
Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat...
Aziz Bari tawar diri sebagai calon Pakatan
The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 30 Dis — Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau “tidak ghairah” tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.
“Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Beliau mengesahkan menerima tawaran “tidak rasmi” dari semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP namun berkata “masih terlalu awal untuk membuat keputusan” parti mana yang akan ditandinginya.
Abdul Aziz (gambar) menambah beliau tidak memilih tentang bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan “semua parti komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan ia pentung bagi mewujudkan sistem dua parti.”
Namun bekas pensyarat Universiti Islam Antarabangsa ini berkata keputusannya adalah untuk terlibat dalam politik dan berminat menyertai pilihan raya dan bukan sebagai anggota parti yang disifatkan tidak mempunyai “stamina” melakukannya.
“Ini adalah perkara yang dihalang untuk dilaksanakannya. Menyertai politik bukan bermakna terlibat dalam politik parti.
“Apa pun dalam politik, seperti kerjaya dalam akademik atau NGO, ia hanya platfom untuk perubahan. Tidak kisah apa pun saya terlalui tua untuk menjadikan politik sebagai kerjaya. Jika saya berumur 40 tahun ia berbeza tapi saya akan mencecah 53 tahun,” tambahnya.
Abdul Aziz terlebih dahulu digantung tugas dari UIA kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Beliau dilaporkan memperhatikan kerusi Parlimen Sabak Bernam yang dipegang Abdul Rahman Bakri, yang dijangka akan dibicarakan pada Jun kerana didakwa membuat sembulan tuntutan palsu.
Pensyarah kontroversi ini berdepan dengan siasatan dalaman oleh UIA kerana mengkritik Sultan Selangor.
Selain itu Abdul Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Berita dipetik daripada:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aziz-bari-tawar-diri-sebagai-calon-pakatan/
Prof Aziz Bari Tawar Diri Sebagai Calon Pakatan Rakyat (PR) ?
11:37 PM | Current Issues, Malaysia, Pakatan Rakyat, Selangor, TheMalaysianInsider | 0 comments »Share
Sindrom 9 Tahun Sabah?
7:07 PM | Change, Current Issues, Pakatan Rakyat, Politic News In Photo, Sabah, SAPP, UMNO | 0 comments »Share
Tempat duduk baru untuk Agen Pilihanraya
11:27 AM | Barisan Nasional, Current Issues, Election, Pakatan Rakyat, Parlimen, Politik Baru | 0 comments »Share
Tempat duduk baru untuk Agen Pilihanraya
New seating arrangement for election agents
The Star
By YUEN MEIKENG
KUALA LUMPUR: In a bid to improve transparency, election agents in the coming polls will be seated in a way that they can completely see voters as they enter voting stations.
This move is among several measures to be introduced in the voting process during the next general election, said Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, who heads the Parliamentary Select Committee on electoral reforms.
"With the new seating arrangement, election agents will be able to have a full, frontal view of each voter as they come in," he told a press conference at the Parliament building here Thursday.
Ongkili said the move will enable election agents to recognise voters and prevent multiple voting.
"Previously, there were complaints that the agents could only see the voters' profile or backs," he said.
Media representatives, who were present, were given a demonstration on how the new voting process would take place.
It is learnt that an election officer will mark voters' fingers with indelible ink before they cast their ballot.
Another election officer will monitor the voters to ensure that they drop the ballot papers in the correct box.
Berita dipetik daripada:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/12/29/nation/20111229152729&sec=nation
[Harakah VS Hasan Ali] Harakah Daily Telah Mempertahankan Berita Mereka
6:28 PM | Current Issues, Harakah, Kelantan, Nik Aziz, PAS, Selangor | 0 comments »Share
Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali...
Harakahdaily pertahan berita, ini transkripnya
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.
Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa.
Berikut adalah asas kepada berita berkenaan.
Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember.
Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.
Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.
Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?
Terimalah.
Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru?
JKR 10
Wartawan: Ustaz Nasha...
Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai.
Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.
Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru?
Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah.
Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini?
Ada peluang apa lagi lah...baik.
KLIK UNTUK VIDEO SIDANG MEDIA INI
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Hasan Ali Nafi Minta Maaf
2:14 PM | Current Issues, Free Malaysia Today, Harakah, PAS, Selangor | 0 comments »Share
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali menafikan dirinya memohon maaf kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya mengenai konsep Negara Berkebajikan... Hasan Ali nafi minta maaf pada Nik AzizPublished Free Malaysia Today PETALING JAYA: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali menafikan dirinya memohon maaf kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya mengenai konsep Negara Berkebajikan. Lidah rasmi PAS Harakahdaily semalam melaporkan Hasan dalam pertemuannya dengan Nik Aziz, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din, bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa di Kota Bharu kelmarin menarik balik kritikannya mengenai Negara Berkebajikan dan meminta maaf kepada pimpinan parti. "Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali. "Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," katanya dalam kenyataan hari ini. Katanya, beliau sebenarnya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah dengan tiga pemimpin terbabit di kediaman rasmi Nik Aziz di JKR 10 Kota Bharu. Menurut Hasan, antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuklah hala tuju parti, persediaan PRU ke 13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti. "Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya. Nik Aziz dipetik Harakahdaily semalam berkata pihaknya yakin isu perbalahan antara pimpinan PAS kini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.
"Seperti yang dizahirkan oleh Mursyidul Am terhadap pertemuan mahabbah itu, saya juga ingin menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadap saya dalam meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di negara kita," katanya.
Nik Nazmi: Salahguna Wang Zakat – Mengapa Jamil Khir Terus Diam Membisu?
3:59 PM | Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, Selangor | 0 comments »Share
Jawapan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guamannya mengadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim... Kenyataan Media: Salahguna Wang Zakat – Mengapa Jamil Khir Terus Diam Membisu? Nik Nazmi 28 Dec 2011 Jawapan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guamannya mengadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isu ini yang telah dibangkitkan oleh YB Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar. Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010. Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010. MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat. MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak RM700,000. Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010. Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain? Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di dalm surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini telah membangkitkan dwi-standard kes ini dengan kes membabitkan bekas imam di Kulaijaya, Johor, Redzuan Mohd Said yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini. Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahnnya. Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah JAWI? Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam negara ini. Petikan diambil daripada http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=3124
Share
DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah... DAP tarik veteran Umno untuk hakis serangan anti Melayu Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 28 Dis — DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah. The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Ketua Pemuda DAP Anthony Loke(gambar), yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu. Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka. Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil "Rakan Pulau Pinang" yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu. "Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli," katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP. Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa. Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insidersebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu. The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008. Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen Kristian dan biadap terhadap raja Melayu. Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi. Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera. Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak. Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Perak awal tahun ini.
December 28, 2011
"Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami," kata Ahli Parlimen Rasah ini.
Aziz Bari mungkin bertanding di Sabak Bernam
11:15 PM | Current Issues, MerdekaReview, Pakatan Rakyat, Selangor | 1 comments »Share
Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari mungkin bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, seandainya terdapat permintaan dan sokongan agar beliau bertanding di situ...
Aziz Bari mungkin bertanding di Sabak Bernam
www.merdekareview.com
Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari mungkin bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, seandainya terdapat permintaan dan sokongan agar beliau bertanding di situ.
MerdekaReview dimaklumkan sumber bahawa ada tanda-tanda Aziz Bari bertanding di kawasan parlimen tersebut, melihat kepada kekerapan beliau kembali ke kampungnya di situ kebelakangan ini. Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari enggan mengulas panjang, tetapi berkata, "Kalau ada sokongan, kena fikirkanlah juga, untuk perubahan..."
Dalam PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi. Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain.
Menurut seorang sumber maklumat yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan mendapati kawasan Sabak Bernam mungkin ditembusi Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. Sumber berkata, PKR sepatutnya telah menembusi kawasan itu dalam PRU 12 yang lalu, namun berlaku "politiking" dalaman sehingga calon PKR tewas tipis dengan perbezaan 1,335 undi. Meskipun mengakui bahawa Badrul Amin (gambar kanan) juga seorang pemimpin yang baik, namun sumber tersebut mendakwa bahawa "politiking" yang berlaku di PKR Cabang Sabak Bernam menyebabkan akar umbi gagal disatu-padukan.
Menurut sumber lagi, seandainya Aziz Bari direstui pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding di Sabak Bernam, beliau yakin bahawa kemunculan Aziz Bari mampu "meneutralkan" keadaan yang sedia ada. Sumber yang dekat dengan parti komponen Pakatan Rakyat ini berkata, penampilan Aziz Bari mampu menyuntik keyakinan agar PR menawan kerusi Sabak Bernam.
Badrul Amin juga mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), terlibat dalam gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun, bersama Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungib, Mohd.Ezam Mohd Nor dan lain-lain.
Aziz Bari mencetus kontroversi apabila mendakwa "tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim", ketika ditemuramah Malaysiakini. Kenyataan pakar perlembagaan ini dibidas dalam Utusan Malaysia, malah ada yang membuat aduan polis terhadap Abdul Aziz Bari dan Malaysiakini. Ekoran daripada itu, Abdul Aziz Bari dan wartawan Malaysiakini disoal-siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 17 Oktober 2011.
Jawatan Aziz Bari digantung, dan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada UIAM pada 19 Oktober 2011. Siswa-siswi dan orang awam bangkit mempertahankan Aziz Bari, mengutuk tindakan mencabul kebebasan akademik. Keputusan penggantungan tersebut ditarik balik kemudian lantaran desakan umum, namun Aziz Bari akhirnya memilih untuk meletak jawatan.
Dipetik daripada: http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12571
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Orang Melayu Mudah Niaga Di Selangor
6:57 PM | Around Blogsphere, Barisan Nasional, Current Issues, DEB, Pakatan Rakyat, Selangor | 1 comments »Share

Usahawan Melayu di Selangor mengatakan lebih mudah untuk menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (Pakatan) berbanding di era Barisan Nasional(BN)...
Orang Melayu mudah niaga di Selangor
www.kl-today.com
Kajian seorang pakar ekonomi-politik Universiti Malaya (UM),Profesor Edmund Terence Gomez mendapati rata-rata usahawan Melayu di Selangor mengatakan lebih mudah untuk menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (Pakatan) berbanding di era Barisan Nasional(BN).Laporan itu menyebut, usahawan mengatakan kos operasi perniagaan di bawah Pakatan lebih rendah kerana tidak perlu membayar ‘komisen’ kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan lesen atau mendapat konsensi projek. Amalan sedemikian lazimnya berleluasa semasa pentadbiran BN.
Jelas Edmund lagi, situasi ini mencerminkan realiti persekitaran perniagaan negara di mana usahawan Melayu yang tulen dan berdaya saing sering diketepikan oleh dasar dan pentadbiran BN. Hanya usahawan yang mempunyai hubungan dengan pe-mimpin-pemimpin Umno mendapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
“Akibatnya, golongan usahawan Melayu tulen terpaksa bersaing bukan sahaja dengan usahawan daripada komuniti lain, tetapi dengan golongan usahawan yang ada kaitan dengan Umno.
“Jadi di sini kita nampak PKR (Parti Keadilan Rakyat) mendapat sokongan daripada golongan ini kerana mereka disisihkan daripada mendapat akses kepada dasar, konsensi dan projek kerajaan,” kata Edmund Gomez.
Beliau berkata demikian di dalam satu sesi forum ekonomi bertajuk, Ekonomi Malaysia : Adakah Kita Berada di Halatuju Sebenar? di Shah Alam, baru-baru ini.
Edmund Gomez menerangkan, walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) mempunyai matlamat yang murni, iaitu untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan antara komuniti di Malaysia, ia tidak menepati sasaran.
“Semasa pemerintahannya, (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad membelanjakan berjuta-berjuta ringgit untuk membentuk kelas kapitalis Melayu.
“Namun pada hari ini, tiada satu pun perniagaan Melayu yang tersenarai sebagai sepuluh perniagaan terbesar di Malaysia,” katanya.
Persoalan sebenarnya sekarang, Edmund Gomez berkata, adalah bukan tentang jurang pendapatan antara komuniti. Ia adalah tentang jurang pendapatan dalam sesuatu komuniti itu sendiri.
“Kita tengok, walaupun di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), negeri-negeri yang masih mencatat kadar kemiskinan yang tinggi, seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah adalah negeri yang majoriti penduduknya Melayu,” jelasnya.
Baca selebihnya di http://www.kl-today.com/2011/12/usahawan-melayu-mudah-niaga-di-selangor/
Blog: Setiap yang hidup akan mati. UMNO bagaimana?
11:53 AM | Around Blogsphere, Current Issues, Malaysia, UMNO | 0 comments »Share
Setiap makhluk bermula dan berakhir. Setiap yang hidup akan berakhir. Ramai manusia yang cuba lari dari menghadapi kematian tetapi mati itu adalah wajib. Baik manusia, atau pun pertubuhan dan yang lain-lain yang dihidupkan akan mati. Oleh itu kita kadangkala terlupa yang kita sendiri akan menghadapi mati...
Setiap yang hidup akan mati. UMNO bagaimana?
Aspan Alias
Setiap makhluk bermula dan berakhir. Setiap yang hidup akan berakhir. Ramai manusia yang cuba lari dari menghadapi kematian tetapi mati itu adalah wajib. Baik manusia, atau pun pertubuhan dan yang lain-lain yang dihidupkan akan mati. Oleh itu kita kadangkala terlupa yang kita sendiri akan menghadapi mati.
Kalau kita mendengar di mana-mana terlalu ramai yang mempunyai pandangan yang UMNO juga akan mati kerana tanda-tandanya semakin jelas dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Begitulah seterusnya. Hanya waktu sahaja yang menentukan masanya.
Kadangkala seseorang atau pertubuhan itu akan menghadapi penyakit yang serius dahulu sebelum mati. Setengahnya mati mengejut kerana serangan angin ahmar dan jantung. Bagi pertubuhan ada yang mati mengejut. UMNO (asal) dulu menghadapi mati mengejut. Tetapi ada penggantinya yang di hidupkan secara mengejut dan meminjam nama yang telah mati itu. Pendeknya yang hidup semuanya akan menghadapi mati dan itu adalah hakiki.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Dua tiga hari yang lepas saya bertemu dengan seorang yang tidak saya kenali sebelumnya. Kami bertemu kerana beliau menelefon saya untuk berjumpa dan berbincang tentang perkara yang telah saya tulis. Nampaknya beliau adalah seorang yang selalu mengikuti apa yang saya telah tulis dalam blog kecil saya ini.
Beliau telah menjemput saya di kedai mamak yang berhampiran dengan kediaman saya dan membawa saya minum di Holiday Villa, Subang Jaya. Semasa di dalam kereta beliau saya ternampak banyak baju-T UMNO. Saya bertanya kenapa banyak sangat baju T UMNO ini. Beliau menjawab yang baju itu memang sudah lama berada di dalam keretanya, tetapi beliau merasa tidak sedap untuk membahagi-bahagikan kepada ahli-ahli di cawangan beliau dan orang ramai.
Apabila saya tanya kenapa tidak sedap hati, beliau memberitahu saya yang beliau telah di sindir oleh sanak saudara beliau dan ahli-ahli UMNO cawangan beliau sendiri yang menunjukkan rasa tidak gemar dengan UMNO dan tidak mahu memakainya.
“Cerita UMNO akan mati ini mungkin menjadi kenyataan kerana orang ramai tidak langsung berminat untuk mengenakan dan memakai baju-T yang mempunyai logo UMNO itu. Saya telah masuk kampus untuk membahagi-bahagikan baju-baju T itu tetapi mahasiswa-mahasiswa menolaknya. Jadi apa lagi boss, saya pun malu nak menurunkan dari kereta saya ini” kata beliau yang berada dalam lingkungan umur lima puluhan itu.
Semasa minum beliau bertanya kepada saya apa yang beliau patut lakukan kerana beliau sudah nampak UMNO sudah tidak boleh bertahan lagi. UMNO katanya sudah tidak dihormati lagi oleh jiran tetangga beliau. Beliau terus bertanya, “Abang ahli UMNO lagikah?” Saya menjawab, “masih agaknya”
Baca selebihnya di
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/12/setip-yang-hidup-akan-mati.html
Share

Bank Negara Malaysia revealed the new series of Malaysian banknotes today, Wednesday 21 December 2011. The new series draws its inspiration from the distinctive features of Malaysia, incorporating elements of the country's natural treasures, culture and heritage. Themed 'Distinctively Malaysia', the banknotes features traditional expressions in the art and craft, natural wonders, flora and fauna and the economy. The banknotes issued are in the denominations of RM1, RM5, RM10, RM20 and RM100. Commemorative sets are on sale starting today, Thursday 22 December 2012...
http://www.youtube.com/watch?v=ubTR8kxvyzY
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
DAP Inginkan Kerusi MB Selangor?
1:38 PM | Around Blogsphere, Current Issues, DAP, Pakatan Rakyat, PAS, Selangor, UMNO | 0 comments »Share

Tidak timbul persoalan DAP atau PAS inginkan jawatan MB. Kami semua menyokong penuh TS Khalid sebagai MB dan oleh itu persoalan menggantikan MB tidak pernah timbul...
DAP Inginkan Kerusi MB Selangor?
KHALID SAMAD
Kebelakangan ini ditimbulkan pula isu kononnya DAP ingin meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu supaya boleh merampas kerusi MB di Negeri Selangor. Pelik saya. Adakah perlu diletakkan Melayu di kawasan majoriti Melayu untuk menjadi MB? Kalau calon Melayu DAP menang di kawasan Cina tidak boleh jadi MB kah? Mesti menang di kawasan Melayu? Hairan dibuatnya. Di mana pula perkara ini termaktub?
Hakikatnya ini hanya cerita-cerita dogeng yang dihasilkan imaginasi jahat UMNO dan surat khabar lidah bercabang UMNO. Jenis imaginasi yang yang boleh menghalalkan RM 250 Juta untuk Shahrizat dan keluarganya serta dianggap isu NFC suatu fitnah yang dirancang pembangkang!
DAP adalah parti berbilang kaum. Ianya bukan parti Cina. Karpal Singh bukan Cina! DAP pernah mempunyai beberapa pemimpin Melayu yang terkenal tetapi malangnya ia di’kenakan’ imej parti Cina oleh pihak UMNO. Ia juga di’kena’kan imej anti-Melayu oleh UMNO juga. Apakah yang pernah dilakukan di Pulau Pinang atau di Selangor yang membuktikan DAP adalah anti-Melayu? Tiada apa dan banyak pula program yang membantu Melayu dan Islam yang disokongnya.
Untuk membebaskan diri mereka dari imej yang dipaksa ke atas mereka, maka DAP mengemukakan cadangan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kami dari PAS dan PKR memahami hasrat mereka dan keinginan mereka untuk bebaskan diri mereka dari kerja jahat UMNO ini. Namun sebagai rakan yang saling nasihat menasihati, kami menjangka ianya sesuatu yang akan diserang oleh UMNO sebagai bukti DAP gila kuasa di Selangor; dan PAS bersama PKR mengkhianati kepentingan politik Melayu.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Maka di dalam suasana yang sentiasa ingin dihangatkan oleh UMNO atas semagat perkauman, tindakan yang dicadangkan DAP itu dilihat sebagai sesuatu yang mampu memburukkan lagi keadaaan. Oleh yang demikian, cadangan DAP agak sukar untuk diterima. Kerana ada pengadu-domba yang bergerak bebas di kalangan masyarakat. Kumpulan penghasut dan penipu rakyat yang berkeliaran merata, menembusi ruang udara melalui Radio dan TV, meracuni pemikiran rakyat, siapa lagi kalau bukan UMNO/BN.
Sebenarnya parti yang jelas hanya untuk kaum Cina adalah MCA. Tiada India, Singh ataupun Melayu di dalam MCA. Namun tidak pula MCA diserang UMNO walaupun memperlekehkan hukum hudud. Jelas sekali ianya hanya mainan politik sedangkan mereka berkapit rapat dengan tauke-tauke MCA.
Dalam pada itu, soal MB pula tidak pernah timbul. PR bukan seperti BN yang hanya mementingkan jawatan dan imbuhan sahaja. Asalkan PR memerintah dan rakyat diberi pembelaan, maka kami semua menganggap matlamat telah tercapai. Syarat tambahan bagi PAS pula ialah soal usaha meningkatkan kefahaman rakyat terhadap Islam. Selagimana usaha ini tidak dihalang, maka PAS akan berpuas hati. Tidak timbul persoalan DAP atau PAS inginkan jawatan MB. Kami semua menyokong penuh TS Khalid sebagai MB dan oleh itu persoalan menggantikan MB tidak pernah timbul. Hanya ditimbulkan oleh pencacai UMNO yang ingin PR bersengketa sesama sendiri. Namun ianya umpan yang mungkin terkesan bagi UMNO, tetapi tidak bagi PR.
http://www.khalidsamad.com/
Berita Berita Yang Berkaitan Dengan Hasan Ali
8:19 PM | Current Issues, Free Malaysia Today, PAS, TheMalaysianInsider | 0 comments »Share

Hasan Ali menjadi amat popular kebelakangan ini selepas terdapat khabar angin bahawa dia tidak dapat bertanding dalam pilihan raya pada masa akan datang...
Berita berita yang berkaitan dengan Hasan Ali:
Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.
Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.
Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.
Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.
"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS
"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.
baca seterusnya di http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7073-hasan-nasharudin-terperangkap-dalam-agenda-umno
Mahfuz: Hasan Ali boleh keluar PAS sertai Umno jika mahu
KUALA LUMPUR, 15 Dis — Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini termasuk berhubung desas-desus kemungkinan digugurkan daripada menjadi calon, boleh keluar parti Islam itu dan menyertai Umno jika mahu, kata Datuk Mahfuz Omar.
“Itu terserah kepada beliau (jika mahu meninggalkan parti). Bagi saya, ini negara demokrasi, setiap orang ada hak untuk memihak parti yang mereka pilih,” kata Naib Presiden PAS ini kepada pemberita pada sidang media hari ini.
“Tetapi sama ada beliau benar-benar berkata (mahu meninggal PAS), (saya) tidak tahu,” kata beliau lagi.
Hasan (gambar), yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.
Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.
“PAS tidak pernah membantah (jika ada mana-mana ahli mahu meninggalkan parti). Ia satu demokrasi. Itu hak mereka,” kata Mahfuz lagi.
“Hasan Ali bersedia untuk memberi sokongan beliau kepada parti yang berjuang bagi hak orang Melayu. Tindakan beliau mahu memperjuangkan Islam adalah baik, PAS juga memperjuangkan Islam,” katanya lagi.
baca seterusnya di http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahfuz-hasan-ali-boleh-keluar-pas-sertai-umno-jika-mahu/
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
PAS Selangor yakin Hasan Ali kekal ahli
PETALING JAYA: PAS Selangor yakin exco kerajaan negeri , Datuk Hasan Ali akan terus kekal bersama PAS.
Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Rani Osman juga menafikan Hasan digugurkan sebagai calon untuk pilihan umum akan datang.
Sambil menyifatkan laporan berhubung pengguguran itu hanya ‘mainan media’, Abdul Rani menegaskan perkara tersebut masih belum muktamad.
“Melalui laporan Saari Sungib (Ketua Penerangan PAS Selangor) beliau juga menyatakan laporan itu bukan muktamad. Senarai itu rahsia malah saya sendiri belum melihat laporan ini. Timbul kekeliruan kerana kita ingat pilihan raya akan diadakan pada bulan November…maka wujud hal-hal seperti ini.
“Kita tidak mengugurkan nama sesiapa. Malah sekarang kita masih buka ruang untuk PAS negeri menghantar nama calon. Segala keputusan terakhir akan dibuat oleh PAS Pusat.
“Saya diasak pelbagai pertanyaan mengenai Hasan Ali ini, tapi saya yakin beliau akan kekal di dalam PAS,” katanya ketika dihubungi FMT.
Abdul Rani turut menepis dakwaan segelintir pihak kononnya wujud gerakan dalam PAS bersama DAP untuk mengekang Hasan dalam parti Islam itu.
baca seterusnya di http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/15/pas-selangor-yakin-hasan-ali-kekal-ahli/
Apa Anwar Buat Ketika Dalam Kabinet?
7:18 PM | Anwar, Current Issues, Free Malaysia Today, Mahathir, Malaysia, Najib, PKR | 0 comments »Share

Bukankah ketika itu kesempatan terbaik untuk beliau memansuhkan akta-akta drakonian tersebut dan mengheret jerung- jerung yang menerima rasuah ke muka pengadilan?
Apa Anwar Buat Ketika Dalam Kabinet?
Nazli Ibrahim
Free Malaysia Today
Setelah 12 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatan dari kerajaan dan Umno, pada 2009 lalu beliau bergiat semula dalam sepak terajang politik negara ini.
Jikalau dahulu, semasa di dalam kerajaan beliau menjalankan dasar-dasar kerajaan, berbeza dengan sekarang, beliau ialah ketua pakatan pembangkang yang disegani.
Kelantangan beliau mengkritik dasar-dasar kerajaan hari ini, khususnya terhadap rasuah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kadang kala menimbulkan persoalan, apa yang beliau lakukan semasa beliau berada di dalam kabinet?
Apabila berbicara mengenai hal ini, perkara yang sering tidak lepas dari persoalan ialah adakah Anwar memang benar-benar menentang rasuah yang semakin membarah dalam kerajaan, akta-akta yang menindas kebebasan bersuara – ISA, AUKU dan lain-lain akta yang seumpamanya.
Persoalan mengapa beliau tidak melakukannya semasa beliau berada di dalam kerajaan dahulu pasti dipersoalkan dan tentunya lebih kerap dimainkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kolumnis media-media kawalan kerajaan.
Bukankah ketika itu adalah kesempatan terbaik untuk beliau memansuhkan akta-akta drakonian tersebut dan mengheret jerung-jerung yang menerima rasuah ke muka pengadilan?
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
TPM era Mahathir paling mencabar
Umum mengetahui, menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa tidaklah semudah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga PM sebelumnya.
Bagi Abdullah Badawi memadai dengan hanya seorang timbalan berbanding Mahathir yang mempunyai sehingga empat orang Timbalan Perdana Menteri.
Malah kuasa pemutus keputusan penting oleh para menteri yang ada dari dahulu hinggalah hari ini juga tidaklah mutlak walaupun dalam bidang kuasa kementerian masing-masing.
Contohnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran tentunya tidak akan menarik semula pelaksanaan PPSMI jika tidak dipersetujui oleh Najib.
Begitu juga dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri, tentunya tidak akan berani, walaupun sekadar menyebut pindaan ISA akan dikaji jika tiada lampu hijau dari Najib atau mungkin juga diilhamkan sendiri oleh Najib.
Sama juga dengan isu kenaikan harga gula, beras, petrol dan lain-lain. Walaupun menurut mereka, pada dasarnya, setiap keputusan yang dibuat telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, namun kuasa veto Perdana Menteri adalah pemutus utama tidak dapat dinafikan.
Akhirnya, telunjuk 1Malaysia itulah juga akan dijadikan kiblat.
Apatah lagi menjadi timbalan kepada Mahathir, tentunya memerlukan seseorang yang sehaluan dengannya, seseorang yang mampu menari seirama dengan tariannya, tidak kira samada tindakan itu menguntungkan rakyat atau menguntungkan kroni.
Apa yang penting, harus bersedia mengungkapkan kata-kata ‘yes boss’. Perilaku seperti ini tentunya bertentangan dengan jiwa Anwar sendiri hinggalah mengundang pertengkaran demi pertengkaran antara kedua mereka.
Kejadian pertengkaran antara mereka ini diakui sendiri oleh mereka yang rapat dengan Anwar seperti Azmin Ali, Ezam Mohd Nor malah Mahathir sendiri turut pernah mengakuinya.
Pernah dalam beberapa ceramah politik oleh Ezam dan Azmin sekitar tahun 1999, mereka menceritakan bagaimana pada suatu hari,
Anwar keluar dari bilik PM dengan muka yang merah padam setelah bertengkar dengan Mahathir berkenaan isu penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Kabinet dan VIP Umno yang lainnya.
Sikap Mahathir yang melindungi perlakuan menyeleweng ini sama sekali tidak dapat diterima oleh Anwar.
Selain itu, keutamaan dasar Mahathir untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni dengan menelan belanja berbillion ringgit akibat kemelesetan ekonomi ketika itu tidak dipersetujui oleh Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan telah memburukan lagi hubungan mereka.
Mahathir curigai Anwar
Pada tahun 1997, ketika Mahathir bercuti tiga bulan di luar negara, Anwar yang ketika itu memangku jawatan Perdana Menteri telah mengambil kesempatan itu dengan menggubal Akta Pencegah Rasuah 1997. Tindakan Anwar itu telah menambahkan kecurigaan Mahathir terhadap beliau.
Mahathir mula merasakan Anwar sebagai seseorang yang tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingannya dan kroni-kroninya apabila beliau bersara kelak.
Ditambah pula, hasutan-hasutan dari mereka yang turut merasakan diri mereka bakal terancam dengan dakwaan rasuah apabila Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri nanti.
Ketika itu, pendirian Mahathir yang terlalu obses terhadap ISA dan AUKU memanglah amat jelas dan diketahui umum. Apatah lagi, AUKU adalah akta dari air tangan beliau sendiri.
Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu tidak akan teragak-agak menggunakannya ke atas penentang-penentang beliau.
Sekiranya ketika itu Anwar mula menunjukan pendirian kerasnya dan bertindak agresif untuk menghapuskan kedua-dua akta ini, tentunya awal-awal lagi Anwar akan tersingkir dari persaingan politik untuk menuju puncak dan sekaligus menggagalkan misinya yang hanya setengah jalan sahaja.
Malah, lebih dari itu, nescaya beliau tidak akan mampu sampai ke jawatan nombor dua kerajaan yang berjaya disandangnya ketika itu.
Untuk menghapuskan kedua-dua akta ini dan memerangi rasuah secara total, Anwar perlu berada di puncak terlebih dahulu.
Jika difahami falsafah politik beliau, “untuk mengubah sesuatu, kita harus berada pada sesuatu kedudukan yang betul,” maka jelaslah, semasa beliau di dalam kerajaan lagi beliau telah mula melaksanakan misinya untuk melakukan perubahan terhadap sistem-sistem yang beliau tentang termasuklah ISA, AUKU dan amalan rasuah yang semakin berleluasa.
Cuma kerana demi melindungi misinya pada masa itu, tidaklah beliau tunjukan secara agresif walaupun telah dapat dihidu oleh pemimpin kerajaan yang korup.
Untuk mencapai matlamat itu, perkara pertama yang perlu beliau lakukan ialah menakluk puncak tertinggi dalam pemerintahan negara ini.
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/12/apa-anwar-buat-ketika-dalam-kabinet/
Keselamatan Negara Di Tangan Papa Gomo!?
7:28 PM | Blogger, Current Issues, Free Malaysia Today, Malaysia, Police | 0 comments »Share

“Gomo selama lima jam di dalam KD Tun Razak dan Gomo sendiri bertanyakan kepada kru kapal mengenai apa yang ada dan apa yang tiada dalam Kapal Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia.
“Malah segala perjalanan, berapa batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter kedalaman semuanya ada pada simpanan pihak TLDM yang mana RAHSIA kepada negara...
Keselamatan negara di tangan Papa Gomo!
Free Malaysia Today
Adakah anda mengenali gerangan pengendali blog papagomo.com yang menggunakan nama samaran Papa Gomo ini?
Apakah kedudukan beliau dalam carta hirarki pentadbiran negara atau pun pasukan keselamatan negara?
Mungkin ada diantara kita cuma pernah mendengar nama samarannya sahaja, tidak pernah pun mengetahui nama sebenar beliau dan juga tidak pernah menatap wajah sebenar si pemilik gelaran Papa Gomo ini.
Bagaimanapun ada satu perkara yang rakyat Malaysia harus tahu mengenai lelaki ini, iaitu kedaulatan, maruah dan keselamatan negara anda terletak di dalam tangan beliau.
Dalam entri blog beliau dengan jelas memberitahu bahawa beliau mengetahui rahsia pertahanan negara yang melibatkan kapal selam KD Tun Abdul Razak milik negara.
Maklumat sulit
“Gomo selama lima jam di dalam KD Tun Razak dan Gomo sendiri bertanyakan kepada kru kapal mengenai apa yang ada dan apa yang tiada dalam Kapal Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia.
“Malah segala perjalanan, berapa batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter kedalaman semuanya ada pada simpanan pihak TLDM yang mana RAHSIA kepada negara.
“Ada yang Gomo boleh ceritakan dan ada juga yang Gomo tak dapat nyatakan atas faktor kepentingan ketenteraan negara.
“Namun yang pasti harga kapal selam yang dibeli kerajaan adalah yang terbaik dengan meliputi skop-skop kepentingan startegik buat negara yang tidak dapat Gomo nyatakan.
“Malah TLDM juga menyimpan segala maklumat sulit berkaitan kapal selam Scorpene ini,” demikian menurut entri bertajuk ‘Guan Eng
Perlekehkan Kemampuan Anak Kapal KD Tun Razak’ dalam blognya.
Jelas apa yang ditulisnya itu menggambarkan beliau telah mengetahui beberapa rahsia berkaitan kapal selam Scorpene milik negara itu.
Siapakah Papa Gomo ini? Adakah beliau merupakan orang yang penting dalam negara ini atau seorang pegawai tinggi angkatan tentera?
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Kedaulatan, maruah negara terancam
Jika benarlah seperti mana yang didakwa oleh penulis blog tersebut, ini bermakna keselamatan negara kita mudah terancam oleh anasir- anasir luar.
Bagaimana sekiranya Papa Gomo ditawarkan hadiah yang lumayan oleh agen-agen asing sebagai balasan menyalurkan maklumat yang diketahuinya mengenai kapal selam KD Tun Abdul Razak itu?
Perkara begini tidaklah mustahil akan berlaku apabila sikap tamak manusia akan menyebabkan seseorang mudah gelap mata dan tidak teragak-agak menjual maruah dan kedaulatan negara dengan bayaran lumayan.
Atau, bagaimana pula sekiranya beliau diculik dan dipaksa oleh agen asing supaya memberitahu maklumat yang ada padanya?
Sanggupkah anda, tanpa mengira anutan ugama, bangsa dan idealogi politik anda membiarkan maruah dan keselamatan negara berada dalam tangan seorang manusia yang menggelarkan dirinya sebagai Papa Gomo ini?
Oleh itu, desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kehadiran blogger terbabit dan termasuklah wartawan dari TV3 dan Bernama di dalam kapal selam Scorpene disiasat amat bertepatan sekali.
Meskipun blogger terbabit tidak turut berlayar, tetapi beliau telah berada di kapal selam itu selama lima jam dan telah bertanyakan pelbagai soalan kepada kru-kru kapal selam terbabit.
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/11/keselamatan-negara-di-tangan-papa-gomo/
[VIDEO] Ceramah Khalid Samad: Rakyat Inginkan Perubahan Jangan Kita Ditakut-takutkan Oleh UMNO Barisan Nasional
10:58 AM | Pakatan Rakyat, PAS, PKR, UMNO, Video | 0 comments »Share

Khalid Samad: Rakyat Inginkan Perubahan Jangan Kita Ditakut-takutkan Oleh UMNO Barisan Nasional
Dipetik dari:
http://www.youtube.com/
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Syabas! Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!
6:42 PM | Current Issues, DAP, Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat, Penang, TheMalaysianInsider | 0 comments »Share

Exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengisytiharkan harta milik masing-masing dalam tempoh sebulan ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini...
Guan Eng: Exco Pulau Pinang isytihar aset dalam sebulan
The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 11 Dis ― Exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengisytiharkan harta milik masing-masing dalam tempoh sebulan ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini.
Ia akan dipaparkan kepada umum menerusi Internet.
Lim berkata, langkah itu diambil sejajar dengan janji dibuat sebelum mereka mengangkat sumpah pada 8 Mac 2008 dan ia juga sebahagian daripada usaha Pulau Pinang memimpin dengan mengamalkan enam langkah integriti.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk membuat deklarasi aset kepada umum sebelum mengangkat sumpah pada 8 Mac 2008 dan sekarang kita akan memaparkan maklumat ini dalam Internet dalam jangka masa kurang daripada sebulan,” kata beliau.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP mengatakan demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Prai pagi ini.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini hari ini.
Lim berkata melalui pentadbiran yang bersih, kerajaan negeri telah membawa semangat keyakinan dan optimis yang baru bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga di kalangan para pelabur.
Ekoran usaha-usaha itu tambah beliau, Pulau Pinang telah berjaya meraih pelaburan yang tertinggi di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 dengan jumlah pelaburan RM12.24 bilion.
“Pada tahun ini, kita hampir mencapai sasaran RM6.1 bilion dengan mencatat RM5.7 bilion setakat akhir bulan Oktober 2011,” katanya lagi.
Lim berkata perubahan-perubahan yang dapat “dilihat, dirasa dan disentuh” sekarang adalah hasil pengamalan enam langkah integriti, antara lain parti-parti politik diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni dan hak untuk maklumat tidak sulit dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan.
Lain-lain ialah kesemua penjawat awam yang memegang amanah awam membuat pengisytiharan aset mereka.
Malah kata beliau, langkah-langkah itu juga boleh memulakan proses pembersihan Malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.
“Langkah-langkah asas seperti menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, mengurangkan peluang rasuah, melaksanakan sistem integriti kebangsaan melalui undang-undang dan institusi-institusi yang sesuai adalah antara langkah-langkah yang dapat mengembalikan kuasa kepada rakyat,” katanya lagi.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/guan-eng-exco-pulau-pinang-isytihar-aset-dalam-sebulan/
Nik Aziz Bidas UMNO
12:51 PM | Barisan Nasional, Current Issues, Malaysia, Nik Aziz, TheMalaysianInsider, UMNO | 0 comments »Share

Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Arab, bukan untuk Cina tapi untuk manusia...
Nik Aziz bidas Umno guna istilah ‘jihad’ hadapi PRU-13
The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 10 Dis – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyelar penggunaan istilah jihad oleh Umno, dalam perhimpunan agungnya minggu lalu, bagi mengajak lebih tiga juta ahlinya menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Menurut Nik Aziz (gambar), istilah jihad itu berasal daripada al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.
Justeru, beliau mempersoal jihad yang dimaksudkan Umno sedangkan parti itu terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.
“Jihad ini istilah al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?
“Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Arab, bukan untuk Cina tapi untuk manusia,” katanya dipetik Harakahdaily.
Ketika berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno minggu lalu, Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan “ibu segala pilihan raya.”
Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Muhyididn menegaskan, pilihan raya umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.
“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?” kata beliau.
Malah dalam ucapannya, sambil menyifatkan PAS berhadapan dengan pilihan raya “setiap hari”, Nik Aziz ibaratkan Umno sebagai bas ekspres yang singgah di tengah jalan untuk makan buah-buahan tetapi tidak sampai ke destinasi disasarkan.
“Umno atau golongan sekular kalau kita andaikan, seperti bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi berhenti di Gua Musang, terliur tengok buah-buahan banyak, maka berhenti di situ sahaja, tak sampai ke Kuala Lumpur,” kata beliau menyampaikan ucaptama pada Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad dekat sini, hari ini.
“Samalah dengan Umno, nak ke syurga tapi tersekat separuh jalan kerana terpedaya dengan segala pembangunan dan kekayaan di dunia,” kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.
Sehubungan itu, Nik Aziz mengingatkan ahli agar memanfaatkan sistem pilihan raya yang ada untuk memenangkan PAS agar dapat berjihad menegakkan Islam.
Ini kerana menurut Nik Aziz, tanpa kuasa amat sukar untuk PAS membanteras segala kemungkaran di muka bumi, khususnya yang dilakukan orang Islam sendiri.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
“Tanpa kuasa, kita boleh menyatakan haramnya judi, arak, hiburan melampau batas dan sebagainya, namun ia hanya akan terbatas di mimbar masjid dan helaian kitab sahaja tanpa ditegakkan dalan sistem pemerintahan,” katanya lagi.
Nik Aziz juga berkata perjuangan PAS bukan semata-mata menentang Umno BN, tetapi yang lebih utama menentang ajaran sekular yang didukung parti itu.
Katanya, akibat memperjuangkan sekular, orang Umno tidak diingatkan mengenai kewajipan melawan hawa nafsu dan menolak pujuk rayu syaitan.
“Perjuangan PAS bukan perjuangan menentang Umno semata-mata tapi yang lebih besar mengajar manusia mengikat hawa nafsu.
“Pilihan raya bukan hanya lima tahun sekali, tapi orang Islam melakukan pilihan raya setiap hari, sepanjang masa.
“Umno tidak pernah didengarkan oleh pemimpin mereka untuk menjauhkan diri dari syaitan,” kata beliau lagi.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-bidas-umno-guna-istilah-jihad-hadapi-pru-13/
Tony Pua: Mansuh 29,000 Jawatan Ekoran Laksana SBPA Bukti Hipokrasi Najib
6:54 PM | Current Issues, DAP, Malaysia, Najib, TheMalaysianInsider | 0 comments »Share

Malah, Pua mendakwa Najib sanggup mencetuskan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu dengan menuduh pembangkang mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memulakan langkah ke arah itu...
Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 8 Dis — DAP hari ini menuduh Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan hipokrasi “teramat tinggi” sedangkan pentadbirannya semalam mengumumkan mengenai pemansuhan 29,000 jawatan, di bawah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai Januari 2012, hanya beberapa hari selepas perdana menteri menyerang Pakatan Rakyat kononnya mahu membuang separuh kakitangan awam.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) berkata, perkembangan terbaru ini menunjukkan presiden Umno dan pemimpin-pemimpin partinya adalah oportunis politik, yang hanya mahu menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai parti antiperkhidmatan awam.
Pemimpin-pemimpin Umno melakukan serangan bertubi-tubi ke atas perikatan itu sejak Pua mengesyorkan idea mengurangkan tenaga kerja sektor awam yang kini telah mencecah 1.4 juta orang, bulan lalu.
“Najib telah membuktikan dirinya (pemimpin yang) bersikap hipokrit tahap tertinggi,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.
Malah, Pua mendakwa Najib sanggup mencetuskan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu dengan menuduh pembangkang mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memulakan langkah ke arah itu.
Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah memberi jaminan SBPA akan membantu mengawal bilangan kakitangan kerajaan dan bukannya bertujuan mengurangkan tenaga kerja semasa.
Sambil berkata sekitar 29,000 jawatan dimansuhkan di bawah SBPA, kata beliau, sistem saraan baru ini yang diperkenalkan untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), pemegang jawatan-jawatan yang dimansuhkan akan ditempatkan di skim dan gred lain mengikut keperluan semasa.
Saiz tenaga kerja semasa dianggarkan 1.4 juta orang dengan penduduk Malaysia adalah 28 juta orang.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
“Bermakna ia tidak sampai 10 peratus,” katanya merujuk kepada nisbah tersebut.
“Sukar hendak mengatakan bahawa saiz tenaga kerja sektor awam kita terlalu besar atau terlalu kecil. Kita tidak boleh membuat perbandingan antara satu negara dengan negara lain.
“Dan, saya tidak mengatakan sama ada tenaga kerja perkhidmatan kita terlalu besar ataupun kecil... sehingga kami menyelesaikan kajian berdasarkan enam strategi merealisasikan inisiatif perkhidmatan awam yang kejat iaitu kawalan saiz perkhidmatan awam atau ‘right-sizing’, kajian pertindihan fungsi antara agensi, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, perkhidmatan yang boleh diserah urus (‘outsourcing’), perekayasaan proses kerja (‘business process reengineering’) dan kajian semakan skim perkhidmatan.
Abu Bakar juga berkata beliau tidak boleh memberi jaminan saiz tenaga kerja semasa akan kekal sama sepanjang masa pada masa depan jika diambil kira kemungkinan akan ada pertambahan atau pengecilan kementerian.
Saiz tenaga kerja pernah dikurangkan daripada 1.2 juta orang sehingga sekitar 800,000 ekoran dasar penswastaan pada 1990-an iaitu ketika pentadbiran Dr Mahathir, tetapi ia meningkat kepada 1.4 juta sekarang.
Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno minggu lalu, Najib sambil berkata orang Melayu akan hilang kuasa dan hak mendakwa, “ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung.”
“Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200,000 orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.
“Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?” kata presiden Umno itu.
Sebelum ini kepimpinan Pakatan Rakyat berkata pengurangan tenaga kerja awam bukan dasar mereka, sebaliknya akan mengurangkan kos dengan menjadikan perkhidmatan awam lebih cekap, yang majoritinya orang Melayu.
Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata Pakatan Rakyat tidak pernah mengesyorkan untuk mengecilkan saiz sektor awam dan beliau hanya mengesyorkan persaraan awal dan membuang penjawat yang melanggar disiplin dan peraturan seperti mereka yang membeli binokular RM1,940 pada harga RM56,350.
Sehubungan itu wakil rakyat penggal pertama ini menekankan matlamat Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi juga mahukan kerajaan yang bersaiz kecil dan pengurangan tenaga kerja dan pemfokusan semula.
“Umno yang membunuh perkhidmatan awam hari ini, tetapi tanpa rasa malu mendakwa bahawa Pakatan Rakyat dan diri saya sebagai rasis,” katanya lagi.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tony-pua-mansuh-29000-jawatan-ekoran-laksana-sbpa-bukti-hipokrasi-najib/
[VIDEO] Orang Cina Ada Sebab Kukuh, Mengapa Kena Pangkah Bulan
11:46 AM | Anak Malaysia, DAP, Malaysia, Pakatan Rakyat, PAS, Video | 0 comments »Share

Walaupun datang dari keluarga penyokong kuat parti MCA, Vincent Lee menyeru seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua Terengganu agar memilih PAS dengan memangkah simbol "bulan" pada Pilihan Raya Umum (PRU)...
Dipetik dari:
http://www.youtube.com/watch?v=LAh_KtII2gE
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Raja Petra: Serang!
8:31 PM | Current Issues, Islam, Ketuanan Melayu, Malaysia Today, MCA, Melayu, Perkasa, Raja Petra | 1 comments »Share

Woi! MCA hina Islam. MCA kata Hukum Islam ketinggalan zaman. Penghinaan! Mana Zul Nordin dan Ibrahim Ali? Mana PERKASA dan ABIM? Serang! Jangan kita biarkan orang Kafir bebas hina Islam. Orang Melayu, pulau Barisan Nasional. Umno izinkan rakan Cina mereka menyerang Islam...
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Hudud Bawa Kemunduran
(Sumber The Star) Niat PAS laksana hukum hudud akan menyebab Negara mundur dan menakutkan pelabur, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
Kesannya berat terhadap FDI dan pelancong yang tidak akan berkunjung, katanya, dan menambah beberapa negara yang melaksanakannya mundur kecuali kekayaan hasil buminya sahaja.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis di Tokong Hock Lin Gong semalam, Dr. Chua Soi Lek menekankan bahawa masyarakat bukan-Islam di negara ini akan terjejas terutamanya di bidang ekonomi & pendidikan.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Bantuan perubatan: Dr. Chua memeriksa Ng Dee Eng, 47, selepas menyerahkan kepadanya chek Yayasan Perubatan 1MCA di Batu Pahat hari Khamis.
"Ia mengelirukan dan satu pembohongan jika mengatakan hukum hudud tidak menjejaskan bukan-Islam.", katanya.
Beliau mengkritik DAP kerana tidak konsisten kerana parti itu tidak sokong hukum hudud tetapi sanggup membantu PAS memenangi pilihanraya dengan menyeru kaum Cina menyokong PAS.
Di majlis itu, Dr. Chua berjanji memperuntukkan RM30,000 untuk Tokong yang menyambut ulangtahun ke-20.
Di Batu Pahat, Dr. Chua berkata sistem pentadbiran kewangan di negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat serba kurang.
Baca selebihnya di http://m2daybm.blogspot.com/2011/10/serang.html
[VIDEO] Ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz: Rapat Rakyat Di Shah Alam
10:01 PM | Current Issues, Nik Aziz, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, Video | 0 comments »Share

Ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz: Rapat Rakyat Di Shah Alam
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[VIDEO] Ceramah Anwar Ibrahim Dan Ulasannya Menjelang AG UMNO 2011
7:58 PM | Anwar, Barisan Nasional, Current Issues, Pakatan Rakyat, PKR, UMNO, Video | 0 comments »Share

Ceramah Anwar Ibrahim di Shah Alam dan ulasannya menjelang AG UMNO 2011...
Video dan gambar diambil daripada Media Rakyat
Media Rakyat:
http://www.facebook.com/#!/mediarakyatnet
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Indeks Persepsi Rasuah, Malaysia Jatuh Lagi!!!
7:36 PM | Corruption, Current Issues, Malaysia, Malaysia Kini | 0 comments »Share

Malaysia Jatuh Lagi!!!
Malaysia Kini
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia terus merudum
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).
azlanBercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.
Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.
"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.
Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Dr Asri: Umno Nampak Gelisah, Masih Gagal Beri Harapan Baru
12:32 PM | Asri, Barisan Nasional, Current Issues, Politik Baru, TheMalaysianInsider, UMNO | 0 comments »Share

“Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang...
The Malaysian Insider
Dr Asri: Umno nampak gelisah, masih gagal beri harapan baru
KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti “satu kegelisahan” masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.
Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi.
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13.
Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak “luar biasa” untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengajak ahli-ahlinya berjihad menghadapi pilihan raya umum kali, yang disifatkannya sebagai “ibu kepada segala pilihan raya.”
“Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.
“Bermakna, Umno kerana memberi harapan baru yang jelas, satu harapan yang orang kata sebagai ‘kunci pengikat’ mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu,” kata bekas mufti Perlis ini, yang kini merupakan felo penyelidikan Pusat Pengajian Islam Oxford.
Asri dijemput menghadiri perhimpunan kali ini sebagai tetamu. Najib akan merasmikan perhimpunan itu pagi ini dengan menyampaikan ucapan dasarnya.
Mengulas lanjut, Umno dan BN kena faham bahawa generasi semasa khususnya golongan muda tidak hanya memerlukan material semata-mata untuk melangsungkan kehidupan mereka.
Sebaliknya, kata beliau, mereka memerlukan satu jaminan ke atas hak dan kebebasan.
“Kita ambil negara Bahrain dan Arab Saudi, mereka kaya, tiada masalah wang, tetapi yang mereka perlukan, mereka mahukan hak dan kebebasan.
“Ini yang kerajaan perlu sediakan. Di Malaysia, Umno dan BN perlu sediakan, bukan setakat beri wang tunai dan sebagainya,” kata Asri yang secara langsung merujuk kepada transformasi politik yang cuba dibawa oleh Najib.
Sebahagian rakyat merasakan bahawa transformasi politik dijanjikan Najib pada 15 September lalu masih belum mencukupi.
Najib menjanjikan pemansuhan beberapa undang-undang, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi digantikan dengan dua akta yang baru tahun depan.
Ekoran perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Najib akhirnya tunduk kepada tekanan lalu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengkaji sistem penjalanan pilihan raya. Kelmarin, pentadbirannya membawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, tetapi ramai melihat ia sebagai mengekang kebebasan awam dan dikritik hebat.
Ekoran keputusan mahkamah rayuan baru-baru ini, Najib pada minggu lalu berjanji untuk mengkaji pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.
“Bila orang mengkritik, Umno tidak lagi boleh macam dulu, ia kena menggunakan kaedah boleh menghadapi mereka dan membuat penjelasan yang dapat memikat mereka,” katanya.
Seterusnya kata beliau, Umno masih belum gagal memahami masih kebanyakan rakyat memerlukan perikatan tersebut, tetapi tidak pandai memikat mereka.
“Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Mengapa mereka membenci Umno? Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.
“Kalau dia (perwakilan Umno) pergi menghentam pembangkang, belum tentu boleh dapatkan balik undi dan sokongan mereka,” katanya yang dilihat pada ucapan pemimpin dan perwakilan semalam.
Aspek ketiga, menurut Asri ialah, kelemahan pemimpin-pemimpin menggunakan ruang perhimpunan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.
“Perwakilan kena faham bahawa ucapan mereka bukan setakat didengar oleh ahli-ahli Umno, tetapi juga keseluruhan rakyat.
“Walaupun tidak semua rakyat mendengar ucapan mereka secara langsung, tetapi mesej mereka diikuti oleh rakyat di seluruh negara, tetapi mereka masih bercakap di kalangan ahli dan perwakilan Umno sahaja. Ini kelemahan mereka yang ketiga,” kata Asri menambah, pemimpin-pemimpin Umno gagal menggunakan peluang, misalnya dengan adanya siaran langsung majlis perasmian dan penggulungan menerusi televisyen pro-Umno, yang tidak dinikmati oleh mana-mana parti lain.
Seperti lazimnya, majlis perasmian ketiga-ketiga sayap dan perhimpunan agung parti disiarkan secara langsung. Malah ucapan penggulungan melibatkan pemimpin-pemimpin kanan parti disiarkan secara langsung.
“Perhimpunan Agung Umno ini, mendapat liputan seluruh negara. Berbanding dengan PAS, ia bercakap dengan ahli-ahlinya sahaja dengan kemudahan yang terhad.
“Tetapi perhimpunan Umno disiarkan oleh media secara langsung dan mendapat liputan meluas, tetapi rakyat masih tidak suka. Mengapa?” soal beliau.
Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia berkata, “itu strategi Umno yang salah.”
“Umno bercakap sesama mereka. Saya lihat Umno sudah ada satu kegelisahan, mereka tidak jelas apa yang akan berlaku dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-asri-umno-nampak-gelisah-masih-gagal-beri-harapan-baru/
Pendapat Selepas Tuduhan Pemimpin Negara Kebelakangan Ini
8:57 PM | Barisan Nasional, DAP, Kedah, Kelantan, Melayu, Muhyiddin, Najib, Pakatan Rakyat, PAS, Perak, PKR, Selangor | 0 comments »Share

Pelbagai tuduhan telah dilontarkan kebelakangan ini...
Ada pemimpin yang menuduh Pakatan meminggirkan Melayu...
- Tetapi bajet untuk sekolah agama di Pulau Pinang ditambahkan dan kontraktor Melayu juga berjaya mengalahkan kontraktor kaum lain untuk merebut projek di Pulau Pinang.
Ada pemimpin yang menyatakan Pakatan tidak tahu menguruskan negara
- Tetapi 2 tahun Pakatan menguruskan Pulau Pinang dan Selangor, belanjawan negeri bertukar dari rugi kepada untung.
Ada pemimpin yang menyebut bila Pakatan mengambil alih pemerintahan maka Melayu akan hilang kuasa
- Tetapi Pas telah memerintah Kelantan sekian lama, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga bertukar pemerintah, tiada pun apa yang terjadi.
Ada pemimpin yang menyatakan DAP mahu menubuhkan negara republik
- Tetapi mereka hanya cakap tapi gagal mengemukakan sebarang bukti...
Jadi, jadilah Pengundi yang bijak!!!
[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!


















