agensi Nuklear Malaysia akan memberi penjelasan dalam tempoh terdekat mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji di Jepun itu.
NONEDitanya mengenai kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan yang dikatakan telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia, dan mencetuskan kebimbangan ramai, Muhyiddin berkata beliau tidak pasti.
“Kami faham penduduk bimbang tetapi beberapa syarat mesti dipatuhi seperti soal keselamatan dan alam sekitar.
“Jadi agensi-agensi yang relevan mesti kaji sebelum satu keputusan dibuat. Sama ada ia sudah dibuat keputusan atau tidak, saya tidak pasti,” katanya.
Minggu lalu, akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) melaporkan pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia.
Pusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an.
'Jangan percaya SMS'
Muhyiddin juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun.
NONEMenyifatkan penyebaran sms itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini.
Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut.
"SMS itu dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak.
"Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti biasa," katanya.
http://www1.malaysiakini.com/news/158690
Silap selangkah hancur kesemuanya: PAS menghadapi cabaran transformasi
7:55 PM | Current Issues, Malaysia, MerdekaReview, PAS, Translation | 0 comments »Share

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Barisan Nasional menang dalam PRK Merlimau dan Kerdau yang dijalankan serentak. Malah bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila BN menang dengan majoriti yang lebih besar...
Merdeka Review
Silap selangkah hancur kesemuanya: PAS menghadapi cabaran transformasi
Lim Yew Chien
Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Barisan Nasional menang dalam PRK Merlimau dan Kerdau yang dijalankan serentak. Malah bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila BN menang dengan majoriti yang lebih besar. Suasana PRK hanya hangat selepas beberapa hari berkempen. Sepanjang tempoh berkempen, penyokong Pakatan Rakyat mulai merasakan kemungkinan untuk menghakis undi majoriti BN. Jadi, undi majoriti yang besar tetap membeliakkan sesetengah orang.
Banyak mesej yang tercetus dalam pertarungan ini. Sebagaimana di Merlimau, ia menyaksikan berkecainya harapan PR untuk bertapak di Melaka. Yang menerima impak terbesar adalah cita-cita PR untuk menawan Putrajaya. Untuk menawan Putrajaya, PR perlu menerokai gelanggang baru selain kawasan yang dimenanginya ketika tsunami politik pada 8 Mac 2008.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
BN hilang bimbang
Mungkin Melaka bukan barisan depan sebagaimana yang dalam percaturan PR. Namun seandainya PR berjaya menghakis undi majoriti BN, maka bertambahlah satu kawasan yang boleh diletakkan harapan untuk PR. Dari segi strateginya, seandainya undi majoriti BN dikurangkan, maka BN akan kehilangan satu kawasan yang "langsung tidak perlu dibimbangkan". Maka, BN terpaksa mengagihkan sumbernya, untuk memastikan semua barisannya dikawal dengan rapi.
Organisasi PAS di Melaka tidak setanding dengan organisasinya di pantai timur dan utara Semenanjung. Isu tempatan, organisasi tempatan malah suasana tempatan mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan desa Melayu. Selagi organisasi tempatan UMNO beroperasi dengan lancar, maka agak mustahil PAS menembusi kubu ini.
Pengundi Cina hanya kira-kira 20% daripada jumlah pengundi Merlimau. Meskipun MCA dan DAP masih saling mempertikaikan kecenderungan pola pengundian Cina, namun pertikaiannya tidak hangat sebagaimana di PRK Tenang. Ini kerana nisbah pengundi Cina lebih rendah secara perbandingannya, malah berselerak dan sukar dianalisa.
Pada hakikatnya, seandainya sokongan pengundi Cina tidak kembali kepada BN, maka ia bermakna pengundi Melayu kembali ke pangkuan BN secara mendadak - barulah ia berakhir dengan kesudahan di mana BN meraih undi majoriti yang setinggi itu. Ini mungkin khabar yang lebih buruk buat PR. Sesungguhnya, fokus yang menjadi tumpuan dalam kedua-dua PRK ini adalah pola pengundi Melayu.
Undi Melayu di Galas jadi kayu ukur
Walaupun berjiran dengan Kelantan, negeri yang mana PAS berakar umbi sekian lama, namun Pahang secara tradisionalnya didominasi UMNO, dan bukan senang untuk ditembusi. Jikalau analisa hanya dibuat berdasarkan menang-kalah, maka kekalahan PR di kubu UMNO hanya menunjukkan bahawa lanskap politik UMNO masih tidak tergugat. Ia tidak bermakna bahawa BN semestinya memiliki kelebihan di kawasan yang asalnya dimiliki PR, atau kawasan pinggiran.
Sesungguhnya ia hanya dilihat dari sudut menang-kalah. Namun, keadaannya menjadi kompleks apabila perlu mengambil kira undi majoriti yang bertambah. Peningkatan undi majoriti BN mungkin disebabkan faktor tempatan. Sumber BN lebih tertumpu ketika PRK, ditambah pula faktor lain, ia mungkin menyumbang kepada kemenangan besar BN. PRK yang lalu, khususnya sebelum "tsunami politik", keadaan ini telah berlaku.
Selain faktor tempatan, penambahan undi majoriti BN semestinya mencerminkan pola pengundian Melayu di seluruh negara. Ia agak sukar untuk dikupas kerana terlalu banyak faktor yang saling mempengaruhi. Namun, sudah jelas bahawa ianya bukan sesuatu yang tidak berasas, seandainya didakwa bahawa undi Melayu cenderung untuk kembali ke BN - jikalau diambil kira prestasi BN di kawasan desa Melayu dalam beberapa PRK yang terkini.
Daripada beberapa PRK yang dimenangi BN, Galas adalah kayu ukur yang paling sesuai. Kerusi DUN Galas dimiliki PAS pada asalnya, malah terletak dalam negeri yang selama ini diperintah PAS. Pengalihan sokongan Melayu di Galas tidak boleh dipersalahkan kepada organisasi tempatan. Punca yang mendasar mungkin berkaitan dengan perubahan di seluruh negara.
Peratusan pengundian yang tinggi
Apa yang menarik dalam kedua-dua PRK Merlimau dan Kerdau ini adalah peratusan pengundian yang lebih tinggi berbanding PRU ke-12, dengan 79% sebagaimana yang dicatat Merlimau dan 83% di Kerdau.
Seandainya peratusan pengundian tidak tinggi, maka ia mungkin menunjukkan bahawa wujudnya sesetengah pengundi yang masih sangsi terhadap PAS, pada masa yang sama juga ragu-ragu untuk mengundi BN. Golongan pengundi sedemikian kelihatan belum tahu kepada siapa mereka mahu mengundi sebelum PRU ke-13. Jadi PR masih boleh menaruh harapan kepada golongan pengundi sebegini.
Tetapi kedua-dua PRK ini tidak menunjukkan keadaan peratusan pengundian rendah. Jumlah keseluruhan undi BN memperlihatkan peningkatan yang jelas. Sama ada undi ini datang daripada penyokong PAS ataupun pengundi baru, kecenderungan mereka nampaknya sukar untuk diubah dalam masa yang singkat.
Kedua-dua keputusan PRK ini semestinya tidak mempengaruhi kuasa kerajaan BN di negeri berkenaan. Tetapi mengapa pengundi kampung dari kedua-dua kawasan ini begitu aktif untuk keluar mengundi? Sememangnya sikap yang positif ini (keluar mengundi) sesuatu yang baik untuk proses pendemokrasian, tetapi apakah peratusan pengundian yang tinggi dalam kedua-dua PRK ini betul dijuruskan kesedaran demokrasi? Kalau bukan kerana kesedaran demokrasi, apakah pula yang mengaktifkan pengundi untuk keluar mengundi?
Ada yang membangkitkan kemungkinan bahawa peratusan pengundian yang tinggi ini disebabkan pengundi hantu dan rasuah. Jikapun begitu, ia hanya menunjukkan bahawa kemampuan parti yang terlibat menggunakan "strategi luar biasa" ini telah dipertingkatkan. Ia mungkin sukar untuk dibongkarkan seandainya diulangi pada masa akan datang. Pada hakikatnya, selain ahli parlimen Kota Melaka-DAP Sim Tong Him dan jurugambar China Press yang mendakwa melihat sendiri kejadian membeli undi, operasi "tangkap hantu" yang biasa digerakkan PR dalam PRK dahulu nampaknya tidak berhasil.
Asas PAS ditembusi
Kita ketepikan dahulu kemungkinan kejadian "beli undi" atau pengundi hantu. Fenomena pengundi aktif mengundi menunjukkan bahawa BN berupaya untuk mengerah penyokongnya keluar mengundi. Ia berbalik kepada faktor jaringan hubungan tempatan. Tetapi, seandainya "keaktifan" itu didorong inisiatif pengundi sendiri untuk memastikan kemenangan BN, maka ia menunjukkan penyokong setia ini cuba menghalang kemenangan PR. Di sini ia memperlihatkan perubahan pemikiran pengundi Melayu.
Sama ada penyelewengan, jaringan tempatan mahupun perubahan pemikiran (apa yang lebih mungkin sebenarnya adalah kombinasi daripada faktor-faktor ini), yang menjurus kepada kemenangan BN ini - PAS-PR akan berdepan dengan masa depan yang lebih genting. Faktor penyelewengan dan jaringan tempatan mungkin diulangi di kawasan yang mirip, tetapi perubahan pemikiran Melayu mungkin mengundang kesan yang lebih besar, malah sehingga menembusi asas PAS.
Selepas tsunami 8 Mac 2008, BN menyerang ketiga-tiga parti komponen PR. Untuk PKR, BN merancangkan gelombang "keluar parti", mencetuskan kontradiksi dalaman. Sehingga kini, kita gagal melihat wujudnya apa-apa faktor yang boleh menyekat PKR daripada kehilangan kerusi dan undi secara besar-besaran pada PRU yang akan datang.
PAS perlu berdepan dengan kepahitan
Pada hakikatnya, serangan dan strategi yang digunakan UMNO-BN terhadap PAS tidak kurang daripada apa yang dilakukan terhadap PKR. Antaranya, retorik seperti "perpecahan Melayu", "PAS diperkudakan", "derhaka", "bersubahat dengan DAP" dan sebagainya - diulangi dalam media arus perdana, dan kelihatan telah berkesan terhadap Melayu yang hanya boleh menerima maklumat daripada media arus perdana.
Dalam krisis sebegini, PAS diharap agar tidak mengubat penyakitnya dengan ubat sembarangan, iaitu kembali kepada jalan lamanya yang konservatif. Perjuangan PAS yang berdekad-dekad tidak terelak daripada turun naik dan pasang surut. Untuk mengharungi keadaan merudum ini, ia perlu berpegang kepada prinsip dan semangat perjuangannya. PAS kini telah pun berada di landasan dengan hala tuju yang menunjukkan keterbukaannya. Komuniti Melayu tempatan mungkin belum bersedia dari segi fikrahnya untuk menerima konsep yang lebih progresif, maka PAS mungkin perlu menahan kepahitan di mana sokongan terhadapnya akan merudum buat sementara.
Seandainya PAS berpaling dan kembali ke pangkalnya, maka imej positif yang dibina sepanjang ini akan terkubur, dan kehilangan sokongan pengundi Cina yang bukan senang untuk diperolehi sebelum ini. Malah, PAS tidak semestinya mengembalikan sokongan komuniti Melayu, jika kembali ke jalannya yang konservatif.
Reaksi yang silap bakal mengundang malapetaka
Untuk generasi Melayu yang muda, penafsiran Islam dengan konsep yang konservatif kurang menarik. PAS langsung gagal mengancam UMNO jikalau kembali ke jalan pangkalnya yang konservatif. Ini menjelaskan mengapa Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin tidak keberatan untuk mengkritik PAS apabila PAS mengemukakan pengharaman perjudian.
Malah, jika PAS membuat pusingan "U" sejurus selepas kekalahan, langkah ini hanya mengesahkan tuduhan UMNO bahawa PAS adalah parti yang tidak menentu, mempergunakan agama untuk kepentingan politiknya. Jadi, PAS akan undur ke garisan kubunya di pantai Timur. Jika ia berlaku pada zaman dahulu, maka itu mungkin caranya untuk menyelamatkan diri. Tetapi jika ia berlaku pada zaman sekarang, ertinya menunggu untuk disingkir zaman.
Jadi, golongan pemimpin PAS yang terbuka akan memahami, bahawa kekalahan PRK malah PRU, tidak semestinya memusnahkan PAS. Reaksi silap yang akan membawa PAS ke arah kemusnahan. Menyedari impaknya ini, pemimpin yang terbuka dalam PAS harus cuba sedaya upaya untuk menghalang PAS daripada kembali kepada jalan lamanya - malah jika perlu berdepan dengan keretakan parti sekali pun, ia harus diteruskan agar tidak ditimpa malapetaka "silap selangkah hancur kesemuanya".
Dipetik dari http://merdekareview.com/bm/news.php?n=11636
Tahniah! Lee Chong Wei Menang Di All England 2011
1:24 AM | Current Issues, Malaysia, Rakyat | 0 comments »Share


Tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei kerana mengalahkan Lin Dan di Liga All England 2011 Single...
Keputusan:
1st Round: 21 (Lee) - 17 (Lin)
2nd Round: 21 (Lee) - 17 (Lin)
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Walaobagaimanapun, double negara iaitu Koo dan Tan telah kalah di tangan pasangan Denmark sebelum ini...
Kartun Berita Harian Yang Tidak Menghormati Rakyat Jepun Kini Dilaporkan Oleh Media Antarabangsa
5:46 PM | Current Issues, Malaysia, Photo, Politic News In Photo, World | 0 comments »Share
Kartun yang tidak menghormati Rakyat Jepun kerana mempermainkan kartun mereka dengan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini telah dilaporkan di media antarabangsa seperti CNN...
Laporan seperti berikut:
ireport.cnn.com
Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters
Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor's column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami.
The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being "inconsiderate and distasteful". Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication's Facebook fan page.
http://ireport.cnn.com/docs/DOC-570978
Tapi harus diingatkan pendirian Rakyat Malaysia adalah tidak sama dengan kartunis Berita Harian kerana kami berasa simpati terhadap kejadian yang melanda Jepun!
Berita Berkaitan:
Berita Harian Tidak Menghormati Rakyat Jepun!!!
http://gomalaysian.blogspot.com/2011/03/berita-harian-tidak-menghormati-rakyat.html
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Akhirnya Berita Harian meminta maaf terhadap penyiaran mereka:
Berita Harian mohon maaf
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BeritaHarianmohonmaaf/Article
Berita Harian Tidak Menghormati Rakyat Jepun!!!
12:31 PM | Current Issues, Politic News In Photo, Twitter, World | 1 comments »Share

Kartun ini telah menghina dan tidak menghormati Rakyat Jepun yang dilanda bencana alam. Harap pengurus mengambil tindakan yang berpatutan...
Gambar dipetik dari:
Twitter SANIBOEY
http://plixi.com/p/83588472
Petition online juga disediakan untuk mendeksa Berita Harian meminta maaf atas kesilapan ini, link adalah seperti berikut:
http://www.petitiononline.com/bharian/petition.html
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
(Video) Ceramah Anwar Ibrahim Di PRK Merlimau
2:24 PM | Anak Malaysia, Anwar, Current Issues, Melaka, Video | 1 comments »Share
Ceramah Anwar Ibrahim di pilihanraya kecil mendapat sambutan hangat telah menakutkan BN sehingga BN menyerang peribadinya secara menyeluruh di sana...
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
(Gambar) Ceramah BN VS Ceramah PAS
8:15 PM | Barisan Nasional, Current Issues, Election, Melaka, Pahang, Pakatan Rakyat, PAS, Politic News In Photo | 0 comments »Share


(Gambar) Ceramah BN VS Ceramah PAS, apa pandnagan anda? nantikan keputusan pilihanraya kecil ni...
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
(Gambar) Ceramah Di PRK Kerdau Dan Merlimau
10:08 PM | Anwar, Current Issues, Election, Melaka, Pahang, PKR, Politic News In Photo | 1 comments »Share

Media Rakyat melaporkan lebih daripada 1000 orang penduduk sedang menunggu ucapan daripada ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebab itu keh yang menyebabkan serangan peribadi dilancarkan terhadap Anwar di sana?




[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!



Isu Undi Pos Naik Mendadak Di Perak, Ini Jawapan SPR?
11:33 AM | Current Issues, Democracy, Election, TheMalaysianInsider | 0 comments »Share

Pertambahan bilangan pengundi pos di Perak adalah ekoran peningkatan kesedaran hak mengundi termasuk di kalangan mereka yang berkahwin dengan anggota pasukan keselamatan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sambil menolak kesangsian mengenai jumlah pengundi pos...
The Malaysian Insider
Undi pos: SPR percaya naik kerana kesedaran, Bersih 2.0 mahu semakan
KUALA LUMPUR, 3 Mac — Pertambahan bilangan pengundi pos di Perak adalah ekoran peningkatan kesedaran hak mengundi termasuk di kalangan mereka yang berkahwin dengan anggota pasukan keselamatan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sambil menolak kesangsian mengenai jumlah pengundi pos.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberitahu The Malaysian Insider, lebih ramai termasuk mereka mendirikan rumah tangga dengan anggota polis dan tentera kini tahu tentang hak mereka bahawa boleh menjadi pengundi tidak hadir, yang memberikan mereka hak untuk mengundi menerusi sistem undi pos.
“Saya percaya jika ada peningkatan jumlah pengundi pos sebagaimana didakwa, isteri anggota tentera dan polis memutuskan untuk mendaftar bersama suami mereka. Ini satu kemungkinan,” katanya ketika dihubungi.
Wan Ahmad diminta mengulas dakwaan peningkatan pengundi pos, perkembangan yang dilihat untuk memperkukuhkan kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri itu menjelang pilihan raya umum ke—13.
Mengambil kira angka peringkat nasional, menurut beliau, pengundi pos di kalangan anggota tentera dianggarkan seramai 134,000 di kalangan tentera dan 80,000 lagi membabitkan polis.
Pengundi pos kalangan pasukan keselamatan lazimnya dianggap sebagai ‘bank undi’ bagi BN dan memihak kepada perikatan tersebut.
Wan Ahmad menambah, beliau tidak pasti dengan angka sebenar pengundi pos di Perak dan perlu mendapatkan maklumat daripada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak sebelum boleh mengulas lanjut mengenai isu yang dibangkitkan itu.
BN kehilangan kerajaan negeri Perak pada 8 Mac 2008, tetapi memperoleh kembali 11 bulan kemudian apabila tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar parti.
Kelmarin, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kebimbangan dengan peningkatan mendadak pengundi pos seramai 5,669 dan 1,102 orang masing-masing bagi kerusi DUN Pangkor dan Kamunting.
Adun PKR Perak Chan Ming Kai berkata, meskipun Pangkor yang dimenangi oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir — mengalami peningkatan lebih 5,000 pengundi, kawasan Parlimen Lumut, yang merangkui DUN Pangkor, dimenangi oleh Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA, dimenangi dengan majoriti tipis 298 undi daripada 55,930 pengundi di bahagian tersebut.
DUN Kamunting pula dimenangi oleh Mohamad Zahir Abdul Khalid dari Umno dengan kelebihan 555 undi.
Sehubungan itu, parti tersebut menggesa SPR meneliti peningakatan secara ketara jumlah pengundi pos di kawasan tersebut.
SPR akan mengadakan mesyuarat bulanannya hari ini dan dijangka mengeluarkan daftar pemilih terbaru bagi tahun 2010.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Dengan merujuk kepada undang-undang pilihan raya, Wan Ahmad berkata, anggota tentera dan polis secara automatik menjadi pengundi pos dan pasangan mereka juga mempunyai hak untuk berbuat demikian.
Katanya, di Perak ada ramai anggota tentera termasuk pangkalan tentera laut di Lumut.
“Mereka diberikan pilihan. Mereka boleh memilih sama ada mahu jadi pengundi biasa atau daftar sebagai pengundi tidak hadir, sekali gus mengundi secara pos, selagi mereka memenuhi keperluan undang-undang,” katanya.
Bagaimanapun pertubuhan bagi pilihan raya bersih dan bersih Bersih 2.0 mencabar pandangan itu.
“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Wan Ahmad,” kata Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan kepada The Malaysian Insider.
Sebagaimana dibangkitkan oleh PKR, kata beliau, pihaknya juga mahu SPR menggunakan budi bicara dalam mendaftar permohonan memandangkan keseluruhan proses terdedah kepada salah guna.
“Ia bertentangan dengan semangat pengundian secara pos,” katanya lagi.
Wan Ahmad berkata SPR tiada kuasa untuk menolak pendaftaran sebarang permohonan selagi ia memenuhi kriteria yang diperuntukkan.
“Jika seseorang layak di bawah syarat, kami tidak menolak. Tugas kami ialah memastikan tidak ada pertindihan pengundi bagi mengelakkan penipuan,” katanya.
Baca Isu Sebelum Ini:
Undi Pos Bertambah Secara Mendadak Di Perak
http://gomalaysian.blogspot.com/2011/03/undi-pos-bertambah-secara-mendadak-di.html
Sekiranya polis mengundi secara pos kerana terpaksa menjaga keamanan pada hari pengundian, mengapa pula isteri polis juga dijadikan undi pos? sedangkan mereka tidak mempunyai tugas pada hari pengundian?
(Gambar) Lagi 1Malaysia Mengedarkan Barangan Di Merlimau
10:01 PM | 1Malaysia, Current Issues, Democracy, Melaka, Politic News In Photo, Rakyat | 0 comments »Share

Gambar menunjukkan pekerja-pekerja dari kumpulan 1Malaysia sedang mengedarkan barangan kepada penduduk di kawasan PRK...
Walaupun kumpulan ini menafikan mereka terlibat dengan mana-mana parti tetapi mengapa:
- mereka hanya melakukan aktiviti mereka di tempat yang bakal berlangsung Pilihan raya kecil?
- mengapa majlis mereka dihadiri pemimpin-pemimpin dari MCA? adakah pembangkang juga akan dijemput?
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
gambar dari twitter...
(Gambar) Dari Pilihanraya Kecil...
9:42 PM | Anwar, Current Issues, Melaka, Pahang, Politic News In Photo | 0 comments »Share

Gambar dari pilihanraya kecil, Anwar sedang tiba dan memberikan ucapan kepada pengundi di sana...

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Gambar dipetik dari Twitter Tian Chua, Teoh Nie Ching dan Media Rakyat
Undi Pos Bertambah Secara Mendadak Di Perak
6:28 PM | Current Issues, Democracy, Election, Malaysia, Perak, Rakyat, TheMalaysianInsider, Zambry | 0 comments »Share
Menurut laporan Malaysian Insider dan Malaysia Kini hari ini melaporkan undi pos di negeri Perak bertambah secara mendadak terutamanya di kawasan Pangkor.
Malaysian Insider
PKR alarmed over surge in Perak postal voters
KUALA LUMPUR, March 1 — The marked increase in postal voters in certain Perak polling districts has caused PKR to question their authenticity and whether it is a ploy to strengthen Barisan Nasional’s (BN) position in marginal seats.
PKR Perak state assemblyman, Chan Ming Kai, said today that in the last 12 months alone, the number of postal voters rose by 5,669 and 1,102 in the state constituencies of Pangkor and Kamunting respectively, and urged the Election Commission (EC) to verify that the number of soldiers stationed in the area matches the jump in postal voter registrations.
While Pangkor was won by Perak Mentri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, by over 5,000 votes, the Lumut parliamentary constituency, in which it sits, was won by MCA’s Datuk Seri Kong Cho Ha by a margin of only 298 votes out of the 55,930 votes cast.
Kamunting, meanwhile, was won by Umno’s Mohamad Zahir Abdul Khalid with a 555 vote margin over his PAS opponent.
Chan acknowledged the presence of a large naval base in the Lumut constituency but claimed that the rise in the number of postal voters within 12 months appeared to be too much of a coincidence.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
He added that the majority of the over 5,000 new postal voters were newly registered voters and not transfers from other districts.
“The Defense Ministry has to explain where these soldiers are coming from,” he said. “The Election Commission should check whether the soldiers are really there.”
The postal voting system, which is utilised by the military and the police, has often been criticised by the opposition as being open to abuse and fraud as they are not allowed into the army camps to monitor the voting process.
Some have called for the system to be reformed so that only police and military personnel who are on active duty cast their ballots via post.
The Election Commission announced last month, however, that it wants to improve transparency at postal voting centres in military camps by stationing EC officers at the centres.
EC deputy chief Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar was reported to have said that the commission will meet with the Defence Ministry to discuss the proposal.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pkr-alarmed-over-surge-in-perak-postal-voters/

















