Loading...





Share


Tidak puas hati dengan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang keluar dewan dan tidak mengundi untuk membantah bil tersebut semasa diluluskan, walaupun ada pemimpin yang berjanji akan mengundi untuk membangkang bil tersebut!!!

Ada sesiapa mempunyai list? MP mana yang mengundi untuk meluluskan bil tersebut?


Malaysia Kini

Pembangkang keluar dewan bantah Bil Perhimpunan


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!


Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Ahli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian pada kira-kira jam 3.15 petang ini selepas perbahasan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan).

Kumpulan wakil rakyat berkenaan juga tidak akan mengundi secara belah bahagi untuk menghalang rang undang-undang berkenaan daripada diluluskan petang ini.

Salah seorang daripada wakil rakyat itu berkata, ahli parlimen pembangkang juga bertindak demikian setelah memutuskan bahawa rang undang-undang berkenaan mengandungi banyak kecacatan dan tidak sepatutnya diluluskan.

Ahli parlimen PAS Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, sekurang-kurangnya undang-undang itu perlu dibawa ke jawatankuasa terpilih parlimen untuk disemak semula.

"Sebaliknya (kerajaan) hanya mahu bulldoze (rang undang-undang perhimpunan) dan bahas selama empat jam," katanya ketika ditemui Malaysiakini di bangunan parlimen.

Kumpulan ahli parlimen berkenaan bagaimanapun memasuki Dewan semula untuk menyertai perbahasan selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan untuk bacaan kali ketiga secara undian suara.

Rang undang-undang itu dilulus selepas dibahaskan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan juga penggulungan oleh menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Dewan Rakyat turut meluluskan pindaan berhubung tempoh makluman untuk mengadakan perhimpunan dan juga tempoh bantahan serta tempoh rayuan keputusan yang menyekat perhimpunan.

http://www.malaysiakini.com/news/182709




Share


Myanmar yang dikatakan negara yang paling tidak demokrasi di ASEAN telah meluluska satu Akta Protes untuk membolehkan rakyatnya protes menurut Portal Berita Channel News Asia...

YANGON : Myanmar's military-dominated parliament has passed a bill allowing citizens to protest peacefully, a lawmaker said Thursday -- the latest in a rapid series of reformist moves in the isolated country.

Baca selebihnya di http://www.channelnewsasia.com/stories/afp_asiapacific/view/1167365/1/.html

Antara kandungannya adalah rakyatnya hanya memerlukan 5 hari untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai aktiviti protes mereka.

The bill, which needs to be signed off by President Thein Sein to become law, requires that demonstrators "inform the authorities five days in advance," said upper house member Aye Maung, of the Rakhine Nationalities Development Party.


Malaysia?


(1) Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.

(2) Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

(3) Tiada protes jalanan dibenarkan.

baca selebihnya di http://www.malaysiakini.com/news/182100


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!


Bagaimana pula dengan pandangan pemimpin pembangkang?
Najib at loss for words about new Myanmar Protest Bill which requires only 5 days’ notice when he describes his own Peaceful Assembly Bill as “revolutionary” but which requires 30 days’ notice
http://blog.limkitsiang.com/2011/11/25/najib-at-loss-for-words-about-new-myanmar-protest-bill-which-requires-only-5-days%E2%80%99-notice-when-he-describes-his-own-peaceful-assembly-bill-as-%E2%80%9Crevolutionary%E2%80%9D-but-which-require/


Bacaan Lain:

Peguam akan berarak bantah Bil Perhimpunan Aman
http://www.malaysiakini.com/news/182403

Suhakam: Hentikan Bil Perhimpunan Aman
http://www.malaysiakini.com/news/182286




Share



Filem ini telah dihasilkan oleh Nasi lemak 2020 yang menceritakan situasi negara. Kini filem ini telah dimasukkan subtitle Bahasa Melayu.

Sebenarnya pemilik FaceBook ini telah menghasilkan filem-filem yang lain tetapi dalam Bahasa Cina, sekiranya anda ingin menyaksikan filem lain boleh melayari

http://www.facebook.com/nasilemak2020




[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!





Share


Terdapat khabar angin bahawa PM akan membubarkan parlimen kebelakangan ini dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menyuarakan bahawa mereka tidak akan mengadakan pilihanraya negeri secara serentak.


Maka, ramai terutamanya pemimpin BN mengutuk Pakatan Rakyat kerana tindakan mereka tersebut.

Harus diingatkan, tarikh pilihanraya negeri Sarawak juga tidak serentak seperti mana pilihanraya umum, maka apakah asas kritikan pemimpin BN tersebut?

Selain itu, SPR juga memujuk agar negeri Pakatan Rakyat supaya mengadakan pilihanraya serentak.

Tetapi aku ada sedikit cadangan kepada mereka:

- Tetapkan satu tarikh rasmi bilakah Pilihanraya umum akan diadakan maka ia lebih adil kepada semua pihak. Selain itu, pengundi juga dapat bersedia untuk menghadapi pilihanraya tersebut...

The Malaysian Insider

SPR mahu temu Pakatan pujuk adakan PRU serentak

SUNGAI PETANI, 22 Nov – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih meletakkan harapan agar pilihan raya umum ke-13 Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan semua negeri kecuali Sarawak dapat diadakan serentak.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata beliau akan menemui para pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan berhubung pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat DUN dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.

“Walaupun undang-undang membenarkan pilihan raya umum DUN dan Parlimen diadakan berasingan tetapi SPR lebih suka diadakan serentak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis taklimat untuk pengurus dan penolong pegawai pengurus bagi persiapan pilihan raya umum ke-13 peringkat negeri Kedah di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata SPR bersedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 berlangsung tahun ini atau tahun depan.

Kerajaan Persekutuan mempunyai mandat sehingga 27 April 2013. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada April lepas.

Pada 17 November lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun depan meskipun Kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi lima alasan mengapa DUN negeri itu tidak akan dibubarkan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil pilihan raya umum tergempar.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Aziz berkata SPR mengalu-alukan cadangan pelbagai pihak bagi menambah baik proses pilihan raya kepada jawatankuasa pilihan khas, namun ia perlu dibuat mengikut saluran yang ditetapkan.

Mengenai pengundi, beliau berkata sebanyak 42,000 nama yang tidak dapat dikesan atau dipastikan masih wujud diberi tempoh sehingga Disember untuk mengesahkan “kewujudan” mereka sebelum boleh didaftarkan dalam senarai daftar pemilih.

Aziz berkata lebih 13,000 pengundi yang tidak dapat dikesan itu berada di Sabah manakala di Kedah terdapat kira-kira 2,000 orang.

Kira-kira tiga juta orang, majoritinya berumur 21 hingga 41 tahun belum mendaftar dan sebilangan besar tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan manakala di Kedah terdapat kira-kira 300,000 orang yang layak belum mendaftar, katanya.

Mengenai taklimat itu, beliau berkata ia telah diadakan di Kelantan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah dan dijangka berakhir Januari ini.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/spr-mahu-temu-pakatan-pujuk-adakan-pru-serentak/




Share



Bernama dan Utusan Malaysia masih cuba untuk mencipta jurang pemisah di antara DAP dan PAS dengan sekali lagi membangkitkan isu hudud hari ini. Anda boleh membaca beritanya di bawah...

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin



Bernama dan Utusan Malaysia masih cuba untuk mencipta jurang pemisah di antara DAP dan PAS dengan sekali lagi membangkitkan isu hudud hari ini. Anda boleh membaca beritanya di bawah.

Saya rasa, selepas kegagalan perhimpunan sejuta umat Sabtu lalu, mereka sedar bahawa isu murtad tidak diterima seperti yang mereka harapkan, jadi mereka perlu berbalik semula kepada isu hudud dan sekali lagi cuba untuk mewujudkan konflik di antara DAP dan PAS.

Bernama dan Utusan Malaysia sengaja menggelarkan kerajaan Pulau Pinang sebagai 'Kerajaan DAP Pulau Pinang' dan ini menunjukkan ia satu laporan yang terpesong. Mereka mahu orang Melayu fikir bahawa Pulau Pinang telah 'hilang' kepada orang Cina atau pun DAP (yang lebih merujuk kepada orang Cina) yang berkuasa di Pulau Pinang.

Ringkasnya, DAP yang memerintah di Pulau Pinang bukannya Pakatan Rakyat, dan ianya kerajaan orang Cina bukannya kerajaan berbilang bangsa.

Bangsa dan agama adalah elemen senjata yang mujarab. Dengan melemparkan isu 'tidak menghormati Raja-raja' atau 'menghina Raja-raja' bersama elemen-elemen tersebut, kita akan mendapat bahan letupan yang menakjubkan dan ia dipanggil program 3R.

Semestinya, 3R akan berhasil jika disempurnakan dengan baik. Isu bangsa (race), agama (religion) dan Raja-raja Melayu (Rulers) boleh menjadikan orang Melayu naik amuk jika mereka percaya yang 3 perkara ini diserang atau dihina oleh bangsa lain. Dan itulah apa yang media Kerajaan dan media-media yang dikawal oleh Kerajaan sedang usahakan.


Baca selebihnya di http://m2daybm.blogspot.com/2011/10/mencipta-jurang-pemisah.html


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!




Share

Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.

Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat bagi menjamin kebebasan berhimpun.

Antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu:

(1) Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.

(2) Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

(3) Tiada protes jalanan dibenarkan.

(4) Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

(5) Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.

(6) Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;

(7) Individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan

(8) Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.

Dijadual untuk bacaan kedua pada minggu depan, rang undang-undang itu dibentangkan serentak dengan rang undang-undang lain untuk meminda Akta Polis, yang antaranya menyaratkan permit polis diperoleh sebelum mengadakan perhimpunan.


Berita Berkaitan:
Polis diberi lebih kuasa sekat perhimpunan
http://www.malaysiakini.com/news/182100

Pakatan: Akta perhimpunan aman ‘lebih teruk, kekang kebebasan rakyat’
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-akta-perhimpunan-aman-lebih-teruk-kekang-kebebasan-rakyat/

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2012 Dibentangkan Di Parlimen
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=628884




Share


Malaysia Today dalam versi Bahasa Melayu...


Malaysia Today merupakan blog yang dikendalikan oleh blogger kontroversi Raja Petra Kamarudin.

Dahulunya, Malaysia Today hanya menyampaikan blog mereka dalam Bahasa Ingeris, kini, Malaysia Today telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Malaysia Today terkenal dengan petikan petikan yang dikatakan kontroversi, petikannya biasanya dibincang dengan hangat dalam alam siber.

Sila sebarkan...
http://m2daybm.blogspot.com/


[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!
[ADS] Earn $$$ From Twitter & FaceBook!

Recent Posts